top of page

Cari

3189 results found with an empty search

  • Imanku Percaya

    Oleh Eylia Guntabid

  • Menentukan Apa yang Benar Bagi Diri Sendiri

    “Mengapakah kamu  sendiri tidak dapat menentukan apa yang benar?” Lukas 12:57 AVB   Yesus menegur orang ramai yang mendengar ajaran-Nya tentang tanda-tanda kedatangan Mesias yang jelas kelihatan dalam-Nya tetapi mereka membuat pilihan dan keputusan yang salah bagi diri mereka sendiri. Bukan sahaja mereka perlu membuka mata, mereka juga perlu membuka hati untuk menentukan apa yang benar bagi diri mereka.   Sedihnya, mereka tidak membuat keputusan sendiri tentang apa yang benar bagi diri mereka, bahkan  mereka enggan memilih jalan yang benar bagi diri mereka. Walaupun tanda-tanda kedatangan Mesias  sangat jelas diperlihatkan, tetapi mereka masih  berotak udang dan berhati batu tentang apa yang benar.   Oleh itu, Yesus bertanya kepada mereka, “Mengapakah kamu sendiri tidak dapat menentukan apa yang benar?” Sebab semuanya sudah nyata dalam diri-Nya. Mereka memang dianggap sebagai degil lagi bodoh kerana tidak mempedulikan  petunjuk-petunjuk yang diberikan Allah kepada mereka.   Demikian juga dengan diri kita pada hari ini. Sekiranya kita membuka mata dan hati kita supaya kita dapat berfikir baik-baik untuk memutuskan apa yang benar, maka kita  pasti akan melihat kebenaran yang dinyatakan melalui Kristus dengan jelas. Dengan itu, kita akan membuat keputusan yang benar bagi diri kita menurut firman Allah. Tegasnya, janganlah kita berfikiran tertutup terhadap kebenaran Allah atau membiarkan diri kita dikuasai oleh fikiran sifat tabii yang berdosa.   Doa: Ya Bapa yang di syurga, terima kasih kerana menyatakan kebenaran-Mu kepadaku melalui firman-Mu. Ajarlah aku untuk mengenal dan mentaati kebenaran-Mu setiap hari agar aku akan membuat keputusan yang benar untuk diriku. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie

  • Hari 16: Seorang Sahabat Allah

    Tarikh: 22 Ogos 2025 Ayat Fokus: Yakobus 2:23 & 4:8 dan Yesaya 41:8 Gimbang dan Ah Ming adalah sahabat baik. Di sekolah mereka menghabiskan masa rehat dan waktu makan tengah hari bersama. Mereka menaiki bas sekolah yang sama, dan pada masa lapang, jika mereka tidak berada di rumah Gimbang, mereka berada di rumah Ah Ming. Mereka menikmati kebersamaan antara satu sama lain. Ini adalah seperti yang dilakukan oleh pengikut Yesus Kristus yang berjalan dalam takut akan Tuhan. Dia banyak menghabiskan masa dengan Yesus, bercakap dengan-Nya, membaca Firman Nya dan mendengar suara Roh Kudus. Kita boleh menyebut ini sebagai ‘mendekatkan diri kepada Tuhan’. Kita boleh mempunyai persahabatan yang rapat dengan Allah melalui Yesus. Dia berkata, “Dampingi [atau datanglah lebih dekat] Allah, Allah akan mendampingimu.” Apabila kita datang kepada Tuhan dengan iman yang tulus seperti Timotius dan mempunyai hati nurani yang bersih seperti Paulus, kita akan bertaubat, taat, dan akan melayani serta menyembah Nya. Hati dan fikiran kita akan bersih. Abraham adalah seorang sahabat Allah. Adakah kamu tahu itu? Allah memanggilnya, “sahabat-Ku.” Allah memberikan janji yang indah kepadanya dan bahkan memberitahunya rahsia tentang perkara perkara yang akan berlaku di masa hadapan. Abraham takut akan Tuhan dan menyembah-Nya. Semasa berjalan dari kota ke kota, perkara pertama yang dilakukannya di setiap kota baru adalah membina mezbah. Dia akan mempersembahkan korban syukur di atas mezbah itu dan menyembah Allah (lihat Kejadian 12:8, 13:4 & 18). Nyanyikan lagu ini tentang Yesus kerana Dia juga boleh menjadi sahabatmu. “Sahabat terbaik saya adalah Yesus, Dia mengasihi kamu, Dia mengasihi saya. Sahabat terbaik saya adalah Yesus, Dia mengasihi kamu dan saya.” Renungkan: Adakah Yesus akan memanggilmu ‘sahabat-Ku’? Doa Hari Ini: Yesus, terima kasih kerana mengasihi saya, mendekatkan diri kepada saya, dan menjadi sahabat saya. Engkau adalah sahabat terbaik saya! Dalam nama-Mu, Tuhan Yesus, saya memberi pujian kepada-Mu. Amin. Gereja: Berdoalah agar setiap hari kita mencari cara untuk mempraktikkan apa yang telah kita dengar dan terima dari Alkitab, serta mengikuti teladan baik daripada ibu bapa, guru Sekolah Minggu, dan pemimpin gereja kita. Berdoalah agar kita peduli terhadap perkara yang Yesus pedulikan. (Baca Filipi 4:9) Bangsa: Berdoalah agar kanak kanak yang ditinggalkan bersama penjaga kerana ibu bapa mereka bekerja di luar negara akan selamat di bawah jagaan mereka. Berdoalah juga agar mereka mengenali Yesus dan mendapat rakan di gereja berhampiran.

  • DOA NECF Hari 16: Berjalan Di Dalam Takut Akan Tuhan

    Kitab Suci: Filipi 2:9-12 Kita hidup dalam dunia yang semakin digital di mana 5.07 bilion orang menghabiskan sekurang-kurangnya 2 jam dan 20 minit di media sosial di telefon pintar mereka setiap hari. Sebaliknya, berapa banyak masa yang kita luangkan untuk membaca Firman Tuhan setiap hari sebagai hormat kepada-Nya? Rasul Paulus menekankan pentingnya rasa hormat kepada Tuhan, yang boleh difahami sebagai "berjalan di dalam takut akan Tuhan." ( Filipi 2:9-12 ). Petikan ini mencerminkan kewibawaan dan kemuliaan tertinggi Yesus Kristus, menggambarkan bagaimana ketaatan-Nya bahkan sampai mati menuntun-Nya untuk ditinggikan oleh Tuhan yang memberikan-Nya nama yang di atas segala nama, sehingga dalam nama-Nya semua lutut akan bertelut, dan setiap lidah mengaku bahawa Dia adalah Tuhan. Oleh itu, Paulus menggesa orang percaya untuk merendah diri dan menanggapi dengan hormat kepada Tuhan dengan menjalani gaya hidup yang berdisiplin yang merangkumi komitmen untuk membaca Firman-Nya setiap hari. Apabila kita takut akan Tuhan, kita memupuk hati penyembahan yang membimbing tindakan dan keputusan kita. Tujuan masa membaca Alkitab setiap hari adalah untuk mengenali Tuhan sambil menjemput Roh Kudus untuk mengajar kita berdoa. "Berjalan Di Dalam Takut Akan Tuhan" bermakna hidup dalam keadaan kagum dan hormat terhadap kekudusan dan kedaulatan Tuhan. Ini menandakan bahawa kita sedar akan posisi kita dalam hubungan dengan-Nya—kebesaran-Nya berbanding kekecilan kita, dan kasih karunia-Nya berbanding dengan dosa-dosa kita. Sikap ini mempengaruhi keputusan harian kita, mendorong kita untuk memilih kebenaran daripada melakukan kesalahan dan mengasihi orang lain tanpa mementingkan diri, seperti yang ditunjukkan oleh Kristus. Oleh itu, ia bukan pengejaran pasif, tetapi pengejaran yang aktif. Doa Hari Ini: Tuhan, tolonglah saya untuk mengenali-Mu dan menghormati-Mu dengan mengasingkan masa untuk membaca Alkitab setiap hari sebanyak tiga bab sehari untuk membaca Firman Tuhan dari Kejadian hingga Wahyu dalam satu tahun. Dalam nama Yesus, Amin. Berdoalah agar kita, Gereja, akan mempraktikkan apa yang telah kita dengar dan terima daripada Firman Tuhan dan teladan yang baik yang telah kami lihat daripada para pemimpin kami yang saleh. (Filipi 4:9) Berdoa agar anak-anak, terutamanya anak-anak yang ibu bapanya berada di luar negara atau tidak dapat menumpukan masa yang mencukupi untuk membesarkan mereka, akan mendapat akses ke gereja di bandar atau kampung mereka, dan mereka akan dapat menemukan rasa selamat dalam Kristus. Rev Looi Kok Kim

  • Doa Puji Harian

    Disediakan oleh: 24-7 Prayer Malaysia

  • Doa Puji Harian

    Disediakan oleh: 24-7 Prayer Malaysia

  • Orang Bijak Memahami Tanda-Tanda Kedatangan Yesus

    “Hai  munafik! Kamu dapat meramalkan cuaca dengan melihat tanda di langit dan di bumi, tetapi mengapakah kamu tidak memahami tanda-tanda zaman ini?” Lukas 12:56 AVB   Tuhan Yesus menegur orang ramai kerana mereka tidak memahami jalan Tuhan bagi hidup mereka. Sayangnya, mereka tidak mempersiapkan diri mereka menurut tanda-tanda zaman itu yang telah dinyatakan Allah kepada mereka. Sebenarnya, mereka  boleh dikatakan  munafik atau berpura-pura beriman kerana mereka nampaknya sangat pandai  meramalkan  cuaca dengan mengamati angin dan awan  untuk mengagak bila hari akan hujan dan bila hari akan panas terik.    Biasanya orang Yahudi  dapat mentafsirkan  tanda-tanda semula jadi daripada keadaan cuaca untuk meramalkan apa yang akan terjadi. Sebagai contoh, apabila melihat  awan naik dari barat walaupun pada permulaannya awan itu kelihatan sebesar telapak tangan, tetapi mereka tahu bahawa dari dalamnya akan tercurah air hujan, dan begitulah berlakunya. Demikian juga apabila mereka melihat adanya angin selatan bertiup, mereka akan berkata bahawa hari akan panas terik, dan begitulah berlakunya.   Atas pemahaman mereka tentang keadaan cuaca, maka mereka dapat menjangka apa yang akan terjadi selanjutnya. Dengan itu, mereka dapat tahu tentang waktu mereka patut memasukkan jerami atau gandum ke dalam rumah mereka, atau bila mereka dapat menjemur gandum mereka di luar dan sebagainya.   Namun  demikian, Yesus menyifatkan mereka  sebagai "orang  munafik” kerana mereka tidak dapat memahami  pelayanan Yesus dan ajaran-Nya tentang kerajaan Allah. Walaupun mereka mengaku diri mereka sebagai  orang bijaksana yang dapat mentafsir tanda-tanda semula jadi, tetapi sebenarnya mereka jahil dan tidak mengetahui apa-apa, terutamanya tanda-tanda rohani.   Oleh sebab itu, Yesus menegur mereka kerana mereka tidak memahami tanda-tanda zaman itu. Mereka tidak dapat menilai bahawa ketika itulah masanya menurut petunjuk-petunjuk mengenai Mesias yang dinubuatkan oleh para nabi dalam Perjanjian Lama.  Mereka juga tidak dapat menilai bahawa Yesuslah Mesias yang ditunggu-tunggu menurut tanda-tanda yang dinubuatkan.  Selain itu, mereka tidak sedar bahawa  ketika itulah waktunya untuk memasuki Kerajaan Allah dan  memperoleh hak-hak istimewa yang ditawarkan oleh-Nya.   Bagaimanakah pula dengan diri kita hari ini? Adakah kita mengetahui tanda-tanda zaman ini mengenai kedatangan kembali Tuhan Yesus ke dunia ini? Adakah kita memupuk pengertian rohani mengenai pekerjaan yang dilakukan Allah di serata dunia supaya kita akan siap sedia? Doa: Ya Bapa yang di syurga, ajarlah aku untuk memahami tanda-tanda zaman ini mengenai kedatangan kembali Tuhan Yesus ke dunia ini agar aku dapat menyediakan diriku. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie

  • Hari 15: Buah Roh Vs Sifat Dosa

    Tarikh: 21 Ogos 2025 Ayat Fokus: Galatia 5:19-25 Pernahkah kamu mencuba mewarnai baju T-Shirt dengan teknik tie-dye? Menurut YouTube, kamu perlu melembapkan baju terlebih dahulu, kemudian lipat dan ikatkan dengan getah untuk mengekalkannya dalam lipatan. Kemudian, sapukan warna pewarna di sana sini mengikut kehendak kamu. Selepas itu, masukkan baju ke dalam beg plastik tertutup untuk memastikan ia kekal lembap selama enam hingga lapan jam, atau semalaman. Keesokan hari, keluarkan baju tersebut dan - wow! - kamu kini mempunyai T-Shirt berwarna-warni yang baru. Beberapa hari yang lalu kita telah berbicara tentang akibat buruk apabila tidak takut akan Tuhan. Apabila seorang pengikut Yesus Kristus menjauh, ia biasanya berlaku secara perlahan. Ia mengambil masa, seperti mewarnai dengan tie-dye. Orang itu tidak menyedarinya, tetapi orang lain dapat melihat terutama sekali apabila dia mula bercakap dengan sombong, menggunakan bahasa kasar, menjadi tamak, keduniaan, dan sebagainya. Kita menyebut ini sebagai ‘ menyesuaikan diri ’ dengan dunia - kelihatan dan bertindak seperti orang lain. Inilah cara sifat dosa kita bekerja secara automatik. Tuhan mengajar kita untuk ‘ berubah ’ - bertukar dari perilaku yang salah kepada perilaku yang benar. Itu adalah menjadi seperti Yesus. Ia sukar dan bertentangan dengan sifat dosa kita, tetapi Roh Kudus dalam diri kita akan membantu kita. Semakin kita takut akan Tuhan, semakin banyak buah yang kita hasilkan. Akan ada kasih, sukacita, dan damai sejahtera. Kita akan lebih sabar dan murah hati. Kita akan mempunyai lebih banyak kebaikan, lebih setia dan lemah lembut. Kita akan mempunyai lebih banyak penguasaan diri. Ini juga memerlukan masa, tetapi semakin kita mendengar Roh Kudus dan mematuhi Firman Tuhan serta petunjuk-Nya, semakin jelas ia akan menunjukkan bahawa kita sedang berjalan dalam takut akan Tuhan dan menjadi lebih bijak dengan hikmah Tuhan. Mari kita teguh berdiri dan berdoa. Renungkan: Takut akan Tuhan membantu kita menghasilkan lebih banyak buah Roh Kudus. Doa Hari Ini: Abba Bapa, saya bersujud di hadapan-Mu, memohon kebijaksanaan-Mu. Saya memilih untuk diubah menjadi lebih seperti Yesus, menghasilkan buah Roh Kudus. Bantulah saya untuk sentiasa takut akan Engkau. Dalam nama Yesus, saya memohon. Amin. Gereja: Berdoalah agar kita tidak mudah terpengaruh oleh orang lain untuk menginginkan perkara yang sebenarnya tidak kita perlukan, seperti kasut sukan berjenama dan telefon pintar terkini. (Baca 1 Yohanes 2:16) Bangsa: Berdoalah agar rakyat Malaysia bersedia menghadapi era kecerdasan buatan (AI) dan belajar menguasainya, bukannya bimbang bahawa ia akan menyebabkan kita kehilangan pekerjaan.

  • DOA NECF Hari 15: Akibat daripada Hati yang Terbahagi

    Ayat Alkitab: Matius 15:8-9 “Jika aku menaruh dosa dalam hatiku, Tuhan tidak akan mendengarkan.” (Mazmur 66:18) Kita berseru agar Tuhan bertindak, tetapi apakah kita berdepan dengan keadaan hati kita? Kitab Suci memperingatkan bahawa ketiadaan rasa takut yang suci kepada Tuhan akan menuntun kepada kemandulan rohani. Hati yang terbahagi—berpegang pada dosa sambil mengaku pengbdian—membuat doa kita tidak berkuasa. Bukannya Tuhan tidak dapat bertindak; tetapi dosa yang tidak bertaubat menghalangi kehadiran dan pekerjaan-Nya dalam hidup kita. Orang Farisi berdoa, berpuasa, dan beribadah di depan umum, tetapi Yesus menyatakan hati mereka jauh dari-Nya. Aktiviti keagamaan lahiriah tidak dapat menggantikan pertaubatan batiniah. Penipuan ini memancing kita untuk berfikir bahawa jadual yang lebih padat, pertemuan yang lebih besar atau lebih banyak dapat membawa perubahan. Namun tanpa sikap rendah hati dan berserah diri, bahkan doa kita yang paling bersemangat pun tidak akan berhasil. Takut akan Tuhan menuntut kita untuk menghadapi kesombongan, pemberontakan, perpecahan, dan kepuasan diri kita. Takut akan Tuhan memanggil kita untuk tunduk sepenuhnya kepada kekudusan-Nya. Kebangunan rohani bermula ketika kita berhenti berfokus pada tindakan-tindakan eksternal dan sebaliknya mengizinkan Tuhan memurnikan hati kita. Kunci untuk melihat Dia bergerak dengan penuh kuasa dalam hidup kita adalah pertaubatan yang lahir dari rasa takut akan nama-Nya. Kebangunan rohani tidak bermula di jalanan—itu bermula di HATI umat Tuhan! Renungkan: Apakah ada dosa, kesombongan, atau kepuasan diri yang saya pegang yang menghalang pekerjaan Tuhan dalam diri saya? Doa Hari Ini: Bapa, saya merendahkan diri di hadapan-Mu dan mengakui cara-cara yang telah saya lakukan untuk mendukakan-Mu. Ampunilah kesombongan dan ketidaktaatan saya. Kembalikan rasa takut akan nama-Mu dalam hidupku, agar saya dapat hidup dalam ketundukan penuh kepada-Mu. Sucikan hati saya dan gunakan saya sebagai bejana untuk kemuliaan-Mu. Amin. Mohon agar Tuhan membebaskan kita daripada keinginan daging, keinginan mata, dan keangkuhan hidup yang berasal daripada dunia ini, yang bekerja melawan Roh Tuhan. (1 Yohanes 2:16) Ramai orang takut bahawa kemajuan Kecerdasan Buatan akan menggantikan pekerjaan mereka, mewujudkan kesukaran kerana pengetahuan mereka yang tidak memadai, dan mengganggu alur kerja normal mereka. Berdoalah agar daripada dilumpuhkan oleh ketakutan, para pekerja akan fokus pada peningkatan dan pengembangan kemahiran mereka selaras dengan perubahan yang pesat. Rev Elisha Satvinder

bottom of page