Support Us
Support Us
Cari
3263 results found with an empty search
- Jangan Membalas Madu dengan Racun
2 Samuel 10:2-6 (AVB) 2 Daud berkata, “Aku hendak menjalin persahabatan dengan Hanun anak Nahas, sebagaimana ayahnya menjalin persahabatan denganku.” Maka Daud mengirimkan beberapa orang utusannya untuk menyampaikan takziah kepada Hanun kerana perihal ayahnya itu. Para utusan Daud pun sampai di negeri bani Amon. 3 Akan tetapi, para pembesar bani Amon berkata kepada Hanun, tuan mereka, “Adakah tuanku sangka Daud hendak memberikan penghormatan kepada ayah tuanku, sehingga dia mengutus orang untuk menyampaikan takziah kepada tuanku? Bukankah Daud mengutus para pegawainya kepada tuanku untuk menyiasat kota ini, untuk mengintip dan menggulingkannya?” 4 Oleh sebab itu Hanun menangkap para utusan Daud itu. Lalu dia mencukur separuh janggut mereka dan memotong pakaian mereka di bahagian tengah sampai pangkal paha. Setelah itu, disuruhnya mereka pergi. 5 Ketika hal itu diberitahukan kepada Daud, dia mengutus orang untuk menemui mereka, kerana mereka berasa sangat malu. Kata raja, “Tinggallah di Yerikho sehingga janggutmu tumbuh lagi. Setelah itu, barulah kamu pulang.” 6 Ketika bani Amon menyedari bahawa mereka telah membangkitkan kebencian Daud, mereka mengupah orang Aram dari Bet-Rehob dan dari Zoba seramai dua puluh ribu orang pasukan berjalan kaki, raja Maakha dengan seribu orangnya, serta dua belas ribu orang Tob. PENGAJARAN/ REFLEKSI. 1. Firman Tuhan hari ini mangajar kita supaya tidak membalas perbuatan baik dengan kejahatan, seperti orang memberi madu di balas dengan racun. Raja Daud mengirim beberapa orang utusan untuk menyampaikan takziah kepada Raja Hanun. 2. Tetapi para pemimpin Amon menuduh Raja Daud mengirim para utusan itu sebagai pengintip untuk menyelidik kota mereka, supaya Raja Daud dapat menakluki mereka. Oleh kerana tuduhan atau fitnah itu, Raja Hanun menangkap para utusan Raja Daud, mencukur sebahagian daripada janggut mereka, memotong pakaian mereka pada pangkal paha, lalu menyuruh mereka pergi. 3. Perkara itu membuat para utusan Raja Daud itu menjadi malu, sehingga mereka tinggal di Yerikho sampai janggut mereka tumbuh semula. Orang Amon sedar bahawa mereka sudah menjadikan Raja Daud musuh mereka. Kiranya kita tidak membalas madu dengan racun iaitu, perbuatan baik yang orang berikan kepada kita, dibalas dengan kejahatan! Ajar kami sentiasa melakukan segala perbuatan yang baik yang TUHAN telah siapkan bagi kami. Halleluya dan amen!! DOA Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen! Rev. Ali Langgit
- Ujian Iman Kristian
Oleh Pr Sinawat Buayeh
- Kasih Seorang Sahabat yang Tidak akan Putus
2 Samuel 9:1-3, 7, 11-12 (AVB) 1 Berkatalah Daud, “Masih adakah orang yang tinggal daripada keluarga Saul? Maka aku akan menunjukkan kasihku kepadanya demi Yonatan.” 2 Keluarga Saul mempunyai seorang hamba, yang bernama Ziba. Dia dipanggil menghadap Daud, lalu raja bertanya kepadanya: “Adakah kamu ini Ziba?” Jawabnya: “Hamba tuanku.” 3 Kemudian berkatalah raja: “Daripada keluarga Saul, tidak adakah lagi orang yang tinggal? Aku hendak menunjukkan kepadanya kasih daripada Allah.” Jawab Ziba kepada raja, “Masih ada seorang anak lelaki Yonatan yang tempang kedua-dua belah kakinya.” 7 Kemudian berkatalah Daud kepadanya: “Janganlah takut, kerana aku pasti akan menunjukkan kasihku kepadamu demi Yonatan, ayahmu. Aku akan mengembalikan kepadamu segala ladang Saul, datukmu, dan engkau akan selalu makan di mejaku.” 11 Berkatalah Ziba kepada raja: “Semua yang diperintahkan Tuanku Raja akan hamba laksanakan.” Maka Mefiboset makan di meja Daud sebagai salah seorang anak raja. 12 Mefiboset mempunyai seorang anak lelaki bernama Mikha yang masih kecil, dan semua orang yang tinggal di rumah Ziba ialah hamba Mefiboset. PENGAJARAN/ REFLEKSI. 1. Firman Tuhan hari ini mangajar kita tentang kasih seorang sahabat yang tidak akan putus. Raja Daud mencari ahli keluarga Raja Saul, apakah ada diantara mereka yang masih hidup? Raja Daud hendak berbuat baik kepada mereka demi teman baiknya yang bernama Yonatan. 2. Raja Daud melakukan hal itu, oleh kerana dia telah berjanji kepada Allah. Raja Daud mengasihi anak Yonatan dan memberi semula semua tanah yang dahulu dimiliki oleh Raja Saul. Raja Daud juga membawa Mefiboset makan bersama -sama dengan dia seperti salah seorang anaknya sendiri. TUHAN YESUS, ajarilah kami memiliki kasih seperti yang Daud lakukan kepada keturunan Raja Saul, demi anaknya yang bernama Yonatan. Raja Daud mengasihi Yonatan sepenuhnya kerana dia telah berjanji kepada ALLAH. Halleluya dan amen!! DOA Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen! Rev. Ali Langgit
- Tuhan Memberi Kemenangan Kepada Umat-Nya
2 Samuel 8:2, 5-7 (AVB) 2 Raja Daud juga mengalahkan orang Moab. Dia menyuruh mereka berbaring di tanah lalu mengukur mereka dengan tali. Barisan orang sepanjang dua ukuran tali itu dibunuh manakala barisan yang sepanjang satu ukuran tali dibiarkan hidup. Kemudian orang Moab menjadi hamba Daud dan harus mempersembahkan ufti kepadanya. 5 Maka datanglah pula orang Aram dari Damsyik untuk menolong Hadadezer, raja Zoba, tetapi Daud berjaya menumpaskan dua puluh dua ribu orang daripada kalangan Aram itu. 6 Kemudian Daud menempatkan pasukan pendudukan di Aram Damsyik. Orang Aram pun menjadi taklukan Daud dan wajib mempersembahkan ufti kepadanya. TUHAN mengurniakan kemenangan kepada Daud ke mana-mana sahaja dia pergi. 7 Daud mengambil perisai-perisai emas yang digunakan oleh para pegawai Hadadezer dan membawanya ke Yerusalem. PENGAJARAN/REFLEKSI 1. Firman Tuhan hari ini adalah mengenai TUHAN memberi Raja Daud kemenangan di mana sahaja baginda berperang. TUHAN memberi kekuatan dan kemenangan kepada Raja Daud sehingga beliau membunuh ramai sekali orang tawanannya. Mereka yang masih hidup akan takluk kepada Raja Daud dan harus membayar ufti kepadanya. Musuh kita pada saat ini, bukanlah manusia yang memiliki darah dan daging tetapi, kuasa kegelapan atau iblis (Efesus 6:12) Kita berharap dalam Yesus Kristus kita akan mendapat kemenangan demi kemenangan atas segala kuasa kegelapan. TUHAN YESUS, telah mengalahkan kuasa maut dan kuasa iblis di KAYU SALIB. Terima kasih TUHAN YESUS, untuk kuasa-Mu yang telah memberikan kemenangan kepada kami anak-anak-Mu. Halleluya dan amen!! DOA Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen! Rev. Ali Langgit
- Tidak Menoleh ke Belakang
Yesus berkata kepadanya, “Tiada seorang pun yang mula membajak dan asyik menoleh ke belakang layak bagi kerajaan Allah.” Lukas 9:62 AVB Sewaktu Yesus dan murid-murid-Nya menuju ke Yerusalem, Dia mengajak dua orang untuk mengikut-Nya. Mereka yang diajak oleh Yesus untuk mengikut-Nya mahu mengikut-Nya tetapi mereka meminta Yesus membenarkan mereka untuk melakukan sesuatu terlebih dahulu sebelum dapat mengikut-Nya. Atas alasan yang diberikan oleh dua orang itu, Yesus menegur mereka dengan berkata, “Tiada seorang pun yang mula membajak dan asyik menoleh ke belakang layak bagi kerajaan Allah.” Hal ini bererti bahawa “tidak ada orang akan dapat membajak tanah dengan baik sekiranya dia asyik melihat ke belakang, atau menoleh-noleh ke belakang. Sebab sekiranya dia terus-menerus menoleh ke belakang, maka banyaklah bahagian tanah yang baik tidak akan terbajak. Akibatnya, tanah itu akan menjadi tanah yang tidak baik atau sesuai untuk ditabur dengan benih. Dengan kata lain, sekiranya seseorang itu mahu mengikut Yesus dan menuai keuntungan seperti orang lain yang mengikut-Nya, maka dia tidak seharusnya asyik menoleh ke belakang kepada hidup kebiasaannya di dunia atau merindukan hidup dulu lagi. Tegasnya, seseorang yang masih memiliki sikap begini tidak layak untuk menikmati Kerajaan Allah. Demi mengikut Yesus kita harus melupakan segala kepentingan diri kita, menyangkal diri dan mengikut-Nya dengan sepenuh hati. Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu untuk memohon bimbingan-Mu. Tolonglah aku sentiasa mengutamakan kehendak-Mu. Ajarlah aku untuk memuliakan nama-Mu dengan seluruh hidupku. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie
- Sebab Tidak Layak bagi Kerajaan Allah
Lalu Dia berkata kepada seorang yang lain, “Ikutlah Aku.” Lukas 9:59a AVB Ketika Yesus melihat seorang lain yang ada di situ, Dia mengajak orang itu untuk mengikut-Nya, iaitu menjadi pengikut-Nya. Bagaimanapun, orang itu menjawab kepada Yesus bahawa dia mahu mengikut-Nya tetapi “izinkanlah dia pulang dahulu untuk menguburkan jenazah bapanya.” Selepas mendengar alasan orang itu, Yesus pun berkata kepadanya, “Biarlah orang mati menguburkan orang mati mereka; tetapi engkau pergilah mengkhabarkan kerajaan Allah.” Setelah itu, Yesus melihat seorang lagi. Dia mengajak orang itu untuk mengikut-Nya, tetapi orang itu menjawab pula, “Aku hendak mengikut Tuan, tetapi biarlah aku pergi mengucapkan selamat tinggal kepada kaum keluargaku terlebih dahulu.” Apabila Yesus mendengar jawapan orang itu, maka Yesus berkata kepada orang itu dengan menggunakan kiasan, “Tiada seorang pun yang mula membajak dan asyik menoleh ke belakang layak bagi kerajaan Allah.” Setiap orang dipanggil oleh Tuhan Yesus untuk mengikut-Nya, tetapi sesiapa sahaja yang mahu mengikut-Nya serta layak bagi Kerajaan Allah haruslah meninggalkan segala kepentingan peribadi, menyangkal diri dan mengikut Tuhan Yesus dengan seluruh jiwa raga. Doa: Ya Tuhan Yesus, aku datang kepada-Mu dan menyerahkan seluruh hidupku kepada-Mu. Aku memohon bimbingan dan pimpinan daripada-Mu. Ajarlah aku untuk melaksanakan pekerjaan-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie
- Syarat untuk Mengikut Yesus
Ketika mereka dalam perjalanan, seorang berkata kepada Yesus, “Aku sanggup mengikut-Mu ke mana-mana sahaja.” Lukas 9:57 AVB Tatkala waktunya sudah dekat untuk Yesus diangkat ke syurga, Dia menetapkan hati-Nya untuk menuju ke Yerusalem. Ketika Yesus dan murid-murid-Nya dalam perjalanan ke Yerusalem, seorang ahli Taurat datang kepada Yesus lalu dia berkata kepada-Nya, "Aku sanggup mengikut-Mu ke mana-mana sahaja.” Setelah mendengar kata-kata ahli Taurat itu, Yesus pun menjawab kepadanya, "Musang ada lubangnya dan burung di udara ada sarangnya tetapi Anak Manusia tidak ada tempat untuk meletakkan kepala-Nya.” Jawapan Yesus bererti bahawa seseorang yang mahu mengikut-Nya ke mana-mana sahaja yang diperintahkan oleh-Nya, haruslah bersedia menanggung kemiskinan, kesusahan, kekurangan dan penderitaan seperti diri Yesus. Adakah kita sungguh-sungguh bersiap sedia mengikut Tuhan Yesus pada hari ini ke mana-mana sahaja Dia mengutus kita untuk melaksanakan pekerjaan-Nya? Sesungguhnya, terdapat syarat untuk mengikut Tuhan Yesus, iaitu kita harus sanggup membayar harganya dengan segenap hati. Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu untuk menyerahkan seluruh hidupku kepada-Mu. Tolonglah aku supaya sentiasa tidak akan keberatan untuk mematuhi perintah-Mu atau melakukan pekerjaan-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie
- Sahabat Yang Sejati
Oleh Pr Sinawat Buayeh
- Yang Terbesar dalam Kerajaan Allah
Mereka bertengkar sesama sendiri tentang siapa antara mereka yang terbesar. Lukas 9:46 AVB Dalam perjalanan Yesus dan murid-murid-Nya ke Kapernaum, murid-murid-Nya itu telah mempersoalkan sesama sendiri “siapa yang dianggap terbesar antara orang yang menikmati Kerajaan Allah”. Yesus mengetahui apa yang ada pada fikiran para murid-Nya. Setelah mereka tiba di Kapernaum dan masuk ke dalam rumah, Yesus pun bertanya kepada murid-murid-Nya itu, “Apakah yang kamu persoalkan di jalan tadi?” Demi mengajar murid-murid-Nya, Yesus memanggil seorang kanak-kanak dan menyuruhnya berdiri di sisi-Nya di hadapan mereka semua. Yesus pun berkata kepada mereka, “Sesiapa yang menyambut kanak-kanak ini kerana Nama-Ku menyambut-Ku. Sesiapa yang menyambut-Ku menyambut Dia yang mengutus-Ku. Sebabnya yang terkecil antara kamu semua ialah yang terbesar!” Pendek kata, untuk menjadi yang terbesar dalam Kerajaan Allah, seseorang itu haruslah mengubah sikapnya dan menjadi seperti kanak-kanak. Sebabnya yang dianggap terbesar ialah seseorang yang merendahkan diri dan bersikap seperti kanak-kanak kecil. Mahukah kita menjadi terbesar dalam Kerajaan Allah? Jika jawapan kita “ya”, marilah kita menyambut dan melayani Yesus sebagaimana kita menyambut dan melayani kanak-kanak kecil, dengan tujuan untuk mentaati serta memuliakan-Nya. Doa: Ya Tuhan Yesus, aku datang kepada-Mu dan memohon agar Engkau mengajar aku sentiasa menjalani hidup dengan merendahkan hati seperti seorang kanak-kanak. Ampunilah aku, ya Tuhan, kiranya aku masih belum merendahkan diriku. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie
- Jangan Memandang Muka
Oleh Pr Sinawat Buayeh
- Sebabnya Para Murid Yesus tidak dapat Menghalau Roh Jahat
“Aku telah memohon murid-murid-Mu supaya menghalau roh itu, tetapi mereka tidak dapat melakukannya.” Lukas 9:40 AVB Orang ramai datang bertemu dengan Tuhan Yesus. Antaranya, seorang ayah kepada anak tunggal datang kepada Tuhan Yesus untuk memohon pertolongan-Nya agar Dia membebaskan anak tunggalnya itu daripada dirasuk oleh roh jahat. Sebab roh jahat itu terus-menerus menyakiti anaknya. Anak itu secara tiba-tiba akan berteriak dan tersentak-sentak sehingga mulutnya berbuih-buih. Roh itu mencederakannya dan tidak mahu melepaskannya. Sebenarnya, ayah tersebut telah meminta pertolongan daripada murid-murid Tuhan Yesus sebelum itu, tetapi mereka tidak dapat melepaskan anaknya daripada roh jahat. Oleh sebab itu, si ayah datang kepada Tuhan Yesus untuk mengadu kepada-Nya bahawa murid-murid-Nya tidak dapat mengusir roh jahat itu daripada anaknya. Maka Yesus berkata kepada mereka, “Hai angkatan yang tidak percaya dan sesat ini! Berapa lama lagikah Aku mesti ada bersamamu dan bersabar denganmu? Bawa anakmu itu ke mari.” Semasa anaknya dibawa kepada Yesus, roh jahat itu mencampakkannya ke tanah lalu membuatnya tersentak-sentak. Akan tetapi, Yesus memarahi roh jahat itu, lalu menyembuhkan budak itu dan menyerahkannya kepada bapanya. Semua orang tercengang menyaksikan keagungan Allah. Bagaimanakah dengan diri kita pada hari ini? Apakah iman dan keyakinan kita terhadap Tuhan Yesus masih teguh atau sebaliknya? Ingatlah, Tuhan Yesus memberitahu kita bahawa setiap orang yang percaya kepada-Nya akan diberi “kuasa untuk melakukan hal-hal yang besar”. Oleh itu, serahkan apa yang menyebabkan kita masih ragu-ragu hari ini kepada Tuhan Yesus. Datanglah kepada Tuhan Yesus untuk memohon pengampunan dan kekuatan daripada-Nya. Doa: Ya Tuhan Yesus, aku datang kepada-Mu untuk memohon pengampunan daripada-Mu sekiranya aku masih kurang yakin tentang kuasa-Mu. Baharuilah hatiku dan kuatkanlah imanku agar aku akan tetap teguh dan percaya kepada-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie
- Go Beyond
Oleh Pr Pudun Padan












