Support Us
Support Us
Cari
3189 results found with an empty search
- Atur Masa
Mazmur 90:12 (AVB) Oleh itu, ajarlah kami menghitung hari kehidupan kami, supaya hati kami bijaksana. Efesus 5:15-17 (AVB) 15 Hiduplah dengan hati-hati – bukan seperti orang tidak arif tetapi sebagai orang bijaksana, 16 dan pergunakanlah setiap peluang dengan sebaiknya kerana ini zaman durjana. 17 Dengan demikian, janganlah bodoh, tetapi mengertilah kehendak Tuhan. Membangun kehidupan doa yang konsisten akan memerlukan kita merancang dengan sengaja (intentional). Walaupun kita seharusnya bercakap dengan Tuhan sepanjang hari kita, kita juga harus meluangkan masa di tempat rahsia. Ini memerlukan kita merancang. Memerlukan kita untuk dengan sengaja (intentional) melalukannya. Jikalau kita tidak melakukannya, kita akan penuh dengan kesibukan hidupan harian dan masalah kita. Sebahagian daripada membuat keputusan untuk berdoa dengan konsisten adalah untuk kita merancang waktu kita. Mungkin di dalam satu musim, kita boleh bangun awal pagi untuk berdoa sebelum kita memulaikan kehidupan kita. Tetapi, mungkin juga untuk musim yang lain, adalah sesuai untuk kita menyediakan masa untuk berdoa pada waktu malam. Tidak ada masalah untuk kita mengubahkan masa untuk musim yang berlainan. Apa yang penting ialah untuk menyediakan waktu harian khusus untuk bersama dengan Tuhan. Inilah caranya untuk kita mendisiplinkan diri. Tetapi, juga, berdoa sekerap yang mungkin, bila-bila dan mana-mana yang mungkin. Jikalau kita boleh berdoa beberapa jam, doalah. Jikalau kita hanya boleh memberikan setengah jam, doalah. Masa yang kita berikan kepada Tuhan adalah satu persembahan yang suci kepada Tuhan. Lebih kita berdoa, lebih kita akan meningkatkan kerohanian kita. Apabila kita telah biasa dengan doa harian kita bersama dengan Tuhan, ia akan tidak menjadi susah. Malah, ia akan menjadikan kita “jatuh cinta” dengan masa bersama dengan Tuhan. Ia akan menjadi satu keinginan kita yang amat sekali untuk memupuk perhubungan intim dengan Tuhan. Komuniti Digital
- Buat Keputusan
1 Petrus 5:8 (AVB) Kawallah dirimu dan berwaspadalah, kerana musuhmu Iblis merayau seperti singa yang mengaum mencari mangsa. Efesus 6:11 (AVB) Pakailah selengkap senjata Allah, supaya kamu dapat bertahan terhadap tipu daya iblis. Sama seperti apapun tabiat yang baru yang mahu kita terapkan ke dalam kehidupan harian kita, kita perlu membuat keputusan terlebih dahulu. Kita mempunyai keinginan untuk membina kehidupan doa yang konsisten, kerana itu adalah kehendak Tuhan di dalam hidup kita. Buat keputusan untuk kita berkomitmen untuk berdoa setiap hari. Membuat keputusan adalah lebih daripada motivasi. Ia memerlukan disiplin. Walaupun, ia memerlukan disiplin dan mati untuk diri kita sendiri, tidak ada di dalam dunia ini yang lebih memuaskan daripada doa. Membina kehidupan doa yang konsisten adalah KUNCI untuk kita hidup mengikut kehendak dan rancangan Tuhan di dalam hidup kita. Tanpa doa, kita membiarkan pintu kita terbuka untuk musuh kita masuk. (1Petrus 5:8) Dengan doa yang konsisten, bukan sahaja kita dilengkapi dengan segala senjata Allah (Efesus 6:11), tetapi juga kita akan berjalan dengan kedamaian dan kegembiraan Tuhan di dalam hidup kita. Membina perhubungan yang intim dengan Tuhan adalah keputusan yang terbaik, yang boleh kita lakukan sebagai anak Tuhan. Kerana tanpa Tuhan, kita adalah bukan apa-apa. Komuniti Digital
- Kesaksian Ibu Tusi Dari Ba'Kelalan (Full Version)
Kesaksian Ibu Tusi semasa kebangkitan rohani di Ba'kelalan
- Kesaksian Ibu Runguh Dari Ba'Kelalan (Full Version)
Kesaksian Ibu Runguh tentang kebangkitan rohani di Ba'kelalan
- Dedikasi Gedung Haleluya By Rev Gerawat Maran
Kesaksian Gedung Haleluya - Ba'kelalan
- Apakah Alkitab (Bible) Sudah Ditukar Atau Tercemar?
Sebagai permulaan, di bawah adalah beberapa kenyataan yang di dapati di dalam Bible. “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, selagi ada langit dan bumi, satu titik atau huruf yang terkecil pun tidak akan hapus daripada Taurat sebelum semuanya ternyata berlaku.” (Matius 5:18 AVB) Firman Tuhan tidak akan luput. Segala yang ada di dalamnya akan terlaksana sepenuhnya hingga ke akhirnya. “Langit dan bumi akan lenyap, tetapi kata-kata-Ku tidak akan lenyap." (Matius 24:35 AVB) “Seluruh Kitab Suci diilhamkan oleh Allah, dan berguna untuk mengajar, menegur, membetulkan dan mendidik ke arah kebenaran.” (2 Timotius 3:16 AVB) “Rumput layu dan bunga luruh, tetapi firman Allah kita kekal selama-lamanya." (Yesaya 40:8 AVB) Kita perlu bertanya, “Apakah Tuhan kita berkuasa?”. Jikalau Tuhan berkuasa “Apakah Dia mampu mempertahankan dan memelihara Firman-Nya”. Tentu sekali Tuhan mampu ! Firman Tuhan jelas menyatakan bahawa Firman Tuhan (Bible) tidak akan luput. Tidak ada yang boleh menukarkan Firman Tuhan (Bible). Tidak ada yang ditukarkan. Hanya kata-kata sahaja. Zabur dan Injil adalah sama dahulu dan sekarang. Pada abad yang ke-7, 600 tahun selepas Kristus, Alkitab (Bible) adalah diterima sebagai yang benar. Kita mungkin bertanya, apakah Alkitab telah ditukar dan dicemarkan selepas abad ke-7. Jawabnya ialah tidak sama sekali. Kita harus menggunakan fakta untuk membahas kenyataan kita dan bukan dengan khabar angin. Apa yang perlu kita lakukan ialah untuk membandingkan Alkitab (Bible) yang ada dengan kita sekarang dengan Alkitab (Bible) yang telah ditulis masa yang lalu. Kita akan mendapati Alkitab (Bible), lengkap sampai ke AD300. Kita akan dapat melihatnya di muzium di London, Vatican dsb. Apabila kita membandingkan Alkitab (Bible) yang kita ada sekarang dengan yang lalu, tidak ada perbezaannya. Tahukah kita, bahawa ada 25,000 salinan Perjanjian Baru (New Testaments) yang ditulis dengan tangan? Ahli sejarah, akan membuat perbandingan dan akan membuat kesimpulan bahawa Alkitab (Bible) yang kita ada sekarang adalah tepat. Tidak ada yang ditukarkan. Dead Sea Scroll Di dalam penemuan terkini arkeologi, “the Dead Sea Scrolls” ada ditemui di gua Qumran, utara timur Dead Sea. Penyelidik telah membandingkan Alkitab (Bible) yang kita ada hari ini dengan apa yang mereka temui, dan semuanya kekal, hampir 100% sama. Jangan biarkan sesiapa memberitahu kita bahawa Perjanjian Baru atau Bible telah diubah daripada tulisan asalnya. Itu tidak tepat dari segi sejarah. Alkitab tidak diubah. Bagaimana pula dengan Injil? Mengapa ada empat Injil ? Apakah ia berlainan daripada satu sama lain? Ya benar, ada terdapat 4 Injil di dalam Alkitab (Bible) : Matius, Markus, Lukas dan Yohanes. Inilah buktinya bahawa Alkitab (Bible) tidak dipalsukan kerana ini adalah kisah tentang Yesus dari pandangan 4 orang yang berlainan. Setiap orang memberikan kenyataan yang sama tetapi dengan cara tulisan yang berlainan. Saksi-saksi Yesus adalah penting untuk menentukan samada kenyataan yang dinyatakan adalah benar - seperti di dalam mahkamah. Sistem mahkamah, telah dari turun temurun, menggunakan saksi sebagai kaedah untuk menentukan sesuatu peristiwa benar atau palsu. Di dalam perjanjian lama, ada menyatakan bahawa kita memerlukan 2-3 saksi. “Seorang saksi sahaja tidak cukup untuk mendakwa seseorang atas kesalahan atau dosa apa pun yang dilakukannya. Berdasarkan keterangan dua atau tiga orang saksi, sesuatu dakwaan akan diteguhkan.” (Ulangan 19:15 AVB) Bukan sahaja, kita ada di sini, 4 saksi. Lebih daripada itu, Yakobus, Yudas, Petrus dsb. Semuanya menulis mengenai apa yang mereka lihat. Bagaimana pula dengan pelbagai jenis terjemahan di dalam Alkitab (Bible)? Alkitab (Bible) adalah ditulis di dalam bahasa Ibrani dan Yunani. Setiap terjemahan di dalam Alkitab (Bible) akan bermula daripada teks yang original. Sesetengah Alkitab (Bible) adalah parafrasa, bukan terjemahan. Dan terjemahan tersebut akan dikenali sebagai parafrasa. Walau bagaimanapun, terjemahan hanyalah - menterjemah apa yang dinyatakan dalam teks Ibrani dan Yunani asal. Tulisan Alkitab (Bible) Ibrani dan Yunani telah diterjemahkan ke dalam beribu-ribu bahasa. kenapa? Kerana Tuhan ingin setiap orang di dunia mengetahui berita baik tentang keselamatan. Dan Alkitab (Bible) tidak sukar untuk diterjemahkan. Terdapat bahagian Alkitab yang bersifat puisi (Amsal, Kidung Agung, Mazmur). Tetapi inti Alkitab itu sendiri adalah bahasa yang sangat mudah yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita. Tidak ada sebab dan munasabah untuk kita tidak mempercayai Alkitab (Bible).
- Fokus - Gunung Besar atau Tuhan Besar?
Matius 17:21 Jenis ini hanya dapat dihalau dengan berdoa dan berpuasa." Ibrani 11:1 (AVB) Iman adalah kepastian akan perkara-perkara yang diharapkan, keyakinan akan perkara-perkara yang tidak dilihat. Biji sesawi adalah biji yang kecil. Gunung pula memberikan gambaran sesuatu yang sangat besar. Oleh itu, apabila Yesus mengatakan bahawa kita boleh mengatakan kepada gunung, beralihlah dari situ, maka gunung akan beralih", ia memberikan kita makna sesuatu yang susah dilakukan atau sesuatu yang mustahil. Ada orang mengatakan bahawa iman seperti biji sesawi adalah seperti iman yang berpotensi untuk membesar menjadi besar. Jadi iman kita walaupun kecil, boleh membesar menjadi besar dan satu hari nanti, murid Yesus akan boleh menghalau roh iblis. Tetapi saya lebih cenderung kepada penjelasan berikut; Yesus menyatakan di dalam Matius 17:21 bahawa mereka dapat melakukan perkara besar dengan berdoa dan berpuasa. Maksudnya, apabila kita berdoa dan berpuasa, kebergantungan kita adalah kepada Tuhan. Fokus kita bukanlah betapa besarnya iman kita, tetapi fokus kita ialah betapa besarnya Tuhan. Fokus kita bukan kepada saiz iman kita tetapi kepada saiz Tuhan. Fokus murid-murid Yesus mungkin adalah kepada kejayaan mereka yang lalu, teknik mereka yang lalu, kebolehan mereka yang lalu dan bukan kepada fokus kepada keagungan dan kuasa ke atas iblis. Apabila iman kita adalah fokus kepada iman yang diingini Tuhan, iaitu iman yang fokusnya adalah kepada Tuhan. Iman yang benar, tidak kira betapa kecil, boleh melakukan perkara besar, kerana iman tersebut diletakkan kepada Tuhan yang besar! Jadi, apa yang Yesus ajarkan kepada kita bukanlah tentang saiz iman kita. bukanlah tentang saiz gunung di hadapan kita. tetapi adalah berkenaan dengan saiz Tuhan kita. Tuhan kita adalah lebih besar daripada iman kita atau masalah kita. Apabila murid-murid Yesus bertanya kepada Yesus mengapa mereka tidak boleh mengusir roh iblis, Yesus tidak menunjukkan tentang betapa kecil iman mereka. Tetapi Yesus menunjukkan kepada mereka kondisi iman mereka. Iman yang kecil, sebesar biji sesawi, boleh melakukan perkara yang besar jika ia adalah bergantung kepada TUHAN YANG BESAR. Jadi, saudara-saudari, ini adalah salah satu prinsip kerajaan Allah. Tidak ada perkara yang Tuhan mahu kita lakukan, walaupun kelihatan mustahil, dapat dilakukan kerana iman kita adalah kepada Tuhan yang besar. Ada pepatah Inggeris mengatakan. BIG God, small problems. Small God, BIG Problems. Mari kita menumpukan mata kita kepada Tuhan kita yang besar. Elder Ann WK
- Iman Biji Sesawi
Matius 17:20 (AVB) Yesus menjawab, "Ini kerana kepercayaanmu tipis. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, sekiranya kamu mempunyai iman sebesar biji sawi, kamu dapat berkata kepada gunung, 'Beralihlah ke situ!' maka bukit itu akan beralih. Tidak ada satu pun yang mustahil bagi kamu" Efesus 2:8-10 (AVB) 8 Kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya melalui iman – ini bukan daripada kamu sendiri tetapi adalah kurnia Allah – 9 bukan kerana usaha amalmu supaya tiada seorang pun yang dapat bermegah. 10 Kerana kita ini buatan-Nya, dicipta dalam Kristus Yesus untuk melakukan perbuatan baik, yang telah disediakan terdahulu oleh Allah untuk kita lakukan. Saudara-saudari, hari yang lepas, kita mendengar jawaban Yesus tetang kegagalan mereka menghalau roh iblis daripada seorang budak adalah kerana iman mereka tipis atau mereka kurang percaya. Di dalam perkataan lain, iman mereka "kecil". Tetapi, di dalam perkataan yang sama, Yesus menyatakan "Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, sekiranya kamu mempunyai iman sebesar biji sawi, kamu dapat berkata kepada gunung, 'Beralihlah ke situ!' maka bukit itu akan beralih. Tidak ada satu pun yang mustahil bagi kamu." Wow, satu kenyatakan yang sangat mendalam. Biji sesawi adalah kecil saiznya. Mungkin, ekspektasi kita adalah untuk Yesus menyatakan kalaulah kamu ada iman yang lebih besar kalaulah kamu ada iman yang lebih mendalam kalaulah kamu ada iman yang lebih hebat kalaulah kamu ada iman yang lebih memenuh Tetapi Yesus mengatakan, jikalau kita mempunyai iman "sekecil" biji sesawi, kita boleh mengalihkan gunung. Ini seolah-olah bertentangan. Mereka tidak boleh menghalau roh iblis kerana iman mereka tipis. Tetapi, jikalau iman mereka "sekecil" biji sesawi, mereka akan berjaya. Elder Ann WK
- Punca Masalah Iman
Matius 17:20a (AVB) Yesus menjawab, "Ini kerana kepercayaanmu tipis .... Ibrani 11:6 (AVB) Tetapi tanpa iman, mustahil didapati keredaan-Nya. Sesiapa yang datang kepada Allah mestilah beriman bahawa Allah wujud dan Dia memberikan ganjaran kepada mereka yang berusaha untuk mencari-Nya. Di dalam menjawab soalan murid-muridNya, Yesus menyentuh sesuatu yang sangat penting. "The heart of the problem, is the problem of the heart" Kita lihat di sini, saudara-saudari: Yesus tidak mengatakan, "Teknik yang kamu lakukan adalah tidak betul" Masalahnya bukanlah metodologi. Yesus tidak mengatakan, "Kamu tidak cukup berusaha" Masalahnya bukanlah kekurangan usaha mereka untuk melakukannya. Yesus tidak mengatakan, "Kamu tidak berapa bijak" Masalahnya bukanlah kekurangan kepandaian atau kebijaksanaan. Yesus tidak mengatakan, "Kamu tidak bertabah hati" Masalahnya bukanlah ketekunan dan ketabahan. Yesus juga tidak mengatakan, "Iblis terlalu kuat daripada kamu" Masalahnya bukanlah berkenaan dengan kekuatan Iblis. Faktor-faktor di atas bukanlah yang menyebabkan mereka gagal untuk menyembuhkan anak daripada roh iblis. Yesus menyatakan kepada mereka, di dalam ayat 20, ia adalah kerana kepercayaan mereka tipis atau kurang percaya. Walaupun, perkataan Yesus adalah merujuk kepada kekurangan iman mereka, atau betapa kecilnya iman mereka, Yesus memberikan kita pencerahan yang lebih tentang iman yang kecil. Hari esok, kita akan lihat, apa yang Yesus katakan tentang iman yang kecil. Elder Ann WK
- Zon Keselesaan
Matius 7:14-19 (AVB) 14 Setelah Yesus dan ketiga-tiga orang murid-Nya itu kembali kepada orang ramai, seorang lelaki datang berlutut di hadapan-Nya. 15 Lelaki itu berkata, "Tuhan, kasihanilah anakku! Dia menghidap sakit gila babi dan penyakitnya sungguh teruk. Sering kali dia terjatuh ke dalam air atau api. 16 Aku sudah pun membawanya kepada murid-murid-Mu, tetapi mereka tidak dapat menyembuhkannya." 17 Yesus menjawab, "Hai angkatan yang tidak percaya dan sesat ini. Berapa lama lagikah Aku mesti ada bersamamu? Berapa lama lagikah Aku mesti bersabar denganmu? Bawa anak itu ke sini!" 18 Yesus mengherdik roh iblis itu. Roh iblis itu pun keluar daripada anak itu lalu dia sembuh serta-merta. 19 Para murid Yesus mendapatkan-Nya dan bertanya ketika tiada orang lain di situ, "Mengapa kami tidak dapat menghalau roh iblis itu?" Di dalam Matius 17:1-13, adalah peristiwa, Yesus dimuliakan di gunung, bersama dengan Petrus, Yakobus dan Yohanes. Dan apabila mereka kembali kepada orang ramai, seorang lelaki berlutut di hadapan Yesus. Dia berkata "Tuhan, kasihanilah anakku ! Dia menghidap sakit gila babi dan penyakitnya sangat teruk". Dia telah membawa anaknya kepada murid-murid Yesus, tetapi mereka tidak dapat menyembuhkannya. Murid-murid Yesus telah melakukan apa yang mereka tahu, tetapi gagal. Mereka berada di luar zone keselesaan mereka. Mungkin, mereka pernah melihat Yesus menghalau roh iblis. Tetapi kali ini, mereka tidak dapat melakukannya. Apabila Yesus mengherdik roh iblis dan roh iblis tersebut keluar daripada anak itu lalu dia sembuh serta-merta. Apabila tiada orang lain di situ, para murid Yesus bertanya kepada Yesus, mengapa mereka tidak boleh menghalau roh iblis? Mengapakah mereka tidak boleh melakukannya? Hari esok kita akan lihat jawaban Yesus kepada mereka. Elder Ann WK
- Doa Sebagai Meminta Perlindungan
Matius 6:5-15 (AVB) 5 "Apabila kamu berdoa, janganlah seperti orang munafik. Mereka suka berdoa sambil berdiri di saumaah dan di simpang jalan supaya dilihat orang. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, mereka itu sudah pun mendapatkan ganjaran mereka. 6 Tetapi kamu, masuklah ke dalam bilik, tutup pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang tidak dapat dilihat dengan mata. Dia mengetahui apa yang kamu lakukan secara tersembunyi dan akan memberikan ganjaran kepadamu. 7 Ketika berdoa, jangan curah-curahkan kata-kata yang tidak bermakna, seperti orang yang tidak mengenal Allah. Mereka menyangka Allah akan mengabulkan permintaan mereka kerana doa mereka itu panjang. 8 Jangan berbuat seperti mereka. Bapamu tahu apa yang kamu perlukan sebelum kamu memohonnya. 9 Berdoalah demikian: 'Ya Bapa kami yang di syurga, sucilah nama-Mu. 10 Datanglah kerajaan-Mu. Terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga. 11 Berilah kami makanan untuk hari ini. 12 Ampunkanlah kesalahan kami sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami. 13 Janganlah biarkan kami tergoda, tetapi selamatkanlah kami daripada yang jahat. Engkaulah yang empunya kerajaan, kekuasaan dan kemuliaan selama-lamanya. Amin.' 14 Jika kamu mengampuni orang yang bersalah terhadapmu, Bapamu yang di syurga akan mengampunkan kesalahanmu juga. 15 Tetapi jika kamu tidak mengampunkan kesalahan orang, Bapamu yang di syurga juga tidak akan mengampunkan kesalahanmu." Ayat 13 13 Janganlah biarkan kami tergoda, tetapi selamatkanlah kami daripada yang jahat. Dunia ini penuh dengan kejahatan, kegelapan dan godaan kerana iblis telah diizinkan berkuasa ke atas bumi ini untuk sementara waktu. Oleh sebab itu, selagi kita hidup di bumi ini, kita akan menghadapi bermacam-macam godaan, serangan dan tarikan khususnya daripada tiga punca utama iaitu nafsu seks, ketamakan kebendaan atau kewangan dan kegilaan kuasa serta keangkuhan. Itulah sebabnya, Tuhan Yesus mengajar pengikutNya berdoa kepada Allah Bapa supaya mereka terlindung dan selamat daripada godaan dan serangan daripada yang disebabkan oleh si Penjahat. Tuhan Yesus sangat sedar hal ini kerana Dia sendiri yang telah digodai oleh Iblis semasa Dia di padang gurun pada permulaan pelayananNya. Ancaman ini begitu besar dan hebat sehingga bukan sahaja Dia mengajar pengikutNya berdoa untuk perlindungan dari Iblis, Dia sendiri telah mendoakan mereka untuk perkara ini di dalam doaNya kepada Allah Bapa yang terakhir dibumi sebelum Dia pulang ke syurga Aku tidak lagi tinggal di dunia, sedangkan mereka masih di dunia. Aku datang kepada-Mu. Bapa Yang Maha Suci, peliharalah mereka dengan nama-Mu, nama yang telah Kauberikan kepada-Ku, supaya mereka menjadi satu sebagaimana Engkau dan Aku adalah satu. 12Sepanjang waktu Aku bersama mereka, Aku memelihara mereka dengan nama-Mu, nama yang Kauberikan kepada-Ku. Aku melindungi mereka dan tiada seorang pun binasa kecuali anak kebinasaan itu supaya terlaksanalah apa yang tersurat dalam Kitab Suci. 13Sekarang Aku akan datang kepada-Mu. Semua ini Kukatakan ketika Aku masih di dunia, supaya kebahagiaan-Ku dapat dialami mereka sepenuhnya. 14Setelah Kusampaikan firman-Mu kepada mereka, dunia membenci mereka kerana mereka bukan dari dunia ini, seperti Aku juga bukan dari dunia ini. 15Aku tidak memohon-Mu untuk mengeluarkan mereka dari dunia ini. Aku mmohon semoga Engkau melindungi mereka daripada si durjana. Yohanes 17:11-15 Oleh itu, kita sebagai anak Allah dan lebih lebih lagi antara kita yang ada panggilan sebagai hamba Allah, kita harus berwaspada dan berjaga jaga terhadap tipu muslihat Iblis. Dia sentiasa mencari peluang untuk melemahkan iman kita, merosakkan kesaksian kita dan meruntuhkan pelayanan kita melalui godaan, tarikan ataupun serangan Doa Allah Bapa, aku sedar aku lemah di dalam daging dan iblis sentiasa mencari peluang untuk melemahkan aku dan menjatuhkan aku dengan berbagai helah dan cara. Engkau memelihara aku dan memberi aku kekuatan dan hikmahMu untuk menyedari, menghadapi dan menangi serangan dan godaan si iblis. Engkau melindungi aku dari anak anak panah berapi yang dikirim oleh iblis terhadap aku dan keluargaku dan pelayananku. Engkau menguatkan aku dan mengajar aku memakai selengkap senjata Allah supaya aku dapat bertahan, berdiri dan melawan tipu daya Iblis. Dalam Nama Tuhan yesus, Amin. Pr. Lam Kee Hing
- Doa Sebagai Pengampunan
Matius 6:5-15 (AVB) 5 "Apabila kamu berdoa, janganlah seperti orang munafik. Mereka suka berdoa sambil berdiri di saumaah dan di simpang jalan supaya dilihat orang. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, mereka itu sudah pun mendapatkan ganjaran mereka. 6 Tetapi kamu, masuklah ke dalam bilik, tutup pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang tidak dapat dilihat dengan mata. Dia mengetahui apa yang kamu lakukan secara tersembunyi dan akan memberikan ganjaran kepadamu. 7 Ketika berdoa, jangan curah-curahkan kata-kata yang tidak bermakna, seperti orang yang tidak mengenal Allah. Mereka menyangka Allah akan mengabulkan permintaan mereka kerana doa mereka itu panjang. 8 Jangan berbuat seperti mereka. Bapamu tahu apa yang kamu perlukan sebelum kamu memohonnya. 9 Berdoalah demikian: 'Ya Bapa kami yang di syurga, sucilah nama-Mu. 10 Datanglah kerajaan-Mu. Terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga. 11 Berilah kami makanan untuk hari ini. 12 Ampunkanlah kesalahan kami sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami. 13 Janganlah biarkan kami tergoda, tetapi selamatkanlah kami daripada yang jahat. Engkaulah yang empunya kerajaan, kekuasaan dan kemuliaan selama-lamanya. Amin.' 14 Jika kamu mengampuni orang yang bersalah terhadapmu, Bapamu yang di syurga akan mengampunkan kesalahanmu juga. 15 Tetapi jika kamu tidak mengampunkan kesalahan orang, Bapamu yang di syurga juga tidak akan mengampunkan kesalahanmu." Ayat 12 12 Ampunkanlah kesalahan kami sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami. Selagi kita hidup di bumi ini, kita tidak dapat elak daripada berdosa di dalam fikiran, percakapan dan perbuatan kita terhadap Allah Bapa dan orang lain. Kita juga tidak dapat mengelak daripada disakiti atau dilukai oleh orang lain melalui percakapan, sikap dan perbuatan atau kelakuan mereka. Oleh itu, Tuhan Yesus mengajar pengikutNya bahawa setiap kali mereka datang ke hadirat Tuhan untuk berdoa, mereka perlu terlebih dahulu meminta Allah Bapa mengampuni dosa peribadi mereka. Seperti mereka, kita perlukan Allah Bapa menyucikan dan mentahirkan hati kita yang mungkin penuh dengan kemarahan, kedengkian atau rasa cemburu, mulut kita yang mungkin telah mengutuk, memarahi, menfitnah atau tangan kita yang mungkin telah memukul atau mencuri. Daripada menerima pengampunan dosa kita sendiri daripada Allah Bapa, barulah kita layak dan dibolehkan untuk mengampuni orang lain yang telah berbuat jahat atau melukai kita samada dengan percakapan atau perbuatan. Tuhan Yesus telah menegaskan prinsip ini dengan ajaran seterusnya dalam ayat 14,15; 14 Jika kamu mengampuni orang yang bersalah terhadapmu, Bapamu yang di syurga akan mengampunkan kesalahanmu juga. 15 Tetapi jika kamu tidak mengampunkan kesalahan orang, Bapamu yang di syurga juga tidak akan mengampunkan kesalahanmu." Meminta ampun dari Allah Bapa memerlukan kerendahan hati dan mengampuni orang yang telah berbuat jahat terhadap kita atau yang telah menyakiti kita dan melukai hati kita memerlukan kasih karunia .Secara daging, ia memang susah dan seringkali kita tidak mahu. Tetapi kalau kita ingin Allah Bapa mengampuni dosa kita serta mendengar doa kita, kita perlu dan harus mengampuni orang lain dengan kekuatan ilahi yang diberikan oleh Allah Bapa kita. Ia bukan satu pilihan tetapi adalah syarat yang mesti dipatuhi jika kita mahu diampuni oleh Allah Bapa dan doa kita didengar dan dikabul oleh Dia. Doa Allah Bapa, aku bersyukur bahawa Engkau sangat murah hati dan penuh dengan kasih setia dan kasih karunia untuk mengampuni dosaku setiap kali aku berdosa dan minta pengampunanMu. Aku mengaku adalah sangat susah bagi aku mengampuni orang lain yang menyakiti hatiku. Berilah kekuatan dan kasih karuniaMu kepada aku untuk rela benar benar mengampuni mereka di dalam hatiku. Amin. Pr. Lam Kee Hing












