top of page
Support Us
Support Us
Get Involved
I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.
Search


Mengetahui Rahsia Untuk Menghadapi Pelbagai Keadaan
Aku tahu bagaimana hidup miskin hina dan bagaimana hidup mewah mulia. Di mana-mana dan dalam apa sahaja, aku telah belajar berasa cukup, baik kenyang atau lapar, senang atau susah. Filipi 4:12 AVB Rasul Paulus berkata kepada saudara saudari dalam Kristus di Filipi bahawa dia sudah menemukan rahsia bagaimana hidup dengan berasa cukup dan berpuas hati dalam segala keadaan, baik keadaan sewaktu dia kenyang mahupun keadaan sewaktu dia lapar. Demikian juga keadaan sewaktu dia hi


Belajar Berasa Cukup
Aku tidak bercakap disebabkan kekurangan, kerana dalam keadaan apa pun aku telah belajar berasa cukup. Filipi 4:11 AVB Rasul Paulus berkata kepada saudara saudari dalam Kristus di Filipi bahawa dia sudah belajar bagaimana hidup dengan berasa cukup dan berpuas hati terhadap apa sahaja yang ada pada dirinya. Walaupun dia dikurung di dalam penjara, namun dia tetap bersukacita dalam keadaan apa pun, baik dia memiliki banyak mahupun sedikit. Dia memberitahukan segala keperlua


Bersukacita Dalam Tuhan
Tetapi aku amat bersukacita dalam Tuhan kerana akhirnya sekarang prihatinmu terhadapku telah semarak semula. Sebenarnya dahulu pun kamu sudah mengambil berat terhadapku, tetapi tidak ada kesempatan bagimu. Filipi 4:10 AVB Rasul Paulus sekarang ini sedang menjalani sisa-sisa hidupnya di dalam penjara. Namun demikian, dalam hidupnya yang bersatu dengan Tuhan, dia bersukacita kerana setelah sedemikian lama, sekali lagi saudara saudari dalam Kristus di Filipi berpeluang mengam


Lakukan Apa Yang Dipelajari
Segala yang kamu pelajari, terima, dengar dan lihat dalam diriku — lakukanlah. Maka Allah, sumber segala damai sejahtera akan bersertamu. Filipi 4:9 AVB Sebelum ini, rasul Paulus telah menasihati saudara saudari dalam Kristus di Filipi supaya sentiasa mengarahkan seluruh fikiran mereka kepada apa sahaja yang benar, apa sahaja yang mulia, apa sahaja yang adil, apa sahaja yang suci, apa sahaja yang indah, dan apa sahaja yang dipandang tinggi. Pendek kata, mereka digesa untuk


Tumpukan Fikiran Hanya Kepada Apa Yang Baik
Akhir sekali, saudara-saudaraku, apa sahaja yang benar, apa sahaja yang mulia, apa sahaja yang adil, apa sahaja yang suci, apa sahaja yang indah, apa sahaja yang dipandang tinggi — jika ada sesuatu yang baik dan jika ada sesuatu yang terpuji — tumpukan fikiran kepadanya. Filipi 4:8 AVB Akhir sekali Rasul Paulus menggesa saudara saudari dalam Kristus di Filipi untuk menumpukan fikiran hanya kepada apa sahaja yang benar, apa sahaja yang mulia, apa sahaja yang adil, apa sahaj


Sejahtera Allah Memelihara Hati Dan Fikiran Kita
Dan sejahtera Allah yang melebihi pengertian manusia akan memelihara hati dan fikiranmu dalam Kristus Yesus. Filipi 4:7 AVB Rasul Paulus telah menggesa saudara saudari dalam Kristus di Filipi supaya tidak bimbang akan apa-apa pun. Dalam segala hal, mereka boleh memberitahukan hasrat mereka kepada Allah dengan berdoa dan memohon sambil mengucapkan kesyukuran kepada-Nya. Apabila mereka berpaling daripada kebimbangan kepada doa dan kesyukuran, janji indahnya ialah Allah akan


Janganlah Bimbangkan Apa Pun
Jangan bimbangkan apa pun. Dalam segala hal, dengan berdoa dan memohon, dengan mengucapkan kesyukuran, beritahulah hasratmu kepada Allah. Filipi 4:6 AVB Setelah Rasul Paulus menggesa semua saudara saudari dalam Kristus di Filipi untuk membiarkan sikap mereka yang lemah lembut diketahui semua orang, dia menasihati mereka supaya tidak khuatir atau bimbang akan apa-apa pun. Sebaliknya, mereka harus memberitahukan setiap keperluan kepada Allah dalam doa dan permohonan. Sewaktu


Sikap Kita Yang Lemah Lembut Diketahui Semua Orang
Biar sikapmu yang lemah lembut diketahui oleh semua orang. Tuhan ada berhampiran. Filipi 4:5 AVB Selain bersukacita sentiasa dalam Tuhan, Rasul Paulus menggesa saudara saudari dalam Kristus di Filipi supaya membiarkan sikap mereka yang lemah lembut diketahui oleh semua orang. Ungkapan yang membawa maksud yang lebih kurang sama digunakan dalam versi Alkitab yang berlainan. Sebagai contoh, Alkitab Berita Baik mengatakan, “Hendaklah kamu bertolak ansur.” Alkitab Terjemahan Bar


Bersukacitalah Dalam Tuhan
Bersukacitalah dalam Tuhan sentiasa. Kukatakan lagi: Bersukacitalah! Filipi 4:4 AVB Rasul Paulus menggesa saudara saudari dalam Kristus di Filipi supaya mereka sentiasa bersukacita dalam Tuhan kerana mereka sudah hidup bersatu dengan Tuhan Yesus. Perkataan “bersukacita” disebut dua kali oleh Paulus untuk menekankan betapa pentingnya bersukacita dalam Tuhan. Apakah erti “sukacita” dalam konteks Alkitab? “Sukacita” ialah kebahagiaan, kegembiraan atau senang hati yang bersu


Jadilah Pendamai
Dan aku meminta kepadamu juga, teman sejati, bantulah perempuan-perempuan ini yang telah berusaha bersamaku untuk Injil, juga dengan Klemen serta teman sekerjaku yang lain, yang nama-nama mereka ada dalam Kitab Hidup. Filipi 4:3 AVB Rasul Paulus meminta seorang teman sejati yang tidak diketahui namanya untuk membantu dirinya menyelesaikan perselisihan yang terjadi antara Euodia dengan Sintikhe. Besar kemungkinan teman sejati Paulus ini seorang pemimpin jemaah di Filipi yan
bottom of page
