top of page
Support Us
Support Us
Get Involved
I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.
Search


Mendengar Injil Tentang Penyelamatan
Kamu juga dalam Kristus setelah mendengar kata kebenaran, iaitu Injil tentang penyelamatanmu. Dan dalam-Nya, setelah mempercayai-Nya, kamu telah dimaterai dengan Roh Kudus yang dijanjikan-Nya, Efesus 1:13 AVB Rasul Paulus memberitahu jemaah di Efesus bahawa mereka menjadi umat Allah ketika mereka mendengar berita tentang ajaran benar, iaitu Injil atau berita baik yang membawa penyelamatan kepada mereka. Setelah mereka percaya kepada Kristus, Allah mengurniai mereka Roh Kud


Dengan Segala Kebijaksanaan Dan Pengertian
... dengan segala kebijaksanaan dan pengertian. Dia memberitahu kita rahsia kehendak-Nya, menurut keredaan-Nya yang sudah ditentukan-Nya dalam Kristus, Efesus 1:8b-9 AVB Rasul Paulus memberitahu jemaah di Efesus bahawa dengan segala kebijaksanaan dan pengertian, Allah telah melaksanakan tujuan-Nya. Dia memberitahu mereka segala rancangan-Nya yang dirahsiakan selama ini, tetapi yang akan disempurnakan melalui Kristus Yesus. Dengan kata lain, Allah akan menyatakan rancangan


Penebusan Melalui Darah Yesus
Dalam-Nya kita mendapat penebusan melalui darah-Nya, pengampunan dosa, menurut limpah kasih kurnia-Nya yang dilimpahkan-Nya kepada kita .... Efesus 1:7-8a AVB Rasul Paulus memberitahu jemaah di Efesus bahawa dalam Kristus mereka atau orang percaya telah ditebus dengan korban darah-Nya sebagai bayaran atas hukuman dosa mereka yang seharusnya ditanggung mereka. Apa yang penting sekali ialah penebusan mereka ini dimungkinkan kerana mereka memiliki hubungan peribadi dengan Yes


Terpujilah Kemuliaan Kasih Kurnia Allah
... supaya terpujilah kemuliaan kasih kurnia-Nya (Allah), yang dirahmati-Nya kepada kita dalam Dia (Yesus) yang dikasihi-Nya. Efesus 1:6 AVB Rasul Paulus mengajak seluruh jemaah di Efesus supaya memuji Allah atas kasih kurnia-Nya yang mulia, yang dikurniakan-Nya kepada mereka melalui Dia yang dikasihi-Nya. Dengan kata lain, kerana mereka sudah hidup bersatu dengan Kristus Yesus, mereka harus datang membawa pujian mereka kepada Allah atas kasih kurnia-Nya yang betapa mulian


Diangkat Sebagai Anak-Nya
Dalam kasih, Dia (Allah) telah menentukan kita dari mulanya untuk diangkat sebagai anak oleh Yesus Kristus kepada diri-Nya, menurut keredaan dan kehendak-Nya — Efesus 1:4b-5 AVB Allah bukan sahaja telah memilih setiap kita orang percaya dalam Kristus sebelum dunia ini dijadikan, supaya kita suci dan tidak bercela di hadapan-Nya. Demikian juga Dia sudah menentukan terlebih dahulu untuk mengangkat orang percaya menjadi anak-anak-Nya menurut keredaan dan kehendak-Nya. Penye


Allah Telah Memilih Kita Sejak Permulaan
Sebabnya Dia telah memilih kita dalam Kristus sebelum dunia ini dijadikan, supaya kita suci dan tidak bercela di hadapan-Nya. Efesus 1:4 AVB Rasul Paulus memberitahu jemaah di Efesus bahawa sebelum dunia ini diciptakan, Allah telah memilih mereka untuk menjadi umat-Nya melalui hidup bersatu dengan Kristus, supaya mereka menjadi suci dan tidak bercela di hadipan-Nya. Dengan kata lain, apabila Allah “memilih” seseorang, ia membawa pengertian bahawa Allah yang berdaulat menen


Segala Puji Bagi Allah
Segala puji bagi Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus, yang telah memberkati kita dengan segala berkat rohani di syurga dalam Kristus. Efesus 1:3 AVB Rasul Paulus bermula dengan meluahkan puji-pujian bahawa Allah sahaja layak disembah. Dia mengajak seluruh jemaah di Efesus supaya mereka bersyukur kepada Allah dan Bapa Tuhan Yesus Kristus. Mereka bersyukur kepada Allah kerana Dia telah memberkati semua orang yang percaya kepada-Nya dengan segala berkat rohani di syurga dala


Jadi Penolong Dalam Kesusahan
Namun demikian kamu telah berbuat baik dengan mengambil bahagian dalam kesusahanku. Filipi 4:14 AVB Rasul Paulus memuji saudara saudari dalam Kristus di Filipi kerana mereka telah bermurah hati memberi dirinya pertolongan ketika dia menghadapi keperluan tertentu. Oleh itu, Paulus begitu bersukacita dan berterima kasih kepada mereka kerana mereka berbuat baik dengan mengambil bahagian dalam kesusahannya. Betapa bersukacitanya Paulus kerana mereka telah memberikan respons y


Kristus Memberikan Kekuatan
Aku dapat melakukan segalanya melalui Kristus yang memberiku kekuatan. Filipi 4:13 AVB Rasul Paulus berkata kepada saudara saudari dalam Kristus di Filipi bahawa dia berdaya menghadapi segala macam keadaan kerana dia hidup bersatu dengan Kristus. Dengan kata lain, Paulus membuat pengakuan secara peribadi bahawa hanya dengan kuasa Tuhan Yesus yang ada dalam dirinya, maka dia dapat mengatasi segala-galanya. Kuasa Allah yang ada dalam diri Paulus telah memampukan dirinya unt


Mengetahui Rahsia Untuk Menghadapi Pelbagai Keadaan
Aku tahu bagaimana hidup miskin hina dan bagaimana hidup mewah mulia. Di mana-mana dan dalam apa sahaja, aku telah belajar berasa cukup, baik kenyang atau lapar, senang atau susah. Filipi 4:12 AVB Rasul Paulus berkata kepada saudara saudari dalam Kristus di Filipi bahawa dia sudah menemukan rahsia bagaimana hidup dengan berasa cukup dan berpuas hati dalam segala keadaan, baik keadaan sewaktu dia kenyang mahupun keadaan sewaktu dia lapar. Demikian juga keadaan sewaktu dia hi
bottom of page
