top of page
Support Us
Support Us
Get Involved
I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.
Search


Bersatu Hati Dalam Tuhan
Aku merayu kepada Euodia dan Sintikhe supaya bersatu hati dalam Tuhan. Filipi 4:2 AVB Rasul Paulus menasihati Euodia dan Sintikhe agar mereka sehati sefikir sebagai saudari seiman yang sudah hidup bersatu dengan Tuhan Yesus. Cara yang terbaik bagi mereka adalah untuk berdamai semula dan berhenti daripada berselisih antara satu sama lain. Siapakah Euodia dan Sintikhe? Nama Euodia bererti “wangian murni” dan nama Sintikhe bererti "bertuah". Euodia dan Sintikhe merupakan ang


Berdiri Teguh Dalam Tuhan
Oleh itu, saudara-saudaraku yang dikasihi dan dirindui, yang menjadi kebahagiaanku dan mahkotaku, berdirilah dengan teguh dalam Tuhan, wahai sekalian yang kusayangi! Filipi 4:1 AVB Rasul Paulus sangat mengasihi saudara saudari dalam Kristus di Filipi. Dia meluahkan rasa rindunya kepada mereka dengan menyatakan bahawa dia sangat ingin bertemu dengan mereka. Sebab mereka merupakan hasil kerja pelayanan dirinya. Hatinya berasa sangat sukacita dan sangat bangga terhadap mereka


Tubuh Jasmani Hanya Bersifat Sementara
Dia akan mengubah tubuh kita yang hina ini supaya serupa dengan tubuh-Nya yang mulia, melalui kuasa-Nya yang dapat menaklukkan segalanya kepada diri-Nya. Filipi 3:21 AVB Rasul Paulus ingin memperingatkan semua saudara saudari dalam Kristus di Filipi bahawa keadaan jasmani mereka yang hina di dunia ini hanyalah bersifat sementara. Sebab pada hari Tuhan Yesus kembali tubuh yang lemah dan dapat hancur ini akan diubah-Nya untuk menjadi seperti tubuh-Nya sendiri yang mulia melal


Mengutamakan Kepentingan Yesus
Semua orang mementingkan hal sendiri, tetapi bukan hal yang kepunyaan Yesus Kristus. Filipi 2:21 AVB Rasul Paulus memberitahu saudara saudari dalam Kristus di Filipi bahawa dia berharap akan dapat mengutus Timotius kepada mereka dengan segera. Hati Paulus akan terhibur apabila dia dapat mengetahui segala hal ehwal mereka. Paulus menambah bahawa tiada seorang bersamanya di Roma pada masa itu yang sama seperti Timotius yang bersungguh-sungguh mengambil berat tentang hal ehwa


Layanilah Allah Dengan Hati Yang Benar
... ramai orang hidup sebagai seteru kepada salib Kristus. Kesudahan mereka adalah kebinasaan, tuhan mereka adalah perut mereka, kemuliaan mereka adalah dalam keaiban mereka. Mereka menumpukan fikiran kepada perkara dunia. Filipi 3:18b-19 AVB Rasul Paulus meluahkan rasa sedih hatinya kepada saudara saudari dalam Kristus di Filipi tentang sesetengah yang menganggap diri mereka sebagai pengikut Kristus tetapi telah merosakkan erti kematian Kristus di atas kayu salib melalui c


Bersatu Menurut Teladan Paulus
Saudara-saudara, bersatulah menurut teladanku, dan perhatikan mereka yang hidup selaras dengan teladan yang kami berikan. Filipi 3:17 AVB Rasul Paulus menggesa semua saudara saudari dalam Kristus di Filipi supaya mengikut teladan dirinya di samping memperhatikan mereka yang telah menjalani hidup yang sama seperti dirinya. Janganlah salah sangka bahawa Paulus meninggikan diri apabila dia berpesan sedemikian. Paulus mencabar mereka untuk menurut teladannya sebagaimana dia men


Cara Mengurus Perbezaan Pendapat
Oleh itu, semua yang matang antara kita hendaklah berfikiran sedemikian, dan jika berbeza fikiranmu dalam apa pun, Allah akan menyatakan hal itu juga kepadamu. Filipi 3:15 AVB Rasul Paulus menasihati semua saudara saudari dalam Kristus di Filipi yang sudah dewasa atau matang dalam hidup rohani supaya mereka mengendalikan perbezaan pendapat mereka dengan baik. Sebab perbezaan pandangan tidak seharusnya menjadi penghalang dan hambatan untuk mereka semakin mengenal Kristus dan


Terus Berusaha Ke Arah Matlamat
... aku terus berusaha ke arah matlamat mendapatkan ganjaran, iaitu panggilan Allah ke syurga dalam Kristus Yesus. Filipi 3:14 AVB Rasul Paulus memberitahu saudara saudari dalam Kristus di Filipi tentang sebab dirinya berlari terus ke arah matlamat untuk memperoleh ganjaran atau hadiah yang disediakan oleh Tuhan Yesus baginya. Hadiah tersebut menjadi miliknya kerana Allah telah memanggil dirinya melalui Kristus Yesus ke syurga. Sebenarnya, matlamat dan ganjaran atau hadiah


Melupakan Segala Yang Di Belakang
Saudara-saudara, aku tidak menganggap diriku telah dapat mengambilnya, tetapi satu perkara kulakukan: Melupakan segala yang di belakang dan cuba mendapatkan segala yang di hadapan, … Filipi 3:13 AVB Rasul Paulus memberitahu saudara saudari dalam Kristus di Filipi bahawa dia mengetahui dia belum lagi mencapai tujuannya, iaitu mengenal Tuhan Yesus Kristus sepenuhnya, dan kuasa kebangkitan-Nya, dan turut merasai penderitaan-Nya, serta menjadi seperti Dia dalam kematian-Nya. D


Terus Berusaha Sehingga Garis Penamat
Bukanlah aku telah mencapainya, atau telah disempurnakan, tetapi aku terus berusaha, semoga aku dapat mengambil sesuatu yang kerananya aku telah diambil oleh Kristus Yesus. Filipi 3:12 AVB Rasul Paulus memberitahu orang percaya di Filipi bahawa satu-satu keinginan hatinya adalah untuk mengenal Kristus Yesus secara peribadi lagi intim dengan mengenal kuasa yang telah membangkitkan Yesus, turut merasai penderitaan-Nya dan menjadi seperti Dia dalam kematian-Nya. Bagaimanapun,
bottom of page
