top of page

Cari

3259 results found with an empty search

  • Berdoa Sebagai Seorang Anak Tuhan

    Matius 6:5-15 (AVB) 5 "Apabila kamu berdoa, janganlah seperti orang munafik. Mereka suka berdoa sambil berdiri di saumaah dan di simpang jalan supaya dilihat orang. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, mereka itu sudah pun mendapatkan ganjaran mereka. 6 Tetapi kamu, masuklah ke dalam bilik, tutup pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang tidak dapat dilihat dengan mata. Dia mengetahui apa yang kamu lakukan secara tersembunyi dan akan memberikan ganjaran kepadamu. 7 Ketika berdoa, jangan curah-curahkan kata-kata yang tidak bermakna, seperti orang yang tidak mengenal Allah. Mereka menyangka Allah akan mengabulkan permintaan mereka kerana doa mereka itu panjang. 8 Jangan berbuat seperti mereka. Bapamu tahu apa yang kamu perlukan sebelum kamu memohonnya. 9 Berdoalah demikian: 'Ya Bapa kami yang di syurga, sucilah nama-Mu. 10 Datanglah kerajaan-Mu. Terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga. 11 Berilah kami makanan untuk hari ini. 12 Ampunkanlah kesalahan kami sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami. 13 Janganlah biarkan kami tergoda, tetapi selamatkanlah kami daripada yang jahat. Engkaulah yang empunya kerajaan, kekuasaan dan kemuliaan selama-lamanya. Amin.' 14 Jika kamu mengampuni orang yang bersalah terhadapmu, Bapamu yang di syurga akan mengampunkan kesalahanmu juga. 15 Tetapi jika kamu tidak mengampunkan kesalahan orang, Bapamu yang di syurga juga tidak akan mengampunkan kesalahanmu." Ayat 9 Berdoalah demikian: 'Ya Bapa kami yang di syurga, sucilah nama-Mu. Di dalam doa yang terkenal sebagai Doa Tuhan (The Lord’s Prayer) Tuhan Yesus memberi satu pola kepada pengikutNya untuk mereka berdoa. Dia bermula dengan 'Ya Bapa kami yang di syurga” Ini sangat penting kerana Dia mengingatkan pengikutNya mengenai dua perkara, iaitu; a) mereka berdoa kepada Allah Mahabesar, Mahakuasa, Pencipta langit dan bumi yang juga merupakan Bapa mereka. b) mereka berada di bumi tetapi Allah berada di syurga. Kita diingatkan bahawa kita mendekati Allah dalam doa sebagai seorang anak kesayangan dan bukan sebagai seorang pekerja atau seorang asing. Allah Mahabesar telah memilih dan memanggil kita dan mengangkat kita sebagai anak anakNya. Kita mempunyai perhubungan intim dengan Allah sebagai anak dengan Bapanya yang istimewa dan intim. Kita berhak mendekati Dia dan memanggil Dia Bapa, Ayah, Papa. Oleh demikian, kita mempunyai kebebasan untuk datang ke dalam hadirat Allah bila bila masa, di mana sahaja dan dalam apa keadaan pun. Dia tidak akan melarang kita atau memaksa kita menunggu lama atau memerlukan perkenalan daripada mana mana pihak sebelum menerima atau menyambut kita. Juga, kita mempunyai keyakinan bahawa apa sahaja permintaan yang kita doakan, tiada yang mustahil bagi Allah Bapa kita kerana Dia Mahabesar dan Mahakuasa. Juga Dia menetap di syurga di mana berjuta juta malaikat melayani Dia dan yang Dia akan utus ke bumi untuk membantu kita bila perlu. Kesedaraan kedudukan kita sebagai anak Tuhan yang mendekati Allah yang Mahabesar dan Mahukuasa sebagai Bapa kita seharusnya melahirkan rasa kesyukuran, keyakinan dan kerinduan untuk mendekati Allah Bapa kita lebih kerap dan lebih berani lagi. DOA Allah Bapa, Aku sungguh bersyukur Engkau telah menjadikan aku anakMu. Aku rindu untuk sentiasa bersamaMu dan lebih dekat dan intim dengan Engkau. Aku tahu aku tidak perlu takut sesiapapun kecuali Engkau, tidak perlu bimbang atau kuatir apa pun. Aku hanya ingin memuliakan namaMu dan memperkenalkan orang lain yang belum kenal Engkau kepad mereka supaya mereka juga dapat menjadi anakMu. Aku begitu bersyukur dan begitu yakin bahawa aku diberkati, dilindungi dan dipelihara dengan sempurna sebagai anakMu Allah Bapa aku mengasihi Engkau dan memuliakan namaMu di bumi ini setiap hari Dalam nama Tuhan Yesus , Amin. Ps. Lam Kee Hing

  • Jangan Berdoa Sebagai Orang Tidak Kenal Allah

    Matius 6:5-15 (AVB) 5 "Apabila kamu berdoa, janganlah seperti orang munafik. Mereka suka berdoa sambil berdiri di saumaah dan di simpang jalan supaya dilihat orang. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, mereka itu sudah pun mendapatkan ganjaran mereka. 6 Tetapi kamu, masuklah ke dalam bilik, tutup pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang tidak dapat dilihat dengan mata. Dia mengetahui apa yang kamu lakukan secara tersembunyi dan akan memberikan ganjaran kepadamu. 7 Ketika berdoa, jangan curah-curahkan kata-kata yang tidak bermakna, seperti orang yang tidak mengenal Allah. Mereka menyangka Allah akan mengabulkan permintaan mereka kerana doa mereka itu panjang. 8 Jangan berbuat seperti mereka. Bapamu tahu apa yang kamu perlukan sebelum kamu memohonnya. 9 Berdoalah demikian: 'Ya Bapa kami yang di syurga, sucilah nama-Mu. 10 Datanglah kerajaan-Mu. Terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga. 11 Berilah kami makanan untuk hari ini. 12 Ampunkanlah kesalahan kami sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami. 13 Janganlah biarkan kami tergoda, tetapi selamatkanlah kami daripada yang jahat. Engkaulah yang empunya kerajaan, kekuasaan dan kemuliaan selama-lamanya. Amin.' 14 Jika kamu mengampuni orang yang bersalah terhadapmu, Bapamu yang di syurga akan mengampunkan kesalahanmu juga. 15 Tetapi jika kamu tidak mengampunkan kesalahan orang, Bapamu yang di syurga juga tidak akan mengampunkan kesalahanmu." Ayat 7-8 7Ketika berdoa, jangan curah-curahkan kata-kata yang tidak bermakna, seperti orang yang tidak mengenal Allah. Mereka menyangka Allah akan mengabulkan permintaan mereka kerana doa mereka itu panjang. 8Jangan berbuat seperti mereka. Bapamu tahu apa yang kamu perlukan sebelum kamu memohonnya. Sebagai orang Kristian, kita memang memuji orang yang cenderung berdoa dan kuat berdoa., Tetapi terdapatnya satu kesilapan yang sering dilakukan oleh mereka yang kuat berdoa iaitu mereka suka berdoa berpanjangan! Memang kita memahami kenapa mereka melakukan demikian. Walaubagaimanapun hanya kerana kita memahami tidak bererti ia adalah sesuatu keadaan yang baik atau harus dibiarkan berterusan atau tidak perlu diperbetulkan. Oleh sebab itu, teguran dan peringatan yang dibuat oleh Tuhan Yesus di dalam ayat 7 dan 8 sangat sesuai dan tepat .Tuhan Yesus mengingatkan kepada pengikutNya supaya berjaga-jaga dan mengelakkan dua kesilapan yang sering dilakukan dalam doa a) jangan curah-curahkan kata-kata yang tidak bermakna b) jangan berdoa berpanjangan Tuhan Yesus mengatakan kedua kesilapan yang disebut di atas sering dilakukan oleh orang yang tidak kenal Tuhan kerana “mereka menyangka Allah akan mengabulkan permintaan mereka kerana doa mereka itu panjang”. Ini jelas adalah satu sangkaan yang salah kerana ia berasal daripada fikiran manusia. Mereka sangka lebih kuat suara mereka , lebih panjang doa mereka, lebih banyak perkataan mereka yang berbunga bunga semasa mereka berdoa maka lebih mungkin Allah Bapa akan ambil perhatian, mendengar doa mereka dan mengabulkan doa mereka Samada Allah Bapa akan mengabulkan permintaan kita dalam doa bukanlah bergantung kepada berapa lancar bahasa kita, berapa banyak perkataan kita atau berapa panjang doa kita. Tidak perlu untuk kita ceritakan secara terperinci keadaan kita, kesusahan kita atau kekurangan kita. Tuhan memang sudah tahu dan lebih memahami sesuatu keadaan daripada kita sendiri. Tuhan Yesus menegaskan bahawa “Bapamu tahu apa yang kamu perlukan sebelum kamu memohonnya.” Sebaliknya apa yang perlu dari kita dan penting bagi Allah Bapa bila kita mendekati Dia dalam doa kita ialah hanya perkataan kita padat, hati kita murni dan niat kita ikhlas. Oleh itu, marilah kita sebagai anak Tuhan belajar untuk berdoa sedemikian rupa dan mempunyai keyakinan bahawa Allah Bapa kita tahu, ambil peduli dan akan mengabulkan doa kita mengikut caraNya dan masaNya tersendiri DOA Allah Bapa , aku bersyukur Engkau adalah Bapa yang sangat mengasihi aku sebagai anakMu. Engkau tahu segala kerinduan hatiku, keperluan hidupku dan kesusahan keadaanku. Aku tidak perlu berdoa seperti orang yang tidak kenal Engkau dengan kata kata yang tidak bererti dan berbunga bunga. Aku hanya perlu berdoa dengan hatiku yang murni dan kata kataku yang jujur. Dan aku tahu dan yakin bahawa Engkau tahu, Engkau ambil peduli dan Engkau akan mengabulkan doaku Dalam Nama Tuhan Yesus, Amin Ps. Lam Kee Hing

  • Jangan Berdoa Seperti Orang Munafik

    Matius 6:5-15 (AVB) 5 "Apabila kamu berdoa, janganlah seperti orang munafik. Mereka suka berdoa sambil berdiri di saumaah dan di simpang jalan supaya dilihat orang. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, mereka itu sudah pun mendapatkan ganjaran mereka. 6 Tetapi kamu, masuklah ke dalam bilik, tutup pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang tidak dapat dilihat dengan mata. Dia mengetahui apa yang kamu lakukan secara tersembunyi dan akan memberikan ganjaran kepadamu. 7 Ketika berdoa, jangan curah-curahkan kata-kata yang tidak bermakna, seperti orang yang tidak mengenal Allah. Mereka menyangka Allah akan mengabulkan permintaan mereka kerana doa mereka itu panjang. 8 Jangan berbuat seperti mereka. Bapamu tahu apa yang kamu perlukan sebelum kamu memohonnya. 9 Berdoalah demikian: 'Ya Bapa kami yang di syurga, sucilah nama-Mu. 10 Datanglah kerajaan-Mu. Terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga. 11 Berilah kami makanan untuk hari ini. 12 Ampunkanlah kesalahan kami sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami. 13 Janganlah biarkan kami tergoda, tetapi selamatkanlah kami daripada yang jahat. Engkaulah yang empunya kerajaan, kekuasaan dan kemuliaan selama-lamanya. Amin.' 14 Jika kamu mengampuni orang yang bersalah terhadapmu, Bapamu yang di syurga akan mengampunkan kesalahanmu juga. 15 Tetapi jika kamu tidak mengampunkan kesalahan orang, Bapamu yang di syurga juga tidak akan mengampunkan kesalahanmu." Ketika Tuhan Yesus sedang mengajar orang ramai di sebuah bukit , pengikutNya meminta Tuhan Yesus mengajar mereka bagaimana mereka harus berdoa. Apa yang menyebabkan pengikutNya membuat permintaan itu? Pastinya, satu daripada sebab utama ialah semasa mereka mengikuti Dia, mereka telah melihat Dia banyak berdoa dan mendengar doa Dia dan mendapati bahawa cara Tuhan Yesus berdoa sangat menarik, berkuasa dan berbeza sama sekali dengan orang yang dianggap alim iaitu guru guru Taurat, orang Farisis serta orang Saduki. Tanpa ragu-ragu, Tuhan Yesus telah mengajar pengiku-pengikutNya bagaimana Jangan berdoa dan bagaimana mereka Harus berdoa Perkara pertama yang Tuhan Yesus ajar mereka ialah JANGAN BERDOA SEPERTI ORANG MUNAFIK 5 "Apabila kamu berdoa, janganlah seperti orang munafik. Mereka suka berdoa sambil berdiri di saumaah dan di simpang jalan supaya dilihat orang. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, mereka itu sudah pun mendapatkan ganjaran mereka. 6 Tetapi kamu, masuklah ke dalam bilik, tutup pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang tidak dapat dilihat dengan mata. Dia mengetahui apa yang kamu lakukan secara tersembunyi dan akan memberikan ganjaran kepadamu. Apa yang tidak kena dengan doa orang munafik? Tuhan Yesus menjelaskan bahawa ia adalah kerana niat mereka itu salah. Mereka berdoa di tempat awam di mana terdapat ramai orang supaya dilihat orang, bukan untuk didengar Tuhan!! Tujuan mereka ialah untuk menonjolkan diri mereka dan mendapat tepukan manusia dan memberi gambaran bahawa mereka orang yang alim. Sebaliknya, Tuhan Yesus mengajar pengikutNya supaya bila mereka berdoa, mereka harus masuk ke dalam bilik sendiri di mana tiada orang melihat mereka atau mendengar doa mereka kecuali Tuhan. Apa yang mereka lakukan secara tersembunyi Tuhan tahu dan berkenan dan Dia yang akan memberi ganjaran kepada mereka. Dari pedoman hari ini, kita dapat membelajar dua perkara penting mengenai doa Pertama, niat kita berdoa adalah amat penting. Tujuan utama dan pertama kita berdoa adalah kerana ingin bersama dengan Tuhan dan berbicara dengan Dia secara peribadi dan intim. Jangan sekali kali berdoa untuk menonjolkan diri dan berdoa dengan keinginan mendapat pujian daripada manusia. Mata kita harus tertuju kepada Tuhan dan mulut kita tertuju kepada telinga Dia, bukan kepada mata manusia dan telinga manusia. Kedua, kita boleh bermunafik sambal melakukan perkara baik! Kita perlu berjaga jaga supaya keinginan hati kita adalah untuk mendapat pujian Tuhan dan berkenan kepada Dia dan bukan untuk mendapat perhatian dan menerima tepukan manusia. Apa yang penting bagi Tuhan adalah kejujuran kata kata kita yang mengalir dari kemurnian hati kita. DOA Tuhan Yesus, aku bersukur kerana telah belajar dua perkara penting daripada renungan hari ini. Ampunilah aku di mana aku pernah berdoa sebagai seorang munafik di mana aku pernah menonjokan diri di depan orang oramai untuk mendapat tepukan dari kawan kawan ku serta jemaatku. Tahirkan dan sucikan hatiku dari niat yang tidak murni dan tidak menyenangkan hati Engkau Tuhan. Berikan aku kerinduan untuk selalu ingin mendekati Engkau secara bersendirian dan berbicara dengan Engkau secara intim. Dan di mana aku perlu berdoa atau diminta berdoa di depan umum, pimpinlah aku supaya aku akan selalu berdoa dengan segala keikhlasan dan kejujuran seperti dipimpin oleh Roh KudusMu dan bukan dipengaruhi dengan pengharapan manusia dan suasana keadaan yang sekian ada Dalam Nama Tuhan Yesus, Amin. Ps. Lam Kee Hing

  • Aplikasi - Penerapan

    Nehemia membangun semula tembok Yerusalem dalam 55 hari walaupun harus berhadapan dengan halangan dari dalam dan luar. Kemudian dia mengatur perdamaian diantara orang Yahudi dan pemunggut cukai Parsi dan menjadi pembesar untuk jangka waktu yang singkat. Disini kita melihat dan belajar bahawa doa Nehemia memberi impak yang besar bukan sahaja dia berjaya membangun semula tembok Yerusalem, malah terlibat dalam pembangunan Negara. Apa yang jelas Kitab Nehemia mengajar kita untuk memposisikan “posture” diri kita dalam hal berdoa, menantikan Tuhan, berpuasa, penyembahan dan ketergantungan kepada Tuhan dalam seluruh kehidupan kita. Walaupun kisah ini terjadi ribuan tahun yang lalu, ianya masih boleh diterapkan dalam hidup seharian kita. Selain daripada itu, kita juga boleh mencontohi Nehemia dari segi pekerjaannya sebagai ‘pembawa cawan’ – dalam konteks hari ini ialah ‘penjawat awam’. Dia menggunakan kedudukannya sebagai ‘penjawat awam’ untuk membangunkan semula tembok Yerusalam, dan memulihkan identiti bangsa Yahudi. Tidak kira apa kedudukan atau pekerjaa kita - baik sebagai suri rumahtanggga, pekerja kilang, tukang kebun, pegawai kerajaan, CEO, pengurus syarikat besar atau ahli peniagaan – Allah boleh menggunakan kita untuk membawa perubahaan dimanapun kita berada. Allah tidak pernah salah menempatkan kita dimana kita berada sekarang. Mengapa doa itu penting? Ianya penting untuk kita ‘aligning’ atau mensejajarkan hidup kita dengan rancangan dan kehendak Allah. Sebagai orang percaya, kita perlu menghadap Tuhan setiap hari seperti ‘reporting for duty’ – kita melakukan bahagian kita dan Tuhan pasti melakukan bahagian-Nya dalam segala aspek kehidupan kita. Pr. Eddy Marson

  • 3. Bertaubat Dari Dosa

    "Ya Tuhan, Allah semesta langit, Allah yang besar dan teramat hebat, yang berpegang teguhpada perjanjian-Nya serta kasih abadi-Nya terhadap orang yang mencintai-Nya dan menuruti segala perintah-Nya, semoga telinga-Mu mendengar dan mata-Mu terbuka untuk mendengar doa hamba-Mu yang sekarang kupanjatkan di hadapan-Mu siang dan malam bagi orang Israel, para hamba-Mu. Aku mengaku bahawa kami, orang Israel, termasuk aku dan seisi keluargaku, telah berdosa terhadap Engkau. Teramat fasiq kelakuan kami terhadap Engkau, dan kami tidak berpegang teguh pada segala perintah, segala ketetapan, dan segala peraturan yang telah Kausampaikan melalui hamba-Mu iaitu Musa. Ingatlah firman yang telah Kauperintahkan kepada Musa, hamba-Mu, "Jika kamu berbuat mungkar, maka Aku akan menyelerakkan kamu antara bangsa lain. Tetapi jika kamu kembali kepada-Ku dan berpegang teguh pada segala perintah-Ku serta melakukannya, maka sekalipun orangmu yang terbuang ada di hujung langit, Aku akan mengumpulkan mereka dari sana dan membawa mereka ke tempat yang telah Kupilih untuk membuat nama-Ku bersemayam di sana." Mereka ini ialah para hamba-Mu dan umat-Mu yang telah Kau tebus dengan kuasa-Mu yang besar dan dengan kekuatan-Mu. (Nehemia 1:5-10) Nehemiah menghadap Allah dengan kerendahan hati dan bertaubat. Dia mohon pengampunan dari Tuhan atas dosanya dan dosa bangsanya. Nehemiah sadar bahawa Allah tidak boleh berkompromi dengan dosa. Pada masa yang sama dia tahu kebenaran Firman Tuhan dan ketika dia berdoa, dia mengingatkan Allah tentang janji-janji-Nya kepada umat Israel melalui Musa. Pr. Eddy Marson

  • 2. Memuji dan Menyembah Tuhan

    "Ya Tuhan, Allah semesta langit, Allah yang besar dan teramat hebat, yang berpegang teguh pada perjanjian-Nya serta kasih abadi-Nya terhadap orang yang mencintai-Nya dan menuruti segala perintah-Nya. (Nehemia 1:5) Seterusnya, Nehemia ingat siapa dirinya dan siapa Tuhan yang dia sembah. Dia menyembah Allah yang dia kenal. Kita melihat sepanjang membangunkan semula tembok Yerusalem dia tidak berhenti berdoa dan memuji Tuhan. Semasa dia menyembah Tuhan, dia sadar bahawa dia sedang berdiri dihadapan Tuhan Allah yang hebat, suci dan layak menerima segala pujian dan hormat. Bagaimana sikap kita hari ini semasa berdoa dan menyembah Tuhan? Menyembah Tuhan bukan hanya di gereja atau pada masa tertentu. Ianya harus menjadi gaya hidup. Pr. Eddy Marson

  • 1. Berdoa Mengikut Kehendak Allah

    “Sebaik sahaja mendengar perkataan itu, duduklah aku lantas menangis dan berkabung selama beberapa hari. Aku berpuasa dan berdoa di hadapan Allah semesta langit,” (Nehemia.1:4) “Ya Tuhan, semoga telinga-Mu mendengar doa hamba-Mu ini dan doa para hamba-Mu yang rela menghormati nama-Mu. Berikanlah kejayaan kepada hamba-Mu hari ini dan kurniakanlah belas ihsan kepadanya di hadapan orang ini.” (Nehemia.1:11) Nehemia bermula dengan menangis, berpuasa dan berdoa. Dia melakukan ini bagi pihak umat Allah yang telah berdosa dan meninggalkan Tuhan. Sebelum melakukan apa-apa, dia bercakap dan meluahkan isi hatinya kepada Allah. Bagi kita hari ini, sebelum kita bertindak, sebaiknya kita bercakap dan mengongsikan isi hati kita kepada Tuhan Allah seperti yang Nehemia lakukan. Ini menunjukkan keintiman hubungan Nehemia dengan Allah. Kunci kepada segala sesuatu ialah tahap hubungan kita dengan Allah. Kita datang kepada Tuhan melalui doa dan puasa bukan kerana masalah besar sahaja malah dalam hal-hal kecil pun. Segala kehidupan kita baik kecil atau besar penting bagi Tuhan. Allah mahu kita membawa segala kekhuatiran, keresahan, cita-cita, dan harapan kepada-Nya. Hanya dengan cara ini kita boleh melihat rancangan Allah dan dapat memahami cara-Nya bertindak dalam setiap keadaan. Rob Kerby berkata, “Doa menolong kita mendapat kekuatan untuk hari ini dan harapan untuk esok. Kita seharusnya aktif berdoa dan berharap pada kuasa-Nya untuk mengubah keadaan kita menjadi lebih baik. Iman kita ada hubungan dengan kualiti doa kita. Doa mampu mengubah bukan sahaja orang tetapi keadaan disekeliling kita.” Pr. Eddy Marson

  • Siapakah Nehemia dan Mengapa Doanya Penting?

    Cerita ini bermula ketika Nehemia sedang berbual-bual dengan kawannya yang berbangsa Yahudi. Dalam perbualan itu, isu tembok Yerusalem muncul. Nehemia sedih ketika mendengar bahawa tembok Yerusalem masih runtuh walaupun ramai orang Yahudi sudah kembali ke Yerusalem untuk membangun semula Bait Suci: “Sebaik sahaja mendengar perkataan itu, duduklah aku lantas menangis dan berkabung selama beberapa hari. Aku berpuasa dan berdoa di hadapan Allah semesta langit,” (Nehemia.1:4) Tembok Yerusalem runtuh semasa pemerintahan raja Nebuchadnezzar II (587 BC). Yerusalem ditawan dan dihancurkan kerana takut Mesir menggunakan jalan melalui Yerusalem ke kawasan Timur Mediterranean. Allah mengizinkan perkara ini terjadi kepada umat-Nya kerana mereka telah membelakangi-Nya. Ini kita boleh rujuk dalam Yeremia 36:31; Yehzekiel 8-9; 22-23. Tujuan Allah mengizinkan Yerusalem ditawan untuk mencipta satu golongan ‘saki-baki Yahudi’ (remnant) yang akan kembali dan berbalik kepada Allah (Isaiah 10:21). Golongan ini telah pun kembali ke Yerusalem dibawah kepimpinan Jerubabel dan Ezra. Golongan ini telah membangun semula Bait Suci, tetapi mereka memerlukan perlindungan. Bait Suci sudah ada tetapi tidak ada tembok sehingga mereka terdedah dengan musuh. Ketika Nehemia mendengar keadaan kota dan Bait Suci yang tidak bertembok, dia menjadi gelisah dan terbeban. Dia kemudian menghadap raja Artahsasta memohon kebenaran untuk membangunkan semula tembok Yerusalem. Dari kehidupan doa Nehemia, kita boleh belajar tiga perkara yang boleh diterapkan dalam kehidupan kita hari ini. Pr. Eddy Marson

  • Selidiki dan Pimpinlah Aku

    Mazmur 139:23-24 (AVB) Telitilah aku, ya Allah, dan kenallah hatiku; dugalah aku dan ketahuilah kebimbanganku. Lihatlah jika ada kecenderungan durjana di dalamku, dan pimpinlah aku ke jalan yang kekal selama-lamanya. John Bunyan berkata, “Doa akan membuat seseorang berhenti berdosa sebaliknya dosa akan menyebabkan seseorang itu berhenti berdoa.” Sebelum berdoa bagi orang lain, kita perlu memohon pertolongan Allah untuk menyelami hati kita. Hanya Allah yang Maha Tahu mengetahui dosa yang tersembunyi di lubuk hati yang terdalam. Maka kalau kita mahu terus berdoa dengan berkesan di hadirat Allah, mula dengan berdoa bagi diri sendiri. Allah kita Maha Tahu, Dia menyelami hati, menguji fikiran, dan menyatakan kesalahan kita supaya kita menjadi peka dan berhenti berdosa. Di hadirat-Nya tiada satupun dosa dapat terus bersembunyi bahkan sebelum sepatah kata keluar dari mulut kita, Roh-Nya sudah mengetahuinya. Ya, setiap tindak tanduk kita akan diawasi-Nya sehingga kita tidak dapat menyimpang dari jalur-Nya kalau kita berdoa sungguh-sungguh. Raja Daud yang telah berzina dengan Batsyeba lantas tersangkut dalam serantaian dosa akan terus terjerumus dalam lembah pembinasaan kalau dia tidak berdoa. Dengan hati yang remuk, dia mengaku dosanya dan bertaubat. Tuhan tetap mengampuni dosanya dan doa terus mengalir daripada hidupnya. Mari ambil iktibar daripada kata-kata Daud, "Kasihanilah aku, ya Allah, kerana kasih-Mu; hapuskanlah dosa-dosaku, kerana belas kasihan-Mu sungguh besar. Basuhlah aku daripada segala kejahatanku, dan bersihkanlah aku daripada dosaku" (Mazmur 51:3-4). Jangan biarkan nafas doamu tersangkut oleh dosa seperti sungai yang tersangkut sampah sarat. "Jika kita mengakui dosa kita kepada Allah ... Dia akan mengampunkan dosa dan membersihkan kita daripada segala perbuatan yang salah" (1 Yohanes 1:9). Biarlah Roh melakukan perkerjaan mendalam dalam hatimu. Saat doa adalah saat kudus, Tuhan bersedia mengubah kita, memperbaharui hati kita dan memimpin kita ke jalan benar yang kekal abadi. DOA: Tuhan, selidiki aku, selami hatiku, ujilah fikiranku, periksalah hatiku dan pimpinlah aku dalam kebenaran. Layakkanlah aku berdoa di hadapan-Mu dengan kudus. William Yeong

  • Berdoa Untuk Semua Orang

    1 Timotius 2:1-4 (AVB) Pertama-tama aku menyeru supaya permohonan, doa, syafaat dan kesyukuran dinaikkan untuk semua manusia – untuk raja-raja dan semua yang memegang kuasa, supaya kita hidup aman tenteram, salih dan penuh hormat. Inilah yang baik dan diredai oleh Allah Penyelamat kita yang berkehendakkan semua manusia diselamatkan dan mengetahui apa yang benar. "Penyelamatan itu ialah demonstrasi teragung dan paling nyata kasih Tuhan, paparan muktamad rahmat-Nya sepanjang waktu dan selama-lamanya" (David Jeremiah). Penyelamatan melalui Yesus adalah untuk semua orang. Hari ini, marilah kita menyahut seruan bagi berdoa untuk semua orang. Ini termasuk para pemimpin dan pihak berkuasa. Berdoalah untuk semua orang ialah perbuatan yang menghormati dan menyenangkan hati Allah. Paulus menegaskan bahawa kita berdoa untuk semua orang supaya mereka akhirnya diselamatkan oleh Allah dalam Yesus Kristus (Yohanes 14:6) Asalnya, Paulus ialah seorang Yahudi dan penganut Farisi. Dia berkobar- kobar menentang agama Kristian dan giat mengejami pengikut Yesus. Setelah mengenal Yesus, dia bersungguh-sungguh menginjili orang bukan Yahudi dan orang Yahudi kerana itulah misi Kristus baginya. Paulus bersaksi: "Aku yakin dengan sepenuhnya bahawa Berita Baik itu kuasa Allah yang menyelamatkan semua orang yang percaya kepada Yesus" (Roma 1:16). Inilah yang meyakinkan Paulus untuk tidak henti-henti mengkhabarkan berita baik walaupun dia dianiayai. Demi injil yang menyelamatkan, Paulus berkorban segalanya. Katanya, "Bagiku hidup adalah untuk Kristus, mati itu keuntungan." Kita juga lihat hal yang sama dalam Yesus Kristus. Dia tergerak hati oleh belas kasihan melihat orang ramai yang hidup lelah dan tidak berdaya, ibarat domba tanpa gembala (Matius 9:36). Yesus memang mahu semua orang selamat. Mari siap sedia berlutut dan berdoa bagi rakyat Malaysia berbilang kaum tanpa prejudis. Hulurkan talian hayat kepada semua yang sedang lemas dalam dosa. Melalui doa dan penginjilan, kita dapat menyampaikan kasih sayang Kristus kepada mereka untuk percaya. DOA: Tuhan, upayakan aku berdoa untuk semua orang didorong oleh kemahuan melihat mereka selamat dalam Yesus Kristus. William Yeong

  • Doa Orang Benar Berkuasa

    Yakobus 5:16-18 (AVB) Oleh itu, hendaklah kamu saling mengakui dosa serta mendoakan satu sama lain, supaya kamu disembuhkan. Doa orang yang benar mempunyai kuasa yang hebat. Elia seorang manusia biasa seperti kita. Dia berdoa bersungguh-sungguh supaya hujan tidak turun, maka selama tiga tahun setengah hujan tidak turun di bumi. Selepas itu, dia berdoa lagi, lalu langit menurunkan hujan mencurah-curah dan tanah mengeluarkan hasil. Allah bukan sekadar mahu mendengar doa kita, Dia sentiasa mahu mengabulkan permintaan doa kita. Pernahkah kamu berfikir, apakah perkara yang mungkin menghalang Allah daripada menjawab permintaan doa kita? Sebaliknya, apakah perkara yang dapat kamu lakukan supaya kamu dapat berdoa dengan kuasa yang besar? Dalam perhubungan kita sesama manusia, pasti ada perselisihan faham yang berlaku. Hal ini perlu diurus dengan baik supaya perhubungan tidak renggang atau binasa akhirnya. Bagi memelihara perhubungan yang baik, kita perlu bersikap rendah diri dan sedia mencari jalan penyelesaian secara aman damai. Ada waktunya kita bersalah, ada waktunya orang lain yang bersalah terhadap kita. Yang penting, kita digesa untuk bersikap rendah diri, sanggup memohon ampun dan juga sedia mengampuni kesalahan orang lain. Dengan cara ini, perhubungan terpelihara dan kita pun hidup dalam kebenaran-Nya. Firman Allah mengingatkan bahawa kita "harus saling mengampuni sebagaimana Tuhan sudah mengampuni" kita (Kolose 3:13). Yesus pula mengajarkan murid- murid-Nya berdoa: "Ampunkanlah kesalahan kami sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami." (Matius 6:12). Firman Allah juga menegaskan bahawa doa orang yang benar mempunyai kuasa yang hebat. Untuk menjadi orang yang benar, kita wajib mentaati perintah Allah. Ini termasuk tidak berdendam dan sedia mengampuni kesalahan orang lain. Apabila kita mengampuni orang lain, kita hidup bebas dalam kebenaran-Nya. Kita dipulihkan secara rohani dan diupayakan-Nya untuk berdoa dengan yakin. Ingat, engkau juga mampu berdoa dengan kuasa yang besar kerana kamu memilih untuk hidup dalam kebenaran-Nya. DOA: TUHAN, terima kasih atas pengampunan dosa yang Kaukurniakan kepada aku. Aku bersedia mengampuni orang lain dan mahu hidup dalam kebenaran-Mu selalu. William Yeong

  • Berdoa Sesuai Dengan Kehendak-Nya

    1 Yohanes 5:14-15 (AVB) Kita dapat menghadap Allah dengan keyakinan bahawa Dia mengabulkan segala doa kita yang selaras dengan kehendak-Nya. Kita tahu bahawa Dia sentiasa mendengar permohonan kita ke hadirat-Nya. Kita tahu juga bahawa Dia mengurniakan apa yang kita minta daripada-Nya. Baru-baru ini, sekumpulan kami telah mendoakan satu pasangan suami isteri yang tiba-tiba diserang jangkitan virus COVID-19. Ketika itu, keadaan mereka sungguh kritikal. Dalam tempoh tiga hari, kedua-dua mereka dipanggil pulang untuk bersama Tuhan. Kami diselubungi kesedihan tetapi sedari bahwa kedua-dua rakan kita itu kini berada di tempat yang lebih baik, di hadirat Yesus. Seorang rakan berbisik: "Kami sudah begitu gigih berdoa namun mereka tetap dipanggil oleh Allah kepada-Nya. Adakah itu bererti Allah tidak mengabulkkan doa kita?" Kata-kata tersebut mendorong saya untuk berfikir lanjut tentang perkara doa. Dalam hidup ini, kita akan menghadapi pelbagai situasi yang berat dan rumit. Justeru, Firman Allah menyeru supaya kita berani membawa segala hal kepada-Nya dalam doa. Ini kerana kita tidak berupaya menyelesaikan semua masalah hidup dengan sendiri. Petrus telah menggesa supaya kita berani berdoa dan Dia akan mengabulkan permintaan doa kita menurut kehendak-Nya. Jangan salah tanggapan bahawa segala yang kita doakan wajib dikabulkan oleh Allah tanpa sebarang syarat. Sebenarnya, Allah menjawab permintaan doa kita setiap kali namun dengan tiga cara iaitu "Ya", "Tidak" atau "Tunggu". "Ya" bermaksud apa yang diminta, kita peroleh. "Tidak" bermaksud Dia tidak mengabulkan doa kita kerana itu bukan kehendak-Nya walaupun kita beria-ia meminta. "Tunggu" bermaksud Allah mahu kita bersabar dan terus percaya sehingga kehendak-Nya dinyatakan kepada kita. Ringkasnya, Allah berpegang kepada janji-Nya. Dia tetap menjawab setiap permintaan doa, walaupun jawapan itu "Tidak" dan bukan menurut kehendak kita. Tuhan yang maha kuasa sentiasa mengerjakan yang terbaik untuk kita. Percayalah. DOA: TUHAN, kumahu selalu berdoa dengan yakin dan menurut kehendak-Mu. Ajar aku untuk akur kepada kehendak-Mu yang sesungguhnya untuk kebaikanku selalu. William Yeong

bottom of page