top of page

Cari

3263 results found with an empty search

  • Belajar Alkitab bersama Pristine World

    Tekan module untuk belajar dengan lebih lanjut

  • Jangan Malu Mengakui Tuhan Yesus dan Ajaran-Nya

    “Jika sesiapa malu mengakui Aku dan ajaran-Ku, Anak Manusia juga malu mengakui dia tatkala Dia datang kelak dengan kemuliaan-Nya sendiri, dan dengan kemuliaan Bapa-Nya serta segala malaikat suci.” Lukas 9:26 AVB   Yesus memperingatkan semua murid-Nya agar tidak malu mengakui diri-Nya dan ajaran-Nya. Sekiranya mereka malu mengakui diri-Nya dan ajaran-Nya, maka Dia juga akan malu mengakui mereka apabila Dia datang kelak dengan kemuliaan-Nya,  kemuliaan Bapa-Nya dan kemuliaan malaikat-malaikat yang suci.   Oleh itu, janganlah kita berasa malu untuk memberikan kesaksian tentang Tuhan Yesus dalam hidup kita setiap hari kepada orang lain. Selagi kita ada kesempatan untuk melakukan sesuatu demi kemuliaan Tuhan, kita harus melakukannya dengan sepenuh hati kita. Sebab sekiranya kita tidak malu mengakui Dia dalam hidup kita, maka Dia juga tidak akan malu mengakui kita.   Pastinya, pada hari penghakiman Kristus Yesus Tuhan kita akan membela kita kerana semasa kita di dunia ini, kita sama sekali tidak malu memberikan kesaksian tentang-Nya dalam hidup kita setiap hari kepada orang lain. Syukurlah, kita akan dimasukkan ke dalam kumpulan umat kepunyaan-Nya.   Taat setialah kepada Tuhan Yesus dan bersaksi demi-Nya dengan berani sepanjang hidup kita.   Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu untuk memohon agar Engkau memberi aku hati yang tidak berbelah bahagi kepada-Mu. Tolonglah aku melayani-Mu dengan semangat yang berapi-api tanpa berasa malu. Aku hendak mengakui Tuhan Yesus sebagai Tuhan dan Penyelamat bagi hidupku. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie

  • Yesus Mempesona

    Oleh Pr Sinawat Buayeh

  • Penyelamatan Jiwa Lebih Penting daripada Segala-galanya

    “Apakah untungnya kepada seseorang jika dia memiliki seluruh dunia tetapi dirinya sendiri kehilangan atau kerugian?”  Lukas 9:25 AVB   Yesus memperingatkan murid-murid-Nya bahawa penyelamatan jiwa lebih penting daripada segala hal dunia ini. Itulah sebabnya Yesus berkata kepada para murid-Nya bahawa apa gunanya sekiranya mereka memiliki semua harta di dunia ini, tetapi diri mereka sendiri kehilangan atau kerugian.   Memiliki segala kebendaan yang ada di dunia ini bukanlah dosa. Akan tetapi, seseorang itu akan terjerumus ke dalam dosa apabila kasihnya terhadap hal-hal dunia ini (harta benda, kuasa, pangkat dan sebagainya) lebih besar daripada kasihnya kepada Tuhan Yesus. Tidak dapat dinafikan bahawa semua tarikan ini akan membawa seseorang itu kepada perangkap dosa yang menjejaskan hubungannya dengan Tuhan.   Itulah sebabnya Tuhan Yesus memperingatkan para murid-Nya supaya mereka lebih mengutamakan penyelamatan jiwa mereka yang hanya diperoleh dalam-Nya daripada segala tarikan yang ada di dunia. Sesungguhnya, tarikan apa-apa jua yang ada di dunia ini tidak sekali-kali dapat menjamin penyelamatan mereka pada hari yang akan datang.   Oleh itu, janganlah kita berasa rugi atau takut akan kehilangan hal-hal dunia, tetapi kita haruslah takut jika kita  “kehilangan penyelamatan jiwa kita”. Ingatlah  “apakah untungnya kepada seseorang jika dia memiliki seluruh dunia tetapi dirinya sendiri kehilangan atau kerugian?”   Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu untuk mengucap syukur atas penyelamatan yang Engkau berikan kepadaku. Walaupun aku tidak memiliki apa yang dimiliki oleh orang lain di dunia ini, tetapi aku memiliki-Mu. Menjadi milik-Mu jauh lebih menguntungkan aku. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie

  • Untungnya Mengabdikan Diri Kepada Tuhan Yesus

    “Sesiapa yang mahu memelihara nyawanya akan kehilangannya. Tetapi sesiapa yang mengorbankan nyawanya kerana Aku akan memeliharanya.” Lukas 9:24 AVB   Yesus sedang menceritakan  keadaan Kerajaan Syurga, iaitu hal-hal besar tentang Kerajaan Allah kepada para murid-Nya. Mereka harus membuat pilihan tepat tentang keselamatan dan kebahagiaan jiwa mereka yang mengatasi semua urusan dunia ini.   Sebab sekiranya mereka dibunuh kerana mengikut Tuhan Yesus,  mereka akan memperoleh hidup kekal. Akan tetapi, sekiranya mereka berjuang hanya untuk memelihara nyawa mereka, mereka akan kehilangan hidup yang sejati.   Oleh itu, lebih baik seseorang itu mengorbankan nyawanya kerana mengikut Tuhan Yesus daripada memelihara nyawanya demi hal-hal dunia ini, kerana seseorang yang mengorbankan nyawanya demi Tuhan Yesus akan memperoleh hidup kekal.   Marilah kita menyerahkan hidup kita sepenuhnya hanya kepada Tuhan Yesus kerana hidup yang mengabdi kepada Kristus Tuhan kita dan kematian dalam-Nya adalah berbaloi lagi menguntungkan.   Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu dan memohon agar Engkau mengajar aku untuk mengabdikan diriku hanya kepada-Mu. Pakailah hidupku demi memuliakan nama-Mu sepanjang hayatku. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie

  • Tuntutan Demi Mengikut Yesus

    Yesus berkata kepada semua, “Jika seseorang hendak mengikut-Ku, dia harus menyangkal dirinya, memikul salib setiap hari, dan mengikut-Ku. .....” Lukas 9:23 AVB   Setelah Yesus mendengar pengakuan Petrus, Dia dengan tegasnya memperingatkan murid-murid-Nya supaya tidak memberitahukan pengakuan Petrus itu kepada sesiapa pun. Yesus turut menjelaskan apa yang akan terjadi kepada diri-Nya, iaitu “Anak Manusia harus banyak menanggung kesengsaraan serta ditolak oleh para pemimpin masyarakat, ketua imam dan ahli Taurat. Dia akan dibunuh, tetapi tiga hari kemudian, Dia akan dibangkitkan semula.”   Oleh itu, sekiranya seseorang memutuskan untuk mengikut Tuhan Yesus, dia haruslah menyangkal dirinya, memikul salib setiap hari, dan mengikut-Nya. Tuntutan demi mengikut Tuhan Yesus adalah amat tinggi.   Mengikut Yesus bermakna bahawa seseorang itu harus siap sedia untuk meninggalkan segala kepentingan dirinya,  mengikut Yesus sepenuhnya tanpa berdua hati, dan  berpegang teguh pada pendirian bahawa sampai mati dia akan tetap mengikut Tuhan Yesus.   Apakah anda siap sedia untuk mengikut Tuhan Yesus pada hari ini dengan menyangkal diri, memikul salib tiap-tiap hari dan mengikut-Nya?   Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu untuk menyerahkan seluruh hidupku kepada-Mu. Ajarlah aku untuk mengikut-Mu dalam segala jalanku. Berilah aku jiwa raga yang taat dan setia kepada kehendak-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie

  • Siapakah Yesus Bagimu?

    Yesus bertanya kepada mereka, “Apa kata kamu: Siapakah Aku pula?” Lukas 9:20a AVB   Setelah Yesus bertanya kepada murid-murid-Nya tentang pendapat orang ramai mengenai siapa diri-Nya,  Yesus pun mengalihkan soalan itu kepada diri para murid-Nya tentang pendapat diri mereka mengenai diri-Nya.   Sebab para murid-Nya sudah bersama-sama dengan diri-Nya untuk satu tempoh masa yang cukup lama dan mereka telah menyaksikan serta mengalami segala yang dilakukan Tuhan Yesus selama mereka bersama-sama-Nya. Mereka juga telah mendengar pendapat orang ramai tentang diri-Nya.   Jelaslah bahawa Yesus mahu mendapatkan kepastian tentang pengakuan para murid-Nya terhadap diri-Nya, sama ada mereka melihat diri-Nya sebagai Tuhan dalam hidup mereka atau sebaliknya. Itulah sebabnya Yesus mengemukakan soalan kepada mereka sama ada mereka sungguh-sungguh percaya kepada-Nya atau mereka turut dipengaruhi oleh pendapat orang ramai yang ada di sekeliling mereka.   Puji Tuhan, salah seorang murid Yesus, iaitu Petrus berkata  bahawa Yesuslah Kristus, Penyelamat yang diutus oleh Allah.   Bagaimanakah pula dengan diri kita pada hari ini? Siapakah Yesus bagi diri kita? Apakah kita sungguh-sungguh mengenal siapa Yesus dalam hidup kita? Seperti  Petrus, kita hendaklah  membuat pengakuan bahawa Yesuslah “Kristus daripada Allah”.   Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang  memohon agar Engkau terus bekerja dalam hidupku. Biarlah kasih dan imanku  kepada-Mu semakin hari semakin dalam dan semakin berakar umbi pada-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie

  • Ketika Saya Besar

    Peter ingin jadi doktor bila besar nanti. Adakah anda tahu anda ingin menjadi apa besar nanti? Anda mungkin ingin menjadi artis, jururawat, angkasawan, atau mungkin pegawai polis. Tuhan mempunyai rancangan yang baik untuk anda. Dia tahu apa yang anda akan seronok lakukan suatu hari nanti. Dan dia akan membantu anda menjadi pandai untuk melakukannya. Jika anda berdoa kepada Tuhan dan mempelajari apa yang Dia katakan dalam Alkitab, Dia akan membantu anda mengetahui apa yang Dia mahukan untuk anda. Ayat Alkitab: Dan setiap langkahmu ingatlah apa yang dikehendaki Allah, dan Dia akan menolongmu melakukan yang benar. Amsal 3:6 Doa saya: Tunjukkan kepada saya, Tuhan, supaya saya dapat melihat dengan tepat seperti apa yang Engkau kehendaki.

  • Tempat Istimewa

    Karen & Sarah membuat rumah sendiri di mana dia boleh bekerja dan bermain. Seronok ada tempat istimewa yang khusus untuk anda. Tahukah anda bahawa Tuhan sedang menjadikan tempat yang istimewa untuk anda di syurga? Dia telah memberi anda tempat yang istimewa untuk tinggal di bumi sekarang. Anda mungkin akan tinggal di sini untuk masa yang lama. Tetapi suatu hari nanti anda akan tinggal di tempat yang SANGAT istimewa di syurga yang Tuhan jadikan hanya untuk anda. Dan anda akan tinggal di sana untuk masa yang SANGAT lama selama-lamanya! Ayat Alkitab: Di dalam rumah Bapa-Ku ada banyak tempat tinggal... Aku akan pergi menyediakan tempat untukmu. Yohanes 14:2 Doa saya: Suatu hari nanti, Tuhan, saya akan melihat wajah-Mu dan tinggal di tempat yang sangat istimewa!

  • Taat Kepada Ibu Bapa

    Ibu bapa Jack memberitahu dia supaya tidak bermain bola di dalam rumah. Tetapi dia melakukannya, dan memecahkan cermin. Mungkin ibu bapa anda mempunyai peraturan seperti: Jangan sentuh dapur gas. Jangan melintas jalan. Jangan makan terlalu banyak coklat. Ibu bapa anda membuat peraturan kerana mereka menyayangi anda dan mereka tahu apa yang terbaik untuk anda. Mereka mahu melindungi anda dan memastikan anda sihat dan selamat. Tuhan mahu anda taat kepada ibu bapa anda. Apabila anda melakukannya, anda juga mentaati Tuhan. Ayat Alkitab: Anak-anak, patuhilah orang tuamu di dalam Tuhan, karena itulah yang benar . Efesus 6:1, MILT Doa saya: Tolonglah saya, Yesus, untuk mematuhi dan melakukan apa yang betul setiap hari.

  • Menurut Pendapat Orang Ramai

    ... murid-murid-Nya datang kepada-Nya. Yesus bertanya kepada mereka, “Mengikut orang ramai, siapakah Aku?” Lukas 9:18b AVB   Sewaktu murid-murid Yesus datang kepada-Nya,  Yesus mengajukan satu pertanyaan kepada mereka tentang pendapat orang ramai mengenai siapa diri-Nya kerana selama ini mereka telah menyertai-Nya ke merata-rata tempat dalam pelayanan-Nya. Sepanjang perjalanan mereka bersama-sama dengan Tuhan Yesus, mereka telah mendengar banyak pendapat orang ramai tentang diri Yesus.   Oleh itu, Yesus bertanya kepada murid-murid-Nya tentang anggapan orang ramai terhadap diri-Nya. Mereka menjawab kepada Tuhan Yesus berdasarkan  pendapat orang ramai yang didengar mereka  selama ini.  Ada yang berkata bahawa Tuhan Yesus ialah Yohanes Pembaptis,  ada juga orang yang berkata bahawa Yesus ialah Elia, dan ada pula yang  berkata bahawa Yesus  salah seorang nabi dahulu yang telah hidup semula.    Semua pendapat mereka ini dipengaruhi oleh pengetahuan mereka tentang hal-hal  lalu yang diajarkan kepada mereka. Dengan itu, mereka menganggap Tuhan Yesus sebagai Yohanes Pembaptis atau Elia atau seorang daripada nabi dahulu.   Demikian juga dengan diri kita pada hari ini. Dalam perjalanan hidup kita sudah tentu kita akan mendengar pelbagai pendapat orang tentang siapa diri Yesus. Bagaimanapun, sebagai orang yang bijak, kita harus membaca Firman Tuhan dan mendoakan  hikmah agar kita tidak berkata “mengikut orang ini Yesus … atau mengikut orang itu Yesus ...”.  Kita seharusnya memberikan pengakuan berasaskan pengenalan kita secara peribadi tentang diri Yesus.   Oleh itu, jangan mendasarkan iman kita mengikut kata orang lain tetapi iman kita hendaklah berdasarkan Firman Tuhan tentang Tuhan Yesus. Dengan berbuat demikian, iman kita akan tetap kuat dan teguh.   Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang  mengucapkan terima kasih kepada-Mu atas Firman-Mu yang jelas memperlihatkan siapa diri-Mu. Ya Bapa, ajarlah aku untuk mendengar suara-Mu dan mengenal jalan-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie

bottom of page