Support Us
Support Us
Cari
3189 results found with an empty search
- Yohanes & Herodes
“..Yohanes sentiasa menegur Herodes, katanya, “Tuan bersalah kerana berkahwin dengan Herodias!” Herodes berniat membunuh Yohanes, tetapi Herodes takut akan orang Yahudi kerana mereka menganggap Yohanes sebagai nabi...” Matius 14:4-5 Oleh kerana keberanian Yohanes yang sentiasa menegur Herodes maka dia ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Yohanes menegur Herodes oleh kerana dia merampas Herodiana istri dari adiknya sendiri, iaitu Filipus. Yohanes Pembaptis menegur Herodes berulang-ulang berdasar pada “Hukum Taurat yang tidak membenarkan dirinya berkahwin dengan istri adiknya.” Teguran Yohanes bukan berfokus pada kepentingan dirinya tetapi atas kebenaran Firman Tuhan. Oleh itu Herodes memerintah agar tentaranya menangkap Yohanes dan memasukkannya ke dalam penjara dengan keadaan terikat dengan rantai besi. Sebenarnya Herodes mahu membunuh Yohanes, tetapi dia takut kepada orang banyak yang sudah percaya bahwa Yohanes adalah seorang nabi. Apakah anda berani untuk berkata tentang kebenaran terhadap seseorang yang berlaku salah? Doa: Bapa Syurgawi, ajar kami untuk berani seperti Yohanes dalam menyatakan kebenaran tentang Engkau. Berikanlah kami hikmat dalam menegur orang sekeliling kami dengan kasih Engkau. Amen! Pr Patrick Taie
- Keadaan Apabila Allah Memerintah
“..Yesus menceritakan sebuah perumpamaan lain. “Apabila Allah memerintah, keadaannya seperti ini. Seorang wanita mengambil sedikit ragi, lalu mencampurnya dengan empat puluh liter tepung sehingga adunan itu naik.... Matius 13:33 Perumpamaan tentang ragi juga menggambarkan tentang jumlah yang kecil dibandingkan adunannya. Namun, ragi yang tersembunyi di dalam adunan itu memiliki kebolehan untuk membuat adunan mengembang. Lihat bagaimana seorang wanita yang mengambil sedikit ragi, lalu mencampurnya dengan empat puluh liter tepung sehingga adunan itu naik (Mat 13:36 liter). Ragi yang sedikit mampu untuk mengembangkan seluruh adunan. Demikian halnya dengan kuasa kerajaan Allah yang tersembunyi didalam diri kita, dimana dengan secara diam-diam kuasa kerajaan Allah itu bekerja didalam kita. Lalu membawa kesan yang sangat besar kepada masyarakat disekeliling kita. Oleh itu jangan menganggap kita adalah golongan minoriti namun kita mampu untuk mempengaruhi sekitar kita, jika kerajaan Allah itu didalam kita. Sebab ragi menggambarkan kuasa kerajaan yang tersembunyi didalam kita, yang secara diam-diam berkuasa dan bekerja didalam diri kita Anda mampu membawa perubahan kepada orang sekitar anda! Doa: Tuhan Allah Bapa, ajar kami untuk yakin dan mengetahui akan kuasa kerajaanMu. Biarlah kami terus percaya bahawa jika Engkau bersama kami, kami mampu membawa banyak impak kerajaanMu!. Amen! Pr Patrick Taie
- Benih Yang Jatuh Di Tempat Yang Berbatu
“..Benih yang jatuh di tempat yang berbatu bagaikan orang yang mendengar perkhabaran itu lalu segera menerimanya dengan sukacita........” Matius 13:20 Yesus berkata bahawa terdapat “Benih yang jatuh di tempat yang berbatu” hal ini merujuk kepada mereka yang mendengar dan menerima ajaran tentang Kerajaan Allah, dengan sangat cepat dan sukacita. tetapi tidak membiarkan ajaran itu masuk ke dalam hatinya lebih dalam. Mereka hanyalah menerima ajaran Firman Tuhan itu dengan gembira dan menyimpan ajaran itu sebentar dalam hatinya. Oleh itu ketika mereka menghadapi kesulitan atau penganiaya oleh karena ajaran yang mereka telah terima, maka mereka pun menyerah dengan sangat cepat. Pada hari ini terdapat banyak orang yang sangat senang mendengar khotbah yang bagus, tetapi tidak banyak orang yang membiarkan diri mereka dibentuk olehnya. Mereka hanya senang mendengar dan tidak membiarkan ajaran itu mengubah dan mengatur hidupnya. Oleh itu marilah kita menyelidiki hati kita, apakah kita suka mendengar firman tetapi tidak membiarkan firman itu membentuk hidup kita. Doa: Bapa kami yang berada di kerajaan syurga, ajar kami untuk menyelidiki hati kami dengan lebih dalam lagi. Biarlah FirmanMu yang kami dengar dapat tertanam dalam pribadi kami dan terpahat dalam hati kami. Kiranya, FirmanMu yang akan membentuk hidup kami dan menjadi pengukuh iman kami disaat badai menerpa. Amen! Pr Patrick Taie
- Benih Yang Jatuh Di Jalan
“..Benih yang jatuh di jalan bagaikan orang yang mendengar perkhabaran tentang bagaimana Allah memerintah, tetapi tidak memahaminya. Si Jahat iaitu Iblis datang lalu merampas apa yang sudah ditabur di dalam hati mereka.......” Matius 13:19 Yesus menggunakan perumpamaan tentang seorang penabur yang menabur benih yang jatuh di empat jenis tanah yang berbeza. Tanah tempat benih itu jatuh menggambarkan hati manusia yang menerima injil itu. Tanah yang pertama adalah tanah yang di pinggir jalan. Merujuk kepada seorang yang mendengar pemberitaan tentang bagaimana Allah memerintah, tetapi dia tidak memahaminya. Lalu si jahat iaitu Iblis datang merampas apa yang sudah ditabur di dalam hatinya. Mengapa dia tidak memahami apa yang dia dengar? Sebab dia mendengarnya tetapi dia tidak mengulangi untuk mendengarnya lagi. Dia harus mendengarnya kembali, apakah ianya berguna bagi dirinya, agar dia semakin mengerti dan mendapat keuntungan darinya. Mendengar firman Tuhan dengan benar dan dengan tujuan yang benar akan membantu kita untuk mengerti apa yang kita dengar. Apakah jenis hati kita hari ini, apakah kita seperti hati orang yang mendengar firman Kerajaan dan tidak memahaminya, iaitu benih yang jatuh di pinggir jalan. Doa: Bapa kami yang berada di kerajaan syurga, biarlah kami tidak menjadi benih yang ditabur di atas jalan. Ajar kami untuk lebih lagi mendengar akan firmanMU dan menjadi pelaku. Biarlah hari-hari kami semakin subur oleh firmanMu. Amen! Pr Patrick Taie
- Roh Jahat Kembali
“..Apabila roh jahat meninggalkan seseorang, roh itu menjelajah tempat yang kering untuk mencari tempat tinggal. Jika tempat tinggal tidak ditemuinya, 44roh itu akan berkata, ‘Aku akan balik ke rumah yang telah aku tinggalkan.’ Kemudian roh itu balik dan mendapati rumah itu kosong, bersih, dan teratur......” Matius 12:43-44 Yesus menggambarkan hati manusia bagaikan sebuah rumah yang sebaiknya tidak dibiarkan kosong. Manakala Si-pemilik rumah berhak untuk menentukan siapa yang akan menjadi penghuni rumahnya: apakah dirinya sendiri atau orang lain atau sebaliknya. Oleh itu Yesus menggambarkan seorang yang telah disembuhkan daripada kerasukan roh jahat tidak terjamin aman daripada gangguan roh jahat untuk selamanya. Tetapi apa yang harus dilakukan seseorang yang dibebaskan daripada roh jahat ialah untuk terus membiarkan Roh Allah berkuasa. Sekiranya seseorang itu tidak bertindak dengan cepat dengan memenuhi hidupnya dengan Firman Tuhan maka kemungkinan besar roh-roh jahat akan kembali dan membuat keadaan orang itu menjadi lebih parah dari sebelumnya. Sebab roh jahat itu akan kembali dengan membawa lebih banyak lagi roh-roh jahat yang lain untuk menghunikan dirinya. sebab hati orang itu sungguh-sungguh kosong tanpa penghuni. . Oleh itu kita perlu membiarkan kehadiran Roh Allah untuk terus menguasai kehidupaan kita sebab Roh Allah itu yang mampu untuk melenyapkan kekuatan si jahat. Bagaimana dengan keadaan rumah anda pada hari ini? apakah rumah anda dihuni oleh Roh Allah atau sebaliknya. Siapakah yang menghuni kita bergantung kepada diri kita sebab hak yang menentukan hal ini adalah diri kita. Doa: Bapa Syurgawi, bantu kami selidiki "Rumah Kami" agar tiada cela dan ruang yang kosong. Biarlah RohMu yang menetap disetiap penjuru kehidupan kami! Kami menjemput Engkau, untuk tinggal di dalam kami. Dalam Nama Yesus kami berdoa, Amen! Pr Patrick Taie
- Pokok Dikenali Daripada Buahnya
"...Untuk mendapat buah yang baik, kamu harus mempunyai pokok yang baik. Jika pokok kamu tidak baik, buahnya pun tidak baik. Baik tidaknya sesuatu pokok diketahui daripada buahnya....."Matius 12:33 Yesus berkata kepada pengikut-pengikutNya bahawa “setiap orang yang baik menyimpan yang baik dalam hatinya oleh itu dia akan berkata yang baik. Namun bagi orang jahat, mereka menyimpan yang buruk dalam hatinya maka yang keluar dari mulut mereka juga tidak baik." Dengan itu Yesus menggunakan kata kiasan ini “Sebatang pokok yang baik pasti menghasilkan buah yang baik. Demikian juga dengan pokok yang tidak baik akan menghasilkan buah yang tidak baik. Pokok dapat dikenali daripada buah yang dihasilkannya." Oleh itu setiap pokok baik atau jahat dapat dikenali daripada buahnya, demikian juga dengan hati setiap orang. Hati orang dapat dikenali daripada apa yang keluar daripada mulutnya. Jika kebaikan bertakhta di dalam hatinya, maka perkataan yang keluar dari mulutnya juga adalah perkataan yang takut akan Tuhan. Demikian juga, jika yang bertakhta di dalam hati seseorang itu, hawa nafsu, maka yang meluap ke luar juga hawa nafsu. Oleh itu biarlah hati kita dikuduskan dengan Firman Tuhan sentiasa agar setiap perkataan yang keluar daripada mulut kita itu baik . Hati adalah akar, perkataan adalah buah. Doa: Bapa Syurgawi, biarlah kami senantiasa menyelidiki hati kami secara pribadi. Biarlah kami senantiasa menjadi seperti pokok yang berbuah baik, ajar kami jika ada keburukkan di dalam hidup kami. Biarlah kami senantiasa memandang kearah Engkau dan senantiasa takut akan Engkau. Biarlah FirmanMu menjadi rhema dan tinggal dalam kami sehingga kami dikuduskan. Amen! Pr Patrick Taie
- Jangan Mencari Kesalahan Orang
“..Di situ ada seorang yang tangannya lumpuh sebelah. Tetapi ada juga beberapa orang yang hendak mencari-cari kesalahan Yesus supaya dapat menuduh Dia. Mereka bertanya kepada Yesus, “Adakah menyembuhkan orang pada hari Sabat melanggar Taurat kita?....” Matius 12:10 Penyembuhan orang yang tangannya lumpuh sebelah oleh Yesus pada hari Sabat telah menyebabkan orang farisi mengambil kejadian itu untuk menuduh Yesus. Sebab penyembuhan itu telah melanggar hukum hari sabat. Dengan itu beberapa orang Farisi datang kepada Yesus dengan bertanya kepadaNya "Bolehkah menyembuhkan orang pada hari Sabat?". Mereka bertanya kepada Yesus dengan maksud mereka boleh mempersalahkan Yesus. Mendengar pertanyaan mereka, Yesus berkata kepada mereka "Jikalau salah seorang dari antara kamu ada yang memelihara seekor domba, lalu pada hari Sabat binatang itu jatuh ke dalam lubang, tentu dia akan berusaha untuk menangkap binatang itu dan mengangkatnya, bukan? Dengan menggunakan kisah domba yang jatuh ke lubang pada hari Sabat, maka orang farisi tidak dapat menuduh Yesus yang membuat mukjizat penyembuhan pada hari sabat. Oleh kerana Yesus dikuasai Roh Kudus dan Kebenaran Firman Tuhan dan kehendak Allah maka rencana orang farisi yang ingin mencari kesalahannya tidak berjaya. Demikian juga dengan diri kita, selagi kita terus dikuasai oleh Roh Kudus dan Kebenaran Firman Tuhan dan kehendak Allah maka selagi itu rencana mereka yang ingin mencari kesalahan terhadap kita tidak berjaya. Sebab yang bertindak bagi kita adalah Tuhan. Rm 8:31 Apakah yang dapat dikatakan sekarang tentang semuanya itu? Kalau Allah memihak pada kita, siapakah dapat melawan kita? Doa: Bapa Syurgawi, ajar kami untuk tidak berfokus pandang kepada orang lain sehingga kami mudah melihat dan mencari kesalahan orang. Tetapi, ajar kamu supaya mendekat dengan Engkau dan berupaya untuk memperbaiki peribadi kami mengikut kehendak dan rencanaMu. Biarlah Roh Kudus dan FirmanMu yang sentiasa memenuhi kami agar kami terlindung dari sangkaan jahat orang lain. Amen! Pr Patrick Taie
- Fikiran Adalah Kunci
Shalom dan Selamat pagi saudara-saudari dalam Tuhan kita Yesus Kristus dengan ucapan syukur dan pujian. Renungan Firman Tuhan kita pada pagi ini: "Pikiran adalah kunci" ("The mind is the key") 'Janganlah kamu menjadi serupa dengan dunia ini, tetapi berubahlah oleh pembaharuan budimu' (Roma 12:1-8, ay.2) ('Do not conform to the pattern of this world, but be transformed by the renewing of your mind,' (v2) Renungan: Orang selalu bertanya, 'Apakah rahsia kehidupan Kristian yang efektif?' Sejujurnya Ya, memang ada banyak jawapan, tetapi jika semuanya di (simpulkan) ringkaskan, saya boleh katakan ini: mempunyai akar-akar rohani yang turun kedalaman, yang kurang bergantung kepada situasi-situasi dan lebih kepada Allah sendiri. Persekutuan yang dekat dengan Allah memberikan kita perasaan dan sukacita secara batin - tanpa adanya akar yang kuat dalam Dia, pasti kita akan merasakan pergumulan yang tidak ada penghabisan. Saya pernah membaca satu artikal dalam sebuah majalah (magazine) yang khas untuk mengajar tentang teknik-teknik yang direka bentuk untuk membawa kepada kehidupan yang tiada tekanan (stress-free) walaupun di dalam situasi-situasi yang susah. Sejauh mungkin yang saya beritahu daripada apa yang saya lihat dari butir-butir, kursus hanya berjanji mengajar hanya bio-feedback dan rilaksasi. Walaupun benar bahawa, rilaksasi (relaxation) boleh menolong kita untuk mengatasi tekanan-tekanan, tetapi ia tidak ada kuasa untuk mengatasi masalah jiwa. Pada umunya, tekanan batin diberi kepada tubuh. Teknik-teknik rilaksasi (relaxation) boleh membantu seorang berfikir dengan baik, tetapi untuk mendapat jiwa yang tiada tekanan dengan tidak membawa dekat kepada dia yang menciptakan satu perkara lain lagi. Mesej hari ini boleh diterjemahkan seperti ini: 'Jangan hanya dapat menyesuaikan diri kepada budaya sehingga tidak memikirkan secara masa panjang. Tetapi pandanglah kepada Allah. Kamu boleh diubahkan hingga kedalaman. Pikiran yang diperbaharui boleh mengubahkan keadaan kita. Pikiran adalah kunci. Pikiran boleh menantukan apa yang akan, atau yang tidak akan jadi, dengan keadaan kita. Tetapi pikiran tidak dapat membawa damai dan sukacita kecuali ianya dapat direlaksasikan dengan pemikiran atau situasi luar. Untuk pikiran kita mendapat damai yang sepenuhnya kita perlu belajar mengawa polar pikiran kita agar sehaluan (be aligned) dengan kehendak Allah. Ayat-ayat rujukan: Markus 4:35-41; Filipi 4:4-8 Doa: Bapa, saya melihat bahwa walaupun relaksasi (relaxation) merupakan teknik-teknik boleh membantu dalam mengurangkan tekanan stress, tetapi bawa saya, agar sehaluan (aligns) dengan tujuan-tujuan Mu, kerana ini lebih jauh nilainya. Bila saya bersikap benar terhadap Engkau, saya mampu bersikap benar terhadap diri sendiri. Amin. Rev Gerawat Maran
- Lepaskanlah Bebanmu Dengan Sepenuhnya
Shalom dan Selamat pagi saudara-saudari dalam Tuhan kita Yesus Kristus dengan doa ucapan syukur dan pujian. Renungan Firman Tuhan kita pada pagi ini: "Lepaskanlah Bebanmu Dengan Sepenuhnya" ("Putting your full weight down") 'Hanya Dialah gunung batuku Dan keselamatanku, kota bentengku, aku tidak akan goyah.' ('Truly he is my rock and my salvation, he is my fortress, I shall not be shaken.' ) (Mazmur 62:1-12, ay.6) Renungan: Kita sering melihat bahawa banyak orang cuba untuk menguasai kehidupan dengan teknik-teknik, idea-idea dan filsafat-filsafat yang berakar dalam pengalaman manusia. Menurut Yeremia, mereka yang menurut jalan ini: 'percaya kepada manusia' ( trusts in human ) dan tarikkan kekuatan hanya dari daging' ( draws strength from mere flesh' (Yer.17:5). Hanya dengan akar-akar kita masuk ke dalam Allah kita akan tenang dan disegarkan. Sedang kita belajar untuk mengerti bahawa di dalam kebenaran, Allah menguasai perkara-perkara dan barulah sesuatu kebaikkan dan sumbar kebenaran dapat bekerja; dalam ini, kita akan berasa tenang di tengah-tengah kehidupan yang tiada ketentuan ini. Saya pernah membaca cerita tentang seorang yang pertama kali menaiki kapal terbang. Apabila ditanya bagaimana dia menikmati penerbangan itu, dia katakan: 'Sungguh baik, tetapi saya tidak dapat meletakkan berat saya sepenuhnya ' (' Very much, but I never did put my whole weight down' ). Tidak akan ada kenikmatan dalam penerbangan atau perjalanan dalam hidup, kecuali kita belajar menaruh beban kita sepenuh. Tidak ada tempat dalam dunia ini di mana ada perhentian sepenuhnya, kecuali atas Allah. Dalam tahun-tahun yang lalu, saya telah mengenal banyak orang Kristian yang selalu memikir tentang perkara-perkara dalam kehidupan mereka, jika mereka tidak memikirkan perkara berkenaan, mereka merasakan seakan akan semua perkara tercerai-berai ( go in pieces ). Pribadi ini memberitahu bahawa semua orang Kristian harus menjadi penerima apa saja. Jika kita menerima sikap seperti ini, dia akui kita tidak akan berputus asa bila ada kesilapan atau masalah berlaku. Jika kita berharap sesuatu yang lebih buruk, katanya, kita tidak akan terluka. Sebenarnya ini merupakan sikap yang tidak sihat dalam kehidupan ini. Jika kita menyerahkan kehidupan dengan sepenuh kepada Allah dan percaya bahawa Dia ada bersama kita, walaupun rencana kita gagal, Allah akan menggunakan situasi-situasi tersebut untuk kebaikkan kita. Sedang kita bertumbuh kita akan lebih mampu untuk mengatasi apa sahaja yang datang kepada kita. Ayat-ayat rujukan: Maz. 16:8-11; 18:1-3 Doa: Tuhan Allah, ampunilah saya jika saya masih terikat kepada sifat-sifat hidup lama yang bergantung kepada diri-sendiri, yang jelas sangat mengecewakan. Biarlah saya hidup bergantung sepenuh dan berserah secara total kepadaMu, Bapa Syurgawi, di dalam mengerjakan tujuan Mu di dalam hidupku, Engkau besertaku dan mengajarku untuk menaruh harapanku kepada Mu. Dalam nama Yesus. Amin. Rev. Gerawat Maran
- Ada Kemenangan Dalam Kuasa Kebangkitan-Nya
Semasa Yesus ditangkap, disalibkan di atas kayu salib dan dikuburkan, murid-murid Yesus bertempiaran lari kerana terlalu takut, kecewa dan putus harapan. Mereka lari menyembunyikan diri. Mana tidaknya kerana selama mereka mengikuti Yesus, mereka berada bersama dengan orang yang nampaknya dapat memberi harapan baru untuk kehidupan yang lebih baik, yang mempunyai kewibawaan dari segi kata-kata mahupun perbuatan. Yesus begitu berwibawa hinggakan iblis, kuasa-kuasa kegelapan malah alam semulajadi pun tunduk kepada-Nya. Mereka menjadi sangat terkenal, ke mana sahaja mereka pergi bersama Yesus pasti akan menjadi tumpuan mata ramai orang. Tiba-tiba Yesus dibunuh! Murid-murid Yesus tergaman dengan apa yang telah terjadi, walaupun sudah berkali-kali diberitahu oleh Yesus sendiri mengenai kematian-Nya. Tiba-tiba mereka sedar bahawa orang yang mereka sandarkan harapan mereka itu sudah meninggal. Dia yang diharapkan sudah tidak ada bersama dengan mereka lagi! Harapan mereka punah bersama dengan kematian Yesus! Namun, belum lagi mereka sempat memproses tentang apa yang sedang berlaku, tiba-tiba terjadi satu lagi peristiwa gempar di mana mereka diberitahu bahawa kubur Yesus kosong! Yesus tidak ada di sana. Dan malaikat memberitahu beberapa orang wanita bahawa Yesus telah bangkit dan hidup kembali! Sesuatu yang luarbiasa dan sulit untuk dimengerti. Pada saat itu fikiran murid-murid Yesus masih lagi tidak dapat membendung ke semua peristiwa yang telah terjadi itu. Mereka masih lagi terpinga-pinga. Pada hari itu juga, dua orang daripada murid Yesus berjalan menuju ke kampung Emaus. Sedang mereka berjalan dan berbual-bual mengenai apa yang telah terjadi, tiba-tiba Yesus muncul menampakkan diri-Nya dan berjalan bersama mereka. Namun mereka tidak mengenal-Nya. Yesus bertanya apakah yang sedang dibualkan oleh mereka. Mereka berasa muram dan sedih lalu menjawab, “Engkaukah satu-satunya orang di Yerusalem yang belum mengetahui peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dalam beberapa hari ini? Yesus berkata, “Apakah yang telah berlaku?” Lalu mereka menceritakan tentang apa yang telah berlaku. Kemudian Yesus berkata kepada mereka, “Betapa bodohnya kamu! Betapa lambatnya hatimu percaya akan segala kata-kata nabi!” (Lukas 24:13-35). Murid-murid Yesus belum lagi mengerti tentang apa yang sedang terjadi. Namun Yesus sudah bangkit dari kubur dan hidup kembali serta menampakkan diri-Nya kepada mereka untuk membuktikan bahawa Dia benar-benar telah bangkit. Yesus bangkit bukan dengan tangan kosong, namun membawa kemenangan total demi orang-orang yang dikasihi-Nya. Menang di atas kuasa dosa, kuasa maut dan juga kuasa kegelapan! Kebangkitan Yesus memberi harapan yang baru dan hidup kepada mereka yang percaya kepada-Nya. Kuasa kebangkitan-Nya itu juga merupakan milik kita yang menaruh harapan di dalam-Nya. Tetapi pada masa itu murid-murid Yesus muram dan sedih. Mereka tidak dapat menerima hakikat malah tidak percaya, seolah-olah apa yang telah diajarkan oleh Yesus sebelum ini seakan-akan seperti air yang dicurahkan ke atas daun keladi. Sikap mereka seperti orang yang kalah total. Bagaimana pula dengan kita? Adakah sikap kita pada hari ini serupa seperti murid-murid Yesus di waktu itu? Kita telah mendengar berita tentang Yesus dan kebangkitan-Nya daripada kematian. Berita tentang kuasa kebangkitan-Nya yang membebaskan. Malah setiap tahun kita akan memperingati dan merayakan Hari Kebangkitan-Nya. Namun dalam kehidupan seharian, kita tidak mengenal mahupun mengalami kuasa kebangkitan Yesus itu. Kita muram, sedih, kecewa, takut serta putus harapan dalam banyak perkara. Kita hidup seolah-olah kita kalah. Tidak ada sukacita yang penuh. Tidak mengecapi kemenangan dalam hidup rohani mahupun jasmani. Hidup yang tidak ada kuasa. Padahal Yesus telah mati di atas kayu salib dan bangkit daripada kematian-Nya untuk memberikan kemenangan total kepada kita. Apapun situasi kita hari ini, percayalah dan bersukacitalah. Janganlah kita bermuram dan bersedih hati. Marilah kita menghayati dan menyelami kedalaman erti sebenar kuasa kebangkitan Yesus buat kita. Kerana Dia telah melakukan segala-galanya supaya kita dapat menikmati kuasa kebangkitan-Nya itu dalam hidup kita. Bersukacitalah kerana Penebus kita hidup, Dia tidak tetap tinggal di kubur, tetapi Dia sudah bangkit dan memberikan kemenangan-Nya itu kepada kita. Bukan sahaja kuasa kebangkitan-Nya itu ada di dalam kita, malah kepenuhan kuasa Roh Kudus juga ada di dalam kita. Dengan itu, marilah kita hidup sesuai dengan kemenangan yang telah diperolehi dan mendapat kebebasan demi kebebasan daripada apa pun tipu muslihat si iblis. Menghidupi gaya hidup berkemenangan dalam segala perkara kerana di dalam Dia, kita adalah orang-orang yang lebih daripada pemenang! “Tetapi dalam semuanya itu kita lebih daripada orang-orang yang menang, oleh Dia yang telah mengasihi kita” (Roma 8:37). Kiranya Tuhan menyertai dan memberkati kita semua dengan Rahmat-Nya yang kekal. Amen. Sue
- Hadirat Tuhan
Semenjak dari hari Yesus dibaptis di sungai Yordan dan memulai pelayanan-Nya, Dia telah mencuri perhatian orang ramai dengan kewibawaan diri-Nya, kata-kata serta perbuatan-perbuatan-Nya dalam melakukan mukjizat-mukjizat yang tidak pernah dilihat oleh mata kasar manusia pada zaman itu. Kehadiran-Nya membawa satu sinar baru dalam kehidupan manusia. Dia menjadi begitu viral. Ke mana sahaja Dia pergi, Dia menjadi perhatian umum, kata-kata-Nya yang menyegarkan dan membebaskan jiwa, mukjizat-mukjizat-Nya yang menyembuhkan dan memulihkan kehidupan serta keperibadian-Nya yang lembut dan penuh dengan kasih memenangi jiwa setiap insan yang mengikuti-Nya. Bagi orang-orang yang mengikuti-Nya, mereka merasakan seolah-olah Syurga turun ke bumi! Ke mana sahaja Yesus pergi, orang ramai pasti akan berbondong-bondong mengikuti-Nya. Namun, ketika saatnya telah tiba untuk Yesus menyempurnakan misi-Nya di bumi ini, Dia dikianati oleh orang-Nya sendiri, ditangkap dan diseksa dengan cara yang luarbiasa sekali. Dia ditinggalkan bukan sahaja oleh orang ramai yang mengikuti-Nya mahupun murid-murid-Nya yang sentiasa bersama dengan-Nya, bahkan Bapa Syurgawi yang Yesus katakan bahawa “Bapa dan Aku adalah satu” juga meninggalkan Dia! Betapa malangnya! Sewaktu Yesus berada di atas kayu salib, Dia berteriak dengan suara yang lantang, “Eloi, eloi, lama sabakhtani?” yang bermaksub “Ya Allah-Ku, ya Allah-Ku, mengapakah Engkau meninggalkan Aku?” (Matius 27:46). Mengapakah Tuhan Bapa meninggalkan anak kesayangan-Nya? Bukankah Bapa begitu berkenan kepada-Nya? Mengapakah Bapa memalingkan muka-Nya dan meninggalkan Dia? Terasa benar seolah-olah Syurga begitu sunyi dan sepi. Di sepanjang hidup Yesus di bumi, hadirat dan perkenanan Bapa sentiasa menyertai-Nya. Bapa ialah Tuhan yang Maha kudus dan juga Tuhan yang Maha adil. Manusia pula penuh dengan dosa. Kekudusan Bapa tidak dapat bertembung dengan cemar dosa manusia. Sebab upah dosa ialah maut. Maka manusia seharusnya mati. Namun ketika Yesus berada di atas kayu salib. Dia mengambil dan mengantikan tempat kita sebagai manusia berdosa. Dia menangung segala penghakiman di atas setiap dosa yang menuntut keadilan dan kemurkaan Tuhan yang seharusnya menimpa kita. Dan kerana itu, apabila Yesus berteriak “Ya Allah-Ku, ya Allah-Ku, mengapakah Engkau meninggalkan Aku?” Bapa memalingkan muka-Nya daripada Yesus. Dia tidak melihat Yesus sebagai Anak-Nya yang dikasihi tetapi Dia melihat manusia yang penuh dengan dosa yang sememangnya layak untuk menerima hukuman dan kemurkaan-Nya. Dia membiarkan Yesus menanggung kemurkaan-Nya. Kematian-Nya membayar segalanya. Hanya dengan cara inilah barulah kita dapat berdamai semula dengan Tuhan dan Bapa dapat mencurahkan rahmat dan kasih karunia-Nya yang tidak terhingga kepada kita yang percaya kepada-Nya. Kerana ketika Bapa melihat kita umat manusia, Dia melihat Yesus yang dikasihi-Nya dalam diri kita. Betapa besar kasih-Nya terhadap kita. Dia menebus kita dengan meninggalkan Anak-Nya supaya kita dapat menjadi anak-anak-Nya yang dikasihi. Sewaktu Yesus berada di atas kayu salib, untuk pertama kalinya Dia secara sedar merasakan ketiadaan hadirat Bapa dalam hidupnya. Bapa tidak menyertai-Nya. Bapa tidak ada bersama-Nya! Bapa meninggalkan-Nya! Namun kematian-Nya itu sangat berbaloi kerana Hadirat Tuhan telah berpindah dan menyertai kita! Apakah kita sedar akan hadirat-Nya yang menyertai kita? Atau apakah kita langsung tidak menyedari akan ketiadaan hadirat-Nya dalam hidup kita? Apakah kita peduli sama ada hadirat Tuhan ada bersama dengan kita atau tidak? Atau kita hanya hidup mengikut arus masa yang berlalu hari demi hari tanpa kita peduli akan keberadaan atau ketiadaan pernyataan hadirat-Nya dalam hidup kita? Saya percaya orang yang hidup di dalam pernyataan hadirat Tuhan dalam hidupnya sangat berbeza dengan hidup orang yang tidak mengenal Tuhan. Saya berdoa kiranya kita semua menghargai apa yang telah Yesus lakukan di atas kayu salib dan mempunyai kesedaran nyata terhadap keberadaan hadirat kudus Tuhan dalam hidup kita. Yesus berkata, “Sesiapa yang mengasihi-Ku akan menurut ajaran-Ku. Bapa-Ku akan mengasihinya. Dan kami akan datang kepadanya serta tinggal bersamanya.” (Yoh 14:23). Saya berdoa semoga hidup kita sentiasa disertai dengan pernyataan kehadiran hadirat kudus Tuhan yang luarbiasa, datang dan tinggal bersama dengan kita. Amen. Kiranya Tuhan menyertai dan memberkati kita semua dengan Rahmat-Nya yang kekal. Amen! Sue
- Satu Perkara Sahaja
Kami diberkati dengan seorang anak perempuan yang cantik, sihat dan mempunyai bakat menulis yang luarbiasa. Dia seorang yang sabar, tekun, tidak mengenal putus asa dan gigih dalam setiap perkara yang dia lakukan baik dari segi akademik mahupun dalam perkara-perkara rohaniah. Setiap kali apabila dia menerima anugerah-anugerah akademik, kami berasa begitu bangga terhadap pencapaiannya. Namun, lebih daripada semua pencapaian akademiknya, apa yang membuatkan kami terasa sangat bangga dan begitu senang hati ialah sikap hatinya yang sentiasa ingin dekat dengan kami, selalu taat dan siap untuk melakukan apa yang kami suruh. Sikap hatinya yang sentiasa taat dan mendengar kata itulah yang sentiasa membuatkan hati kami cair terhadapnya. Kami sangat bersyukur ke atas hidupnya kerana kami tahu itu semua adalah kerana kasih karunia dan rahmat-Nya yang luarbiasa dalam hidup kami. Hubungan kita dengan Tuhan juga seperti hubungan ibubapa dengan anak. Tuhan dalam kasih karunia-Nya yang sangat besar telah menyelamatkan kita dan memberikan kita hak untuk menjadi anak-Nya (Yoh 1:12). Dan kerana itu kita memanggilnya Bapa. “Kerana kamu…telah menerima Roh yang menjadikanmu anak Allah. Dan dengannya kita berseru, “Abba, Bapa” (Rom 8:15). Sebagai seorang anak, pernahkah kita tertanya-tanya apakah yang paling menyenangkan hati Bapa Syurgawi kita? Adakah perbuatan kita yang membuatkan Dia gembira? Atau adakah pencapaian-pencapaian kita baik dalam kerjaya hidup kita mahupun dalam misi kekristianan kita? Ataupun kemajuan-kemajuan jangkauan kita yang semakin meluas tersebar yang kita capai dalam rohani mahupun jasmani kita? Pernahkah kita terfikir apakah ini semua benar-benar menyenangkan hati Tuhan? Ada sebuah kisah dalam Alkitab yang mengambarkan apa yang menjadi kesenangan hati Tuhan. Suatu hari Yesus bersama murid-murid-Nya berkunjung ke rumah dua beradik perempuan yang bernama Marta dan Maria. Mereka menyambutnya dan Maria langsung duduk mendengar pengajaran Yesus, tetapi Marta pula sibuk melayani mereka sehingga dia berasa terbeban dengan kerja-kerja pelayanan itu. Mungkin Marta berasa sedikit marah dan kecewa terhadap Maria yang tidak membantunya, lalu dia mengadu kepada Yesus, katanya, “Tuhan, tidakkah engkau peduli bahawa adikku membiarkan aku membuat semua kerja ini seorang diri? Suruhlah dia menolong aku. Tuhan menjawab, “Marta, Marta, engkau khuatir dan bersusah payah tentang banyak perkara. Tetapi satu perkara sahaja yang diperlukan. Maria telah memilih perkara baik itu yang tidak akan diambil daripadanya.” (Luk 10:38-42). Seperti kebiasaan dalam masyarakat kita, apabila ada tetamu yang datang berkunjung ke rumah kita, kita akan menyambut dan melayani mereka. Dan sebagai tuan rumah kita ingin memberikan layanan yang terbaik agar tetamu kita berasa selesa. Namun di pihak tetamu, apakah yang penting? Layanan tuan rumah atau keberadaan tuan rumah itu sendiri? Biasanya tetamu datang mengunjungi kita kerana mereka ingin bersama dan bersekutu dengan kita. Apa yang dilakukan oleh Marta sebenarnya adalah baik, namun dia terlepas inti dari maksub kunjungan Yesus ke rumahnya, iaitu bersekutu bersama-sama dengannya! Bayangkan kalau Tuhan secara peribadi datang berkunjung ke rumah kita, apa yang kita lakukan? Apakah kita mahu sibuk memasak dan menyediakan makanan minuman atau duduk bersimpuh di hadapan-Nya, menikmati hadirat-Nya dan mendengar segala yang ingin dikatakan oleh-Nya? Mungkin ada banyak perkara yang kelihatannya perlu untuk kita kerjakan. Namun Tuhan berkata hanya satu perkara sahaja yang diperlukan iaitu duduk bersimpuh di kaki-Nya dan menikmati hadirat-Nya dan Firman-Nya. Adakah kita melakukan satu perkara ini? Atau adakah kita melakukan banyak perkara lain sehingga kita terlalu sibuk dan tidak mempunyai masa untuk satu perkara itu? Dan dalam kita datang kepada Tuhan, adakah kita datang dengan sikap seperti Marta, datang membawa keluhan dan aduan kita? Ataupun datang hanya untuk memohon berkat, pertolongan dan campur tangan Tuhan dalam urusan hidup kita? Atau kita datang dengan sikap seperti Maria yang rindu akan keperibadian Yesus itu sendiri, duduk di kaki-Nya dan menikmati hadirat-Nya serta mendengar kata-kata-Nya. Tanpa ada tujuan lain. Datang hanya untuk berada dekat dengan-Nya, bersekutu bersama-Nya dan mengalami kasih-Nya. Maria datang dan duduk dengan sikap hatinya yang benar telah menyenangkan hati Yesus. Semoga kita juga mempunyai hati seperti Maria yang datang dan melakukan satu perkara itu; mencari keperibadian-Nya, bersekutu dengan-Nya dan menikmati hadirat-Nya. Seperti seruan Daud dalam Mazmur 27:4, biarlah doa ini juga menjadi kerinduan hati kita semua “Satu hal telah kuminta kepada Tuhan, itulah yang kuingini: diam di rumah Tuhan seumur hidupku, menyaksikan kemurahan Tuhan dan menikmati bait-Nya.” (Mz 27:4). Kiranya Tuhan menyertai dan memberkati kita semua dengan Rahmat-Nya yang kekal. Amen. Sue












