top of page

Cari

3263 results found with an empty search

  • Dendam tetap Membara jika Tidak Ada Pengampunan

    2 Samuel 13:22-23, 26-28, 32, 37, 39 (AVB)      22 Absalom tidak mahu bicara sepatah kata pun dengan Amnon, tentang yang baik ataupun yang buruk. Dia membenci Amnon kerana Amnon telah memperkosa adiknya, Tamar.  23 Setelah dua tahun berlalu, Absalom mengadakan pengetaman bulu domba di Baal-Hazor, berdekatan dengan Efraim. Lalu Absalom mengundang semua anak raja.      26 Jadi, Absalom berkata, “Kalau tidak, izinkanlah Amnon, abangku, pergi bersama kami.” Kata raja kepadanya, “Untuk apa dia pergi bersamamu?”  27 Tetapi Absalom mendesaknya, sehingga dia mengizinkan Amnon dan semua anak raja pergi bersamanya.  28 Kemudian Absalom memberikan perintah kepada para pelayannya demikian, “Perhatikan! Pada masa hati Amnon begitu girang dengan air anggur, dan pada masa aku berkata kepadamu, ‘Ajar Amnon,’ bunuhlah dia. Jangan takut! Aku yang memberimu perintah, bukan? Bertindaklah dengan berani dan jadilah orang yang perkasa.”     32 Tetapi Yonadab, anak Simea, abang Daud, angkat bicara. Katanya, “Jangan tuanku sangka bahawa semua anak raja yang muda itu tewas dibunuh. Hanya Amnon yang mati, kerana Absalom memang sudah berniat demikian sejak hari Amnon memperkosa Tamar, adiknya.     37 Absalom melarikan diri dan pergi ke daerah Talmai anak Amihur, raja Gesur. Setiap hari Daud berdukacita kerana anaknya itu.   39 Raja Daud rindu bertemu dengan Absalom kerana kesedihannya atas kematian Amnon sudah terlipur. PENGAJARAN/ REFLEKSI. 1. Apakah saudara pernah disakiti oleh seseorang teman, saudara mara ataupun orang lain? Biasanya orang yang pernah disakiti terutamanya tanpa alasan pasti akan membalas perbuatan yang mereka lakukan. 2. Kita harus ingat bahawa perbuatan itu tidak baik di hadapan TUHAN, sebab TUHAN kita adalah TUHAN yang Maha pengasih, penyayang dan pengampun. Dia rela mati di salibkan di kayu Salib kerana mahu mengampuni segala dosa kita. Apakah saudara rela mengampuni orang yang pernah menyakiti hatimu, sepertimana yang TUHAN Yesus lakukan bagi kita? Apa yang berlaku dengan Absalom dan Amnon adalah kerana Absalom sakit hati terhadap Amnon kerana Amnon telah merogol adiknya Tamar dan akhirnya Absalom mahu membalas perbuatannya dengan membunuh Amnon. Firman TUHAN pagi ini mengajar kita supaya kita tidak membalas kejahatan dengan kejahatan tetapi balaslah kejahatan dengan kebaikan sebab TUHAN sendiri yang akan membalas bagi pihak kita. Jangan bertindak mengikut kehendak hatimu! DOA Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen! Rev. Ali Langgit

  • Hawa Nafsu yang tidak dapat Dikawal, akan Menghancurkan Hidup Orang Lain

    2 Samuel 13:11-15, 17-18 (AVB)       11 Ketika perempuan itu menghidangkannya kepadanya untuk dimakan, Amnon memegang dia dan berkata kepadanya, “Mari, tidurlah dengan aku, adikku.”  12 Jawab gadis itu kepadanya, “Tidak, abangku, jangan perkosa aku, kerana hal semacam itu tidak patut dilakukan di Israel. Jangan kaulakukan perbuatan bodoh ini.  13 Sebabnya ke manakah akan kubawa aibku? Engkau sendiri akan dianggap sebagai seorang yang bodoh di Israel. Sekarang, bicaralah dengan raja, tentu dia tidak akan menahan diriku daripadamu.”  14 Meskipun begitu, Amnon tidak mahu mendengar kata-katanya. Dia lebih kuat daripada Tamar, sehingga dia memperkosa Tamar dan menidurinya.  15 Setelah itu, Amnon berasa sangat benci kepada perempuan itu, bahkan kebenciannya pada perempuan itu melebihi cintanya yang dahulu. Lalu kata Amnon kepadanya, “Bangun, nyahlah!”   17 Dia kemudian memanggil pelayannya dan berkata, “Keluarkanlah perempuan ini dari sini dan kuncilah pintu di belakangnya!”  18 Pada waktu itu Tamar memakai baju panjang berlengan, kerana demikianlah pakaian anak-anak perempuan raja yang masih perawan. Pelayan Amnon membawa Tamar keluar dan mengunci pintu di belakangnya. PENGAJARAN/ REFLEKSI. 1. Jauhi perbuatan dosa berahi seperti yang dilakukan oleh Amnon yang menipu bapanya Raja Daud supaya membenarkan adiknya yang bernama Tamar datang kepadanya, sebab Amnon mengatakan dirinya sakit. Dengan kesempatan itu Amnon tidak membuang peluang untuk memuaskan nafsunya lalu merogol Tamar. 2. Setelah melakukan hal yang terkutuk itu, Amnon menjadi sangat benci terhadap Tamar dan memerintahkan Tamar keluar. Dia memanggil pelayan pribadinya untuk membawa Tamar keluar lalu mengunci pintu. Firman TUHAN pagi ini mengajar kita supaya menjauhi dosa menipu dan dosa berahi sebab perbuatan dosa pasti ada balasannya atau upahnya. Roma 6:23. Perkara itu akan membuat orang yang menjadi mangsa mengalami tekanan hidup dan merasa pilu. DOA Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen! Rev. Ali Langgit

  • Jangan Berdosa Lagi Kerana Lidah

    Oleh Pr Sinawat Buayeh

  • Setiap Dosa Ada Akibatnya

    2 Samuel 12:13-18 (AVB)  13 Jawab Daud kepada Natan, “Aku telah berdosa terhadap TUHAN.” Kata Natan kepada Daud, “TUHAN telah menjauhkan dosamu itu. Engkau tidak akan mati.   14 Meskipun begitu, kerana dengan perbuatan ini engkau telah mencemuh TUHAN, maka anak yang dilahirkan bagimu itu pasti akan mati.”  15 Setelah itu, pulanglah Natan ke rumahnya. Kemudian TUHAN menulahi anak yang dilahirkan oleh balu Uria bagi Daud sehingga anak itu menjadi sakit.  16 Daud pun memanjatkan permohonan kepada Allah demi anak itu sambil berpuasa. Dia masuk ke dalam dan berbaring di lantai semalam-malaman.  17 Lalu para tua-tua istananya datang untuk memintanya bangun dari lantai, tetapi dia tidak mahu. Dia juga tidak mahu makan bersama-sama mereka.  18 Pada hari ketujuh anak itu meninggal. Para pegawai Daud berasa takut untuk memberitahunya bahawa anak itu sudah meninggal. Kata mereka, “Ketika anak itu masih hidup sahaja kita telah berbicara kepada baginda dan baginda tidak mahu mendengar kata-kata kita. Bagaimanakah pula kita dapat mengatakan kepada baginda bahawa anak itu sudah meninggal? Jangan-jangan baginda akan mencederakan dirinya.” PENGAJARAN/ REFLEKSI. 1. Raja Daud telah menyedari bahawa dia telah berdosa, maka TUHAN telah mengampuninya, dan dia tidak akan mati. 2. Tetapi kerana Raja Daud telah menghina TUHAN dengan perbuatan, perzinahannya, maka anak lelakinya yang baru lahir itu akan mangkat. TUHAN juga membiarkan Batsyeba menjadi sakit tenat. Walaupun Raja Daud berdoa kepada Allah dan berpuasa semalam suntuk bagi kesembuhan anaknya, tetapi anaknya tetap mangkat seminggu selepas itu. Firman TUHAN pagi ini mengajar kita supaya menjauhi segala dosa, sebab perbuatan dosa pasti ada balasannya atau upahnya. Roma 6:23 DOA Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen! Rev. Ali Langgit

  • Kuasa Doa Orang Benar

    Oleh Pr Pudun Padan

  • Hukuman Dosa Raja Daud

    2 Samuel 12:8-12 (AVB)   8 Seisi istana tuanmu telah kuberikan kepadamu, demikian juga isteri-isteri tuanmu ke pangkuanmu. Aku pun mengurniakan kepadamu keturunan kaum Israel dan Yehuda. Jika itu belum cukup, tentu Aku akan menambahkan ini dan itu lagi bagimu.  9 Lalu mengapakah engkau meremehkan firman TUHAN dengan melakukan hal yang jahat di sisi-Nya? Engkau membunuh Uria, orang Het itu, dengan pedang. Kauambil isterinya menjadi isterimu, dan dia sendiri kaubunuh dengan pedang bani Amon.  10 Maka sekarang, pedang tidak akan dijauhkan daripada keluargamu untuk selama-lamanya, kerana engkau telah meremehkan Aku dan mengambil isteri Uria, orang Het itu, menjadi isterimu.’  11 Beginilah firman TUHAN, ‘Sesungguhnya, Aku akan mendatangkan malapetaka bagimu dari dalam keluargamu sendiri. Aku akan mengambil isteri-isterimu di hadapan matamu dan menyerahkan mereka kepada orang lain. Isteri-isterimu akan ditidurinya ketika hari siang lagi.  12 Engkau melakukan hal itu secara sembunyi-sembunyi, tetapi Aku akan menghukum kamu di depan semua orang Israel secara terang-terang.’ ” PENGAJARAN/ REFLEKSI. 1. Walaupun TUHAN telah memberkati Raja Daud dengan memberikan kepadanya kerajaan Saul serta isteri-isterinya, dan bahkan telah menjadikannya raja atas Israel dan Yehuda, TUHAN masih sanggup memberinya kerajaan yang dua kali ganda lebih besar. 2. Oleh kerana Raja Daud melawan perintah Tuhan, maka TUHAN akan menghukum Raja Daud, di mana dalam setiap generasi keturunan Daud akan ada yang mati terbunuh. Isteri -isterinya akan diambil di hadapan matanya sendiri, lalu mereka akan diberikan kepada orang lain untuk ditiduri secara terang-terang. 3. Tuhan juga akan membiarkan dosa Raja Daud yang tersembunyi menjadi secara terang-terang di hadapan segenap umat Israel. Firman TUHAN pagi ini mengajar kita supaya menjauhi segala dosa, sebab perbuatan dosa pasti ada balasannya atau upahnya. Penuhi dan kuasai hidup kami dengan kuasa ROH KUDUS-MU ya TUHAN. DOA Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen! Rev. Ali Langgit

  • Tuhan Menegur Menggunakan Perumpamaan

    2 Samuel 12:1-7 (AVB) 1 TUHAN mengutus Natan kepada Daud. Lalu datanglah dia menemui Daud dan berkata kepadanya, “Ada dua orang di dalam sebuah kota, seorang kaya dan seorang lagi miskin.  2 Si kaya memiliki banyak sekali kawanan domba dan lembu.   3 Tetapi si miskin tidak memiliki apa-apa pun selain seekor anak domba betina kecil, yang dibeli dan dipeliharanya, serta menjadi besar di rumahnya bersama-sama anak-anaknya. Anak domba itu makan makanannya, minum daripada cangkirnya, dan tidur di pangkuannya dan sudah menjadi seperti seorang anak perempuan sahaja baginya.  4 Pada suatu waktu, datanglah seorang pengembara mengunjungi orang kaya itu. Si kaya itu enggan mengambil salah seekor kawanan domba dan lembunya untuk disediakan sebagai sajian bagi pengembara yang singgah itu. Sebaliknya dia mengambil anak domba betina milik orang miskin itu dan menyediakannya menjadi sajian bagi orang yang singgah di rumahnya itu.”  5 Maka menyala-nyalalah amarah Daud dengan kuatnya terhadap orang kaya itu. Katanya kepada Natan, “Demi TUHAN yang hidup, orang yang melakukan hal itu harus mati!  6 Hendaklah dia mengganti anak domba betina itu empat kali ganda, kerana dia telah melakukan hal semacam itu dan kerana nyata dia tiada sifat belas kasihan.”  7 Kata Natan kepada Daud, “Engkaulah orang itu! Beginilah firman TUHAN, Allah Israel, ‘Aku telah melantik engkau menjadi raja atas orang Israel, dan Aku telah membebaskan engkau daripada tangan Saul. PENGAJARAN/ REFLEKSI. 1. Kadang-kadang Tuhan mengajar kita umat-Nya dengan menggunakan sebuah perumpamaan, supaya orang yang dipakai-Nya untuk menyampaikan teguran itu tidak terus dimarahi oleh orang yang berbuat dosa itu, seperti yang berlaku kepada Raja Daud. 2. Natan diutus oleh Tuhan untuk mempersembahkan kepada Raja Daud sebuah perumpamaan tentang dua orang: seorang kaya dan seorang miskin. Lelaki miskin tersebut mempunyai seekor kambing betina yang dikasihinya seperti anak perempuannya sendiri. Namun, apabila seorang pengembara tiba di rumah seorang lelaki kaya, lelaki kaya itu tidak menggunakan ternakannya sendiri untuk menjamu tetamunya. Sebaliknya, dia mengambil kambing lelaki miskin itu dan menyediakannya sebagai hidangan untuk pengembara tersebut. 3. Apabila Raja Daud mendengar cerita ini, beliau menjadi marah, mengutuk tindakan orang kaya itu sebagai tidak adil dan menuntut dia dihukum. Dia mengisytiharkan bahawa lelaki itu harus membayar empat kali ganda untuk anak domba kerana kekejamannya dan tiada belas kasihan. Nabi Natan kemudian mendedahkan kepada Daud, "Engkaulah lelaki itu!" Dia menunjukkan bahawa Daud, walaupun telah diurapi sebagai raja oleh Tuhan dan menerima banyak berkat, telah mengkhianati kepercayaan Tuhan dengan melakukan perzinaan dan pembunuhan. Perumpamaan ini menunjukkan betapa beratnya dosanya. Akhirnya Raja Daud menghadapi tindakannya sendiri dan mengakui ketidakadilan yang telah dilakukannya. Tuhan, menekankan keadilan dan komitmen-Nya yang tidak berbelah bahagi untuk meminta pertanggungjawaban pemimpin-pemimpin pilihan-Nya untuk pelanggaran mereka dan tentang kepentingan integriti, kerendahan hati, dan akauntabiliti, walaupun dalam kedudukan yang berkuasa. Ia menonjolkan akibat dosa dan keperluan untuk bertaubat dan pemulihan. DOA Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen! Rev. Ali Langgit

  • Hindari Perbuatan Jahat atau Cabul dalam Hidup Kita

    2 Samuel 11:2-5, 15-17, 26-27 (AVB)   2 Pada suatu petang, Daud bangun dari tempat tidurnya lalu berjalan-jalan di atas bumbung istana raja, dan dari atap itu dia terlihat seorang perempuan yang sedang mandi. Sangat cantiknya perempuan itu.  3 Lalu Daud menyuruh orang untuk bertanya tentang perempuan itu. Kata orang, “Bukankah itu Batsyeba anak Eliam, isteri Uria, orang Het?”  4 Setelah itu, Daud mengirim beberapa orang utusan untuk menjemputnya lalu datanglah perempuan itu kepadanya. Raja Daud meniduri perempuan itu (yang baru sahaja menyucikan diri daripada kenajisannya.) Kemudian pulanglah perempuan itu ke rumahnya.  5 Beberapa waktu kemudian perempuan itu mengandung. Disuruhnya orang untuk memberitahukan hal itu kepada Daud, katanya, “Aku mengandung.”    15 Dalam surat itu ditulisnya demikian, “Tempatkanlah Uria di barisan hadapan di medan peperangan yang paling sengit, dan jauhkanlah dirimu daripadanya. Biarkan dia diserang dan mati.”  16 Jadi, ketika Yoab mengepung kota itu, dia menempatkan Uria di tempat yang diketahuinya bertumpu para kesateria yang gagah perkasa.  17 Lalu orang kota itu keluar memerangi Yoab. Maka gugurlah beberapa orang daripada kalangan anak buah Daud termasuk Uria, orang Het itu.       26 Ketika isteri Uria mendengar bahawa Uria, suaminya, telah gugur, dia pun meratapi suaminya itu.  27 Setelah masa berkabung selesai, Daud mengutus orang untuk menjemput dia ke istananya. Lalu perempuan itu menjadi isterinya dan melahirkan seorang anak lelaki baginya. Akan tetapi, di mata TUHAN, sangat keji hal yang dilakukan Daud itu. PENGAJARAN/ REFLEKSI. 1. Firman Tuhan hari ini mengajar kita supaya kita menghindari perbuatan jahat atau cabul seperti yang dilakukan oleh Raja Daud. Biarlah kita menjadikan perkara ini sebagai pelajaran dalam hidup kita. Raja Daud bukan hanya mencabuli isteri Uria yang bernama Batsyeba, tetapi beliau ada rencana yang jahat terhadap Uria, iaitu berencana untuk membunuhnya dalam perperangan. 2. Bagi yang masih single/ bujang lelaki ataupun Perempuan, carilah pasangan hidup mu orang yang masih bujang atau single dan bukan isteri atau suami orang. Jauhkan diri dari perbuatan cabul. Ajaran Firman Tuhan ini adalah untuk kita saat ini, bukan untuk masa lampau kita. Jauhi hati dan fikiran yang jahat dalam hidup kita. Biarlah kita sentiasa melakukan segala perkara yang mulia dan baik, supaya semuanya memuliakan TUHAN yang harus kita agungkan dan tinggikan. Halleluya dan amen!! DOA Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen! Rev. Ali Langgit

  • Cabaran Yang Dihadapi Gereja

    Oleh Pr Sinawat Buayeh

  • Saling Tolong Menolong Melawan Musuh atau Mengatasi Masalah

    2 Samuel 10:9-14 (AVB)   9 Ketika Yoab melihat bahawa peperangan itu diatur untuk menyerangnya dari depan dan dari belakang, dia memilih beberapa orang Israel daripada kalangan yang terbaik dan mengatur barisan mereka untuk menghadapi orang Aram.  10 Pasukan yang selebihnya diserahkannya kepada pimpinan Abisai, adiknya, yang mengatur barisan mereka untuk menghadapi bani Amon.  11 Kata Yoab, “Jika orang Aram terlalu kuat bagiku, maka engkau harus datang membantu aku. Jika bani Amon terlalu kuat bagimu, maka aku akan datang membantu engkau.  12 Kuatkanlah hatimu dan marilah kita bertabah hati demi bangsa kita dan demi kota-kota Allah kita. Semoga TUHAN melakukan apa yang baik di sisi-Nya.”  13 Kemudian majulah Yoab dan pasukan yang menyertainya untuk berperang melawan orang Aram. Lalu larilah orang Aram dari hadapannya.  14 Apabila bani Amon melihat bahawa orang Aram melarikan diri, maka mereka pun lari dari hadapan Abisai lalu masuk ke dalam kota. Sesudah itu kembalilah Yoab daripada memerangi bani Amon, lalu tiba di Yerusalem. PENGAJARAN/ REFLEKSI. 1. Firman Tuhan hari ini mengajar kita supaya kita saling tolong menolong satu sama lain untuk menentang musuh yang melawan kita, seperti Yoab dan adiknya Abisai melawan tentera Siria dan Amon. 2. Untuk kita menang melawan musuh kita harus tabahkan hati dan berjuanglah dengan berani. Semoga TUHAN melakukan apa yang baik bagi-Nya. Akhirnya TUHAN memberi kemenangan kepada Yoab dan Abisai, sehingga musuh mereka lari lalu masuk ke dalam kota mereka. Rahasia untuk mendapat kemenangan daripada TUHAN, kita harus berkerjasama atau saling menolong dan harus tabah hati menghadapi masalah dan cabaran! Datanglah kepada YESUS dan mohon pertolongan daripada-NYA. Halleluya dan amen!! DOA Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen! Rev. Ali Langgit

  • BREAKHTROUGH (TEROBOS)

    Sebuah kisah yang menyentuh jiwa tentang identiti, penerimaan dan kasih sejati. Kisah TEROBOS mengetengahkan pengalaman Sathiya, seorang lelaki yang pernah hidup dalam dunia LGBTQ dan bergelut dengan kekosongan serta persoalan tentang makna kasih yang sebenar. Dalam pencarian identiti dan penerimaan, beliau terpaksa berdepan dengan luka silam, kebenaran yang menyakitkan, dan suara kasih yang datang dari tempat yang tidak disangka-sangka. "Apakah pandangan Tuhan terhadap insan seperti kita?" Ketika segalanya kelihatan gelap, kasih sejati telah menembusi kegelapan hidupnya. Bukan dengan penghakiman, tetapi dengan kasih yang memulihkan. __________________________________________________________________ Langkah-langkah untuk keluar daripada belenggu dosa, menerima hidup baharu dalam Kristus dan mendapat pemulihan bermula dengan: Mengakui Diri Kita Yang Sebenar Bahawa Kita Memerlukan Pertolongan Dan Pengampunan Tuhan. “Jika kita mengakui dosa kita kepada Allah, Dia akan menepati janji-Nya dan berlaku adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan menyucikan kita daripada segala kesalahan.” — 1 Yohanes 1:9 Percaya akan Kuasa Kasih & Pengampunan Tuhan Kerana.. tiada dosa yang terlalu besar untuk tidak diampuni. Kasih Tuhan melampaui segala kelemahan kita. “Allah begitu mengasihi dunia sehingga menganugerahkan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan mendapat hidup kekal.” — Yohanes 3:16 Meninggalkan Identiti Lama & Menerima Identiti Baharu Dalam Kristus. Dalam Kristus, kita dijadikan ciptaan yang baharu dan kita hidup dalam tujuan-Nya. “Sesiapa yang ada dalam Kristus adalah ciptaan baharu. Hal- hal lama telah lenyap dan segala-galanya baru.” — 2 Korintus 5:17 Menyertai Komuniti yang Sihat secara Rohani Pemulihan tidak dilakukan secara bersendirian. Komuniti yang berteraskan kasih dan kebenaran dapat membimbing dan menyokong pertumbuhan iman. "Besi menajamkan besi, demikian juga orang menajamkan sesamanya." — Amsal 27: 17 Mengisi Hidup dengan Firman & Doa Secara Berterusan Hanya melalui hubungan yang mendalam dengan Tuhan, kita akan menemui kekuatan untuk bertahan dan berubah. “Berbahagialah orang yang lapar dan dahaga akan kebenaran, kerana mereka akan dipuaskan.” — Matius 5:6 Berkongsi Kesaksian & Menjadi Saksi Kasih Tuhan Kesembuhan yang dialami bukan untuk disimpan, tetapi untuk menjadi saksi kepada orang lain yang sedang bergelut dalam kegelapan. "Inilah peluang bagimu untuk memberikan kesaksian." — Lukas 21:13 Harapan Masih Ada Kesaksian TEROBOS ialah bukti bahawa tiada sesiapa pun yang terlalu jauh untuk diselamatkan oleh kasih Kristus. Jika anda sedang berjuang dengan identiti, kesunyian, atau belenggu dosa, ketahuilah bahawa Tuhan memanggil anda pulang. Kasih sejati masih tersedia. __________________________________________________________________ Doa Penutup Peribadi: Doa Pemulihan dan Terobosan Ya Bapa di syurga, Saya bersyukur atas kasih-Mu yang tidak pernah berubah. Kasih-Mu mencari saya walaupun saya tersesat. Kasih-Mu menembusi kegelapan hati saya dan menyentuh bahagian paling dalam yang terluka. Hari ini, saya datang ke hadapan-Mu dengan hati yang terbuka. Saya mengakui segala kelemahan dan dosa saya. Saya mengakui bahawa saya telah mencari kasih dan penerimaan di tempat yang salah. Tetapi hari ini, saya memilih untuk kembali kepada-Mu — kepada sumber kasih yang sejati. Tuhan Yesus, Engkaulah yang telah mati dan bangkit untuk membebaskan saya. Bebaskanlah saya daripada setiap belenggu dosa, daripada rasa malu, kebingungan identiti, dan luka masa silam. Saya menyerahkan seluruh hidup saya ke dalam tangan-Mu. Roh Kudus, penuhilah hati saya. Berikanku penghiburan, kekuatan, dan keberanian untuk melangkah keluar daripada kegelapan kepada terang kasih Kristus. Bentuklah saya menjadi ciptaan baharu. Biarlah hidup saya menjadi kesaksian tentang kuasa-Mu yang memulihkan dan menyelamatkan. Terima kasih, Tuhan, kerana Engkau tidak pernah menyerah terhadap saya. Hari ini, saya memilih untuk percaya kepada-Mu dan berjalan bersama-Mu, selamanya. Di dalam nama Tuhan Yesus Kristus yang mengasihi saya tanpa syarat, Amin.

bottom of page