top of page
Support Us
Support Us
Get Involved
I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.
Search


Jangan Menjadi Penghalang bagi Orang Lain
“Namun Yesus memanggil kanak-kanak itu datang kepada-Nya lalu Dia berkata, “Biarkan kanak-kanak kecil itu datang kepada-Ku. Jangan larang mereka kerana orang yang seperti itulah yang empunya kerajaan Allah.’” — Lukas 18:16 (AVB) Ketika orang ramai datang membawa anak-anak kecil kepada Yesus supaya Dia meletakkan tangan-Nya ke atas mereka dan memberkati mereka, para pengikut Yesus menjadi marah dan melarang mereka berbuat demikian. Namun apabila Yesus melihat apa yang sedang b


Bagi Tuhan, Semua Layak Menghadap-Nya
“Orang membawa anak mereka kepada Yesus supaya Dia memberkati mereka. Tetapi apabila murid-murid Yesus melihat hal ini, mereka menegur orang itu.” — Lukas 18:15 (AVB) Beberapa orang membawa anak-anak kecil kepada Yesus supaya Dia meletakkan tangan-Nya ke atas mereka dan memberkati mereka. Namun, apabila para pengikut Yesus melihat hal itu, mereka menegur dan menghalang orang ramai daripada membawa anak-anak mereka kepada Yesus. Apabila Yesus melihat tindakan murid-murid-Nya y


Jalanilah Hidup yang Rendah Hati
“Aku berkata kepadamu bahawa pemungut cukai ini pulang ke rumahnya dengan diperkenankan Allah tetapi orang Farisi itu tidak. Sesiapa yang meninggikan diri akan direndahkan, dan sesiapa yang merendahkan diri akan ditinggikan.’” — Lukas 18:14 (AVB) Yesus menceritakan kepada para pengikut-Nya tentang dua orang yang memiliki sikap yang sangat berbeza ketika mereka masuk ke dalam rumah Tuhan. Yang pertama ialah orang Farisi. Dia datang ke rumah Tuhan dan berdoa dalam hatinya, “Aku


Hadapilah Tuhan dengan Penuh Kerendahan Hati
“Akan tetapi, pemungut cukai itu berdiri jauh sedikit, tidak berani menengadah ke langit melainkan menebah dada sambil berkata, ‘Ya Allah, kasihanilah hamba, orang berdosa ini.’ ” Lukas 18:13 (AVB) Sewaktu pemungut cukai itu masuk ke dalam rumah Tuhan, dia berdiri agak jauh daripada orang lain. Dia tidak berani menengadah ke langit seperti kebiasaan orang Yahudi ketika berdoa, tetapi dengan hati yang sangat sedih dan menyesal, dia berkata kepada Tuhan, “Ya Allah, kasihanilah


Jangan Anggap Diri Kita Lebih Baik Daripada Orang Lain
“…Orang Farisi itu berdiri dan berdoa dalam hatinya: ‘Ya Allah, aku mengucap syukur kepada-Mu kerana aku tidak tamak, menipu atau berzina seperti orang lain. Aku bersyukur kepada-Mu kerana aku tidak seperti pemungut cukai ini....” Lukas 18:11 Sewaktu saya merenungkan doa orang Farisi ini, terlintas di fikiran saya tentang cermin muka. Apabila seseorang berdiri di hadapan cermin, pasti dia akan melihat dirinya sendiri yang terpantul di dalamnya. Dia akan mula menyedari rupa di


Berdoa Sentiasa, Jangan Putus Asa
'Kemudian Yesus menceritakan ibarat ini untuk mengajar mereka bahawa mereka harus sentiasa berdoa dan tidak putus asa. ' (Lukas 18:1) AVB Yesus menceritakan sebuah perumpamaan kepada pengikut-pengikut-Nya untuk mengajar mereka supaya sentiasa berdoa dan tidak berputus asa dalam permohonan mereka. Perumpamaan itu berkisahkan tentang seorang hakim di sebuah kota yang tidak takut akan Allah dan tidak peduli terhadap sesiapa pun. Dalam kota itu juga terdapat seorang balu yang ser


Bezakan Dirimu Daripada Orang Jahat
'Mereka bertanya kepada Yesus, “Di manakah, ya Tuhan?” Yesus menjawab, “Di mana ada bangkai, di situlah berkerumunnya burung nasar.”' (Lukas 17:37) AVB Apabila para pengikut Yesus mendengar tentang apa yang akan terjadi pada hari kedatangan-Nya iaitu masa penghakiman dan penghancuran dunia ini, mereka bertanya kepada-Nya, “…di manakah orang-orang yang diselamatkan akan dibawa, dan di manakah orang-orang yang ditinggalkan itu akan dibinasakan?” Mereka sebenarnya ingin mengeta


Keputusan Menentukan Dirimu pada Masa Pengangkatan
'Aku berkata kepadamu bahawa pada malam itu dua orang berbaring di atas katil. Seorang dibawa pergi dan seorang ditinggalkan. ' (Lukas 17:34) AVB Yesus memberitahu para pengikut-Nya supaya bersiap sedia untuk meninggalkan mereka yang hidup dalam kejahatan. Pada hari penghakiman Tuhan, apabila Tuhan menghancurkan semua orang yang hidup dalam kejahatan, Dia ingin memastikan bahawa semua orang yang menjadi milik-Nya diselamatkan. Pada masa itu akan berlaku perpisahan antara satu


Asingkan Dirimu daripada Kejahatan
'Sesiapa yang cuba memelihara nyawanya akan kehilangannya, tetapi sesiapa yang sanggup mengorbankan nyawanya akan menyelamatkannya. ' (Lukas 17:33) AVB Yesus memperingatkan para pengikut-Nya tentang keselamatan mereka bahawa, “Setiap orang yang berjuang untuk mempertahankan nyawanya di dunia ini akan kehilangan nyawanya. Tetapi setiap orang yang rela mengorbankan nyawanya kerana mengikut Aku, dia akan memperoleh hidup yang kekal.” Hal ini bermaksud bahawa para pengikut-Nya pe


Kenalilah Waktu-Nya
'Kemudian Yesus berkata kepada murid-murid-Nya: “Masanya akan datang apabila kamu ingin melihat salah satu hari Anak Manusia, tetapi kamu tidak dapat melihatnya. ' (Lukas 17:22) AVB Kemudian Yesus berkata kepada para pengikut-Nya bahawa akan datang satu masa di mana mereka akan sangat merindukan kehadiran-Nya, dengan harapan alangkah baiknya sekiranya Yesus kembali pada hari itu untuk memerintah sebagai Anak Manusia. Namun, hal itu tidak akan terjadi lagi. Para pengikut-Nya t
bottom of page
