top of page
Support Us
Support Us
Get Involved
I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.
Search


Lampu Tanpa Minyak
Matius 25:3–4 Sepuluh gadis membawa pelita. Pada awalnya, semuanya kelihatan bersedia. Namun apabila malam semakin panjang, perbezaan mula tersingkap. Lima pelita padam bukan kerana tiada lampu, tetapi kerana tiada minyak. Cahaya luaran ada, tetapi bekalan dalaman tidak dipelihara. Begitulah juga dengan setiap orang percaya dan kehidupan iman. Ia boleh kelihatan terang di hadapan manusia, namun sebenarnya gelap/redup dalam kerohaniannya apabila minyak rohani tidak dijaga. Min


Bejana yang Retak
2 Korintus 4:7 “Harta ini kami punyai dalam bejana tanah liat…” Sebuah tempayan lama digunakan untuk mengangkut air setiap hari. Namun di sepanjang perjalanan, sebahagian air menitis keluar melalui retakan kecil pada bejana tersebut. Pemiliknya berasa kecewa, menganggap tempayan itu cacat dan tidak lagi sempurna untuk digunakan. Namun suatu hari, ketika dia menoleh ke belakang, dia menyedari sesuatu yang tidak pernah diperhatikannya sebelum ini. Di sepanjang laluan yang serin


Pelari yang Hampir Berhenti
Ibrani 12:1 Oleh itu kita juga, yang dikelilingi dengan sebegitu ramainya saksi, hendaklah menjauhi beban dan dosa yang amat mudah menjerat kita, dan berlari dengan gigih dalam perlumbaan yang ditentukan bagi kita. Dalam maraton, ramai pelari berhenti bukan di kilometer pertama, tetapi hampir ke garisan penamat. Kaki masih mampu, tetapi fikiran sudah menyerah. Begitu juga dalam pelayanan mahupun hidup orang percaya. Ramai berhenti bukan kerana tidak dipanggil, tetapi kerana t


Luka yang Tidak Dibersihkan
Mazmur 147:3 Dia menyembuhkan mereka yang patah hati dan membalut luka mereka. Seorang petani terluka kecil di tangannya. Dia terus bekerja tanpa membersihkan luka itu. Beberapa hari kemudian, luka kecil itu menjadi jangkitan besar yang menghalang dia bekerja. Bukan kerana lukanya besar, tetapi kerana ia diabaikan. Sekiranya kita membawa luka lama, dikhianati, tidak dihargai, difitnah, disalahfahami. Luka itu tidak dibawa kepada Tuhan, lalu ia berubah menjadi kepahitan, sini


Kompas yang Retak
Amsal 3:5–6 Seorang pengembara di hutan tebal bergantung sepenuhnya pada kompas. Tetapi apabila kompas itu retak, jarumnya masih bergerak namun arahnya salah. Dia terus berjalan dengan yakin, tanpa sedar dia semakin jauh tersesat. Begitu juga pelayan Tuhan dan orang percaya yang bergerak tanpa mendengar kehendak Tuhan melalui kebenaran firman-Nya. Aktiviti masih ada, keyakinan masih kuat, tetapi arah sudah tidak tepat. Kesibukan boleh menipu kita untuk menyangka kita berada d


Api yang Padam Secara Perlahan
2 Timotius 1:6 "Nyalakan kembali karunia Allah yang ada padamu." Api tidak pernah mati secara mengejut. Ia tidak runtuh kerana ribut besar, tetapi kerana tiada siapa yang menambah kayu api. Pada awalnya, api itu menyala dengan penuh semangat. Doa terasa hidup. Firman berbicara. Pelayanan dilakukan dengan sukacita. Namun perlahan-lahan bukan dalam sehari api itu mengecil. Bukan kerana kejatuhan moral yang besar, tetapi kerana keletihan yang dibiarkan, kesibukan yang tidak dise


Ketika Tuhan Mengajar Kita Melepaskan
Pengkhutbah 3:6 ada waktu untuk mencari, ada waktu untuk membiarkan hilang; ada waktu untuk menyimpan, ada waktu untuk membuang; Ada saatnya Dia tidak meminta kita untuk menambah apa yang ada dalam genggaman kita, tetapi mengendurkan dan melepaskan apa yang ada dalam genggaman tersebut. Bukan kerana apa yang kita pegang itu jahat, dan bukan juga kerana kita gagal menjaganya. Sebaliknya, kerana musim telah berubah dan Tuhan setia menuntun umat-Nya selangkah demi selangkah, ter


Menjaga Jiwa di Tengah Kesibukan Pelayanan
Markus 8:36 Apa gunanya seorang memperoleh seluruh dunia, tetapi ia kehilangan nyawanya. Pelayanan yang sibuk tidak selalu bermaksud jiwa yang sihat. Ada pelayan yang kelihatan kuat di luar, tetapi rapuh di dalam. Ada yang setia hadir di mimbar, mesyuarat, dan lapangan namun semakin jarang hadir di hadapan Tuhan dengan hati yang tenang. Yesus tidak bertanya, “Berapa ramai yang kamu layani?” Dia bertanya, “Apa yang terjadi dengan jiwamu?” Kita boleh memenangkan ramai orang, te


Apabila Tuhan Menghancurkan Rancangan Kita
Amsal 16:9 “Hati manusia memikir-mikirkan jalannya, tetapi TUHANlah yang menentukan arah langkahnya.” Ada saat dalam hidup ini di mana kita sudah merancang dengan penuh keyakinan. Kita berdoa, kita berusaha, kita menyusun langkah sebaik mungkin. Namun, tiba-tiba semuanya runtuh. Pintu yang kita sangka terbuka tertutup rapat. Jalan yang kelihatan lurus berubah menjadi buntu. Pada saat itu, hati kita bertanya: Mengapa Tuhan membiarkan ini berlaku? Hakikatnya, Tuhan tidak selalu
bottom of page
