Support Us
Support Us
Cari
3189 results found with an empty search
- 40 Hari Puasa dan Doa Kanak-kanak Bersama NECF Malaysia 2025
Tarikh: 7 Ogos – 15 September 2025 Tema: Berjalan Dalam Takut Akan Tuhan (Mazmur 25:12) Shalom, anak-anak dari semua gereja, Salam mesra daripada pasukan editorial NECF! Tahukah kamu bahawa kita sedang meraikan Tahun Jubli Perak kita! Ini bermakna buku doa kanak-kanak yang diterbitkan oleh NECF Malaysia telah memasuki tahun ke-25 sejak edisi pertamanya yang sederhana diterbitkan pada tahun 2001! Ini juga bermakna sesiapa yang telah menyertainya sejak hari pertama mungkin kini sudah menjadi orang dewasa muda, atau mungkin berada dalam lingkungan usia awal 30-an atau 40-an! Contohnya, YB Yeo Bee Yin, yang pernah menjadi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Beliau pernah berkongsi dalam Pelancaran 40 Hari Puasa dan Doa bahawa beliau telah menyertai 40 Hari Puasa & Doa sejak zaman mudanya, dan pengalaman itu telah membentuk beban serta kasihnya terhadap negara, sehingga menginspirasinya untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian bagi negara kita yang tercinta! Mungkin kamu tidak bercita-cita menjadi seorang ahli politik atau seorang Menteri seperti YB Yeo, tetapi kamu juga boleh membangun dalam kasih dan keprihatinan terhadap gereja serta negara apabila kamu berkomitmen untuk berpuasa dan berdoa untuk gereja dan negara kita! Yang paling penting, ini boleh mengeratkan hubungan kamu dengan Tuhan apabila kamu meluangkan masa untuk mencari wajah-Nya. Tahun ini, kami sekali lagi menjemput kamu untuk berjalan bersama kami dalam perjalanan kebangkitan yang bertemakan “Berjalan Di Dalam Takut Akan Tuhan” ini! Dalam perjalanan ini, kamu akan belajar apa maksud “Takut akan Tuhan”, bagaimana berkat Tuhan dapat mengalir dari satu generasi ke generasi yang lain apabila kita takut akan Tuhan, serta akibat jika kita tidak takut akan Tuhan. Kita juga akan belajar cara praktikal untuk berjalan dalam takut akan Tuhan, tindakan yang mencerminkan takut akan Tuhan, serta bagaimana untuk takut akan Tuhan sebagai individu, keluarga, dan gereja. Mulakanlah amalan yang 4 sihat dan indah ini, dan lihatlah perkara-perkara besar dan ajaib yang akan Tuhan lakukan untuk dan bersama kamu apabila kamu takut akan Dia! Tahukah kamu bahawa tabiat yang baik boleh dibentuk selepas 21 hari amalan yang konsisten? Kami percaya, pada akhir 40 hari ini, kamu akan membentuk tabiat mencari Tuhan melalui pembacaan Firman-Nya, berdoa untuk gereja dan negara, serta berjalan dalam takut akan Dia dengan cara yang benar. Mari kita lihat bagaimana kamu boleh melalui perjalanan ini secara praktikal dengan bantuan buku ini: Tentukan cara kamu berpuasa – sama ada kamu akan meninggalkan satu hidangan sehari (dengan izin ibu bapa atau penjaga kamu), atau berhenti memakan makanan kegemaran kamu. Tetapkan masa tertentu setiap hari, dan lakukan perkara berikut secara bersendirian, bersama ibu bapa, adik-beradik, atau rakan-rakan gereja kamu: a. Pujian Penyembahan – Sediakan satu lagu, dan pujilah Tuhan. b. Firman – Bacalah renungan harian, dan renungkan ayat-ayat yang disebutkan dalam renungan atau doa. c. Menanti – Responilah Roh Kudus apabila Dia menunjukkan bahagian dalam hidup kamu yang perlu diubah untuk menyenangkan Tuhan. d. Bergumul – Berdoa untuk diri sendiri, gereja, dan negara. Akhiri sesi dengan Doa Bapa Kami dalam Matius 6:9-13: Ya Bapa kami yang di syurga, sucilah nama-Mu. Datanglah kerajaan-Mu. Terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga. Berilah kami makanan untuk hari ini. Ampunkanlah kesalahan kami sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami. Janganlah biarkan kami tergoda, tetapi selamatkanlah kami daripada yang jahat. Amin. Akhir sekali, Mazmur 25:12 berkata, “Siapakah manusia yang takut akan TUHAN? TUHAN akan mengajarnya di jalan pilihan-Nya.” Semoga kita menjadi lebih bijaksana, membuat keputusan yang benar, dan memiliki pertimbangan yang baik dalam hidup apabila kita memilih untuk takut akan Tuhan dan berjalan bersama-Nya. Dengan kasih dan doa, Pasukan Editorial NECF
- Perhatikan Burung Gagak
'Perhatikanlah burung gagak yang tidak menyemai atau menuai, tidak mempunyai gudang atau rengkiang, tetapi Allah memberinya makan. Kamu jauh lebih bernilai daripada burung-burung itu! ' (Lukas 12:24) AVB Yesus ingin memperingatkan para pengikut-Nya tentang ramai orang pada masa itu — dan juga hari ini — yang semakin menjauhkan diri daripada Tuhan disebabkan oleh sikap tamak terhadap harta dunia. Mereka tidak pernah merasa puas walaupun telah memiliki kekayaan yang berlimpah di dunia ini. Oleh itu, Yesus menasihati pengikut-pengikut-Nya agar memerhatikan burung gagak. Burung itu tidak menanam, tidak menuai, dan tidak mempunyai gudang atau jelapang, namun Tuhan tetap memeliharanya. Maka, mereka harus sedar bahawa diri mereka jauh lebih berharga daripada burung-burung itu. Jika Tuhan sanggup memelihara burung gagak — makhluk yang jauh lebih rendah nilainya — sudah tentu Tuhan akan lebih lagi memelihara hidup kita, ciptaan-Nya yang berharga. Maka, kita tidak perlu terlalu khuatir tentang keperluan jasmani kita, kerana Tuhan pasti mencukupkannya. Jadi, apabila kita mula merasa khuatir tentang keperluan hidup, angkatlah pandangan kita ke langit, Perhatikanlah burung gagak yang tidak menyemai atau menuai, tidak mempunyai gudang atau rengkiang, tetapi Allah memberinya makan. Ingatlah, Tuhan tidak pernah melupakan kita. Dia sentiasa menjaga dan memelihara hidup kita. Doa: Ya Bapa yang di syurga, terima kasih atas kebaikan-Mu yang sentiasa menjaga dan mencukupkan segala keperluanku setiap hari. Oleh itu, aku mahu bersandar hany kepada-Mu untuk membimbing hidupku sepanjang waktu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin. Pr Patrick Taie
- Hari 1: Adakah Kamu Bersedia?
Tarikh: 7 Ogos 2025 Ayat Fokus: Mazmur 25:12 Shalom! Selamat datang ke 40 Hari Puasa & Doa sempena Hari Malaysia 2025! Tahun ini, kita akan berbicara tentang Berjalan Di Dalam Takut Akan Tuhan. Setiap hari, kita akan belajar sedikit demi sedikit tentang apa maksudnya dan apa yang terjadi apabila kita memilih untuk takut atau tidak takut akan Tuhan. Mari kita lihat ayat tema kita … “Siapakah manusia yang takut akan TUHAN? TUHAN akan mengajarnya di jalan pilihan-Nya.” (Mazmur 25:12, AVB) Daripada menggunakan perkataan ‘manusia’ dalam ayat ini, cuba gantikan dengan ‘budak lelaki,’ ‘budak perempuan,’ ‘remaja,’ atau bahkan nama kamu sendiri. Cubalah sekarang. Baca semula ayat ini dan masukkan nama kamu seperti ini: “Siapakah [nama kamu] yang takut akan TUHAN?” Apa jawapannya? [Nama kamu] ialah orang yang TUHAN akan bimbing atau ajar apabila [dia] takut akan TUHAN. Apa yang akan TUHAN ajarkan? Dia akan mengajar “jalan pilihan-Nya.” Walaupun ‘harus’ adalah jalan yang terbaik untuk diambil, keputusan tetap berada di tangan kamu. TUHAN tidak pernah memaksa kita melakukan sesuatu. Adakah kamu akan memilih untuk takut akan TUHAN? Marilah kita berjalan dalam takut akan Tuhan bersama-sama. Adakah kamu bersedia untuk memulakan? Renungkan: Saya harus memilih untuk berjalan dalam takut akan Tuhan. Doa Hari Ini: Ya Tuhan Yesus, saya mahu berjalan dalam takut akan Engkau supaya saya dapat belajar daripada Mu. Bukalah telinga saya. Persiapkan hati saya untuk menerima Engkau sebagai Guru saya. Saya berdoa dalam nama Yesus. Amin. Gereja: Berdoalah agar kita tidak takut akan apa pun, termasuk kegelapan, kematian, atau iblis, tetapi sebaliknya hanya takut akan Tuhan, Satu-Satunya yang menyelamatkan dan menghakimi kita. (Baca Ibrani 2:15) Bangsa: Berdoalah agar rakyat Malaysia saling melayani dengan baik serta sentiasa bertutur dan bertindak dengan penuh hormat terhadap budaya, bahasa, dan agama masing-masing.
- DOA NECF Hari 1: Apa Erti "Takut Akan Tuhan"
Amsal 1: 7 Takut akan TUHAN adalah permulaan pengetahuan, tetapi orang bodoh menghina hikmat dan didikan. Alkitab sering menyebut “takut akan Tuhan” sebagai takut kepada Tuhan, dan itu adalah rasa hormat, kekaguman, dan pengagungan yang mendalam terhadap kuasa dan autoriti Tuhan. Itu tidak dimaksudkan untuk membuat kita melarikan diri dengan emosi yang tidak menyenangkan, tetapi lebih untuk menuntun kita untuk mengasihi-Nya, datang lebih dekat kepada-Nya dan berada di hadirat-Nya. Kata Ibrani untuk “takut” dalam konteks ini adalah Yirah יךאח , yang juga bererti penyembahan, dan sangat berkaitan dengan “gementar”, untuk mengenali peranan Tuhan dalam hidup kita dan untuk hidup dengan cara yang menyenangkan-Nya. Salomo dipakai Tuhan di pelbagai titik dalam hidupnya saat dia bertekad untuk menyenangkan-Nya. Dia menulis sebahagian besar kitab Amsal dan secara tradisional dianggap sebagai penulis Pengkhotbah dan Kidung Agung. Kebenaran mendasar bagi keselamatan adalah bahawa “takut akan Tuhan adalah permulaan pengetahuan” (Amsal 1:7). Salomo tidak berbicara tentang rasa takut disakiti oleh musuh atau bahaya lainnya. Yang pasti, semua orang yang keras kepala dan tidak bertaubat harus memiliki rasa takut seperti itu kepada Sang Pencipta kerana kekudusan-Nya akan mendatangkan penghakiman atas mereka (Wahyu 21:6-8). Namun, takut akan Tuhan dalam Amsal 1:7 adalah rasa takut orang yang bertaubat - kasih yang penuh hormat yang memahami kasih karunia Tuhan terhadap orang berdosa yang percaya kepada Kristus dan ingin melakukan apa yang menyenangkan-Nya. Bagi mereka yang memiliki rasa takut seperti itu, Tuhan memberikan pengetahuan yang menyelamatkan tentang kerajaan- Nya (Matius 13:10-17). Mereka yang meninggalkan pengetahuan ini adalah orang bodoh yang membenci hikmat dan pengertian (Amsal 1:1-7). Orang-orang seperti itu tidak dapat mengenali ungkapan sepenuhnya dari Hikmat Sang Pencipta dalam Juruselamat kita (1 Korintus 1:24) yang dinyatakan kepada kita dalam kebodohan di kayu salib, yang secara paradoks adalah hikmat Tuhan untuk keselamatan. Doa: Tuhan Yesus, persiapkan roh, jiwa, dan fikiran kami untuk fokus sepanjang Puasa & Doa 40 hari ini. Nyatakan firman rhema dan visi-Mu bagi gereja kami, dan berikan kami hikmat, pengetahuan, dan pengertian ketika kami menerapkan kebenaran-Mu dalam kehidupan harian kami. Amin. GEREJA - Berdoalah agar Gereja takut akan Tuhan, agar Gereja takut akan Tuhan yang satu-satunya dapat menyelamatkan dan menghakimi, dan agar kita takut kepada-Nya di atas segalanya, sehingga kita dapat dibebaskan daripada rasa takut akan kematian. (Ibrani 2:15) BANGSA - Berdoalah agar rakyat Malaysia akan menerima kemajmukan, toleransi, dan rasa hormat kepada semua orang sambil berpegang teguh pada apa yang baik dan menjauhi kejahatan, baik dalam perkataan mahupun perbuatan kita. Dr Henry Padin
- Doa Pengakuan dan Pertaubatan
Doa pengakuan dan pertaubatan ialah apabila kita mengakui dosa serta kesalahan kita kepada Tuhan, dan memohon keampunan-Nya dengan hati yang ingin berubah. Doa ini lahir daripada hati yang rendah diri dan ikhlas, yang sedar akan kelemahan sendiri serta kerinduan untuk kembali kepada jalan Tuhan. Bayangkan kita telah melukai hati seseorang yang kita sayangi. Bila kita benar-benar menyesal, kita akan memohon maaf dengan tulus. Begitu juga apabila kita berdosa kepada Tuhan. Kita tidak boleh menyembunyikan dosa itu, sebaliknya kita datang kepada-Nya dan berkata: “Tuhan, aku telah berdosa. Aku mengaku kesalahanku. Ampunilah aku dan ubahlah hidupku.” Tuhan tidak akan menolak hati yang benar-benar menyesal dan mahu kembali kepada-Nya. 1 Yohanes 1:9 (AVB) "Tetapi jika kita mengakui dosa kita kepada Allah, Dia akan menepati janji-Nya dan berlaku adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan menyucikan kita daripada segala kesalahan." Janji Tuhan ini sangat jelas: jika kita mengaku dosa dengan jujur, Tuhan pasti akan mengampunkan dan menyucikan kita. Mengapa Doa Pengakuan dan Pertaubatan Penting? Memulihkan hubungan kita dengan Tuhan Dosa menjauhkan kita daripada Tuhan. Namun apabila kita mengaku dan bertaubat, hubungan itu akan dipulihkan. Mendidik kita menjadi rendah hati Mengaku salah bukan kelemahan, tetapi tanda bahawa kita bergantung sepenuhnya kepada rahmat dan belas kasihan Tuhan. Memberi ketenangan dan kelegaan dalam hati Menyimpan dosa menjadikan hati gelisah. Tetapi apabila kita menyerahkannya kepada Tuhan, kita akan mengalami damai sejahtera yang sejati. Kita tidak perlu menunggu hingga menjadi sempurna untuk datang kepada Tuhan. Tuhan mahu kita datang sekarang juga, dengan hati yang jujur dan terbuka. Mazmur 51:17 (AVB) "Korban untuk Allah ialah hati yang hancur; hati yang hancur dan sesal, Ya Allah, tidak akan Kauremehkan." Soalan untuk direnungkan: Adakah aku sedang menyembunyikan dosa dalam hidupku? Bilakah kali terakhir aku benar-benar mengaku salah dan bertaubat dengan bersungguh-sungguh? Doa Bimbingan "Ya Tuhan yang penuh belas kasihan, Aku datang ke hadapan-Mu dengan hati yang hancur dan rendah diri. Aku mengaku bahawa aku telah berdosa terhadap-Mu—melalui perbuatan, perkataan, dan fikiranku yang tidak menyenangkan hati-Mu. Aku benar-benar menyesal, Tuhan. Ampunilah aku atas segala dosaku. Sucikanlah hatiku dan perbaharuilah hidupku, agar aku dapat hidup seturut dengan kehendak-Mu. Aku rindu untuk kembali ke pangkuan-Mu, dan berjalan dalam jalan-Mu yang benar dan kudus. Terima kasih, Tuhan, kerana kasih-Mu tidak pernah padam, dan Engkau tidak pernah menyerah terhadap aku. Dalam nama Yesus, aku berdoa. Amin."
- Tuhan, Ambillah Beban yang Berat ini. Tolong aku untuk Beristirehat di dalam-Mu.
Ada hari-hari di mana beban terasa terlalu berat. Penuh dengan kerisauan. Penuh tekanan. Penuh kesakitan yang sukar dijelaskan. Tuhan tidak pernah meminta anda memikul semuanya sendiri. Dia tidak mengharapkan anda sentiasa kuat. Datanglah dengan hati yang letih. Datanglah dengan persoalan yang belum terjawab. Datanglah dengan jiwa yang penat dan doa yang hanya mampu dibisikkan. Dia akan memberi kelegaan—bukan sekadar rehat fizikal, tetapi rehat yang menyentuh jauh ke dalam jiwa. Damai yang mungkin tidak mengubah keadaan serta-merta, tetapi menenangkan hati anda di tengah kesukaran itu. “Datanglah kepada-Ku kamu semua yang letih lesu dan berbeban berat. Aku akan memberikan kelegaan kepadamu.” – Matius 11:28 (AVB) 💛 Jemimah Ramos
- Janganlah Khuatir Tentang Hidupmu
'Yesus berkata kepada murid-murid-Nya: “Oleh itu, Aku berkata kepadamu: Janganlah khuatir tentang hidupmu, tentang apa yang kamu makan atau minum, atau tentang tubuhmu, dan tentang apa yang akan kamu pakai. ' (Lukas 12:22) AVB Yesus terus mengajar para pengikut-Nya supaya mereka tidak khuatir tentang kehidupan mereka, sama ada mengenai apa yang akan mereka makan atau apa yang akan mereka pakai. Semakin ramai orang mengalami kehancuran dalam hidup mereka kerana sikap tamak dan terlalu khuatir memikirkan kekayaan dunia ini. Oleh itu, mereka harus menjauhkan diri daripada segala kekhuatiran ini. Segala kekhuatiran dan kecemasan terhadap keperluan jasmani boleh menyebabkan mereka menjauh daripada Tuhan dalam kehidupan mereka. Itulah sebabnya Yesus terus memperingatkan mereka supaya tidak terlalu khuatir. Ini kerana kekhuatiran dan kecemasan yang berlebihan terhadap keperluan jasmani akan menyebabkan kehidupan mereka tersiksa dan penuh penderitaan, akibat terlalu memikirkan hal-hal duniawi. Oleh itu, Yesus menggesa para pengikut-Nya supaya jangan khuatir, kerana: 'Hidup lebih daripada makanan, dan tubuh lebih daripada pakaian. ' Demikian juga dengan kita pada hari ini. Marilah kita: “…Menyerahkan segala kekhuatiran kita kepada Tuhan, kerana Dia sentiasa mengambil berat tentang kita...” – 1 Petrus 5:7 Doa: Ya Bapa yang di syurga, ajarlah aku untuk tidak khuatir akan hidup ini, tetapi untuk sentiasa hidup dekat dengan-Mu dalam segala perkara. Bimbinglah hidupku, ya Tuhan, agar aku terus bersandar kepada-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin. Pr Patrick Taie
- Doa Penyembahan dan Kesyukuran
Doa penyembahan dan kesyukuran ialah masa kita memuji Tuhan kerana siapa Dia, dan berterima kasih kepada-Nya atas segala yang telah dilakukan-Nya dalam hidup kita. Doa ini bukan untuk meminta apa-apa, tetapi untuk mengagungkan Tuhan dan menghargai kasih-Nya. Bayangkan seseorang beri kita hadiah yang kita impikan lama. Apa kita buat? Kita pasti tersenyum dan ucap terima kasih. Begitu juga dengan Tuhan. Tuhan telah beri kita: Hidup Keselamatan Kasih tanpa syarat Dan setiap hari Tuhan menjaga kita. Jadi, doa penyembahan dan kesyukuran ialah cara kita berkata: “Tuhan, Engkau sungguh baik. Aku bersyukur atas semua yang Engkau buat dalam hidupku.” Mazmur 100:4 (AVB) "Masuklah melalui pintu gerbang-Nya dengan nyanyian syukur, ke dalam pelataran-Nya dengan puji-pujian; bersyukurlah kepada-Nya dan pujilah nama-Nya." Ayat ini mengingatkan kita bahawa kita patut datang kepada Tuhan dengan hati yang bersyukur dan mulut yang memuji. Kita tidak perlu tunggu berkat baru untuk bersyukur, kasih Tuhan sudah cukup untuk disyukuri setiap hari. Kenapa Doa Penyembahan & Kesyukuran Penting? Mengalihkan fokus kita daripada masalah kepada Tuhan. Kita mudah risau. Tapi bila kita puji Tuhan, kita sedar betapa besar dan berkuasanya Dia. Menguatkan iman. Mengingati segala yang Tuhan telah lakukan buat hati kita jadi lebih tenang dan percaya. Mengukuhkan hubungan kita dengan Tuhan. Sama seperti hubungan dengan orang tersayang, kita bukan sekadar minta tolong, tetapi juga luahkan kasih dan terima kasih. Sebelum kita minta apa-apa daripada Tuhan hari ini, cuba mulakan doa dengan pujian dan ucapan syukur. Lihat sekeliling, adakah ada sesuatu yang boleh kamu syukuri hari ini? Kesihatan? Keamanan? Keluarga? Udara segar? Itu semua bukti kasih Tuhan. Soalan untuk direnungkan: Adakah saya hanya berdoa bila saya perlukan sesuatu? Bila kali terakhir saya hanya duduk diam, dan memuji Tuhan tanpa meminta apa-apa? Doa bimbingan Ya Tuhan yang kudus dan mulia, Engkaulah Allah yang penuh kasih dan setia. Aku memuji-Mu kerana Engkau tidak pernah meninggalkan aku. Terima kasih atas hidup hari ini, atas nafasku, atas keluarga dan sahabat yang Engkau berikan. Terima kasih kerana Engkau mengasihi aku walaupun aku sering gagal. Aku bersyukur, Tuhan. Aku memuliakan nama-Mu. Amin.
- 40 Hari Puasa dan Doa Bersama NECF Malaysia 2025
Tarikh: 7 Ogos – 15 September 2025 Tema: Berjalan Dalam Takut Akan Tuhan (Mazmur 25:12) Dengan menyedari bahawa negara Malaysia sedang melalui masa pergolakan dan cabaran, Gereja dipanggil untuk berdiri teguh dalam takut akan Tuhan. Kempen 40 Hari Puasa dan Doa ini merupakan satu panggilan ilahi untuk: - Memperbaharui hati dan kehidupan rohani - Memperdalam kasih kepada Tuhan dan sesama - Mempersiapkan diri untuk menyambut dan melaksanakan kehendak-Nya dalam zaman ini Melalui inisiatif ini, marilah kita: - Menyelaraskan kehidupan dengan kebenaran firman Tuhan - Berdoa bagi pemulihan rohani gereja dan bangsa - Menyembah Tuhan dengan segenap hati, sebagai satu tubuh Kristus Penyertaan terbuka secara individu, bersama keluarga, atau secara berjemaah di gereja. Sesungguhnya, Tuhan sedang memanggil umat-Nya untuk kembali kepada-Nya dalam kerendahan hati dan ketekunan. Mari bersatu dalam doa dan puasa demi bangsa dan kemuliaan nama Tuhan. ☝🏼️Muat Naik Buku Panduan Puasa & Doa 40 Hari 2025
- Apakah Doa Orang Berdosa?
Doa orang berdosa ialah doa seseorang kepada Tuhan apabila dia menyedari bahawa dirinya ialah seorang yang berdosa dan perlukan Penyelamat. Melafazkan doa orang berdosa sahaja tidak akan mencapai apa-apa. Doa orang berdosa hanya akan berkesan jika orang itu sedar, faham dan percaya bahawa dia telah berdosa dan memerlukan penyelamatan. Aspek pertama doa orang berdosa ialah menyedari bahawa kita ialah orang berdosa. Roma 3:10 mengumumkan, “Tidak seorang pun yang benar di sisi Allah.” Kitab Injil menyatakan dengan jelas bahawa kita semua telah berdosa. Kita berdosa dan memerlukan rahmat dan pengampunan dosa daripada Tuhan (Titus 3:5-7). Kerana dosa, kita patut dihukum selama-lamanya (Matius 25:46). Doa orang berdosa ialah satu rayuan dan bukan pengadilan. Doa ini ialah permintaan untuk ampun dan bukannya kemarahan. Aspek kedua doa orang berdosa ialah mengetahui bahawa Tuhan telah melakukan sesuatu untuk mengubati kita dan menebus dosa kita. Tuhan menjadi manusia dalam bentuk Yesus Kristus (Yohanes 1:1,14). Yesus mengajar kita mengenai Tuhan dan menjalankan kehidupan yang sempurna tanpa dosa (Yohanes 8:46; 2 Korintus 5:21). Yesus kemudian mati di atas salib untuk kita, supaya kita tidak perlu menerima hukuman mati lagi (Roma 5:8). Yesus bangkit daripada kematian untuk membuktikan kemenangannya ke atas dosa, kematian dan neraka (Kolose 2:15; 1 Korintus bab 15). Oleh sebab itu, dosa kita akan diampuni dan kita dijanjikan satu kediaman kekal di syurga – asalkan kita percaya kepada Yesus. Apa yang perlu kita lakukan ialah percaya bahawa Yesus mati untuk kita dan bangkit daripada kematian (Roma 10:9-10). Kita boleh diselamatkan melalui rahmat sahaja, melalui iman sahaja, di dalam Yesus sahaja. Efesus 2:8 mengumumkan, “Oleh sebab kasih kurnia-Nya kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Tuhan.” Melafazkan doa orang berdosa hanya satu cara yang ringkas untuk memberitahu Tuhan bahawa kamu bergantung kepada Yesus Kristus sebagai Penyelamat anda. Tidak terdapat perkataan ajaib yang membawa penyelamatan. Hanya kepercayaan kepada kematian dan kebangkitan Yesus yang boleh menyelamatkan nyawa anda. Jika kamu sedar bahawa kamu ialah seorang yang berdosa dan perlukan penyelamatan melalui Yesus Kristus, kamu boleh berdoa kepada Tuhan: “Tuhan, saya tahu bahawa saya ialah seorang yang berdosa. Saya tahu bahawa saya akan menerima hukuman kerana berdosa. Walau bagaimanapun, saya percaya bahawa Yesus ialah Penyelamat saya. Saya percaya bahawa kematian dan kebangkitan Yesus mampu mengampuni dosa saya. Saya percaya kepada Yesus dan hanya Yesus ialah Penyelamat dan Tuan peribadi saya. Terima kasih Tuhan, kerana sudi menyelamat dan mengampuni dosa saya. Amen.” Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang “Saya telah menerima Kristus hari ini” di bawah. petikan dari www.gotquestions.org
- Kenapa Doa Saya Tidak Di Jawab Tuhan?
Ada orang Kristian yang berfikir bahawa Tuhan pasti jawab semua doa kita. Dan memang bukti itu ada: Mereka berdoa supaya murah rezeki, dan mereka dapat rezeki. Mereka berdoa untuk kesembuhan, dan mereka dapat kesembuhan. Mereka berdoa untuk pertolongan, dan pertolongan itu tiba. Memang benar bahawa Tuhan menjawab doa-doa orang. Tapi adakah masanya Tuhan tidak jawab doa orang Kristian? Mari kita periksa Firman Tuhan: 1. Yesaya 59:2 , "tetapi yang merupakan pemisah antara kamu dan Allahmu ialah segala kejahatanmu, dan yang membuat Dia menyembunyikan diri terhadap kamu, sehingga Ia tidak mendengar, ialah segala dosamu." 2. Yesaya 58:3-4 , "Mengapa kami berpuasa dan Engkau tidak memperhatikannya juga? Mengapa kami merendahkan diri dan Engkau tidak mengindahkannya juga?" Sesungguhnya, pada hari puasamu engkau masih tetap mengurus urusanmu, dan kamu mendesak-desak semua buruhmu. Sesungguhnya, kamu berpuasa sambil berbantah dan berkelahi serta memukul dengan tinju dengan tidak semena-mena. Dengan caramu berpuasa seperti sekarang ini suaramu tidak akan didengar di tempat tinggi." 3. Maleakhi 2:13-14 , "Dan inilah yang kedua yang kamu lakukan: Kamu menutupi mezbah TUHAN dengan air mata, dengan tangisan dan rintihan, oleh karena Ia tidak lagi berpaling kepada persembahan dan tidak berkenan menerimanya dari tanganmu. Dan kamu bertanya: "Oleh karena apa?" Oleh sebab TUHAN telah menjadi saksi antara engkau dan isteri masa mudamu yang kepadanya engkau telah tidak setia, padahal dialah teman sekutumu dan isteri seperjanjianmu." 4. Yakobus 4:2-3 , "Kamu mengingini sesuatu, tetapi kamu tidak memperolehnya, lalu kamu membunuh; kamu iri hati, tetapi kamu tidak mencapai tujuanmu, lalu kamu bertengkar dan kamu berkelahi. Kamu tidak memperoleh apa-apa, karena kamu tidak berdoa. Atau kamu berdoa juga, tetapi kamu tidak menerima apa-apa, karena kamu salah berdoa, sebab yang kamu minta itu hendak kamu habiskan untuk memuaskan hawa nafsumu." Jadi jangan kita sebagai orang beriman bersangka bahawa semua doa kita pasti dijawab. Periksa kehidupan kita . Adakah kita menyembunyikan dosa dalam hidup kita? Melanjutkan dosa biarpun sudah ditegur dan dinasihati? Adakah kita mempraktikkan doa kita? Menolong orang susah dalam kesusahan mereka? Atau mengucapkan berkat pada orang tanpa membantu mereka? Adakah kita hidup seia-sekata dengan suami/isteri kita? Hidup setia kepada pasangan yang Tuhan sudah berikan kepada kita? Kalau tidak, maka doa kita tidak akan didengar Tuhan. Adakah kita berdoa sesuai kehendak Tuhan? Adakah kita minta apa yang berkenan kepada hati Allah? Lebih daripada ini, kalau ada doa yang terjawab, jangan terus bersangka itu jawapan Tuhan kepada doa kamu. Silap-silap itu "kebetulan" dan iblis menggunakan "kebetulan" itu untuk menjatuhkan kamu, dan memberikan harapan palsu bahawa apa yang kamu minta itu diiakan oleh Allah. Macam lelaki dan perempuan bujang yang berdua-duaan di bilik, berdoa untuk minta petunjuk dari Tuhan haruskah mereka tidur bersama-sama. Lalu “Tuhan” menjawab doa mereka, dan kononnya menyetujui perbuatan mereka. #JanganSalahSangka Penulis Artikel : Pr Edmund Kumar
- Perkayakan Diri dengan Perkara-Perkara yang Dikehendaki Tuhan
“Demikianlah halnya orang yang menyimpan harta benda untuk dirinya tetapi tidak kaya pada pandangan Allah.” (Lukas 12:21) AVB Yesus mengakhiri perumpamaan-Nya dengan berkata bahawa “Demikianlah halnya orang yang menyimpan harta benda untuk dirinya tetapi tidak kaya pada pandangan Allah.” Oleh itu, seseorang yang mengutamakan pengumpulan harta dunia dianggap sebagai orang yang bodoh di hadapan Tuhan, kerana bagi Tuhan, mengumpul dan menyimpan harta dunia tidak menjadikan seseorang itu kaya di sisi-Nya. Sebaliknya, seseorang itu harus berusaha mengumpulkan harta yang kekal di syurga. Oleh itu, untuk menjadikan seseorang itu kaya di hadapan Tuhan, dia harus menjadikan keutamaannya untuk memperkaya dirinya dengan perkara-perkara yang kekal dan berkenan di hati Tuhan, bukannya mengutamakan pengumpulan harta untuk dirinya sendiri, bagi tubuhnya, atau bagi dunia ini. Marilah kita memperkayakan diri kita dengan perkara-perkara yang dikehendaki oleh Tuhan, iaitu: 1. MEMPERKAYAKAN DIRI DALAM IMAN 2. MEMPERKAYAKAN DIRI DENGAN KEBAJIKAN 3. MEMPERKAYAKAN DIRI DENGAN BUAH-BUAH KEBENARAN 4. MEMPERKAYAKAN DIRI DENGAN ANUGERAH TUHAN 5. MEMPERKAYAKAN DIRI DENGAN KARUNIA-KARUNIA ROHANI 'Cinta akan wang punca segala kejahatan. Sesetengah orang memburu wang dengan begitu tamaknya sampaikan tersesat daripada iman dan akhirnya menanggung berbagai-bagai kesengsaraan jiwa. ' (1 Timotius 6:10) AVB Doa: Ya Bapa yang di syurga, ajarlah aku untuk memperkaya diriku dengan iman, kebajikan, buah-buah kebenaran, dengan anugerah-Mu dan dengan karunia-karunia rohani sepanjang hidupku. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin. Pr Patrick Taie












