Support Us
Support Us
Cari
3266 results found with an empty search
- Ketidaktaatan Membuat Tuhan Menolak Seseorang
1 Samuel 15:10-13,19, 22 (AVB) Lalu datanglah firman TUHAN kepada Samuel, demikian, “Aku masyghul, kerana Aku telah menjadikan Saul raja, kerana dia telah berbalik daripada Aku dan tidak melaksanakan firman-Ku.” Maka amat kesallah Samuel dan dia berseru-seru kepada TUHAN semalam-malaman. Lalu Samuel bangun pagi-pagi untuk bertemu dengan Saul, tetapi dia diberitahu demikian, “Saul telah pergi ke Karmel tadi dan mendirikan sebuah tugu peringatan bagi dirinya di situ. Kemudian dia berangkat dan menuju Gilgal.” Ketika Samuel sampai di tempat Saul, berkatalah Saul kepadanya, “Semoga engkau diberkati TUHAN! Aku telah melaksanakan firman TUHAN.” Mengapa engkau tidak mematuhi firman TUHAN, tetapi malah menyambar jarahan itu dan melakukan kejahatan di mata TUHAN?Kata Samuel, “Adakah korban bakaran dan korban sembelihan yang lebih disukai TUHAN daripada mendengar suara TUHAN? Sesungguhnya, mematuhi itu lebih baik daripada korban sembelihan dan memperhatikan itu lebih baik daripada lemak domba jantan.” 1. JANGAN SAMPAI TUHAN MENGATAKAN BAHAWA DIA MENYESAL TELAH MEMILIH KITA UNTUK MELAKUKAN PELAYANAN-NYA YANG DIA TELAH PERCAYAKAN KEPADA KITA MASING-MASING. RAJA SAUL DITOLAK TUHAN KERANA TIDAK TAAT KEPADA PERINTAH TUHAN. LAKUKAN PELAYANAN YANG SEDIA ADA SESUNGGUHNYA YANG MAMPU KITA LAKUKAN. 2. JANGAN SEKALI-KALI MEMBELAKANGI TUHAN, TETAPI TAATILAH PERINTAH-NYA YANG TELAH DIBERIKAN KEPADA KITA. LAKSANAKAN PERINTAH-NYA SESUAI KEHENDAK-NYA. Doa Terima kasih TUHAN, untuk kasih setia-Mu kepada kami. Berikan kami hati yang senantiasa taat melakukan kehendak-Mu. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amen! Rev. Ali Langgit
- Segala Perbuatan Baik Dan Jahat Ada Balasannya Daripada Tuhan
1 Samuel 15:1-3, 8 (AVB) Berkatalah Samuel kepada Saul, “Aku telah diutus oleh TUHAN untuk menobatkan engkau menjadi raja atas Israel, umat-Nya; oleh itu, dengarlah firman TUHAN. Beginilah firman TUHAN alam semesta, ‘Aku akan membalas apa yang dilakukan orang Amalek terhadap orang Israel, kerana orang Amalek mengadang mereka di jalan setelah mereka keluar dari Mesir. Sekarang pergilah, seranglah orang Amalek. Tumpaskanlah segala sesuatu yang ada pada mereka. Jangan sayangi mereka, tetapi musnahkanlah lelaki dan perempuan, anak-anak dan bayi-bayi yang menyusu, lembu dan domba, unta dan keldai.’ ” Ditawannya hidup-hidup Agag, raja orang Amalek, tetapi seluruh rakyat Agag ditumpaskannya dengan mata pedang. TUHAN AKAN MEMBALAS SEGALA PERBUATAN MANUSIA, YANG BAIK DAN YANG JAHAT. DALAM CERITA TERSEBUT DIATAS, ORANG AMALEK DIHUKUM OLEH TUHAN, KERANA NENEK MOYANG MEREKA MENENTANG UMAT TUHAN KETIKA MEREKA DATANG DARI MESIR. TUHAN MENYURUH RAJA SAUL DAN PARA TENTERANYA MEMBINASAKAN DAN MENGHANCURKAN SEGALANYA. (Mazmur 94:23; 62:13 AVB) PEMBALASAN ITU ADALAH HAK TUHAN. Roma 12:19 AVB Saudara-saudara yang kukasihi, janganlah berusaha membalas dendam, serahkanlah kepada kemurkaan Allah, kerana telah tersurat: “Pembalasan adalah hak-Ku. Akulah yang akan membalas,” demikian firman Tuhan. Doa Tuhan berikan kami hati yang senantiasa berharap kepada-Mu, dan menyerahkan segala persoalan hidup kami dan bahkan hak pembalasan hanya kepada-Mu, sekiranya ada orang yang berbuat jahat terhadap kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amen! Rev Ali Langgit
- Orang Yang Telah Berjasa Untuk Bangsa Harus Di Lindungi
1 Samuel 14:44-45 (AVB) Kata Saul, “Engkau memang harus mati, Yonatan. Jika tidak, Allah akan menjatuhkan azab kepadaku, bahkan lebih lagi.” Akan tetapi, rakyat berkata kepada Saul, “Haruskah Yonatan dihukum mati, padahal dia telah melakukan penyelamatan yang besar dalam kalangan orang Israel? Jangan sekali-kali hal itu terjadi! Demi TUHAN yang hidup, sehelai rambut kepalanya pun tidak akan jatuh ke tanah, kerana pada hari ini dia telah bertindak bersama-sama Allah.” Demikianlah rakyat melepaskan Yonatan sehingga dia tidak dihukum mati. 1. Setelah umat TUHAN bertempur berperang melawan musuh mereka, mereka sangat kelaparan, tetapi pada masa itu juga Raja Saul bertitah kepada semua mereka, "Terkutuklah orang yang makan apa pun pada hari ini, sebelum beta membalas dendam terhadap musuh." Oleh itu tiada sesiapa pun yang makan sepanjang hari itu. 2. Kemudian mereka semua sampai di suatu hutan dan menjumpai banyak sekali madu, tetapi Yonatan tidak tahu bahawa ayahandanya sudah mengancam rakyat dengan kutuk itu; maka dia menghulurkan tongkat yang dibawanya, dan mencucukkannya ke dalam sarang madu, serta mengambil madu itu lalu memakannya. Segera dia berasa segar dan bertambah kuat. 3. Maka dengan itu raja bertitah untuk membunuh anaknya Yonatan, tetapi rakyat berkata kepada Raja Saul, "Kami berjanji demi TUHAN yang hidup, bahawa seutas rambut Yonatan pun tidak akan diusik!! Dengan pertolongan TUHAN, dia telah mendapat kemenangan. BERDOA UNTUK SEMUA ORANG YANG MELAKUKAN KEBENARAN, KIRANYA TUHAN MEMBERI KEMENANGAN BAGI MEREKA, DI MANA SAJA MEREKA BERADA SAAT INI. Doa Tuhan kami mohon Engkau melindungi dan memihak kepada setiap orang yang benar yang melakukan pekerjaan-Mu. Berikan kemenangan kepada mereka ya Bapa. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amen! Rev. Ali Langgit
- Jenis Hasil
Elder Ann Wan Kuan
- Apa yang Telah Terjadi Pada Neraka?
'Kepala Efraim ialah Samaria, dan kepala Samaria ialah anak Remalya. Jika kamu tidak percaya, maka tentu kamu tidak akan kekal teguh. Yesaya 7:1-9, v.9 Renungan: Bersisa satu hari lagi kita akan merenungkan pemandangan yang ada di hadapan kita ketika tirai tahun yang baru terbuka. Yesus, seperti yang kita perhatikan, telah ditempatkan di sebuah makam bersama dengan dewa-dewa lain. Penginjilan sedang ditentang, dan kebenaran diserang tidak seperti sebelum ini. Watak Kristian dalam filem dan sinetron adalah stereotaip ( tidak mengandungi atau menunjukkan ciri-ciri asli ) yang tidak relevan. Teori-teori kritikal, seperti kuasa Kitab Suci, sedang dikikis, tidak hanya dilakukan oleh orang-orang di luar gereja tetapi juga oleh orang-orang di dalam gereja. Mengambil neraka sebagai topik, contohnya. John Blanchard, di dalam buku beliau bertajuk Whatever Happened to Hell?, mencatat kejadian ini: ‘Ketika Martin Marty, seorang profesor di University of Chicago Divinity School, sedang mempersiapkan pelajaran Harvard tentang topik neraka, beliau meneliti indeks beberapa jurnal ilmiah dalam tempoh seratus tahun dan gagal menemui satu entri.’ Kesimpulannya ialah, neraka telah hilang dan tidak ada yang memperhatikannya. Walaupun dia dikecam hebat kerana berbuat demikian, C.S. Lewis mengambil pendirian Alkitabiah mengenai perkara tentang neraka. Dia menulis: ‘Saya dengan rela hati percaya bahawa orang yang terkutuk itu, dalam satu segi, berjaya, memberontak hingga akhir; bahawa pintu neraka itu terkunci di dalam (penekanan saya). Topik neraka mungkin boleh ditiadakan dari banyak mimbar hari ini, tetapi ia tidak dikecualikan daripada Alkitab. Bagaimana pula dengan syurga? Topik syurga tidak begitu hilang tetapi masih diperluaskan - diperluaskan merangkumi semua orang yang sudah mati, sama ada mereka mempunyai hubungan peribadi dengan Kristus atau tidak. Mengingat apa yang saya sudah katakan sejak beberapa hari yang lalu - dan hanya membaca sepintas - adalah menjadi kewajiban kita untuk berpegang dan berdiri teguh dan siap untuk dipercayai. Ayat Rujukan: Lukas 13:1-5; 16:19-31 Doa: Ya Bapa, saya hidup di dalam dunia yang secara umumnya bertentangan dengan-Mu dan perintah-Mu. Tolonglah saya untuk tetap bersedia berdiri untuk-Mu, tidak mengira apapun akibatnya. Saya tahu saya boleh bergantung kepada-Mu. Semoga Engkau dapat mengharapkan saya untuk melakukan perintah-Mu. Amin. Rev. Gerawat Maran
- Menginjil atau Menjadi Fosil
Petrus dan rasul yang lain menjawab, "Kami harus taat akan Allah, bukan manusia! (KPR 5:25-42, v.29 AVB) Renungan: Semalam, kita berkata bahawa Kristus, dan hanya Kristus sahaja sumber roti yang mengenyangkan. Tidak lama dahulu, saya menemukan petikan berikut oleh Gerald May, seorang Psikiatri (pakar pesakit jiwa) dan seorang Kristian. Ini memberi kesedaran kepada saya akan pentingnya menolong semua orang memahami bahawa apa yang dicari oleh jiwa mereka itu hanya dapat ditemukan melalui hubungan peribadi mereka dengan Yesus Kristus. Pakar Psikiatri yang lain juga akan mendapat manfaat yang sangat banyak jika mereka mengambil tahu tentang apa yang beliau katakan. 'Kita semua mempunyai rahsia di dalam hati. Saya akan memberitahu kamu salah satu rahsia saya. Sepanjang hidup saya, saya ingin mengatakan "ya", untuk memberikan diri saya kepuasan, untuk sesuatu perkara yang hebat atau menjadi seorang yang sempurna. Saya menyimpan rahsia ini bertahun-tahun kerana tidak sesuai dengan imej yang saya ingin tampilkan – seorang lelaki yang berdikari dan berkebolehan. Keinginan untuk berserah ini sebahagiannya diterima semasa saya masih kecil, tetapi sebagai seorang lelaki, saya cuba untuk mengetepikan hal-hal keanak-kanakan. Ketika saya menjadi seorang doktor, dan kemudiannya seorang pakar Psikiatri, masih sukar untuk saya akui – bahkan kepada diri saya sendiri – bahawa ada sesuatu dalam diri saya sedang mencari penyerahan yang sempurna. Orang sekeliling… telah mengajar saya untuk mengatakan "tidak" berbanding mengatakan "ya", untuk cuba menentukan masa depan sendiri berbanding berserah, untuk menguasai banyak hal berbanding menyerah diri.'* Perasaan ini, yang digambarkan dengan jelas, ada di setiap hati manusia. Ia akan bersatu apabila kita berusaha untuk memenangkan orang lain untuk Yesus. Tuhan kita memberi tumpuan kepada keinginan yang sama ini apabila Dia bercakap dengan perempuan Samaria di perigi (Yohanes 4). Terdapat kerinduan dalam diri setiap kita akan sesuatu yang hanya dapat disediakan oleh Tuhan melalui Kristus. Dengan mempercayai hal ini, jelaslah bahawa – berkongsi iman kita bukanlah satu pilihan tetapi satu keperluan. Ayat Rujukan: Yohanes 4:7-30; 34-42 Doa: Bapa, kami sedar bahawa jika kami gagal untuk berkongsi mesej keselamatan melalui Anak-Mu, mesej itu tidak akan pernah diketahui. Engkau tidak mempunyai suara selain suara kami. Tolonglah kami, walaupun dalam kesukaran, untuk tidak mengecewakan Engkau dalam hal ini. Dalam nama Yesus. Amin. Rev. Gerawat Maran
- Kesukaran yang Bertambah
‘..Oleh itu pergilah, jadikan semua bangsa murid-Ku. Baptislah mereka dengan nama Bapa, Anak dan Roh Kudus.. ’ (Matius 28:16-20, a.19). Renungan: Kita terus menekankan fakta bahawa dalam zaman pluralistik (sesebuah masyarakat yang berbilang kaum hasil daripada pemaksaan dan bukannya secara semula jadi) kita tidak boleh melemahkan keyakinan kita bahwa Yesus Kristus adalah Tuhan, dan satu-satunya Penyelamat manusia. Kita mesti bersedia untuk menyanyi mengikut alunan kebenaran Ilahi. Semalam, kita menyatakan bahawa zaman kita memahami kebenaran mengenai keunikan Yesus Kristus. Pertimbangkan bersama dengan saya bagaimana hal itu melecehkan satu lagi kepercayaan Kristian - berkongsi iman dengan orang lain. Generasi sekular (bebas) ini tidak terlalu peka ketika melihat kita tertutup di gereja-gereja kita, tetapi ketika kita berusaha untuk melakukan perintah Tuhan untuk ‘jadikan semua bangsa murid-Ku’ kita malahan berhadapan dengan penolakan. Suatu ketika, semasa perdebatan agama berlangsung di TV, seorang lelaki berkata, ‘Mari kita berharap bahawa abad ke-21 ini, terlihat gereja-gereja Kristian mengubah cara-cara mereka dalam membawa orang yang baru untuk bertaubat. Tidak ada seorangpun yang layak untuk pergi kepada orang lain dan berusaha untuk meyakinkan orang itu untuk menjadi orang Kristian’. Sekiranya pendapat itu adalah miliknya, saya tidak akan menyebutnya di sini, tetapi sayangnya tidak. Ramai orang percaya akan hal yang sama, dan mereka bangga kerana mempercayainya. Penginjilan, secara implikasinya adalah kerja orang-orang fanatik (radikal) . Saya selalu menyukai definisi penginjilan ini sebagai ‘seorang pengemis yang memberitahu orang lain dimana hendak mencari roti’. Jiwa jejaka dan wanita yang sangat lapar akan roti kehidupan yang berasal dari Yesus Kristus sahaja. Tidak berusaha untuk menawarkan roti itu adalah bertentangan dengan perintah yang Dia berikan kepada kita. Di beberapa negara (sebagai contoh, negara-negara Islam) penginjilan adalah dilarang atau disekat oleh undang-undang. Hal ini tidak berlaku di negara-negara Barat dan tiada seorang pun tahu berapa lama pintu ini akan terus terbuka? Kita mesti melalui pintu terbuka itu sebelum ditutup. Ayat rujukan: KPR 1:8; Roma 10:8-17 Doa: Bapa Surgawi, Engkau mengutus Anak-Mu untuk menjadi Penyelamat kami kerana tidak ada cara lain untuk kami diselamatkan. Engkau memerintahkan kami untuk menyampaikan mesej. Tolong kami untuk melakukannya. Beri kami kebijaksanaan dan kekuatan untuk mengatasi semua rintangan. Amin. Rev. Gerawat Marat
- Tiada Nama Lain
"Tiadalah penyelamatan melalui sesiapa yang lain, kerana tiada nama lain di bawah langit ini diberikan dalam kalangan manusia, yang dapat menyelamatkan kita." (Kisah 4:1-12, ay.12). Renungan: Sekarang kita telah melupakan masa lalu, kita bersedia untuk menumpukan perhatian kepada satu lagi arahan alkitabiah yang penting: berpegang teguh pada iman. Kita hidup dalam masa apabila orang terpesona dengan perkara rohani tetapi tidak percaya semua terkait dalam satu agama sahaja. Pluralisme [fahaman atau keyakinan bahawa semua agama adalah sama dan tidak ada mana-mana agama yang lebih benar dari agama lain] telah dipegang teguh. Pluralisme mendakwa bahawa Yesus berada dalam kategori yang sama dengan Buddha, Confucius, Osiris atau Thor. Kita telah, pada satu tahap, membenarkan pendekatan kepenggunaan mempengaruhi pandangan kita tentang Tuhan. Dalam dunia hari ini, seolah-olah anda boleh pergi ke pasar raya dewa dan memilih tuhan pilihan anda. Tanggapan orang zaman kini ialah satu tuhan sama baiknya dengan tuhan yang lain. Sudah tentu, terdapat banyak perkara yang patut dipuji dalam pelbagai agama. Ramai orang Islam, misalnya, adalah baik dan taat, dan sebahagian daripada ajaran Islam adalah terpuji. Orang Kristian mengakui apa yang baik dan tidak mengecamnya. Kami tidak mendakwa bahawa agama dunia tidak bernilai. Itu akan menjadi prasangka dan bodoh. Apa yang kita dakwa sebagai orang Kristian adalah apa yang Tuhan dakwa, dan itulah satu-satunya cara seorang lelaki atau wanita boleh mempunyai hubungan peribadi dengan-Nya iaitu melalui Anak-Nya, Yesus Kristus. Agama lain mengajar tentang Tuhan, dan beberapa ajaran mereka adalah benar: Dia mahakuasa, maha mengetahui dan maha bijaksana. Walau bagaimanapun, mereka berhenti daripada kebenaran utama bahawa hanya melalui Kristus yang menebus kita boleh dijamin masuk ke syurga. Tiada kepercayaan dunia lain yang boleh mendakwa bahawa guru terbesarnya ialah Tuhan yang menjelma menjadi manusia. Namun itulah yang kita tuntut untuk Yesus Kristus. Biarkan golongan pluralisme menuduh kita tidak bertolak ansur apabila kita enggan meletakkan Yesus dalam pantheon (kuil yang didedikasikan untuk semua tuhan). Bagaimana kita dapat percaya seperti yang kita lakukan bahawa tidak ada tuhan atau nabi yang setara dengan Dia? Ayat-ayat Rujukan: Yohanes 14:1-13; 1 Tim. 2:5-6 Doa: Bapa, terima kasih kerana mengingatkan saya sekali lagi tentang kebenaran bahawa hanya melalui Yesus saya boleh mempunyai hubungan dengan-Mu. Bantu saya menjaga kebenaran ini tidak kira betapa generasi pluralistik ini tidak boleh menerimanya. Dalam nama Yesus Kristus. Amin. Rev. Gerawat Maran
- Meracuni Diri
'Ampunkanlah dosa-dosa kami, sebagaimana kami mengampuni setiap orang yang bersalah terhadap kami;' (Lukas 11:1-13, ay.4). Renungan: Untuk satu hari lagi kita berlama-lama di Yabok (lihat "Siapakah Namamu?"), memastikan masa lalu kita ditangani dengan tegas supaya kita dapat menghadapi cabaran baru. Di samping kita melupakan kegagalan dan dosa yang telah diampuni, kita mesti membuang dari fikiran kita dosa-dosa yang telah dilakukan oleh orang lain terhadap kita. Dalam Doa Bapa Kami, kita mendapati kata-kata ini: ''Ampunkanlah dosa-dosa kami, sebagaimana kami mengampuni setiap orang yang bersalah terhadap kami;' Allah telah mengampuni kita; sekarang kita mesti menawarkan pengampunan yang sama kepada orang lain. Adakah orang telah berdosa terhadap anda? Adakah seseorang memfitnah anda? Selidiki hati anda sekarang. Adakah anda menyimpan dendam? Walau bagaimanapun anda memliliki hati yang berdendam, setiap kali anda menyimpan kebencian terhadap orang lain, ia adalah seperti racun yang anda berikan kepada diri anda sendiri. Saya sedar bahawa beberapa perkara sukar untuk dimaafkan, dan anda mungkin berasa tidak dapat melakukan ini sendirian. Anda perlukan pertolongan Tuhan. Dan pertolonganNya tersedia. Tuntut pertolongan itu sekarang. Katakanlah seperti ini: 'Tuhan, saya sedang berjuang untuk mengampuni orang yang telah berbuat salah kepada saya, tetapi, sebagaimana Engkau telah mengampuni saya, bantulah saya untuk mengampuni. Lepaskan saya dari setiap jejak ingatan yang terluka, yang merosakkan untuk diingati. Dengan rahmatMu, bantulah saya untuk melupakan. Anda sedang menghadapi masa depan baru dan perlu mengumpulkan semua keberanian untuk hari-hari mendatang. Maju ke hadapan dengan langkah ringan sebagai seseorang yang telah diampuni. Rasul Paulus mempunyai masa lalu: darah martir Kristian pertama, Stefanus , berada di tangannya. Tetapi dia pergi kepada Tuhan untuk pengampunan dan menghadapi masa depan dengan kata-kata yang kita lihat pada hari yang lalu: ' Melupakan segala yang di belakang dan cuba mendapatkan segala yang di hadapan, aku terus berusaha ke arah matlamat..' (Fil.3:13- 14). Begitu juga anda. Ayat-ayat rujukan: Ef.4:26-32; Ibr. 12:14-15 Doa: Ya Allah, jika rasa dendam telah meruncingkan semangat saya, bantulah saya sekarang untuk memaafkan. Dengan kekuatan saya sendiri, saya tidak boleh melakukannya. Tetapi saya mau dibuat rela. Ambillah kerelaan saya dan tambahkan kuasaMu. Dalam nama Yesus saya memohon semuanya. Amin. Rev. Gerawat Maran
- Dilarang Memancing
' .. Aku akan berbelas kasihan terhadap kesalahan mereka; dan dosa mereka tidak akan Kuingati lagi. ” (Ibrani 8:1-13, ay.12). Renungan: Kita terus mengenang perkara-perkara di masa lalu (sama ada baru-baru ini atau sebaliknya) yang menghalang kemajuan dalam kehidupan Kristian kita. Perkara kedua yang mesti kita lupakan ialah dosa kita. Kita semua pernah melakukan dosa dan kita semua perlu bertaubat. Tetapi apabila kita telah bertaubat dan menerima pengampunan, kita mesti terus maju (move on). Apa yang Tuhan katakan kepada orang yang bertaubat? 'Saya tidak akan ... mengingati dosa mereka lagi.' Nabi Mikha mengingatkan kita bahawa Tuhan berjanji untuk 'membuang segala dosa kita ke laut yang dalam.' (7:19). 'Kemudian' seperti ayat yang dipetik dari perkataan Billy Graham, 'Dia meletakkan papan tanda yang mengatakan "Dilarang Memancing'. [Tuhan berjanji untuk membuang segala dosa kita ke laut yang dalam, kemudian, Dia meletakkan papan tanda yang mengatakan "Dilarang Memancing]. Walau bagaimanapun, ramai yang masih mempersalahkan diri mereka sendiri kerana dosa mereka (walaupun dosa tersebut telah diakui dan diampuni oleh Tuhan), dan dengan berbuat demikian mereka menggagalkan perjalanan harian mereka dengan Tuhan. Ini kerana mereka berpegang pada dosa dan kesalahan mereka, mereka dihalang daripada hidup sepenuhnya pada saat ini. Pakar psikologi telah mencipta istilah dalam beberapa dekad lalu yang mungkin anda pernah dengar - kebergantungan bersama (co-dependency). Kebergantungan bersama ialah seseorang yang, tidak memilih kebebasan dan berpuas hati dengan sesuatu yang kurang. Sebagai contoh, isteri seorang peminum alkohol yang menderita, mungkin berpuas hati dengan keadaan mereka daripada cuba menyelesaikan masalah itu. Seorang yang mengalami kebergantungan bersama mungkin kelihatan menyokong orang lain, tetapi jauh di lubuk hati mereka mungkin merasakan mereka layak menerima penderitaan yang mereka alami. Kadang-kadang orang yang berpegang teguh pada dosa mereka selepas mereka diampuni berbuat demikian kerana keperluan fisiologi untuk merenung diri mereka sendiri. Mereka tidak menerima pengampunan - oleh itu mereka masih mempunyai rasa bersalah dan merasa perlu untuk menghukum diri mereka sendiri. Penebusan diri digantikan oleh mereka dengan penebusan Kristus. Setelah kita bertaubat dari dosa-dosa kita, Allah mengampuni dan melupakannya. Dan anda juga harus melupakan semua dosa masa lalu kita. Ayat-ayat rujukan: Mikha 7:18-20; Ibr. 10:1-18 Doa : Ya Tuhan, ampunilah saya jika saya cuba menebus dosa saya sendiri dan bukannya menerima manfaat penebusan AnakMu, Yesus untuk saya di Kalvari. Engkau mengampuni dan melupakan. Sekarang, dengan pertolongan-Mu, saya akan melupakan dosa-dosa saya juga. Saya mohon di dalam nama Yesus. Amin. Rev. Gerawat Maran
- Membuat Lupa
'Yusuf menamai anak sulungnya Manasye, kerana katanya, “Allah telah membuat aku lupa akan segala kesusahanku... "' (Kejadian 41:41-57, ay.51). Renungan: Mungkin ada yang menganggap bahawa nasihat yang saya tawarkan semalam mengenai kegagalan dan kesilapan lalu kedengaran bagus sebagai teori tetapi sukar untuk diamalkan. 'Lupa?' anda mungkin berkata. 'Bagaimana seseorang boleh lupa?' Fikirkan bersama saya tentang petikan hari ini. Selepas Yusuf menjadi orang kaya di Mesir dan berkahwin, dia menamakan anak sulungnya Manasye, yang bermaksud 'Tuhan telah membuat saya lupa'. Pastilah detik yang mengharukan bagi Yusuf kerana, apabila melihat ke belakang, dia menyedari bahawa kesakitan yang disebabkan oleh peristiwa masa lalu telah hilang. Anda pasti ingat, beberapa perkara yang mengerikan yang berlaku terhadap Yusuf: dia dilemparkan ke dalam lubang, dijual oleh saudara-saudaranya sendiri, difitnah oleh seorang wanita yang tidak bermoral, dilemparkan ke dalam penjara. Tetapi kini masa lalu ada di belakangnya dan kepahitan telah disedut keluar dari rohnya. 'Tuhan telah membuat saya lupa,' katanya. Ada yang percaya Yusuf dapat berkata 'Tuhan telah membuat saya lupa' kerana masa telah menyembuhkannya. Tetapi saya percaya sesuatu yang ghaib ( supernatural ) telah berlaku. Walaupun benar bahawa ingatan yang tajam memudar seiringnya masa akibat dari kejadian semula jadi kehidupan manusia, itu juga benar, namun saya percaya, bahawa Tuhan pasti melakukan, apabila kita menjemput Dia, membolehkan kita melupakan perkara-perkara yang menghalang kita untuk maju di dalam iman. Adakah saya menyatakan bahawa Tuhan akan memadamkan memori dari ingatan kita? Sudah tentu tidak. Apa yang Dia lakukan adalah untuk bekerja dalam fikiran kita supaya kita berhenti menjadi taksub tentang hal tersebut, dan tidak lagi meresahkan fikiran kita sehingga ia mengganggu fungsi harian dan kehidupan Kristian kita. Tuhan tidak melepaskan kita dari kenyataan yang terjadi. Kepahitan yang dikaitkan dengan kenyataan yang terjadi itu yang Dia hapuskan daripada fikiran kita. Ayat-ayat rujukan: Psa. 30:1-12; Yohanes 16:20-33 Doa: Bapa syurgawi yang pengasih dan penyayang, bagaimana saya boleh cukup berterima kasih kepada-Mu atas rahmat yang menghilangkan kenangan yang menyakitkan? Saya membawa setiap ingatan yang menyakitkan kepada penyembuhan dan pembebasan-Mu. Tolong sembuhkan saya, Bapa. Dalam nama Yesus. Amin. Rev. Gerawat Maran
- Melupakan
'Melupakan apa yang di belakang dan berusaha mengejar apa yang di hadapan, aku berlari ke arah tujuan ...' (Filipi 3:12-21, ay.13-14). Renungan: Seperti yang saya nyatakan semalam, saya dapati tiga perkara yang sering menghalang orang untuk meneruskan. Halangan pertama adalah ini: ketidakupayaan untuk melupakan kegagalan, kesilapan, ketidakbijaksanaan atau, untuk meletakkannya dalam bahasa sehari-hari, 'kesilapan memalukan' yang telah mereka dilakukan. Saya sangat terkejut dengan bilangan orang yang saya temui yang telah melewati kesedihan yang besar dalam hidup (seperti kehilangan orang yang disayangi) tetapi tidak dapat memerangi rasa bersalah akan hal yang telah mereka lakukan sepanjang perjalanan hidup mereka. Ada satu peristiwa, seorang wanita mengakui bahawa dua atau tiga kali seminggu dia akan menjadi panas apabila dia mengingati perkara bodoh yang dia lakukan semasa dia remaja. Dia telah hidup dengan ingatan ini selama lebih 30 tahun! Orang lain telah memberitahu saya bagaimana beberapa kegagalan atau komen yang tidak bijak menghalang langkah mereka, dan mereka tidak dapat mengingati kejadian ini tanpa rasa malu yang teruk. Saya tertanya-tanya, adakah pada saat ini, saya bercakap dengan orang yang memorinya dipenuhi dengan perkara yang pernah dilakukan - sehinggakan tidak dapat melepaskan diri hal tersebut? Inilah nasihat saya kepada anda: lupakannya, dan belajar memaafkan diri sendiri. Anggaplah bahawa tidak ada niat jahat (jika ada, perkara itu datang dalam kategori yang akan kita lihat kemudian), letakkan semuanya di belakang anda sekarang. Kita semua pernah terjatuh, mugkin sekali atau lebih. Saya sedar bahawa saya pernah melakukan kesilapan dan mengatakan beberapa hal yang bodoh, tetapi saya telah belajar daripada semua itu dan belajar melaluinya. Jika saya mahu saya boleh membuat senarai panjang, tetapi tidak ada gunanya. Merenung kesilapan anda hanya akan mencemarkan iman anda, melumpuhkan potensi anda dan memusnahkan impian anda. Perlumbaan di hadapan menuntut kecergasan rohani yang terbaik. Allah hilangkan beban yang menghalang kemajuanmu. Singkirkan semuanya sekarang. Ayat-ayat berkaitan: 1 Tim.1:12-17; Titus 3:3-8 Doa: Bapa, berilah saya keberanian untuk meletakkan di tangan-Mu apa sahaja yang menghalang kemajuan saya dalam perlumbaan yang ditetapkan di hadapan saya. Bantu saya melepaskan perkara-perkara di masa lalu saya yang perlu diselesaikan, dan gerakkan saya ke tahap yang baharu bersama-Mu. Dalam nama Kristus. Amin. Rev. Gerawat Maran












