top of page

Cari

3189 results found with an empty search

  • Memuridkan Orang Lain

    Matius 28:18-20 18Yesus datang dan berkata kepada mereka, "Segala kekuasaan telah diserahkan kepada-Ku, baik di syurga mahupun di bumi. 19Oleh itu pergilah, jadikan semua bangsa murid-Ku. Baptislah mereka dengan nama Bapa, Anak dan Roh Kudus. 20Ajarlah mereka supaya taat akan segala perkara yang telah Kuperintahkan kepadamu. Aku akan sentiasa bersamamu, hingga ke akhir zaman." Matius 10:1-15 1Yesus memanggil dua belas orang murid-Nya lalu memberi mereka kuasa untuk menghalau roh-roh jahat dan menyembuhkan pelbagai penyakit dan kesakitan. 2Nama dua belas orang itu ialah: Simon yang dipanggil Petrus, dan saudaranya Andreas; Yakobus dan saudaranya Yohanes, iaitu anak-anak Zebedeus; 3Filipus dan Bartolomeus; Tomas, dan Matius yang dahulunya pemungut cukai; Yakobus anak Alfeus, dan Tadeus; 4Simon orang Patriot, dan Yudas Iskariot yang mengkhianati Dia. 5Yesus mengutus dua belas orang murid itu dengan petunjuk demikian: "Janganlah pergi ke daerah bangsa-bangsa asing atau ke kota orang Samaria. 6Pergilah kepada domba-domba hilang antara keturunan kaum Israel. 7Pergilah dan khabarkanlah bahawa kerajaan syurga sudah dekat. 8Sembuhkanlah orang yang sakit, hidupkan orang yang mati; ubati orang yang berpenyakit kusta dan halaukan roh-roh iblis. Sebagaimana pemberian dilimpahkan kepadamu, limpahkanlah pemberian. 9Janganlah bawa wang emas, perak mahupun tembaga dalam tali pinggangmu. 10Jangan bawa beg, atau dua helai baju, atau kasut, atau tongkat dalam perjalananmu, kerana seorang pekerja layak menerima makanannya. 11Apabila kamu sampai di suatu bandar atau pekan, carilah seorang yang rela menyambutmu. Menetaplah di rumahnya hingga kamu beredar dari tempat itu. 12Ketika kamu masuk ke rumah itu, berilah salam. 13Jika penghuni di rumah itu layak, biarlah salam sejahteramu merestui mereka. Jika tidak, biarlah salammu itu kembali kepadamu. 14Sekiranya sesuatu rumah atau bandar enggan menyambutmu atau mendengar kata-katamu, tinggalkanlah tempat itu dan kebaskanlah debu daripada tapak kakimu. 15Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu: pada hari penghakiman itu, hukuman atas Sodom dan Gomora lebih ringan daripada atas bandar itu." Tabiat memuridkan orang lain adalah tabiat yang sangat. Perkataan memuridkan di sini, saya gunakan dalam bahagian penginjilan dan pengajaran firman Tuhan. Amanat Agung Matius 28:18-20 Segala kekuasaan telah diserahkan kepada ku, baik di syurga, mahupun di bumi. Oleh itu, pergilah, jadikan semua bangsa muridku. Baptislah mereka dengan nama bapa, anak dan roh kudus Ajarlah mereka supaya taat akan segala perkara yang telah kuperintahkan kepadamu. Aku akan sentiasa bersama mu, hingga ke akhir zaman. Perkara yang pertama yang Yesus lakukan apabila telah memanggil ke 12 muridnya, ialah dengan mengajar mereka untuk menjangkau dan memuridkan orang lain. Matius 10, Yesus mengutus mereka untuk pergi ke daerah bangsa-bangsa asing dan ke kota orang samaria (Orang yang dipandang rendah dan jijik oleh orang Yahudi pada ketika itu). Dan khabarkan bahawa kerajaan syurga sudah dekat. Mereka diberikan kuasa untuk menghalau roh-roh jahat dan menyembuhkan pelbagai penyakit dan kesakitan. Dari awal lagi, Yesus mahu murid-muridnya belajar untuk memuridkan orang lain Yesus mengutus mereka seperti domba di tengah serigala, dan mereka haruslah bijak seperti ular dan tulus seperti merpati. Dan Yesus mahu mereka berani .. walaupun mereka ditangkap, Tuhan akan menyertai mereka dan mereka diberitahu jangan khuatir apa yang harus mereka katakan apabila mereka ditangkap, kerana mereka akan dipimpin oleh Tuhan apa yang harus mereka katakan. Adalah penting untuk kita, pada hari ini, membuat keputusan untuk menyemai tabiat untuk memuridkan orang lain. Saya cadangkan kita mulan mulakan dengan 5 langkah yang simple. Pertama - kita doa supaya Tuhan menyediakan orang yang sesuai Kedua, kita siapkan tempat, masa dan berapa orang untuk kita kumpulkan. Saya cadangkan kita mulakan dengan 3 atau 5 orang. Keep it small. Ketiga, sambil kita berdoa, kita pilih orang yang Tuhan sediakan. Dan saya cadangkan ialah untuk orang yang mempunyai sifat FAT. Faithful Available Teachable Setia, Bersedia dan Boleh diajar. Ke-empat, kita kumpulkan mereka di ruang physical atau virtual,. Di Komuniti Digital, kita ada bahan pemurdian di Akademi Komuniti Digital dan juga ruang komuniti yang boleh kita gunakan untuk memulakan kumpulan baru. Dan langkah yang ke-lima jangan kita lengahkan, kita mulakan kumpulan secepat mungkin. Dan jikalau kita terus, berulang-ulang melakukan pemruridan, saya percaya, kita akan digunaka Tuhan dengan luar biasa. Izinkan saya kongsikan visi, pelipat-gandaan pemuridan. Apabila Yesus menceritakan ibarat tentang seorang penyemai yang murah hati, (Dalam bahasa Indonesia - perumpamaan seorang penabur) Ada benih yang jatuh di tepi jalan. Ada benih yang jatuh di tempat berbatu yang kurang tanahnya Ada benih yang jatuh di tempat yang bertanah tetapi penuh dengan duri. Ada benih yang jatuh ke tanah yang subur, yang memberikan hasil 30, 60 dan 100 kali ganda. Inilah yang saya gambarkan di dalam slide ini. Kumpulan yang kecil yang pertama, jikalau jatuh ke tanah yang subur, akan melipatganda .. dan melipatganda… Jadi, hari, ini. Mari kita sama-sama doakan, termasuk saya sendiri, supaya kita adalah tanah yang subur, yang akan melipatgandakan murid Yesus. Mungkin pertama kalinya, kita tidak berjaya, tetapi, jikalau kita tidak menyerah kalah dan terus memupuk disciplin untuk memuridkan orang lain, saya percaya, permuridan dan penginjilan akan menjadi satu tabiat yang natural. Di dalam situasi Covid 19, saya sangat percaya, bahawa, kekuatan satu gereja adalah bergantung kepada betapa kuatnya kumpulan pemuridan di dalam gereja. Mari kita minta Tuhan memberikan kita tabiat untuk memuridkan orang lain. Elder Ann WK

  • Memberi Dengan Murah Hati

    Lukas 6:38 (AVB) Berilah kepada orang dan kamu akan diberi. Suatu takaran yang baik, dipadatkan dan digoncang sehingga melimpah ruah akan dicurahkan ke atas pangkuanmu. Ukuran yang kamu gunakan untuk mengukur akan digunakan terhadapmu. 2 Korintus 9:6-7 (AVB) 6 Ingatlah firman ini: Orang yang menyemai sedikit akan menuai sedikit, dan orang yang menyemai banyak akan menuai banyak. 7 Masing-masing hendaklah memberi setulus hati, jangan dengan rasa enggan atau terpaksa, kerana Allah mengasihi orang yang memberi dengan gembira. Memberi kepada Tuhan dan Kepada Orang Lain Saudara, ingatkah kita dengan firman Tuhan di dalam Lukas 6:38 Lukas 6:38 Berilah kepada orang dan kamu akan diberi. Suatu takaran yang baik, dipadatkan dan digoncang sehingga melimpah ruah akan dicurahkan ke atas pangkuanmu. Ukuran yang kamu gunakan untuk mengukur akan digunakan terhadapmu. Wow saudara-saudari, ukuran yang kita gunakan untuk memberi adalah ukuran yang sama berkat yang akan kita terima. Tuhan kita adalah Tuhan yang baik dan setia. Satu pengalaman yang saya ada ialah kita tidak boleh memberikan lebih daripada Tuhan. We can never outgive God. Inilah tabiat yang ke-5 yang boleh kita praktikan di dalam hidup kita. 2 Korintus 9:6-7 6 Ingatlah firman ini: Orang yang menyemai sedikit akan menuai sedikit, dan orang yang menyemai banyak akan menuai banyak. 7 Masing-masing hendaklah memberi setulus hati, jangan dengan rasa enggan atau terpaksa, kerana Allah mengasihi orang yang memberi dengan gembira. menyemai sediklit, kita akan menuai sedikit. Menyemai banyak, kita akan menuai banyak. Satu lagi perkara yang penting di dalam firman Tuhan ini. Tuhan akan sangat senang hati dengan kita dan mengasihi kita apabila Pertamanya, apabila kita memberi dengan tulus hati. Keduanya, apabila kita memberi dengan gembira. (cheerful giver) inilah janji Tuhan saudara-saudari, Tuhan yang tinggal di dalam kita akan memelihara kita Setiap kali kita memberikan persepuluhan, contohnya, kita akan menyatakan kepada Tuhan: Untuk Masa Dahulu Untuk Masa Sekarang Untuk Masa hadapan Untuk Masa Dahulu - kita bersyukur kepada berkat yang telah diberikan kepada kita untuk masa yang lepas. Untuk Masa Sekarang - kita menyatakan bahawa, Tuhan adalah yang pertama dan utama di dalam hidup kita, yang sekarang ini. Untuk Masa hadapan – kita menyatakan Iman kita kepada Tuhan yang akan memenuhi segala keperluan kita untuk masa yang akan datang. … Amen teman-teman sekalian Ada satu ketika, apabila Yesus berhadapan dengan peti wang persembahan dan melihat betapa orang memasukkan wang ke dalamnya. Ramai orang kaya memasukkan sumbangan yang besar. Kemudian seorang balu yang miskin memasukkan dua keping wang tembaga, yang sangat kecil nilainya. Nah, Yesus mengatakan bahawa balu yang miskin itu telah memberi lebih daripada semua orang yang memasukkan wang ke dalam peti persembahan. Orang kaya memberi daripada kekayaan mereka yang melimpah Tetapi, si balu itu, memberi daripada kemiskinanya, dan memasukkan seluruh rezekinya kepada Tuhan. Apabila kita memberi, ia juga ada kaitannya dengan prinsip semai-tuai. Lebih kita menyemai, lebih kita menuai. Tetapi lebih daripada itu, apabila kita mempunyai tabiat memberi dengan murah hati, Harta kekayaan, tidak lagi mempunyai ikatan yang akan membantut pertumbuhan rohani kita. Lebih kita mempunyai tabiat rohani yang saya cadangkan, kita akan mendapat berkat Tuhan seperti yang tertulis di dalam Ulangan 28. Janjinya ialah kita akan menerima berkat dan penerimaan berkat todak berhenti di sini sahaja. tabiat yang ke-5 ini, adalah untuk melangkapkan putaran berkat tesebut, iaitu tabiat untuk kita memberi dengan murah hati. Kita yang diberkati, haruslah memberkati .. Elder Ann WK

  • Sentiasa dipenuhi dengan Roh Kudus

    Kisah Para Rasul 1:8 (AVB) Tetapi kamu akan menerima kuasa apabila Roh Kudus datang ke atasmu; dan kamu akan menjadi saksi-Ku di Yerusalem, di seluruh Yudea dan Samaria, bahkan sampai ke hujung bumi." Efesus 5:18 (AVB) Dan janganlah mabuk air anggur, yang berupa maksiat. Sebaliknya, penuhi diri dengan Roh. Lukas 11:13 (AVB) Kamu yang berdosa pun tahu memberikan yang baik kepada anakmu. Lebih-lebih lagi Bapamu yang di syurga: Dia akan memberikan Roh Kudus kepada mereka yang meminta daripada-Nya! Apakah maksudnya? Maksudnya, kita menyerahkan kehidupan kita dan mendengar kehadiran roh kudus. We surrender ourselves and listen to the indwelling presence of the Holy Spirit. Ingatkah kita, tentang pesanan Yesus kepada murid-muridnya seperti yang tertulis di dalam Kisah Para Rasul 1. Yesus memesankan kepada murid-muridnya supaya jangan meninggalkan Yerusalem. Dan untuk mereka menantikan apa yang dijanjikan oleh Tuhan, Yohanes telah membaptis dengan air, tetapi mereka akan dibaptiskan dengan Roh Kudus. Dan mereka akan menerima kuasa apabila Roh Kudus datang ke atas mereka, dan mereka akan menjadi saksi di Yerusalem, di seluruh Yudea dan Samaria, bahkan sampai ke hujung bumi. Oleh itu, apabila kita bergantung kepada Roh Kudus, kita akan mampu melakukan pekerjaan Tuhan. Efesus 5:18 Dan janganlah mabuk air anggur, yang berupa maksiat. Sebaliknya, penuhi diri dengan Roh. Bayangkan saudara, jikalau saya mempunyai gelas yang dipenuhi dengan air ini, kita akan katakan bahawa, gelas ini hanya separuh penuh. Jadi, gelas ini adalah penuh, hanya apabila air di dalam gelas ini, sampai ke bahagian atas gelas ini. Firman Tuhan ini menyarankan kita untuk memenuhi diri kita dengan Roh ! Apa yang menarik di sini, ialah di dalam perkataan asal Yunani ini, memenuhi adalah perkataan yang bermakna “memenuhi secara berterusan” Jadi kita harus dipenuhi dengan Roh secara berterusan. Dan apabila kita melakukan ini secara berterusan, ia akan menjadi tabiat. Dan apabila kita dipenuhi Roh Kudus, seperti yang tertulis di dalam KPR 1:8, kita akan diberikan kuasa Dunamis. Dynamite power. Roh Kudus akan memperkasakan kita Roh kudus akan mengajar kita Roh Kudus akan memimpin kita Roh Kudus akan memberikan kita kedamaian Dsb. Yesus sendiri, setelah dia digoda oleh Iblis selama 40 hari di padang gurun, memulakan pelayananya, dengan dipenuhi oleh roh kudus. Amen brothers and sisters ? Apabila kita menerima Yesus secara peribadi, kita dengan akan menerima “indwelling presence of the holy spirit” Maksud saya ialah apabila kita menerima Yesus, Roh Kudus ada berdiam di dalam diri kita. Hari, ini, jikalau kita belum menerima Yesus sebagai juru selamat, inilah harinya, untuk kita menerima Yesus Kristus. Kita boleh doakan untuk saudara-saudari, untuk menerima Yesus. Saya cadangkan supaya anda menekan emoji angkat tangan di ruang komen, supaya kami dapat mendoakan untuk saudara dan saudari. Sila type emoji angkat tangan sekarang, kepada kita yang mahu menerima Yesus. Satu lagi, perkara teman-teman sekalian. Apabila kita memilih untuk berdosa, kita memilih untuk berdosa kepada Roh Kudus yang di dalam kita. Roh kudus adalah salah satu peribadi tri-tunggal, Yang akan memampukan, membolehkan, memperkasakan dan memimpin kita melakukan pekerjaan Tuhan. Ingatkah saudara, ada satu ketika, Yesus mengajar murid-muridnya tentang doa. Dan seterusnya menceritakan ibarat seorang yang pergi ke sahabatnya pada waktu malam untuk meminjamkan 3 buku roti. Dan bagaimana seorang itu, tidak segan-segan untuk berterusan meminta pinjaman roti daripada sahabatnya Dan kerana seorang itu, tidak berhenti-henti meminta sahabatnya untuk meminjamnya, sahabat tersebut memberikan pinjaman tersebut. Yesus mengatakan, Mintalah, kamu akan menerimanya carilah , kamu akan mendapatnya Ketuklah, dan pintu akan dibuka untuk mu. Lukas 11:13 Kamu yang berdosa pun tahu memberikan yang baik kepada anakmu. Lebih-lebih lagi Bapamu yang di syurga: Dia akan memberikan Roh Kudus kepada mereka yang meminta daripada-Nya! Jadi hari ini juga, mari kita minta supaya Tuhan memberikan kita kepenuhan Roh Kudus, kerana kita yang meminta, akan menerimanya…. Dan kita lakukan ini secara berterusan .. Setiap hari kita minta supaya kita dipenuhi oleh Roh Kudus. Elder Ann WK

  • Taat kepada Tuhan (Obey God)

    Ulangan 27:10 (AVB) Oleh sebab itu patuhilah Tuhan , Allahmu, dan lakukanlah segala perintah-Nya serta segala kanun-Nya yang kusampaikan kepadamu pada hari ini. Ulangan 28:1-14 (AVB) 1Jika secara ikhlas engkau bersungguh-sungguh mematuhi Tuhan, Allahmu, dan melakukan dengan setia segala perintah-Nya yang kusampaikan kepadamu pada hari ini, maka Tuhan, Allahmu, akan meninggikan engkau mengatasi segala bangsa di bumi. 2Segala berkat ini akan datang ke atasmu dan sampai kepadamu, jika engkau mematuhi Tuhan, Allahmu: 3Diberkatilah engkau di kota dan diberkatilah engkau di ladang. 4Diberkatilah buah kandunganmu, hasil tanahmu, dan hasil ternakanmu, iaitu anak lembumu dan kawanan dombamu. 5Diberkatilah bakulmu dan tempat adunanmu. 6Diberkatilah engkau ketika engkau masuk dan diberkatilah engkau ketika engkau keluar. 7 Tuhan akan menyebabkan musuhmu yang menyerang kamu tumpas di hadapanmu. Mereka akan datang melalui satu jalan untuk menggempur kamu, tetapi akan lari dari hadapanmu melalui tujuh jalan. 8 Tuhan akan memerintahkan berkat-Nya turun ke atas bangsal-bangsal di ladangmu dan ke atas segala usaha kamu. Dia akan memberkati engkau di negeri yang dikurniakan Tuhan, Allahmu, kepadamu. 9 Tuhan akan meneguhkan kamu sebagai umat-Nya yang suci, seperti yang disumpah-Nya kepadamu, asalkan kamu mentaati segala perintah Tuhan, Allahmu, dan hidup menurut jalan-Nya. 10Segala bangsa di bumi akan melihat bahawa nama Tuhan disebut olehmu, dan mereka akan takut kepadamu. 11Tuhan akan membuat kamu berkelimpahan dalam kebaikan, dalam buah kandunganmu, hasil ternakanmu, dan hasil bumimu di tanah yang Tuhan sumpah untuk memberikan kepada nenek moyangmu. 12Tuhan akan membuka bagimu perbendaharaan-Nya yang baik, iaitu langit, untuk menurunkan hujan ke atas tanahmu pada musimnya dan untuk memberkati segala pekerjaan tanganmu. Engkau akan memberikan pinjaman kepada banyak bangsa, tetapi engkau sendiri tidak akan meminjam. 13Tuhan akan membuat engkau menjadi kepala, bukan ekor. Engkau akan berada di atas dan bukan di bawah, asalkan engkau mematuhi segala perintah Tuhan, Allahmu, yang kusampaikan kepadamu pada hari ini untuk kaulakukan dengan setia, 14dan tidak menyimpang ke kanan atau ke kiri daripada segala hal yang kusampaikan kepadamu pada hari ini dengan mengikuti tuhan-tuhan lain serta beribadat menyembah mereka. Matius 7:24-29 (AVB) 24"Sesiapa yang mendengar dan menurut kata-kata-Ku ini ibarat orang bijak yang membina rumah di atas batu. 25Hujan mencurah, banjir melimpah dan angin kencang melanda, tetapi rumah itu tidak runtuh kerana berasaskan batu. 26Sesiapa yang mendengar tetapi tidak menurut kata-kata-Ku ini ibarat orang bodoh yang membina rumah di atas pasir. 27Hujan mencurah, banjir melimpah dan angin kencang melanda, lalu runtuhlah rumah itu, punah ranap!" 28Setelah selesai Yesus menyampaikan kata-kata itu, orang ramai itu kagum dengan ajaran-Nya 29kerana Dia mengajar dengan penuh wibawa, tidak seperti ahli Taurat mereka. Ulangan 27:10 Oleh sebab itu patuhilah Tuhan , Allahmu, dan lakukanlah segala perintah-Nya serta segala kanun-Nya yang kusampaikan kepadamu pada hari ini. Dan dengan seterusnya di dalam ayat 28:1 Tuhan telah berjanji akan memberikan kita berkat apabila kita mentaati firman Tuhan. Ulangan 28:1 Jika secara ikhlas engkau bersungguh-sungguh mematuhi Tuhan , Allahmu, dan melakukan dengan setia segala perintah-Nya yang kusampaikan kepadamu pada hari ini, maka Tuhan , Allahmu, akan meninggikan engkau mengatasi segala bangsa di bumi. Kita mematuhi dengan iklhas dan bersungguh-sungguh Kita mematuhi dengan setia … (di dalam bahasa Inggeris, diligently)... maksudnya, berterusan. Consistent. Sesuatu yang kita lakukan berulang-ulang. Dan sesuatu yang kita lakukan berulang-ulang akan menjadi tabiat kita. Dan apabila kita taat dan setia melakukan firman Tuhan, ia menjadi tabiat kehidupan kita, karakter kita akan bertumbuh dan dengan karakter yang bertumbuh, kita pasti akan memenuhi destini dan rancangan Tuhan di dalam kehidupan kita. Saya cadangkan kita membaca Berkat Ulangan 28, jikalau kita mematuhi Tuhan. Segala berkat akan datang ke atas kita. Kita kita akan diberkati. Ladang, hasil kandungan, hasil tanah, hasil ternakan …. Semuanya akan diberkati Tuhan. Iaitu perniagaan kita, business kita, hasil pekerjaan kita, akan diberkati Tuhan. Bakul dan adunan kita akan diberkati. Keluar masuk kita dari rumah akan diberkati. Musuh kita akan dikalahkan. Ulangan 28:8 Tuhan akan memerintahkan berkat-Nya turun ke atas bangsal-bangsal di ladangmu dan ke atas segala usaha kamu. Dia akan memberkati engkau di negeri yang dikurniakan Tuhan , Allahmu, kepadamu. Tuhan akan membuat kita berkelimpahan dalam kebaikan Tuhan akan membuka bagi kita, perbendaharaan Nya yang baik, untuk memberkati segala pekerjaan kita ! Tuhan akan menjadikan kita kepala dan bukan ekor. Kita akan berada di atas dan bukan di bawah … Ini semuanya adalah yang tertulis di dalam Ulangan 28. Syaratnya alah kita mematuhi Tuhan dan tidak menyimpang ke kiri dan ke kanan. Baca Ulangan 28, teman-teman sekalian dan biarlah firman Tuhan mengubah cara pemikiran kita, supaya kita sentiasa di dalam keredaan Allah. Always within the favour of the Lord. Jadi apakah kita mahu menerima berkat Ulangan 28? Tentu kita semua mahu kan Rahsianya, ialah kita memupuk tabiat yang ke-3 ini, iaitu mematuhi dan taat kepada Tuhan. Kita hanya akan dapat mematuhi Tuhan, jikalau kita mempunyai tabiat berdoa dan tabiat merenungkan firman Tuhan. Dan dengan itu, kita mempunyai tabiat untuk bergantung kepada Tuhan dan dengan itu, tabiat yang ke-3 ini, menjadi satu yang senang untuk kita lakukan. Ingatkah kita, ibarat 2 jenis asas yang tertulis di dalam matius 7. Yesus menyatakan bahawa bukan semua orang yang memanggilku “Tuhan, Tuhan” akan memasuki kerajaan syurga, tetapi, mereka yang melaksanakan kehendak bapaku yang di syurga. Wow .. hati-hati saudara .. Dan kemudian dia menceritakan ibarat 2 jenis asas. Sesiapa yang mendengar dan menurut kata-kata Yesus, ibarat orang yang bijak yang membina rumah di atas batu. Hujan, banjir dan angin kencang tidak akan meruntuhkan rumah tersebut kerana berasaskan batu. Manakala, sesiapa yang mendengar dan tidak menurut kata-kata Yesus, adalah ibarat seorang yang bodoh yang membina rumah di atas pasir. Hujan, banjir dan angin kencang akan meruntuhkan rumah tersebut. Jadi inilah peringatan kita untuk hari ini. Apakah kita mahu berjaya di dalam hidup kita? Lakukanlah firman Tuhan. Apakah kita mahu menerima berkat yang melimpah ruah? Lakukanlah firman Tuhan. Apakah kita mahu membina hidup kita atas dasar yang kuat? Lakukanlah firman Tuhan. Elder Ann WK

  • Merenungkan Firman Tuhan

    Mazmur 63:6-8 (AVB) 6 Apabila aku ingat kepada-Mu di tempat tidurku; aku berjaga merenungkan Engkau sepanjang malam. 7 Kerana Engkau telah menolongku, maka di bawah naungan sayap-Mu aku akan bergembira. 8 Jiwaku mengikut jejak-Mu dari dekat; tangan kanan-Mu memberiku kekuatan. Yosua 1:8 (AVB) Kitab Suci Taurat ini tidak akan lekang daripada mulutmu, tetapi hendaklah engkau merenungkannya siang dan malam, supaya engkau berhati-hati melakukan segala yang tertulis di dalamnya. Dengan demikian perjalananmu akan beruntung dan engkau akan berjaya. Bukan sahaja membaca, saudara-saudari, tetapi kita “meditate on the word of God”, Kita renungkan firman Tuhan. Mazmur 63:6-8 6 Apabila aku ingat kepada-Mu di tempat tidurku; aku berjaga merenungkan Engkau sepanjang malam. 7 Kerana Engkau telah menolongku, maka di bawah naungan sayap-Mu aku akan bergembira. 8 Jiwaku mengikut jejak-Mu dari dekat; tangan kanan-Mu memberiku kekuatan. Nah .. apakah maksudnya merenungkan firman Tuhan? Maksudnya, kita membaca Maksudnya, kita memikirkan tentang apa yang kita baca. Maksudnya, kita memberikan fokus kita kepada Tuhan. Maksudnya, kita menyelaraskan hati kita dengan firman Tuhan. Maksudnya, kita menyerahkan apa yang Tuhan nyatakan di dalam fikiran kita dan kita setia melakukannya. Merenungkan firman Tuhan adalah satu tabiat yang sangat penting di dalam kita menjalani hidup yang suci dan saleh. Apakah kita mempunyai masa peribadi bersama dengan Tuhan? Yosua 1:8 Kitab Suci Taurat ini tidak akan lekang daripada mulutmu, tetapi hendaklah engkau merenungkannya siang dan malam, supaya engkau berhati-hati melakukan segala yang tertulis di dalamnya. Dengan demikian perjalananmu akan beruntung dan engkau akan berjaya. Kita boleh membaca Firman Tuhan. Kita boleh study atau belajar Firman Tuhan Kita boleh memorize atau menghafal Firman Tuhan. Semuanya itu, adalah baik dan harus kita lakukan. Tetapi, Musa berkata kepada Yosua, jikalaku kita mahu perjalanan kita beruntung dan jikalau kita mahu berjaya, kita harus merenungkan firman Tuhan. Dan berhati-hati melakukan apa yang dituliskan. Jadi yang penting ialah kita renung dan lakukan firman Tuhan. Amen saudara-saudari? Apabila kita merenungkan firman Tuhan, Tuhan akan memberikan kita Insights Atau pencerahan Atau satu pandangan yang baru Izinkan saya kongsikan 2 tip yang simple yang boleh kita lakukan apabila kita merenungkan firman Tuhan. Salah satu cara yang boleh kita lakukan ialah dengan, melafazkan perkataan di dalam ayat firman Tuhan dengan suara yang lantang. Dan Setiap kali kita baca, kita boleh bernuansa dengan memberikan penekanan kepada setiap perkataan. Contohnya, di dalam Filipi 4:13, berbunyi Aku dapat melakukan segalanya melalui Kristus yang memberiku kekuatan. Kita boleh baca seperti berikut Aku dapat melakukan segalanya melalui Kristus yang memberiku kekuatan. Aku dapat melakukan segalanya melalui Kristus yang memberiku kekuatan. Aku dapat melakukan segalanya melalui Kristus yang memberiku kekuatan. Aku dapat melakukan segalanya melalui Kristus yang memberiku kekuatan. Aku dapat melakukan segalanya melalui Kristus yang memberiku kekuatan. Aku dapat melakukan segalanya melalui Kristus yang memberiku kekuatan. Setiap penekanan nuansa perkataan, akan memberikan kita pencerahan yang baru tentang firman Tuhan, kan saudara-saudari? Satu lagi tip untuk merenungkan firman Tuhan ialah dengan menggunakan kaedah “reflection bridge”. Maksudnya, merefleksi apa yang kita baca .. seperti melihat “reflection” jambatan air. Di bawah setiap cerita di dalam alkitab, ada prinsip-prinsip yang boleh kita pelajari. Di dalam reflection bridge ini, kita boleh gunakan kaedah S.O.A.R Scripture Observation Application Response. Pertamanya, ialah kita baca cerita firman Tuhan dan memahami cerita tersebut. Keduanya, kita memerhatikan apa yang tertulis? Apakah yang dibicarakan tentang karakter Tuhan? Apakah yang dibicarakan tentang manusia? Apakah prinsip-prinsip yang boleh kita pelajari? Ketiganya, kita aplikasikannya ke dalam kehidupan kita. Apakah respon kita - doa dan lakukan. Jadi 2 tip yang mudah ini, boleh membantu kita merenungkan firman Tuhan. Oleh itu, marilah kita semaikan tabiat merenungkan firman Tuhan, amen? Elder Ann WK

  • 7 Tabiat Hidup Suci (Pengenalan)

    Imamat 11:45 (AVB) Akulah Tuhan yang telah memimpin kamu keluar dari Tanah Mesir supaya Aku menjadi Allahmu. Jadilah suci kerana Aku ini suci. 1 Yohanes 1:8 (AVB) Sekiranya kita mengatakan bahawa kita tidak berdosa, kita menipu diri kita sendiri dan kebenaran tidak ada dalam diri kita. Sebelum kita bermula, izinkan saya berikan definisi Tabiat Kehidupan suci. Pertamanya, apakah definisi tabiat? Tabiat atau habits adalah satu corak kelakuan dan kehidupan yang dilakukan secara rutin dan kebiasaanya dilakukan tanpa disedari Dan corak kelakuan ini, diperolehi dengan melakukan sesuatu berulang-ulang kali. Nah …. ada tabiat yang baik dan ada tabiat yang buruk. Keduanya ialah kehidupan suci. Kehidupan suci adalah satu kehidupan yang berserah kepada Tuhan dan kehendaknya. Gaya hidup yang bukan lagi mencari kepuasan gaya hidup yang berdosa. Gaya hidup yang menuju ke arah kematangan di dalam Yesus Kristus. Dalam perkataan Inggeris, “a sanctified life”, “Kehidupan yang dikuduskan” Bukan kehidupan yang sempurna yang tidak berdosa Tetapi, kehidupan yang berserah sepenuhnya kepada Tuhan. A life that is fully surrendered to God. Keadaan kehidupan rohani kitalah yang akan menentukan Samada kita berjaya di dalam kehidupan kita? Samada kita adalah seorang yang membawa impak kepada masyarakat di sekeliling kita? Samada kita boleh memenuhi destini kehidupan kita di dalam Yesus Kristus? Dan, kalah menang kita di dalam kehidupan rohani kita adalah bergantung kepada tabiat yang kita semai ke dalam kehidupan kita. Apa yang kita lakukan berulang-ulang dengan disiplin, akan menjadi tabiat. Dan tabiat, jikalau is berterusan, akan menentukan karakter kita. Dan karakter kita akan menentukan destini kita. Ada orang mengatakan … Show me your habits, and you will show me a glimpse of your destiny. Tunjukkan tabiat anda, dan anda akan menunjukkan sekilas destini masa hadapan anda. Oleh itu, jikalau kita mahu hidup suci di dalam Tuhan, kita harus menyemai tabiat rohani yang baik. Jikalau kita berjaya memupuk tabiat ini ke dalam kehidupan kita, kita akan berjaya memenuhi destini kehidupan kita yang telah Tuhan tentukan. Jadi, Mari kita sama-sama belajar, apakah 7 tabiat kehidupan suci yang boleh kita praktikan ke dalam kehidupan kita setiap hari .. Dan dengan itu, saya pasti, kita akan menjadi pemenang di dalam kerohanian kita, di dalam Kristus. Elder Ann WK

  • Dipenuhi Dengan Roh Kudus

    Efesus 5:15-19 (AVB) 15 Hiduplah dengan hati-hati – bukan seperti orang tidak arif tetapi sebagai orang bijaksana, 16 dan pergunakanlah setiap peluang dengan sebaiknya kerana ini zaman durjana. 17 Dengan demikian, janganlah bodoh, tetapi mengertilah kehendak Tuhan.18 Dan janganlah mabuk air anggur, yang berupa maksiat. Sebaliknya, penuhi diri dengan Roh. 19 Berkata-katalah sesama sendiri dengan mazmur, lagu pujian serta nyanyian rohani, menyanyi dan berlagu untuk Tuhan dalam hatimu. Kisah Para Rasul 4:31 (AVB) Setelah mereka berdoa, tempat mereka berhimpun itu bergoncang. Mereka semua dipenuhi dengan Roh Kudus dan mengucap firman Allah dengan berani. Kisah Para Rasul 13:52 (AVB) Bagaimanapun, para murid Yesus amat bergembira dan dipenuhi Roh Kudus. Lukas 11:5-13 (AVB) 5 Yesus meneruskan kata-Nya, "Siapakah antara kamu yang akan pergi kepada sahabatnya pada lewat malam lalu berkata kepadanya, 'Hai sahabat, pinjamilah aku tiga buku roti 6 kerana seorang sahabatku telah singgah di rumahku dalam perjalanannya dan aku tiada makanan apa-apa untuk dihidangkan.' 7 Sahabat itu menjawab dari dalam rumahnya, 'Janganlah ganggu aku kerana pintu sudah dikunci dan kami semua telah pun masuk tidur. Aku tidak dapat bangun dan memberikan apa-apa.' " 8 Yesus berkata, "Aku berkata kepadamu bahawa sungguhpun, dia tidak mahu bangun memberikan pinjaman itu kepadamu kerana kamu sahabatnya, tetapi dia akan bangun juga dan memberikan pinjaman seberapa banyak yang kamu perlukan kalau kamu tidak segan untuk terus meminta daripadanya. 9 Oleh itu, Aku berkata kepadamu: Mintalah, dan kamu akan menerimanya; carilah, dan kamu akan mendapatnya; ketuklah pintu, dan pintu akan dibuka untukmu. 10 Setiap orang yang meminta akan menerima, setiap orang yang mencari akan mendapat; dan setiap orang yang mengetuk, pintu akan dibuka untuknya. 11 Bapa yang manakah antara kamu akan memberikan ular kepada anaknya yang meminta ikan, 12 atau memberikan kala jengking kalau dipintanya telur? 13 Kamu yang berdosa pun tahu memberikan yang baik kepada anakmu. Lebih-lebih lagi Bapamu yang di syurga: Dia akan memberikan Roh Kudus kepada mereka yang meminta daripada-Nya!" Adalah tidak mencukupi untuk kita dibaptiskan dengan Roh Kudus sahaja. Kita juga perlu dipenuhi dengan Roh Kudus. Ada kemungkinan ada kebocoran untuk kita sebagai seorang Krisitan. Apabila kita membaca Kisah Para Rasul, kita dapat melihat dengan jelas para rasul bukan hanya dipenuhi Roh Kudus sekali sahaja dengan bertutur dalam pelbagai bahasa asing , seperti yang diberikan oleh Roh ( kisah para rasul 2:4) tetapi, kita juga dapat melihat dalam dua buah kejadian di mana murid dipenuhi dengan Roh Kudus ( kisah para rasul 4:31 dan 13:52). Oleh itu kita harus sentiasa dipenuhi dengan Roh Kudus, berulang-ulang kali. Jikalau rasul-rasul dipenuhi dengan berulang kali, apatah lagi kita yang percaya? Kita harus selalu meminta Yesus ‘memenuhi kita dengan Roh Kudus.’ Kita memerlukan yang baru. Sentuhan kecil adalah tidak mencukupi. Kita memerlukan sepenuh yang boleh daripada Tuhan. Kita perlu ingat, apabila musuh bekerja membawa kematian dan kemusnahan dalam hidup kita, Roh Kudus yang membangkitkan Yesus dari kematian ada di dalam kita. Kita perlu meminta dariapada Tuhan untuk memenuhi diri dengan sungai yang tidak terputus. Bila musuh datang untuk mengganggu matlamat Tuhan di dalam hidup kita, kita perlu ingat bahawa Roh Kudus berada di dalam kita dan kita cuma perlu meminta lagi, lagi dan lagi. Komuniti Digital

  • Sebut Nama Yesus

    Filipi 2:9-11 (AVB) 9 Itulah sebabnya Allah sangat meninggikan-Nya dan menganugerahkan kepada-Nya nama yang di atas segala nama, 10 supaya kepada nama Yesus segala-galanya bertelut, segala isi langit, bumi dan yang di bawah bumi, 11 dan semua lidah mengaku bahawa Yesus Kristus ialah Tuhan, untuk mendatangkan kemuliaan kepada Allah Bapa. Kisah Para Rasul 4:12 (AVB) Tiadalah penyelamatan melalui sesiapa yang lain, kerana tiada nama lain di bawah langit ini diberikan dalam kalangan manusia yang dapat menyelamatkan kita. 2 Korintus 10:1- 6 (AVB) 1 Sekarang aku, Paulus, yang gementar ketika berhadapan denganmu tetapi berani ketika berjauhan, memohon sesuatu kepadamu atas sifat Kristus yang lemah lembut dan rendah hati. 2 Aku memohon kepadamu, apabila aku datang nanti, janganlah sampai aku terpaksa menunjukkan keberanian di hadapanmu. Aku memang berniat untuk bertindak begitu terhadap beberapa orang yang menyangka bahawa kami hidup seperti orang duniawi. 3 Walaupun kami hidup di dunia, kami tidaklah berjuang secara duniawi. 4 Senjata-senjata kami bukanlah benda-benda duniawi tetapi kekuatan Ilahi untuk meruntuhkan benteng-benteng, 5 mematahkan hujah-hujah dan segala yang meninggikan diri menentang pengenalan Allah, menundukkan semua fikiran supaya mematuhi Kristus, 6serta bersedia menghukum segala keingkaran terhadap Allah apabila ketaatanmu disempurnakan. Bila kita berhadapan dengan peperangan rohani, kita akan terdorong untuk berlawan dengan musuh yang nyata. Tetapi kita tidak melawan musuh dengan darah daging, kita tidak akan mendapat kemenangan dengan kebijaksanan, penaakulan atau kehendak semata-mata. Seperti Paulus memberitahu senjata- senjata kita bukanlah benda-benda duniawi tetapi kekuatan Ilahi untuk meruntuhkan benteng - benteng. Senjata yang paling berkuasa yang Tuhan telah lengkapi kita dengan satu syarat. Kita perlu menggunakan senjata rohani dibawah kewibawaan Yesus dan dengan kuasa yang diberi atas nama Yesus. Untuk setiap peperangan kita perlu tahu kuasa nama Yesus, berdoa dengan nama Yesus dan mengambil kuasa keatas musuh dengan nama Yesus. Dengan kuasa manusia kita kita tidak boleh melawan iblis. Kita tidak boleh berhadapan dengan iblis atau menggunakan nama Yesus dengan baik sekali tanpa mengetahui maksud kuasa yang dibawaNya. Tiadalah penyelamatan melalui sesiapa yang lain, kerana tiada nama lain di bawah langit ini diberikan dalam kalangan manusia yang dapat menyelamatkan kita. (Kisah para nabi 4:12). Bertafakurlah dan renungkanlah dengan kuasa nama Yesus Kristus. Dapatkan wahyu dengan kuasa diatas nama tersebut sebelum memasuki peperangan. Kita melihat autoriti di dalam nama Yesus Kristus dan kita akan mencapai kemenangan. Komuniti Digital

  • Apakah Peperangan Rohani?

    Yohanes 10:7-10 (AVB) 7 Oleh yang demikian, Yesus berkata, "Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, Akulah pintu bagi kawanan domba itu. 8 Orang yang datang sebelum Aku ialah pencuri dan perompak, tetapi kawanan domba tidak mengikut suara mereka. 9 Akulah pintu. Sesiapa yang masuk melalui-Ku akan diselamatkan. Dia boleh keluar masuk, dan dia akan dapat mencari padang rumput. 10 Pencuri datang untuk mencuri, membunuh dan membinasakan. Tetapi Aku datang supaya manusia mempunyai hidup bahkan mempunyai hidup yang berlimpah-limpah. Efesus 1:21 (AVB) Allah meletakkan Kristus jauh di atas segala penguasa dan kekuasaan, kuasa dan pemerintahan, dan setiap nama yang dinamakan, bukan sahaja pada zaman ini tetapi juga pada zaman akan datang. 2 Kor 2:10-11 (AVB) 10 Siapa sahaja yang telah kamu ampuni, aku pun telah mengampuninya. Kesalahan apa pun yang kuampunkan – jika memang ada yang harus kuampunkan – kuampunkan di hadapan Kristus untukmu 11 supaya Iblis tidak mendapat keuntungan, kerana kita mengetahui tujuan-tujuannya. Kita semua adalah di dalam peperangan. Kita harus tahu musuh rohani kita yang ingin membunuh, mencuri dan memusnahkan kehidupan aku. Paulus memberi amaran kepada kita dalam 2 Korintus 2:11 supaya tidak mengabaikan tipu muslihat iblis. Kita perlu tahu siapa musuh kita, siapa Tuhan kita dan siapa kita di dalam Tuhan - tetapi kita juga perlu melengkapi diri kita dengan pengwahyuan bagaimana untuk melawan musuh rohani. Jika kita tidak pedulikan iblis, peperangan tidak akan berhenti. Jika kita fokus hanya kepada Yesus semata-mata, kamu tidak akan selamat dari peperangan. Betul, kita perlu fokus kepada Tuhan daripada fokus kepada iblis. Tetapi jikalau Paulus berlawan dengan para pemerintah dan penguasanya bagaimana mungkin, kita yang biasa, boleh berfikir untuk mengabaikan kebenaran ini - iaitu menghentikan serangan iblis. Hura hara di dunia- kesakitan, penyakit, pembunuhan, maksiat dan seumpamanya-bukanlah kehendak Tuhan. Allah telah meletakkan Kristus jauh di atas segala penguasa dan kekuasaan, kuasa dan pemerintahan, dan setiap nama yang dinamakan, bukan sahaja pada zaman ini tetapi juga pada zaman akan datang. Yesus menang ke atas segapa pemerintah dan kuasa. Kerajaan kegelapan dengan semua pemerintah dan penguasa telah dikalahkan. Komuniti Digital

  • Apakah Korban Awal, Korban Akhir ?

    Kisah yang mengubah kehidupan banyak orang di seluruh dunia. Penjelasan dari Alkitab mengenai kisah kejadian (bermulanya Adam dan Hawa) kepada Kristus.

  • Apakah Ertinya Alkitab Diilhamkan?

    Apabila orang berkata Alkitab itu diilhamkan, mereka merujuk kepada kenyataan yang Allah telah mempengaruhi secara ilahi penulis-penulis Alkitab. Ia berlaku dengan sedemikian rupa sehingga apa yang mereka tuliskan benar-benar adalah Firman Tuhan. Dalam konteks Firman Tuhan, perkataan “diilhami” bererti “diberi nafas oleh Tuhan”. Pengilhaman bererti Alkitab merupakan Firman Tuhan dan ini membuatkan Alkitab itu sangat unik di kalangan semua kitab-kitab yang ada. Walaupun terdapat pandangan yang berbeza tentang sejauh mana Alkitab itu diilhami, Alkitab itu sendiri mengaku bahawa setiap perkataan dan bahagian Firman itu berasal dari Tuhan (1 Korintus 2:12-13; 2 Timotius 3:16-17). Pandangan ini sering dirujuk sebagai pengilhaman “kata demi kata yang mutlak”. Ini bererti pengilhaman berlaku ke semua bahagian Firman Tuhan –bukan setakat konsep atau buah fikiran- dan semua perkara yang disebut dalam Firman Tuhan. Ada pendapat mengatakan hanya bahagian-bahagian tertentu atau hanya konsep yang bercakap tentang keagamaan sahaja yang telah diilhamkan, tetapi pandangan ini bercanggah dengan apa yang diakui oleh Alkitab. Pengilhaman sepenuh secara kata demi kata yang mutlak merupakan ciri-ciri penting Firman Tuhan. Keluasan pengilhaman Firman Tuhan dapat dilihat dengan sangat jelas dalam 2 Timotius 3: 16-17 (AVB) ““Seluruh Kitab Suci diilhamkan oleh Allah, dan berguna untuk mengajar, menegur, membetulkan dan mendidik ke arah kebenaran. Dengan demikian, tiap-tiap orang yang mengabdikan diri kepada Allah akan dilengkapi sepenuhnya untuk melakukan segala kerja yang baik.” Ayat-ayat ini berkata kepada kita bahawa Tuhan telah mengilhamkan kesemua Firman Tuhan dan ianya bermanfaat untuk kita. Bukan hanya bahagian-bahagian tertentu dalam Alkitab yang bercakap tentang agama sahaja yang telah diilhamkan tetapi semua perkataan dari Kejadian sampai Wahyu. Oleh sebab Alkitab telah diilhamkan oleh Tuhan, maka Firman Tuhan itu berwibawa apabila memberikan pengajaran dan cukup untuk mengajar manusia tentang bagaimana hendak memiliki perhubungan yang betul dengan Tuhan. Alkitab bukan hanya mengaku telah diilhamkan oleh Tuhan, tetapi juga mempunyai kemampuan yang luarbiasa untuk mengubah dan menjadikan hidup kita “lengkap’. Ayat lain yang menyatakan tentang pengilhaman Roh Kudus ialah 2 Petrus 1:20-21 (AVB) “Hal terutama yang harus kamu ketahui: Tidak ada satu nubuat pun dalam Kitab Suci yang berasal daripada pentafsiran sendiri, kerana nubuat bukanlah lahir dengan kehendak manusia, tetapi disuarakan oleh orang ketika digerakkan oleh Roh Kudus untuk menyampaikan kata-kata daripada Allah.” Ayat ini berkata, walaupun Tuhan manggunakan manusia yang berbeza keperibadian dan gaya penulisan, Tuhan telah mengilhamkan setiap perkataan yang mereka telah tuliskan. Yesus sendiri telah meneguhkan pengilhaman kata demi kata yang mutlak apabila Dia berkata, Matius 5:17-18 (AVB) “"Jangan sangka Aku datang untuk menghapuskan Taurat dan ajaran nabi-nabi. Aku datang bukan untuk menghapuskan tetapi untuk menunaikan segala-galanya. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, selagi ada langit dan bumi, satu titik atau huruf yang terkecil pun tidak akan hapus daripada Taurat sebelum semuanya ternyata berlaku.” Dalam ayat-ayat ini, Yesus menegaskan ketepatan Firman Tuhan sehinggalah ke butiran terkecil dan tanda baca yang terhalus sekalipun, sebab ia memang dan benar-benar Firman Tuhan. Pandangan yang betul tentang Tuhan akan membawa kita kepada pandangan yang betul pula terhadap Firman-Nya. Kerana Tuhan maha-berkuasa, maha-tahu dan sungguh sempurna adanya, Firman-Nya juga akan mempunyai ciri-ciri yang sama. Ayat-ayat yang telah mengukuhkan pengilhaman Firman Tuhan juga mengukuhkan Firman Tuhan yang tidak mengandungi kesalahan dan berwibawa. Tanpa diragukan lagi, Alkitab adalah seperti apa yang diakuinya, iaitu Firman Tuhan yang tidak dapat disangkal dan yang berwibawa. (Petikan artikel dari Gotquestion Firman Tuhan dari Teks AVB).

  • Baca Alkitab

    Yohanes 1:1 (AVB) Pada permulaan sudah wujud Firman, dan Firman itu bersama Allah dan Firman itu ialah Allah. Roma 10:17 (AVB) Oleh itu, iman datang daripada mendengar perkhabaran itu, dan perkhabaran itu didengar melalui sabda Kristus. Membaca Alkitab kita adalah lebih daripada sekadar membaca. Firman Tuhan adalah salah satu cara utama yang Tuhan berbicara. Yohanes 1: 1 mengatakan, “Pada permulaan sudah wujud Firman, dan Firman itu bersama Allah dan Firman itu ialah Allah.” Membaca firmanNya akan: 1. Mengajar kita tentang Tuhan dan karakterNya. 2. Mengajar kita cara berdoa dan apa yang harus deklarasikan sepanjang kehidupan anda. 3. Memberi kita kefahaman dan pengetahuan yang lebih mendalam tentang bagaimana anda menjalani kehidupan kita dan bagaimana mencari dan mengejar Tuhan. Sekiranya kita tidak membaca Alkitab anda, kita akan terhad dalam pertumbuhan rohani kita. Roma 10:17 mengatakan, “Oleh itu, iman datang daripada mendengar perkhabaran itu, dan perkhabaran itu didengar melalui sabda Kristus.” Untuk menjalani kehidupan yang taat kepada Kristus, kita harus membaca firman-Nya dan membiarkan Roh Kudus melayani kita dan memberi kita pengetahuan dan rahmat untuk tidak hanya menjadi pendengar firman itu, tetapi juga pelaku firman. Terdapat banyak perkara yang kita benar-benar tidak tahu sehingga kita memahami firman Tuhan. Oleh itu, adalah penting untuk tidak bergantung pada ajaran perkataan orang lain, tetapi membacanya sendiri. Bacalah firman Tuhan. Komuniti Digital

bottom of page