Jangan Hatimu Menjadi Dingin Kerana Dunia

Bacaan renungan: 2 Timotius 3:1-9
" Ketahuilah, bahawa pada akhir zaman, akan datang suatu masa yang sukar. Manusia akan menjadi pencinta diri, pencinta wang, bercakap besar, berlagak bongkak, mencaci maki, ingkar terhadap ibu bapa, tidak bersyukur, tidak suci, tidak mengasihi, tidak mengampuni, suka memfitnah, tidak menguasai diri, buas dan pembenci kebaikan, khianat, gopoh, angkuh, serta lebih mencintai keseronokan daripada mengasihi Allah. Mereka menjalankan kewajipan agama tetapi menyangkal kuasanya. Jauhilah orang demikian. Dalam kalangan mereka ada yang masuk secara rahsia ke rumah orang dan memerangkap perempuan lemah, yang dibebani dosa serta dipengaruhi pelbagai keinginan. Perempuan-perempuan ini sentiasa belajar tetapi tidak menerima kebenaran. Sebagaimana Yanes dan Yambres melawan Musa dahulu, demikianlah orang ini menentang ajaran yang benar — mereka tidak berfikiran waras dan telah menyeleweng daripada iman sebenar. Namun mereka tidak akan berjaya lebih jauh lagi, kerana semua orang akan menyedari kebodohan mereka, seperti halnya dengan Yanes dan Yambres dahulu".
Dalam 2 Timotius 3:1-9, Paulus menyatakan hal-hal yang akan terjadi pada akhir zaman, yang sebetulnya telah nyata terlihat pula pada kelakuan manusia yang muncul saat ini. Tampaknya, sekarang kita hidup telah memasuki zaman yang dimaksudkan oleh Paulus, sesuai ucapannya, “Ketahuilah bahwa pada hari-hari terakhir akan datang masa yang sukar,” (2 Tim. 3:1). Istilah dalam bahasa Yunani untuk “masa yang sukar” berarti “masa yang amat sangat sukar”.
Saya ingin menjelaskan bahawa ada 3 jenis penyesatan yang akan berlaku ke atas manusia menjelang kedatangan Antikristus, di mana Tuhan sendiri izinkan penyesatan dan dusta untuk menguasai orang yang tidak benar-benar percaya kepada Injil.
Yang pertama ialah penyesatan rohani dan teologi. Ajaran sesat akan menjadi-jadi. Kebenaran teologi akan dikelirukan, benda senang difahami dijadikan rumit. Golongan penyesat akan timbul macam cendawan selepas hujan! Doktrin-doktrin Kristian yang sudah lama dipercayai dan dipegang akan mula dipersoalkan dan dicabar oleh mereka dalam gereja! Anak-anak muda akan terpesong dan ramai akan "murtad" dan meninggalkan iman mereka. Ramai yang dahulunya aktif dalam gereja dan arif akan terpesona dengan ajaran "baru" yang tidak ada kepala atau ekor, dan terjerat oleh fahaman yang tidak Alkitabiah. Teologi dibuang dan pengalaman diagungkan - terlalu banyak contoh untuk diberi!
Kedua ialah penyesatan moral. Lebih ramai akan buat maksiat, terjerumus dalam ketagihan benda larangan, standard moral akan diturunkan. Lebih ramai akan amalkan kegiatan yang tidak bermoral dalam hal kewangan, dalam hal hubungan, dalam hal seksual. Hal hitam boleh jadi putih – dan kejahatan akan makin tersebar – termasuklah dalam gereja. Senarai yang disebut dalam 2 Timotius 3:1–4 akan menjadi realiti bagi dunia ini. Sampai ada yang bertanya, "Kalau kami sudah bertunang, boleh kami tidur sebilik?" Huh??. Perkara ini akan menjadi normalisme di dalam kehidupan anak-anak kita masa sekarang.
Ketiga ialah penyesatan sosial. kita melihat situasi di seberang laut, ada lelaki yang mengakui dirinya perempuan, ada perempuan yang mengakui dirinya sebagai kucing atau anjing, rusuhan dan pencurian bila sahaja keinginan peribadi tidak ditunaikan. Di Eropah dan Amerika sudah nampak hal ini. Climate Change, LGBTQIA+, Antifa, Wokeism, Intifada – Vandalisme, merusuh, sekat jalan – itu saja kerja mereka! Gejala kahwin-cerai, bersekedudukan, single parenting akan menjadikan nilai moral masyarakat akan menurun. Jika perkara ini terus berlaku ramai orang akan disesatkan dengan kegiatan demikian.
Maka menjelang hari-hari terakhir, sangat penting kita tidak izinkan diri dipengaruhi kesesatan. Makin mendalami Firman Tuhan. Jangan ikut trending... "Don't follow the crowd" .... Berdiri seorangan, demi kebenaran.
Oleh: Pr Edmund Kumar
Sumber: Facebook@Renungan@Edmund Kumar




Comments