Support Us
Support Us
Cari
3258 results found with an empty search
- Kerana Iman Kita, Mukjizat
'“Jawab orang itu, “Tuhan, aku ingin melihat.” Yesus berkata kepadanya, “Terimalah penglihatanmu kembali, imanmu telah menyembuhkanmu.” ' (Lukas 18:41b-42) AVB Oleh kerana orang buta itu berkata kepada Yesus bahawa dia mahu melihat, maka Yesus berkata kepadanya bahawa “oleh kerana dia percaya kepada-Nya, maka dia menerima kesembuhan (dia dapat melihat)”. Yesus berkata kepada orang buta itu bahawa dia sudah dipulihkan daripada butanya kerana imannya kepada-Nya. Apa yang Tuhan Yesus lakukan untuk menyembuhkan dirinya adalah kerana Dia melihat iman orang buta itu. Itulah sebabnya Tuhan Yesus berkata kepadanya, “imanmu telah menyembuhkanmu”. Demikian juga halnya dengan diri kita pada hari ini. Doa yang berdasar pada iman, dengan dibimbing oleh janji-janji Tuhan Yesus, pasti tidak akan sia-sia, malah akan menggerakkan Roh Tuhan bekerja dalam hidup kita. Oleh itu kita harus percaya kepada Tuhan Yesus untuk menolong diri kita. Sebab iman yang sejati akan menghasilkan kegigihan dalam kita berdoa dan mendorong kita untuk bersandar sepenuhnya kepada Tuhan Yesus untuk pertolongan. Oleh itu marilah kita terus meletakkan kepercayaan kita sepenuhnya kepada Tuhan untuk pertolongan. Doa: Tuhan, ajarlah aku untuk percaya kepada-Mu. Walaupun aku menghadapi berbagai halangan, namun ajarlah aku untuk terus percaya kepada-Mu untuk pertolongan. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin. Pr Patrick Taie
- Doa Puji Harian
Disediakan oleh: 24-7 Prayer Malaysia
- Berserulah Kepada Tuhan, Sebab Dia Menolong Kita
'Yesus berhenti dan menyuruh orang membawa dia kepada-Nya. Lalu tanya Yesus apabila dia mendekati-Nya, “Apa yang kamu mahu Kubuat untukmu?” Jawab orang itu, “Tuhan, aku ingin melihat.” ' (Lukas 18:40-41) AVB Oleh kerana orang buta itu berseru kepada Tuhan Yesus dengan suara yang nyaring, maka orang ramai yang berjalan di hadapan rombongan memarahi orang buta itu dan menyuruhnya diam. Namun dia malah berteriak dengan lebih keras, “Anak Daud, kasihanilah aku!” Mendengar seruan orang buta itu, Yesus pun berhenti, lalu Yesus memerintah supaya orang buta itu dibawa kepada-Nya. Ketika orang buta itu sudah dekat dengan-Nya, Dia pun bertanya kepadanya, “Apa yang kamu mahu Kubuat untukmu?” Demikian juga dengan diri kita pada hari ini. Tuhan Yesus mendengar seruan hati kita yang memanggil nama-Nya. Dia tahu perasaan dan tangisan hati kita. Dia juga bertanya kepada kita, “Apa yang kamu mahu Kubuat untukmu?” Oleh itu marilah kita menyatakan segala keinginan hati kita kepada Yesus tentang apa yang kita mahu Tuhan lakukan dalam hidup kita. Dia Tuhan yang mendengar dan sanggup menolong kita. Doa: Tuhan, terima kasih kerana sanggup menolong aku dalam segala pergumulan hatiku. Bimbinglah aku, Tuhan, agar aku terus bersandar kepada-Mu untuk pertolongan, sebab Engkau siap menolong aku. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin. Pr Patrick Taie
- Doa Puji Harian
Disediakan oleh: 24-7 Prayer Malaysia
- Berpegang Kuat Pada Matlamat Hati Kita
'Orang yang di hadapannya memarahinya dan menyuruhnya diam, tetapi dia semakin kuat berseru, “Anak Daud, kasihanilah aku!” ' (Lukas 18:39) AVB Oleh kerana keinginan hati orang buta itu akan kesembuhan daripada Tuhan Yesus, maka dia dengan hati yang sungguh-sungguh berseru kepada Yesus tanpa memperdulikan kemarahan orang ramai terhadap dirinya. Dia tetap berseru kepada Tuhan tanpa malu dan takut terhadap orang banyak kerana dia mahu melihat. Semakin orang ramai memarahi dirinya (orang buta itu), semakin dia berseru dengan lebih nyaring memanggil nama Yesus untuk berbelaskasihan terhadap dirinya. Kemarahan orang ramai tidak sekali-kali membuat dia takut atau berhenti berseru kepada Yesus. Kemarahan orang ramai terhadap orang buta itu tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk terus-menerus berseru kepada Tuhan Yesus. Sebab orang buta itu hanya memiliki satu matlamat dalam hatinya yang ingin dicapai, iaitu memperoleh kesembuhan daripada Tuhan Yesus. Demikian juga dengan diri kita pada hari ini. Sekiranya kita berpegang kuat pada matlamat yang ada dalam hati kita, maka rebut atau ombak hidup ini tidak dapat memadamkan usaha kita untuk mendapatkannya. Oleh itu marilah kita berpegang pada matlamat kita dengan teguh. Doa: Tuhan, Engkaulah kekuatan hatiku. Kepada-Mu aku berserah untuk pertolongan. Oleh itu kuatkanlah hati aku untuk berusaha berlari ke arah-Mu. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin. Pr Patrick Taie
- Doa Puji Harian
Disediakan oleh: 24-7 Prayer Malaysia
- Gunakan Kesempatan Itu Dengan Sebaik-Baiknya
'Dia pun berseru, “Yesus, Anak Daud, kasihanilah aku!” ' (Lukas 18:38) AVB Oleh kerana orang buta yang sedang duduk di pinggir jalan dan mengemis itu bertanya kepada orang ramai yang lalu di tempat dia mengemis, maka dia mengetahui bahawa yang sedang melalui jalan itu ialah Yesus orang Nazaret. Setelah dia mengetahui bahawa peribadi yang lalu di tempatnya duduk dan mengemis itu ialah Yesus orang Nazaret, maka dengan segera orang buta itu mulai berseru kepada Yesus dengan suara yang nyaring, berkata, "Yesus, Anak Daud! Kasihanilah aku!" kerana dia percaya bahawa Yesus boleh menolongnya. Dengan itu dia berseru kepada Yesus dengan suara yang sangat nyaring tanpa rasa malu dan tanpa takut terhadap orang ramai yang bersama-sama dengan Yesus. Mendengar seruan orang buta itu, orang ramai yang mengikuti Yesus mulai memarahi dia dan menyuruhnya berhenti berteriak. Namun dia tidak peduli terhadap teguran dan kemarahan orang ramai terhadap dirinya, sebaliknya dia semakin berseru dengan lebih nyaring lagi. Sebab dia mahu sembuh, oleh itu dia tidak mahu melepaskan peluang yang ada untuk meminta pertolongan daripada Yesus. Mengetahui bahawa Yesus sedang lalu, orang buta itu terus-menerus berseru kepada Tuhan untuk kesembuhannya. Bagaimana dengan diri kita pada hari ini? Adakah kita terus berseru kepada Tuhan dengan kesempatan yang ada? Doa: Tuhan, ajarlah aku untuk terus berseru kepada-Mu tanpa merasa takut dengan larangan orang ramai, dan berikanlah aku hati yang sentiasa berdoa kepada-Mu. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin. Pr Patrick Taie
- Doa Puji Harian
Disediakan oleh: 24-7 Prayer Malaysia
- Ajarlah Diri Kita Untuk Bertanya
'Apabila dia mendengar bunyi orang ramai lalu, dia bertanya, “Apakah yang sedang berlaku?” ' (Lukas 18:36) AVB Ketika orang buta itu mendengar suara orang banyak yang sedang melewati jalan di mana dia sedang duduk di pinggir jalan dan mengemis, maka dia pun bertanya kepada orang banyak yang sedang lalu di situ tentang “Apakah yang sedang berlaku?”. Orang ramai yang lalu di situ memberitahu orang buta itu bahawa yang sedang melalui tempat itu ialah “Yesus, orang Nazaret, sedang lalu”. Oleh kerana dia buta, maka dia hanya mampu bertanya kepada orang ramai yang berada di situ tentang apa yang sedang terjadi sehingga keadaan menjadi sangat bising. Hal ini mengajar setiap kita pada hari ini tentang sikap ingin tahu. Apabila kita bertanya tentang apa yang kita dengar, maka hal itu dapat menolong kita menemui jawapannya, iaitu sesuatu yang boleh memberikan faedah kepada kita. Secara umumnya, kita memerlukan “mata” orang lain untuk mendapat jawapan tentang hal yang kita dengar. Sikap yang sering bertanya tentang hal-hal yang kita dengar boleh menolong kita mengetahui kebenaran dan perkara yang sebenarnya. Oleh itu janganlah kita malu untuk bertanya kepada orang yang ada di sekeliling kita tentang hal-hal yang kita dengar. Tanpa bertanya, pasti orang buta itu tidak mengetahui bahawa yang membuat orang ramai bising ialah Yesus. Oleh kerana dia bertanya, maka dia tahu bahawa Yesus dari Nazaret sedang lewat. Apakah yang menyebabkan kamu sukar untuk bertanya pada hari ini? Doa: Tuhan, ajarlah aku untuk bertanya tentang hal-hal yang aku dengar agar aku dapat menemui kebenaran yang sebenarnya. Dengan itu aku menyerahkan seluruh hidup aku kepada-Mu dan ajarlah aku untuk bertanya dan mengerti apa yang aku dengar selama ini. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin. Pr Patrick Taie
- Doa Puji Harian
Disediakan oleh: 24-7 Prayer Malaysia
- Segala Yang Kita Tinggalkan Kerana Yesus, Tidak Sia-Sia
'Yesus berkata kepada mereka, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, sesiapa yang telah meninggalkan rumah, atau isteri, atau saudara lelaki, atau ibu bapa, atau anak-anak demi kerajaan Allah akan menerima ganjaran berlipat ganda pada masa ini, dan pada kemudian hari, hidup kekal.” Yesus membawa dua belas murid-Nya ke tepi dan berkata kepada mereka, “Kita akan pergi ke Yerusalem dan segala yang tersurat dalam kitab-kitab nabi tentang Anak Manusia akan berlaku di sana. ' (Lukas 18:29-31) AVB Setelah Petrus mendengar ucapan Yesus kepada mereka bahawa “…apa yang mustahil bagi manusia adalah mungkin bagi Allah…”, maka Petrus pun berkata kepada Yesus, “…lihatlah, bagaimana dengan kami? Kami sudah meninggalkan semua yang kami miliki, lalu mengikut Engkau…” Oleh itu Yesus menjawab pertanyaan Petrus dengan berkata, “…yakinlah, orang yang meninggalkan rumah, isteri, saudara-saudara, orang tua, atau anak-anaknya kerana Kerajaan Allah, akan menerima berlipat ganda daripada yang ditinggalkannya, dan pada zaman yang akan datang menerima hidup yang kekal.” Dengan itu mereka tidak perlu membesar-besarkan apa yang mereka telah lakukan bagi melayani Tuhan selama ini, kerana apa yang mereka lakukan dalam pekerjaan Tuhan pasti Tuhan akan melimpahkan berkat-Nya dengan berkelimpahan dalam kehidupan mereka. Demikian juga dengan diri kita pada hari ini, kita tidak perlu memperbesarkan kasih kita sendiri dan kasih kita kepada saudara-saudara kita yang lain terhadap Yesus. Sebab apa yang kita lakukan di dalam Tuhan hari ini pasti tidak akan sia-sia. Sebaliknya, kita perlu merendahkan diri di hadapan Tuhan dan bersyukur kepada-Nya kerana memperlayakkan diri kita untuk mengikut-Nya. Ingat, setiap apa yang kita tinggalkan atau singkirkan demi mengikut Yesus pasti tidak akan sia-sia. Tuhan pasti akan melimpahkan berkat-Nya ke atas hidup kita pada hari ini dan juga pada hari yang akan datang. Doa: Tuhan, aku serahkan seluruh kehidupanku kepada-Mu. Pakailah hidup aku sebagai alat-Mu untuk memuliakan nama-Mu. Ajar aku untuk melayani-Mu selama hidup aku. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin. Pr Patrick Taie
- Doa Puji Harian
Disediakan oleh: 24-7 Prayer Malaysia












