top of page
Support Us
Support Us
Get Involved
I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.
Search


Kerajaan Allah Itu Bersifat Rohani
'Terdapat beberapa orang Farisi bertanya kepada Yesus bila kerajaan Allah akan datang dan Yesus menjawab, “Kerajaan Allah tidak datang dengan tanda-tanda yang dapat dilihat. ' (Lukas 17:20) AVB Pada suatu hari, beberapa orang Farisi datang kepada Yesus dan bertanya kepada-Nya, bilakah Kerajaan Allah akan datang. Yesus menjawab mereka, “Kerajaan Allah tidak datang dengan tanda-tanda yang dapat dilihat. Tiada orang akan berkata, ‘Lihatlah di sini!’ atau ‘Lihatlah di sana!’ kera


Kembalikan Segala Puji kepada Tuhan
'Tiadakah seorang pun didapati kembali untuk memberikan pujian kepada Allah kecuali orang bangsa asing ini?” ' (Lukas 17:18) AVB Setelah salah seorang daripada sepuluh orang yang menghidap penyakit kulit yang teruk menyedari bahawa dia telah menerima kesembuhan daripada Yesus, dia pun datang kepada Yesus untuk mengucap syukur kepada Allah. Maka Yesus bertanya kepadanya: 'Yesus bertanya, “Bukankah sepuluh orang telah ditahirkan? Di manakah sembilan orang lagi? Tiadakah seorang


Banyak yang Diberkati tetapi Sedikit yang Bersyukur
'Yesus bertanya, “Bukankah sepuluh orang telah ditahirkan? Di manakah sembilan orang lagi? ' (Lukas 17:17) AVB Ketika Yesus melihat salah seorang daripada sepuluh orang yang menghidap penyakit kulit yang teruk datang kepada-Nya setelah menyedari bahawa dia telah disembuhkan daripada penyakitnya, Yesus bertanya kepadanya, “Bukankah sepuluh orang telah ditahirkan? Di manakah sembilan orang lagi?" Yesus bertanya demikian kerana jumlah mereka yang datang memohon kesembuhan daripa


Pengucapan Syukur, Penyataan Hati Kita kepada Tuhan
'Seorang daripada mereka ketika melihat dirinya sembuh, kembali dan memuji Allah dengan suara yang kuat. ' (Lukas 17:15) AVB Ketika salah seorang daripada sepuluh orang yang menghidap penyakit kulit yang teruk menyedari bahawa dirinya telah sembuh, dia segera berpatah balik kepada Tuhan Yesus untuk mengucap syukur. Dia sedar bahawa kesembuhan yang dialaminya datang daripada Tuhan. Oleh kerana kesedaran akan siapa dirinya dan siapa Tuhan yang menyembuhkannya, dia kembali kepad


Kerana Iman, Kesembuhan Terjadi
' Apabila Yesus melihat mereka, Dia berkata kepada mereka, “Pergilah dan tunjukkan dirimu kepada imam-imam.” Dalam perjalanan, mereka pun menjadi tahir. ' (Lukas 17:14) AVB Ketika Yesus memasuki sebuah desa, Dia melihat sepuluh orang yang menghidap penyakit kulit yang sangat teruk datang menjumpai-Nya. Lalu Yesus berkata kepada mereka supaya mereka “Pergilah dan tunjukkan dirimu kepada imam-imam.” Maka mereka pun pergi, dan ketika mereka masih dalam perjalanan, mereka disembu


Jadilah Pelayan Tuhan yang Rendah Hati
'Begitu juga dengan kamu. Apabila kamu telah berbuat segala yang diperintahkan kepadamu, kamu hendaklah berkata, ‘Kami ini hamba yang tidak layak menerima apa-apa; kami cuma menjalankan kewajipan kami.’ ” ' (Lukas 17:10) AVB Yesus mengajar para pengikut-Nya bahawa apabila mereka telah melakukan segala sesuatu yang diperintahkan kepada mereka, mereka harus mengakui bahawa mereka tidak patut menerima sebarang pujian atau ucapan terima kasih daripada sesiapa pun. Hal ini kerana


Melalui Iman, Kita Mampu Melakukan Hal yang Besar
'Tuhan menjawab, “Jika kamu mempunyai iman sebesar biji sawi, kamu akan dapat berkata kepada pokok ara ini, ‘Tercabutlah akar-akarmu dan tertanamlah kamu di laut,’ dan pokok ara akan menurut perintahmu.” ' (Lukas 17:6) AVB Yesus memberikan jaminan kepada para pengikut-Nya tentang kuasa iman. Walaupun iman yang mereka miliki hanya sebesar biji sawi, mereka tetap dapat berkata kepada pokok ara, “Tercabutlah dan tertanamlah di laut,” dan pokok itu pasti akan menurut perintah mer


Sentiasa Mengampuni Orang yang Bersalah terhadap Kita
'Jika dia berdosa sebanyak tujuh kali terhadapmu dalam sehari dan setiap kali dia datang kepadamu serta berkata, ‘Aku bertaubat,’ kamu hendaklah mengampuninya.” '(Lukas 17:4) AVB Yesus mengajar para pengikut-Nya supaya sentiasa memberi pengampunan kepada mereka yang berulang kali melakukan kesalahan terhadap diri mereka. Mereka harus terus mengampuni apabila seseorang itu sedar akan dosanya dan datang memohon pengampunan. Sebagai orang yang percaya, kita harus sentiasa member


Jangan Takut untuk Memberikan Teguran
'Berwaspadalah! Jika saudaramu telah berbuat dosa terhadapmu, tegurlah dia dan jika dia bertaubat, ampunilah dia. ' (Lukas 17:3) AVB Yesus mengingatkan para pengikut-Nya supaya sentiasa memperhatikan diri mereka dan terus berjaga-jaga agar tidak disesatkan. Oleh itu, jika ada saudara seiman yang melakukan kesalahan terhadap mereka, mereka harus menegurnya. Sekiranya orang itu menyesali dosanya, maka mereka harus mengampuninya. Sebagai pengikut Tuhan Yesus, kita hendaklah berh


Berhati-hati Terhadap Penyesat
'Yesus berkata kepada murid-murid-Nya: “Hal yang membuat orang melakukan dosa memang ada, tetapi malangnya bagi orang yang menyebabkan hal-hal itu berlaku. ' (Lukas 17:1) AVB Yesus sedang mengajar para pengikut-Nya supaya sentiasa berhati-hati terhadap mereka yang berusaha menyesatkan orang yang lemah dalam Kristus, sama ada melalui perkataan mahupun perbuatan mereka. Tujuan mereka ialah untuk membuat orang yang lemah menjadi putus asa dalam melayani Kristus dan tidak lagi me
bottom of page
