top of page
Support Us
Support Us
Get Involved
I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.
Search


Yang Terbesar Hendaklah Menjadi Seperti Yang Terkecil
“Tetapi kamu tidak sama seperti mereka. Orang yang terbesar dalam kalanganmu hendaklah menjadi seperti yang terkecil, dan seorang ketua haruslah melayan yang lain. ” Lukas 22:26 AVB Disebabkan perselisihan yang timbul dalam kalangan murid Tuhan Yesus tentang siapa yang dianggap terbesar, maka Dia berkata kepada mereka, “Raja-raja bangsa asing memerintah rakyat dengan kuku besi, dan mereka yang melaksanakan kekuasaan digelar pembawa kebajikan kepada rakyat. Tetapi kamu tidak


Jangan Berselisih Tentang Sesuatu Yang Tidak Kita Fahami
Satu perselisihan timbul dalam kalangan murid itu tentang siapa antara mereka yang dianggap terbesar. Lukas 22:24 AVB Selepas para murid Tuhan Yesus bertanya-tanya sesama diri tentang siapa antara mereka yang sampai hati mengkhianati-Nya, sesuatu yang mengejutkan berlaku. Satu perselisihan timbul dalam kalangan murid itu tentang siapa antara mereka yang dianggap terbesar. Sebab mereka sangka bahawa Yesus tidak lama lagi akan menjadi raja dan masing-masing akan mendapat kedu


Selidikilah Diri Kita Terlebih Dahulu
Mereka mula bertanya-tanya sesama sendiri siapakah antara mereka yang akan berbuat demikian. Lukas 22:23 AVB Semua mutid Tuhan Yesus bersama-sama dengan-Nya untuk mengadakan jamuan Paskah terakhir. Sesudah makan, Dia mengambil cawan sambil berkata, “Cawan ini perjanjian baru dengan darah-Ku yang ditumpahkan bagimu. Tengoklah! Orang yang mengkhianati Aku ada bersama-sama di meja ini. Anak Manusia memanglah harus pergi seperti yang ditetapkan, tetapi malangnya orang yang me


Yesus Mengambil Roti
Kemudian Yesus mengambil roti, mengucap syukur lalu memecah-mecahkan roti itu dan memberikannya kepada murid-murid-Nya, sambil berkata, “Inilah tubuh-Ku yang diserahkan untukmu; lakukanlah ini sebagai peringatan kepada-Ku.” Lukas 22:19 AVB Yesus mengambil roti, lalu Dia mengucap syukur kepada Allah. Dia memecah-mecahkan roti itu dan memberikannya kepada murid-murid-Nya. Dia berkata kepada mereka: "Inilah tubuh-Ku yang diserahkan untukmu; lakukanlah ini sebagai peringatan


Yesus Mengambil Sebiji Cawan Minuman
Setelah itu, Yesus mengambil sebiji cawan minuman. Dia mengucap syukur lalu berkata, “Ambillah cawan ini dan bahagikan minumannya antara kamu. Aku berkata kepadamu bahawa mulai sekarang, Aku tidak akan minum air anggur lagi hinggalah kerajaan Allah datang.” Lukas 22:17-18 AVB Semasa jamuan Paskah Yesus mengambil sebiji cawan minuman. Dia mengucap syukur lalu berkata, “Ambillah cawan ini dan bahagikan minumannya antara kamu. Aku berkata kepadamu bahawa mulai sekarang, Aku


Yesus Makan Jamuan Paskah Terakhir Bersama Murid-murid-Nya
“Aku berkata kepadamu bahawa Aku tidak akan makan jamuan ini lagi sehingga maksud sebenar Paskah dinyatakan dalam kerajaan Allah.” Lukas 22:16 AVB Apabila tiba masanya, Yesus pun duduk bertelekan di meja bersama rasul-rasul yang dua belas itu. Lalu Yesus berkata kepada mereka, “Sebenarnya, Aku telah lama ingin sekali makan jamuan Paskah ini bersama kamu sebelum Aku menderita. Aku berkata kepadamu bahawa Aku tidak akan makan jamuan ini lagi sehingga maksud sebenar Paskah d


Segalanya Terjadi Seperti yang Dikatakan Yesus
Mereka pergi ke kota dan mendapati semua seperti yang telah dikatakan Yesus kepada mereka. Lalu mereka menyediakan jamuan Paskah. Lukas 22:13 AVB Tibalah Perayaan Paskah. Yesus menyuruh Petrus dan Yohanes, “Pergilah sediakan jamuan Paskah untuk kita.” Mereka bertanya kepada Yesus, “Di manakah Engkau hendak kami sediakan jamuan itu?” Yesus menjawab, “Setibanya kamu ke dalam kota itu, seorang lelaki yang membawa sekendi air akan menemui kamu. Ikutlah dia ke rumah yang dimas


Kerana Wang Timbul Niat Jahat
Yudas pun bersetuju lalu dia mencari peluang untuk mengkhianati Yesus dan menyerahkan-Nya kepada mereka tanpa diketahui orang ramai. Lukas 22:6 AVB Setelah Yudas Iskariot berbincang dengan para ketua imam dan ketua pengawal Bait Suci tentang bagaimana dia dapat menyerahkan Yesus kepada mereka, kata sepakat dicapai dengan upah sebanyak tiga puluh keping wang perak kepada Yudas. Mereka menjadi sangat gembira. Lalu Yudas pun mula mencari peluang untuk menyerahkan Yesus kepada


Kerana Wang, Yudas Mengkhianati Yesus
Mereka gembira lalu berjanji memberikan wang kepadanya. Lukas 22:5 AVB Iblis pun memasuki Yudas Iskariot, seorang daripada dua belas orang murid Yesus. Lalu dia pergi bertemu dengan ketua-ketua imam dan pengawal Bait Suci untuk membincangkan bagaimana dia dapat mengkhianati Yesus dan menyerahkan-Nya kepada mereka. Sewaktu pertemuan Yudas Iskariot dengan para ketua imam dan ketua pengawal Bait Suci, dia bertanya kepada mereka, “Apakah yang sanggup kamu berikan kepadaku ka


Tetap Hidup Benar di Hadapan Allah
Ketua-ketua imam dan ahli-ahli Taurat sedang mencari jalan untuk membunuh Yesus secara diam-diam kerana mereka takut akan orang ramai itu. Lukas 22:2 AVB Sewaktu semua orang mempersiapkan diri mereka untuk menyambut Perayaan Roti Tidak Beragi yang disebut Paskah, ketua-ketua imam dan ahli-ahli Taurat berhimpun lalu berpakat untuk memerangkap Yesus secara tipu daya dan membunuh-Nya. Akan tetapi, mereka berkata, “Janganlah pada waktu perayaan, takut orang merusuh.” Bayangkan
bottom of page
