top of page

Cari

3258 results found with an empty search

  • Yesus Datang Untuk Mencari Dan Menyelamat

    'Anak Manusia datang untuk mencari dan menyelamatkan orang yang hilang. ” ' (Lukas 19:10) AVB Sewaktu orang Yahudi mengkritik Yesus kerana menerima Zakheus yang dianggap oleh mereka sebagai orang berdosa oleh kerana pekerjaannya, maka Yesus pun menjelaskan sebab Allah mengutus diri-Nya ke dunia ini. Dia datang ke dunia untuk mencari dan menyelamatkan orang-orang yang tersesat. Oleh yang demikian, Zakheus telah menjadi seorang yang sangat berbahagia kerana sesuai dengan rancangan besar-Nya dan maksud kedatangan-Nya ke dunia, Zakheus dan seluruh keluarganya telah diselamatkan daripada dosa. Berdasarkan pertobatan Zakheus, Tuhan Yesus mahu berkata kepada semua orang yang bersama-sama dengan-Nya bahawa kedatangan-Nya adalah untuk memanggil orang yang berdosa supaya mereka bertobat daripada dosa-dosa mereka. Keinginan hati Bapa di syurga nyata melalui tindakan Tuhan Yesus terhadap pertemuan-Nya dengan Zakheus. Yesuslah yang mengambil tindakan pertama dengan memanggil Zakheus, lalu menyatakan kemahuan-Nya untuk menumpang di rumahnya. Bagi pihak Zakheus, dia perlu memberi respon kepada panggilan Yesus dengan membuka rumahnya bagi Yesus. Dalam Tuhan tidak ada paksaan untuk menerima-Nya, tetapi Dia mahu seseorang itu merespon dengan hati yang terbuka menyambut-Nya. Demikian juga dengan diri kita. Yesus memanggil kita dan mahu masuk ke dalam hidup kita, namun kita harus merendahkan hati dan membuka hati kita bagi-Nya serta membiarkan-Nya mengendalikan seluruh hidup kita. Sebab Dia ingin agar kita diselamatkan daripada hukuman dosa. Doa: Tuhan, terima kasih kerana menerima aku sebagaimana adanya diriku. Walaupun aku seorang yang berdosa, Engkau tetap memanggil aku untuk datang kepada-Mu. Inilah aku, aku serahkan seluruh hidupku kepada-Mu. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin. Pr Patrick Taie

  • Saat Kita Terima Yesus, Saat Itu Kita Terima Keselamatan

    'Yesus berkata kepadanya, “Pada hari ini juga penyelamatan telah datang kepada seisi rumah ini kerana kamu juga seorang keturunan Abraham. ' (Lukas 19:9) AVB Sewaktu Zakheus membuat pengakuannya secara peribadi di hadapan Yesus, dengan serta-merta Yesus berkata kepadanya bahawa “Pada hari ini juga penyelamatan telah datang kepada seisi rumah ini kerana kamu juga seorang keturunan Abraham." Keselamatan yang datang daripada Tuhan Yesus tidak memerlukan tempoh masa yang panjang untuk kita menerimanya. Namun ia akan terjadi saat kita mengakui dan menerima Yesus ke dalam hidup kita secara peribadi. Oleh kerana Zakheus telah mengundang Tuhan Yesus masuk ke dalam rumahnya dan mengakui semua perbuatannya, hari itu juga terjadi keselamatan kepada dirinya secara peribadi dan kepada keluarganya. Demikian juga dengan diri kita pada hari ini—pertobatan kita secara peribadi akan menyebabkan kita diselamatkan daripada dosa-dosa kita, daripada rasa bersalah akibat dosa tersebut, dan daripada kuasa dosa. Segala manfaat keselamatan menjadi miliknya. Kristus telah datang ke rumahnya, dan ke mana pun Kristus datang, Dia membawa keselamatan bersama-Nya. Dia adalah dan akan selalu menjadi Sumber keselamatan kekal bagi semua yang mengakui-Nya, seperti yang dilakukan Zakheus. Namun semua ini belumlah cukup. Hari itu telah terjadi keselamatan kepada rumah ini. Dia sekarang telah berpaling daripada dosa kepada Allah. Doa: Tuhan, terima kasih kerana menerima aku sebagaimana adanya diriku. Aku mengakui bahawa aku adalah orang yang berdosa, namun Engkau menerima dan mengampuni aku. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin. Pr Patrick Taie

  • Pengakuan Dosa Mengundang Berkat

    'Tetapi Zakheus berdiri dan berkata kepada Tuhan, “Tuhan, sekarang ini juga aku hendak memberikan separuh hartaku kepada orang miskin, dan jika aku telah menipu sesiapa, aku akan membayarnya kembali empat kali ganda.” ' (Lukas 19:8) AVB Sewaktu Yesus dan pengikut-pengikut-Nya sudah berada di dalam rumah Zakheus, dengan serta-merta Zakheus berdiri lalu berkata kepada Yesus, “Tuhan, sekarang ini juga aku hendak memberikan separuh hartaku kepada orang miskin, dan jika aku telah menipu sesiapa, aku akan membayarnya kembali empat kali ganda.” Dia sama sekali tidak malu untuk mengakui semua dosa-dosanya di hadapan umum. Walaupun hal ini sangat memalukan secara manusiawi, tetapi pengakuannya secara peribadi kepada Tuhan Yesus dengan hati yang hancur telah mengundang berkat yang besar ke dalam hidupnya dan keluarganya. Hal ini terbukti melalui perkataan Yesus kepadanya, "Pada hari ini juga penyelamatan telah datang kepada seisi rumah ini kerana kamu juga seorang keturunan Abraham". Mengakui dosa secara terbuka tidak merugikan Zakheus baik secara jasmani mahupun rohani. Walaupun hal itu memalukan secara manusia, tetapi bagi Tuhan hal ini menyenangkan hati-Nya. Oleh itu teladanilah sikap Zakheus dalam hidup ini. Sekiranya kita berbuat dosa, akuilah semuanya di hadapan Tuhan tanpa merasa malu atau takut. Sebab mengakui dosa di hadapan Tuhan akan menyebabkan dosa kita diampuni dan hati kita disucikan. Marilah kita mengakui segala dosa kita di hadapan Tuhan, pasti berkat Tuhan akan kita alami secara peribadi dan juga keluarga. Doa: Tuhan, aku mengakui bahawa aku adalah seorang yang berdosa. Oleh itu aku mengakui semua dosa aku di hadapan-Mu. Sucikanlah hati aku, perbaharuilah hati aku, inilah aku. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin. Pr Patrick Taie

  • Doa Puji Harian

    Disediakan oleh: 24-7 Prayer Malaysia

  • Perasaan Anda, Tuhan Terima Orang Berdosa

    'Semua orang yang melihat hal ini bersungut-sungut, “Dia hendak menumpang di rumah orang yang berdosa pula!” ' (Lukas 19:7) AVB Sewaktu Yesus berkata kepada Zakheus supaya dia turun segera daripada pokok yang dipanjatnya, kerana pada hari itu Yesus mesti menumpang di rumahnya, orang ramai yang mendengar hal itu mulai bersungut-sungut terhadap Yesus. Bagi mereka, Yesus tidak patut menumpang di rumah Zakheus kerana mereka menganggap bahawa Zakheus adalah seorang berdosa. Dia bekerja sebagai pemungut cukai dan dianggap sebagai pendosa besar di antara semua yang tinggal di Yerikho. Oleh itu bagi mereka, Zakheus tidak layak untuk dilayani, apatah lagi oleh seorang Guru yang dihormati seperti Yesus. Walaupun banyak orang tidak senang mendengar bahawa Yesus mahu pergi ke rumah Zakheus, namun Yesus tidak memperdulikan hal itu, kerana Dia tahu tujuan kedatangan-Nya ke dunia ini. Respon Yesus terhadap Zakheus sangat berbeza daripada orang Yahudi yang hanya melihat Zakheus berdasarkan hal luaran, sehingga membuat mereka bersungut-sungut dan membenci tindakan Yesus. Mereka lebih suka menghakimi orang berdasarkan pandangan luaran. Bagaimana pula dengan diri kita pada hari ini? Apakah respon kita terhadap seseorang yang diterima dan diberkati Tuhan? Adakah kita merasa gembira apabila mengetahui bahawa Tuhan menerima seseorang yang dianggap pendosa? Doa: Tuhan, Engkaulah Tuhan yang penuh belas kasihan dan anugerah. Engkau menerima semua orang tanpa melihat latar belakang dan bangsa mereka. Semua orang diterima oleh-Mu, terima kasih Tuhan. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin. Pr Patrick Taie

  • Doa Puji Harian

    Disediakan oleh: 24-7 Prayer Malaysia

  • Apa Responmu, Bila Yesus Memanggil Namamu

    'Apabila Yesus sampai ke tempat itu, Dia mendongak ke atas lalu berkata kepadanya, “Zakheus, turunlah dengan segera kerana pada hari ini Aku harus menumpang di rumahmu.” ' (Lukas 19:5) AVB Apabila Yesus sampai berdekatan dengan pokok yang dipanjat oleh Zakheus, Dia memandang ke atas dan melihat Zakheus di atas pokok itu. Lalu Yesus segera memanggil namanya dan berkata kepadanya, “Zakheus, turunlah dengan segera kerana pada hari ini Aku harus menumpang di rumahmu.” Apabila Zakheus mendengar Yesus memanggil namanya supaya dia turun dari pokok yang dipanjatnya, kerana Yesus mahu pergi ke rumahnya, maka dengan serta-merta, tanpa membuang masa, dia turun dari pokok itu. Kemudian dia dengan penuh sukacita menyambut dan menerima Yesus ke rumahnya. Bagaimana dengan perasaan kamu apabila kamu mendengar Yesus memanggil nama kamu dan Dia mahu masuk ke dalam rumahmu? Apakah yang akan kamu lakukan terhadap panggilan Yesus itu? Apakah hati kamu dipenuhi dengan sukacita atau sebaliknya? Oleh itu marilah kita mendengar suara-Nya yang memanggil nama kita. Doa: Tuhan, berilah aku telinga yang mendengar suara-Mu dan peka terhadap panggilan-Mu, agar aku tahu panggilan-Mu terhadap diriku dan mengikut-Mu sepanjang hidup aku. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin. Pr Patrick Taie

  • Doa Puji Harian

    Disediakan oleh: 24-7 Prayer Malaysia

  • Dihadapan Pasti Ada Jalan Untuk Kita

    'Dia pun berlari mendahului mereka lalu memanjat pokok ara untuk melihat Yesus yang akan melalui jalan itu. ' (Lukas 19:4) AVB Halangan Zakheus tidak menghalang dirinya untuk berusaha mencapai kerinduan hatinya. Dia berlari mendahului orang ramai, dan di hadapannya ada sebatang pokok yang boleh digunakan untuk melihat Yesus. Dia berlari lalu memanjat sebatang pokok yang ada di hadapannya, dan melalui pokok yang dipanjatnya itu, dia dapat melihat Yesus yang sebentar lagi akan melalui tempat itu. Oleh kerana sebatang pokok yang ada di hadapannya, maka Zakheus bukan sahaja melihat Yesus tetapi melalui pokok itu juga dia bertemu dengan Yesus. Oleh itu janganlah kita putus asa sewaktu kita mengejar kerinduan hati kita, kerana di hadapan kita pasti ada pokok-pokok yang boleh kita panjat untuk mencapai kerinduan itu. Jangan mudah menyerah sewaktu kita mengejar apa yang ada dalam hati kita. Sebab di hadapan kita pasti tersedia sebatang pokok untuk kita panjat. Dengan itu berusahalah selagi ada kesempatan, kerana di dalam Tuhan pasti ada jalan keluar untuk mencapai setiap kerinduan hati kita. Pandanglah ke hadapan—pasti ada sebatang pokok yang tersedia bagi kita. Apakah kita melihat pokok yang tersedia di hadapan kita untuk kita panjat demi mencapai kerinduan hati kita? Doa: Tuhan, berikanlah aku hati yang tetap percaya bahawa Engkau pasti menyediakan jalan bagi memenuhi kerinduan hatiku. Oleh itu ajarlah aku untuk melihat ke hadapan tanpa menyerah. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin. Pr Patrick Taie

  • Doa Puji Harian

    Disediakan oleh: 24-7 Prayer Malaysia

  • Kerinduan Hati, Mendorong Untuk Berusaha

    'Di situ ada seorang yang bernama Zakheus. Dia ketua pemungut cukai dan sangat kaya. Dia cuba hendak melihat siapa Yesus itu, tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana orang terlalu ramai dan dia pendek orangnya. ' (Lukas 19:2-3) AVB Zakheus merupakan seorang ketua pemungut cukai yang kaya, seorang yang dianggap najis oleh orang Farisi. Namun dia memiliki satu kerinduan yang menguasai seluruh hatinya, iaitu untuk melihat Yesus. Ketika dia ingin memenuhi kerinduan hatinya ini, dia menghadapi beberapa halangan, baik secara jasmani mahupun daripada orang sekeliling. Walaupun dia menghadapi halangan secara fizikal dan juga daripada orang ramai, namun semuanya tidak membuat dirinya putus asa untuk berusaha mencapai kerinduannya. Dia meletakkan keinginannya untuk melihat Yesus melebihi segala perkara dalam hidupnya. Oleh kerana kerinduan hatinya untuk melihat Yesus melebihi segalanya, halangan jasmani dan luaran tidak lagi menjadi penghalang untuk dia terus berusaha mencapai keinginan hatinya. Oleh itu dia terus berusaha. Semangatnya untuk mengejar dan memenuhi kerinduan hatinya tidak pernah padam walaupun berhadapan dengan pelbagai halangan, sebab dia telah meletakkan kerinduan hatinya mengatasi segala perkara dalam hidupnya. Bagaimana dengan diri kita pada hari ini? Apakah kerinduan yang ada dalam hati kita saat ini? Doa: Tuhan, biarlah kerinduan untuk mengalami kuasa-Mu secara peribadi menjadi yang terbesar dalam hidup aku. Hidupkanlah hati yang rindu untuk mengalami kuasa-Mu dalam hidup ini. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin. Pr Patrick Taie

  • Doa Puji Harian

    Disediakan oleh: 24-7 Prayer Malaysia

bottom of page