top of page

Cari

3189 results found with an empty search

  • Doa Puji Harian

    Disediakan oleh: 24-7 Prayer Malaysia

  • Tumpuan Hidupku

    Oleh Eylia Guntabid

  • Perkara yang Besar Bermula Daripada Perkara yang Kecil

    Yesus berkata, “Serupa apakah kerajaan Allah dan dengan apakah dapat Aku bandingkannya? ” Lukas 13:18 AVB   Tuhan Yesus menceritakan ibarat tentang bagaimana rupanya kerajaan Allah kepada orang ramai kerana pada masa itu terlalu banyak orang yang masih buta dan keliru tentang kerajaan yang diperintah Allah.   Oleh itu, Yesus menjelaskan kepada orang ramai bahawa kerajaan Allah seumpama biji sesawi yang dibawa oleh seseorang dan ditabur di dalam kebunnya. Benih itu tumbuh dan menjadi pokok lalu burung di udara membuat sarang pada dahan-dahannya. Memang biji sawi itu sangat kecil saiznya, bahkan paling kecil antara semua benih. Akan tetapi, apabila tumbuh, ia akan menjadi tumbuhan yang lebih besar daripada semua tumbuhan lain sehingga menjadi sebatang pokok tempat burung  di udara datang membuat sarang pada cabangnya untuk berteduh.    Demikian juga tanggapan banyak orang yang memiliki prasangka atau prejudis terhadap Injil sehingga mereka enggan menerimanya. Sebab pada permulaan mereka menganggapnya sebegitu kecil. Begitulah pandangan mereka terhadap Yesus. Mereka bertanya, "Betulkah orang ini (Yesus) boleh menyelamatkan kita?" dan "Adakah Injil-Nya benar dan boleh dipercayai?”    Tidak hairanlah Yesus ingin melenyapkan segala pandangan sempit, meleset dan merugikan terhadap diri-Nya dengan meyakinkan mereka bahawa meskipun pada mulanya kerajaan Allah itu kelihatan sangat kecil, namun pada akhirnya kerajaan Allah itu akan menjadi sangat besar sehingga banyak orang  akan tertarik untuk memasukinya dan beroleh penyelamatan.   Ingatlah, jangan menilai sesuatu itu daripada luaran sahaja, tetapi alihkan pandangan kepada Allah kerana segala perkara yang besar bermula daripada perkara yang kecil.    Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu pada saat ini untuk memohon agar Engkau mengajar aku untuk terus percaya kepada-Mu dalam segala perkara yang Engkau mulakan dalam hidupku. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie

  • DOA NECF Hari 23: Tindakan Ketaatan

    Baca: Kejadian 22:11-12 Kitab Pengkhotbah diakhiri dengan peringatan yang serius bahawa "Akhir kata dari segala yang didengar ialah: takutlah akan Allah dan berpeganglah pada perintah-perintah-Nya, karena ini adalah kewajiban setiap orang. Karena Allah akan membawa setiap perbuatan ke pengadilan yang berlaku atas segala sesuatu yang tersembunyi, entah itu baik, entah itu jahat." (Pengkhotbah 12:13–14). Perkataan "takut" dalam bahasa Ibrani ialah yārē' (ירא) juga diterjemahkan sebagai "penghormatan." Untuk "takut akan Tuhan" ialah memiliki rasa hormat yang tulus terhadap siapa Tuhan dan, oleh itu, Dia harus ditaati tanpa syarat. Tuhan mengetahui segala sesuatu dan apa sahaja yang Dia lakukan adalah muktamad. Kewajipan kita ialah mengakui sifat-sifat Tuhan dengan rasa kagum dan dalam tindakan ketaatan dan penyembahan. Kejadian 22:1 berkata, “Setelah semuanya itu Allah mencoba Abraham.” Abraham menanggapi ujian Tuhan dengan membawa Ishak, anaknya dalam perjalanan ketaatannya. Ketika Abraham sampai di tempat yang diperintahkan Tuhan kepadanya untuk berkata kepada hamba-hambanya. " Tinggallah kamu di sini dengan keledai ini; aku beserta anak ini akan pergi ke sana; kami akan sembahyang, sesudah itu kami kembali kepadamu." Tindakan penyembahan Abraham adalah mengorbankan Ishak seperti yang diperintahkan Tuhan kepadanya. Abraham sepatutnya telah membunuh Ishak tetapi Tuhan menghalangnya dengan berkata, " Jangan bunuh anak itu," katanya. "dan jangan kauapa-apakan dia." Kemudian Ia berkata, “sebab telah Kuketahui sekarang, bahwa engkau takut akan Allah, dan engkau tidak segan-segan untuk menyerahkan anakmu yang tunggal kepada-Ku.” Ibadah yang dipersembahkan oleh Abraham adalah tindakan ketaatan mutlak kepada Tuhan kerana rasa hormat yang tulus kepada Tuhan. Inilah rasa takut akan-Nya yang dikehendaki Tuhan dari umat-Nya. Doa Hari Ini: Bapa Syurgawi, saya mendedikasikan semula hidup saya untuk mempersembahkan ibadah sejati melalui tindakan ketaatan kepada-Mu. Firman-Mu berkata, sesungguhnya, mendengarkan lebih baik dari pada korban sembelihan, memperhatikan lebih baik dari pada lemak domba-domba jantan, dan saya bersetuju dengan sepenuh hati. Kiranya hidup saya mengikuti teladan Abraham, yang takut akan Tuhan dan dipuji sebagai orang benar. Ini adalah tugas hidup saya. Dalam Nama Yesus, Amin. Berdoa agar kita, sebagai orang yang percaya kepada Kristus, akan merendahkan diri, mencari bimbingan Tuhan melalui karya Roh Kudus, dan bersedia untuk memperhatikan nasihat Tuhan apabila tiba masanya untuk membuat sebarang keputusan besar. (Amsal 19:20-21) 20% rakyat Malaysia yang sebelum ini diklasifikasikan di bawah kumpulan pendapatan M40 telah jatuh ke dalam kumpulan pendapatan B40, justeru membesarkan lingkaran ‘miskin baharu’ pasca pandemik. Berdoalah agar kerajaan mengiktiraf dan mengambil langkah-langkah untuk meringankan pergumulan mereka, terutama bagi mereka yang mempunyai keluarga besar untuk ditanggung. Rev John Lim

  • Hari 23: Doa – Hubungi 3-3-3

    Tarikh: 29 Ogos 2025 Ayat Fokus: Yeremia 33:3 dan Daniel 6:10-28 Di Malaysia, jika kamu menghadapi kecemasan, kamu perlu menghubungi ‘999’. Nombor ini digunakan untuk meminta bantuan polis, bomba, atau ambulans. Namun, kamu tidak boleh menghubungi nombor ini jika kamu mengalami kecemasan berkaitan dengan kerja rumah matematik! Tahukah kamu bahawa Tuhan juga mempunyai nombor telefon? Ia adalah 3-3-3, iaitu Yeremia 33:3. Tuhan berfirman, “Berserulah kepada-Ku, maka Aku akan menjawab engkau.” Bukan itu sahaja, Dia juga berkata bahawa Dia akan “menyatakan kepadamu hal-hal yang besar dan yang tidak terselami, iaitu hal hal yang tidak kauketahui.” Bercakap dengan Tuhan adalah salah satu tindakan takut akan Tuhan. Ia dipanggil ‘doa’. Semakin kita dekat kepada-Nya, semakin banyak kita akan bercakap dengan-Nya. Masih ingat kisah Daniel dalam gua singa? Dia berdoa tiga kali sehari di dalam biliknya. Dia dikenali sebagai seorang yang rajin berdoa. Tuhan juga memberitahunya hal-hal besar dan ajaib. Tuhan melindunginya dan menutup mulut singa-singa itu. Sahabat baik suka berkongsi rahsia dan berbual tentang apa sahaja. Kita juga boleh bercakap dengan Allah dan Tuhan Yesus seperti itu. Jadikan Yesus sebagai sahabat baikmu. Dia sentiasa mendengar, sama ada dalam waktu kecemasan atau perkara harian. Dia mahu mendengar f ikiran, idea, kegembiraan, dan masalahmu. Dia bercakap dengan kita melalui Alkitab dan Roh Kudus. Oleh itu, seperti lirik lagu sekolah minggu, “Baca Alkitab, berdoa setiap hari, maka kamu akan bertumbuh, bertumbuh, bertumbuh.” Renungkan: Hubungi 3-3-3 sekerap mungkin! Doa Hari Ini: Yesus, terima kasih kerana sentiasa mendengar seruan saya. Terima kasih kerana peduli dan menjawab doa saya. Saya menaruh kepercayaan saya kepada Mu. Dalam nama-Mu saya bersyukur. Amin. Gereja: Berdoalah agar kita tidak menjadi sombong, tetapi sentiasa bersedia untuk mendengar nasihat yang baik. Paling penting, berdoalah agar kita dapat mendengar suara Roh Kudus melalui Firman-Nya yang hidup. (Baca Amsal 19:20-21) Bangsa: Jumlah golongan B40 atau kumpulan termiskin di Malaysia telah meningkat selepas pandemik. Berdoalah agar mereka pekerjaan mendapat yang baik dengan gaji mencukupi, sekurang-kurangnya untuk menampung keperluan harian mereka, terutamanya bagi mereka yang mempunyai tanggungan keluarga yang besar.

  • Doa Puji Harian

    Disediakan oleh: 24-7 Prayer Malaysia

  • Lihat Sesuatu Dari Sudut Positif

    Jawapan Yesus memalukan semua musuh-Nya tetapi orang ramai bersukacita kerana segala perkara mulia yang dilakukan oleh Yesus. Lukas 13:17 AVB   Tuhan Yesus dituduh melanggar hukum Taurat kerana Dia dianggap tidak menjaga kesucian hari Sabat apabila Dia menyembuhkan seorang perempuan yang sakit selama 18 tahun pada hari Sabat. Oleh itu, Yesus pun membangkitkan perbuatan para ahli Taurat yang melepaskan haiwan ternakan seperti lembu dan keldai mereka dari kandang untuk dibawa pergi minum air setiap hari, termasuk hari Sabat. Yesus turut menanyakan sebab seorang perempuan daripada keturunan Abraham yang telah dibelenggu oleh Iblis selama 18 tahun tidak harus dibebaskan daripada belenggunya pada hari Sabat.   Nampaknya penyembuhan perempuan tersebut menyebabkan tindak balas yang berbeza daripada golongan yang berlainan. Bagi ketua saumaah (rumah ibadat) dan rakan-rakannya yang menjadi musuh kepada Yesus, jawapan-Nya terang-terang menjatuhkan maruah mereka. Sebab jawapan Yesus sesungguhnya telah memalukan diri mereka di hadapan orang ramai yang datang mendengar ajaran Yesus di saumaah.    Sebaliknya, orang ramai bersukacita menyaksikan mukjizat penyembuhan perempuan yang sakit selama 18 tahun akibat dirasuk roh iblis. Mereka terhibur melihat perempuan yang sakit itu sudah sembuh daripada penyakitnya. Peristiwa ini memperlihatkan sesuatu yang luar biasa, mengagumkan dan baik sekali. Mereka sebenarnya juga melihat kuasa besar dan belas kasihan Tuhan Yesus yang membawa pembebasan dan penyembuhan kepada perempuan itu.   Berdasarkan peristiwa ini, kita belajar satu perkara yang sangat penting untuk kita renungkan dalam hidup kita di dunia ini. Dalam setiap perkara yang kita lakukan bukanlah semua orang akan gembira terhadap kita. Sudah tentu ada yang berasa tidak senang hati tetapi ada juga yang akan senang hati.   Jadi, kita harus mengajar diri kita untuk sentiasa melihat hal-hal yang baik dan tidak menghiraukan hal-hal yang sebaliknya. Sebab jika kita melihat dari sudut positif,  kita akan mendapat berkat dan dorongan untuk terus maju dalam hidup rohani kita. Oleh itu, elakkan diri daripada melihat dari sudut negatif, tetapi tumpukan mata kita ke arah positif dan tetap teguh iman.   Doa: Ya Bapa yang di syurga, ajarlah aku untuk melihat segala perkara yang terjadi di sekelilingku dari sudut positif agar aku dapat melihat kebaikan-Mu yang luar biasa dalam segala perkara. Ciptalah hati yang sentiasa melihat dari sudut pandangan-Mu dalam hidupku. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie

  • DOA NECF Hari 22: Pengakuan Dosa

    Baca: Mazmur 51:4; 2 Samuel 12:13 Daud melakukan banyak dosa. Antaranya ialah berzina dengan isteri lelaki lain dan kemudian menutup hubungan sulit dengan merancang rancangan untuk membunuh suami wanita itu. Apabila Uria suami Batsyeba meninggal dunia, Daud terus mengingini wanita itu dengan mengahwininya kerana dia mengandung anaknya. Kemunafikan Daud menyebabkan kematian anak itu. Pada dasarnya, dosa Daud memusnahkan seluruh keluarga. Namun, tidak seperti Saul, kerajaan Israel tidak diambil dari Daud. Kenapa? Daud telah mengaku kepada Natan, “Aku sudah berdosa kepada TUHAN.” Natan menjawab, "TUHAN telah menjauhkan dosamu itu: engkau tidak akan mati. ." Daud cepat-cepat mengakui dosanya dan bertaubat, di mana TUHAN tahu akan dilakukannya; Dia telah mengampuni Daud sebelum pengakuannya. Tuhan membenci dosa kerana ia bertentangan dengan keperibadian-Nya. Pemazmur menggambarkan kebencian Tuhan terhadap dosa dengan cara ini: “Sebab Engkau bukanlah Allah yang berkenan kepada kefasikan; orang jahat takkan menumpang pada-Mu.” (Mazmur 5:5) Tuhan membenci dosa kerana dosa memisahkan kita dari Dia: “tetapi yang merupakan pemisah antara kamu dan Allahmu ialah segala kejahatanmu, dan yang membuat Dia menyembunyikan diri terhadap kamu, sehingga Ia tidak mendengar, ialah segala dosamu.” (Yesaya 59:2). Walau bagaimanapun, Tuhan adalah penyayang dan oleh itu Dia memberi jalan agar dosa diampunkan - hanya perlu ada pengakuan dosa di hadapan-Nya. Daud telah bertaubat di hadapan TUHAN dengan berkata, “Terhadap Engkau, terhadap Engkau sajalah aku telah berdosa dan melakukan apa yang Kauanggap jahat … Korban sembelihan kepada Allah ialah jiwa yang hancur; hati yang patah dan remuk tidak akan Kaupandang hina, ya Allah. ” (Mazmur 51:6, 19). Kerana Daud mempunyai rasa takut akan Tuhan, pengakuan dosa dan pertaubatan di hadapan Tuhan adalah serta-merta. Ini adalah tindakan yang dikehendaki Tuhan daripada umat-Nya (lihat 1 Yohanes 1:9). Doa Hari Ini: Bapa Syurgawi, saya mengaku dosa, pelanggaran, dan kesalahan saya di hadapan-Mu. Terhadap Engkau dan kepada Engkau saja saya berdosa dan melakukan apa yang jahat di mata-Mu. Sembunyikanlah wajah-Mu daripada dosa-dosa saya dan hapuskanlah segala kesalahan saya. Jangan membuang saya dari hadirat-Mu dan jangan ambil Roh Kudus-Mu dariku. Pulihkan kepadaku sukacita keselamatan-Mu dan perbaharui roh yang benar dalam diriku, saya berdoa dalam Nama Yesus, Amin. Berdoa agar kita, sebagai orang yang percaya kepada Kristus, akan menterjemahkan rasa takut kita kepada Tuhan kepada perbuatan baik, supaya keperluan masyarakat akan dipenuhi, dan pujian akan diberikan kepada Bapa Syurgawi kita. (Kisah 10:2) Jabatan Perangkaan Sebab Kematian 2023 telah menekankan penyakit jantung sebagai punca utama kematian mengejut dalam kalangan orang dewasa muda, dengan angka meningkat dari tahun ke tahun. Berdoalah agar rakyat Malaysia memupuk gaya hidup sihat dengan pengambilan makanan yang sederhana, senaman dan rehat yang mencukupi. Rev John Lim

  • Hari 22: Payung Kekuasaan

    Tarikh: 28 Ogos 2025 Ayat Fokus: 1 Petrus 2:12-17 dan Roma 12:1-2 Adakah kamu mengenali sesiapa yang berkhidmat dalam tentera, polis, atau Rela? Jika ya, kamu pasti tahu bahawa mereka mesti menunjukkan rasa hormat dengan berdiri tegak dan memberi tabik hormat kepada mereka yang berpangkat lebih tinggi. Mereka juga perlu berkata, “Ya, Tuan!” atau “Tidak, Tuan!” kerana orang tersebut berada dalam jawatan berkuasa yang lebih tinggi daripada mereka. Apabila seseorang berada dalam kedudukan berkuasa, mereka mempunyai kuasa untuk memberi arahan dan membuat keputusan. Mereka memastikan semua orang mematuhi peraturan. Salah satu tindakan takut akan Tuhan dan menghormati-Nya adalah dengan menyedari bahawa Dia berkuasa dan mempunyai kuasa tertinggi ke atas kita. Oleh itu, rasa hormat dan kekaguman kita kepada Nya mendorong kita untuk taat kepada-Nya. Kita bersujud di hadapan-Nya kerana Dialah yang harus kita hormati dan patuhi. Kira-kira seribu tahun yang lalu, rakyat di China dan Korea mempunyai Maharaja (seperti Agong). Mereka TIDAK BOLEH sewenang-wenangnya pergi menghadapnya. Mereka perlu diundang terlebih dahulu. Kemudian, mereka harus berpakaian kemas dan berlutut dengan dahi menyentuh lantai. Mereka juga perlu berkata, “Daulat Tuanku!” Jika tidak, mereka boleh dihukum, seperti menerima 30 sebatan. Sudah tentu, Tuhan itu penyayang dan penuh belas kasihan. Namun, kita tetap perlu sedar bahawa Dialah yang paling berkuasa di atas segalanya. Dialah yang memberikan kuasa kepada raja-raja, polis, ibu bapa, dan guru-guru. Oleh itu, kita mesti taat kepada Tuhan dan juga kepada mereka yang diletakkan di atas kita. Tuhan seperti payung yang melindungi semua orang di bawah-Nya. Bersyukurlah kepada-Nya dan tunjukkan ketaatan kita kepada-Nya. Renungkan: Sedarlah bahawa Allah adalah Raja kita yang memiliki segala kuasa ke atas kita. Doa Hari Ini: Bapa Syurgawi, Engkaulah Raja yang Maha Berkuasa, penuh keagungan dan kekuasaan. Saya tundukkan hati dan kehendak saya kepada kuasa-Mu dalam ketaatan. Kepada-Mu saya mengangkat mata dan memberikan kesetiaan saya. Ya Tuhan, saya juga ingin berdoa untuk ibu bapa, guru-guru, dan pemimpin gereja saya yang Engkau telah tempatkan di atas aku. Berikanlah mereka kebijaksanaan dalam mentaati-Mu dan membimbing saya ke jalan yang benar. Dalam nama Yesus, Amin. Gereja: Berdoalah agar kita menunjukkan rasa takut akan Tuhan dengan melakukan perbuatan baik, supaya Bapa Syurgawi akan dipuji kerana perbuatan kita yang baik. (Baca Kisah Para Rasul 10:2) Bangsa: Berdoalah agar golongan muda tidak terlalu banyak bermain permainan sehingga mereka terlepas waktu makan dan tidur lewat pada waktu malam, yang boleh menjejaskan kesihatan mereka. Berdoalah agar mereka makan dengan seimbang, bersenam, dan mendapatkan rehat yang mencukupi setiap hari.

  • Doa Puji Harian

    Disediakan oleh: 24-7 Prayer Malaysia

bottom of page