Tetap Berdiri Teguh Menghadapi Dunia

πΊππππ‘ππ 6:7 (π΄ππ΅) π½πππππππβ π‘πππ‘πππ’: π΄πππβ π‘ππππ πππππ‘ ππππππππππππ, ππππππ πππ π¦πππ πππ ππππ πππβ π ππ ππππππ, ππ‘π’ππβ π¦πππ ππππ πππ‘π’ππππ¦π.
Bacaan tambahan: Lukas 21:7-19
Baru-baru ini kita melihat negara Perancis mengalami rusuhan yang amat teruk. Kebakaran berlaku di merata-rata tempat, kedai-kedai dirompak, dan anggota berkuasa kelihatan tidak berdaya mengawal keadaan. Perkara-perkara ini mengejutkan tetapi tidak menghairankan kerana tertulisnya: "π‘ππππ ππ’πππππ ππβππ π¦πππ ππππ ππ‘π’ ππππβππ πππππ ππ’πβ π¦πππ π‘ππππ ππππ, ππ‘ππ’ππ’π ππβππ π¦πππ π‘ππππ ππππ ππ‘π’ ππππβππ πππππ ππ’πβ π¦πππ ππππ."
Sebuah negara yang "mempermainkan" Allah waktu pembukaan acara Olimpik pada tahun 2024, menyokong LGBT dan aktiviti perguguran anak, dan membenarkan kemasukan pendatang bukan warganegara masuk secara beramai-ramai tanpa terkawal sudah pasti akan menghasilkan buah yang tidak baik. Apabila sebuah negara mencemuh Tuhan, tidak hairan Tuhan menurunkan hukuman dengan mengecohkan negara tersebut. Peranan kita sebagai orang sudah percaya Tuhan tetap berjaga-jaga dan berdoa berhadapan dengan berita-berita dunia yang adakalanya menakutkan, tetapi begitulah kesudahan dunia. Firman Tuhan akan digenapi dan bagi yang teguh hatinya akan diselamatkan.
Dalam Alkitab juga tertulis: "π΄ππππππ ππππ’ πππππππππ π‘πππ‘πππ ππππππππππ πππ πππππππππ‘ππππ, ππππππππβ ππππ’ ππππ‘ππ. πππππ π‘ππ€π-πππππ π‘ππ€π πππ ππππ πππππππ’ π‘ππππππβ ππβπ’ππ’ π‘ππ‘πππ π€πππ‘π’ ππβππ π§ππππ π‘ππππ ππππ πππππππ’ ππππππ π πππππ.β Salah satu tanda akhir zaman ialah rusuhan dan pemberontakan akan berlaku. Kita sebagai umat Allah haruslah "π‘πππ’βπππ βππ‘πππ’" pada waktu penganiayaan. Pada waktu penganiayaan, Allah sendiri berjanji bahawa "π πβππππ πππππ’π‘ππ’ ππ’π π‘ππππ ππππ βπππππ" dan "[π΄πππβ] ππππ πππππππππ’ πππ‘π-πππ‘π πππ ππππππππ πππππ π¦πππ π‘ππππ πππππ‘ πππππππππ πππβ π ππππππ ππ’π ππππππππ ππ’π π’β-ππ’π π’βππ’."
Dalam akhir zaman ini, marilah kita berpegang iman kita secara teguh agar "πππ‘πππ’βππ βππ‘πππ’ ππππ ππππ¦ππππππ‘πππ ππ¦ππ€πππ’.β
Oleh: Pr Edmund Kumar
Sumber: Facebook@Edmund Kumar




Comments