top of page

Forum Posts

Tang Hockmen
Oct 24, 2022
In Inspirasi & Renungan
Markus 4: 35 : 41 35Pada petang itu juga, Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, "Marilah kita pergi ke seberang sana." 36Ketika itu Yesus di dalam perahu. Para murid-Nya meninggalkan orang ramai itu di pantai lalu belayar bersama-Nya. Ada beberapa perahu lain yang belayar bersama-sama. 37Lalu angin ribut bertiup kencang dan ombak melanda perahu sehingga hampir dipenuhi air. 38Ketika itu Yesus sedang tidur di buritan perahu, kepala-Nya beralaskan bantal. Para murid-Nya membangunkan Dia lalu berkata, "Guru, tidakkah Engkau peduli? Kita hampir karam!" 39Yesus bangun lalu menegur angin dan berkata kepada ombak, "Diam! Tenanglah!" Angin pun reda dan laut menjadi tenang. 40Kemudian Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, "Mengapa kamu begitu takut? Mengapa kamu masih tidak percaya?" 41Mereka berasa gerun lalu berkata sesama sendiri, "Siapakah Dia ini? Angin dan ombak pun mengikut perintah-Nya!" Dalam Alktab, penulis Injil tidak ada masa untuk tulis tentang Yesus sedang tidur. Kecuali disini. Yang kita seringkali baca ialah Yesus sedang gait dan rajin bekerja. Kita sering baca tentang Yesus mengajar, Yesus menyembuh orang sakit. Petikan ini luarbiasa kerana Yesus tidur waktu orang lain sedang rasa takut dan tidak boleh tidur. Inilah Yesus- dia buat apa yang orang lain tak boleh buat atau tak berani buat. Siapakah orang ini? Dan Yesus juga meredakan angin dan ombak yang buat murid-muridnya cemas. 41Mereka berasa gerun lalu berkata sesama sendiri, "Siapakah Dia ini? Angin dan ombak pun mengikut perintah-Nya!" Betul kita harus tanya saperti murid dia: “ siapakah orang ini?” Soalan ini akan dijawab. Walaubagaimana pun, kalau belum di jawab, satu perkara yang kita boleh buat ialah ini. Waktu kamu cemas atau perlu pertolongan, minta tolong dari Yesus. Yesus akan tolong. Tidak semestinya dengan sertamerta, tetapi dia akan tolong. Tuhan berkati.
2
0
65
Tang Hockmen
Oct 07, 2022
In Inspirasi & Renungan
Ibarat tentang benih yang tumbuh 26Yesus berkata seterusnya, "Kerajaan Allah ibarat seorang yang menabur benih di ladangnya. 27Malam dia tidur, siang dia bekerja. Benih itu terus-menerus tumbuh dan membesar. Dia tidak faham bagaimana hal itu terjadi. 28Tanahlah yang menumbuhkan tanaman hingga berbuah – mula-mula pucuk, kemudian bulir, akhirnya buah. 29GSetelah masak, buahnya disabit oleh orang itu dengan segera kerana musim menuai telah tiba." Ibarat tentang biji sesawi 30"Dengan apakah dapat kita bandingkan kerajaan Allah?" kata Yesus lagi. "Apakah ibarat yang dapat digunakan untuk menjelaskannya? 31Kerajaan Allah itu seperti sebutir biji sesawi paling kecil di dunia yang ditabur di tanah. 32Tetapi apabila ditabur, benih itu tumbuh dan menjadi tumbuhan yang terbesar. Dahannya begitu rimbun sehingga burung di udara membuat sarang di bawah keteduhannya." 33Dengan banyak ibarat yang semacam itu Yesus mengajar tentang firman kepada mereka, setakat yang dapat mereka faham. 34Dia tidak berucap kepada mereka tanpa menggunakan ibarat. Tetapi apabila Dia bersendiri dengan murid-murid-Nya, Dia menjelaskan segala-galanya. Yesus mengajar dengan ibarat. Dalam mengunakan ibarat, Yesus mempraktikan satu prinsip pengajaran yang mesti digunakan dalam pengajaran. Apakah prinsip itu? Prinsip yang dimaksudkan ialah “ dari apa yang sudah kita tahu ke apa yang kita tak tahu”. Dalam Bahasa Inggeris: “From the known to the unknown”. Dalam masyarakat Yahudi 2000 tahun dahulu, pertanian atau perternakkan atau menjala ikan ialah pekerjaan yang paling banyak dilakukan. Maka, seringkali, Yesus mengunakkan penabur, biji , buah-buahan anggur, zaitun, ikan, tanah, gandum, musim penuaian dll untuk mengajar tentang Kerajaan Allah. Ajaran tentang Kerajaan Allah ialah ajaran alam rohani atau spiritual. Alam rohani tidak boleh dinampak. Kita manusia hanya boleh rasa atau menikmati kesan dan kebaikkan dari menjadi anggota dalam Kerajaan Allah. Kita boleh nampak umat Kristian atau orang percaya, tetapi kita tak boleh nampak kerajaan Allah. Kerajaan Allah bukan ada sempadan atas tanah atau lokasi, tetapi ia wujud dan anggota Kerajaan Allah boleh menikmati berkat dari Raja Kerajaan itu. (The members of that Kingdom enjoy the blessings from the King of that Kingdom) Dalam dua ibarat dalam petikan kita, kita dapati, Kerajaan Allah bertumbah dengan cara yang kita tak nampak. Dalam ibarat pertama, penabur hanya menabur dan menuai. Selain menjaga rumput dan membaja dan menyiram, perkara lain yang berlaku dia tak tahu. Dia tak nampak macam mana biji menjadi padi dalam 6 bulan. (hari ini dalam zaman sains kita tahu). Dalam ibarat ini dia menabur dan menuai. Apakah ajaran untuk kita? Ajaran ini: dalam hal pertumbuhan Kerajaan Allah, orang Kristian punya tugas ialah berkongsi injil dan tunggu masa untuk membawa kawan kita jadi percaya. Yang lain ialah kerja Ruh Kudus dalam alam spiritual yang kita tak nampak. Bukan kepintaran kita yang buat kawan kita percaya. Itu ialah kerja Ruh Kudus. (Rujuk Yohanes 3:8). Dan dengan cara itulah Kerajaan Allah bertumbuh. Permulaannya kecil dan senyap tetapi akhirnya Kerajaan Allah menjadi gergasi kerana kuasa Allah. Kita perkerja. Jadi kita mesti tabur injil. Tuhan berkati.
1
0
8
Tang Hockmen
Sep 27, 2022
In Inspirasi & Renungan
Markus 4 :21- 25 Ibarat tentang pelita 21CYesus berkata pula, "Pernahkah orang memasang pelita lalu menyorokkannya di bawah pasu atau katil? Tentu diletakkannya di atas kaki pelita. 22DYang tersembunyi akan dinyatakan, yang dirahsiakan akan didedahkan. 23Jika kamu bertelinga, dengarlah." 24ESelepas itu Yesus berkata, "Perhatikan apa yang kamu dengar. Ukuran yang kamu gunakan untuk mengukur akan digunakan terhadapmu, malah lebih berat lagi. 25FSesiapa yang ada sesuatu akan diberi lebih banyak lagi; tetapi sesiapa yang tidak mempunyai sesuatu, sedikit yang ada padanya pun akan diambil daripadanya." Pelita dipasang untuk memberi cahaya, supaya orang dalam kegelapan boleh melihat. Tiada orang pasang lampu dan letaknya dibawah tudung supaya keadaan terus gelap. Yesus mengajar ibarat ini dengan merujuk kepada Markus 4: 12 12Bsupaya: 'Mereka terus melihat tetapi tidak nampak, mereka terus mendengar tetapi tidak mengerti; kerana sekiranya mereka mengerti, mereka akan berpaling dan diampuni!' " petikan dari Yesaya 6: 9,10. Kata yang di terjemakan sebagai supaya ialah terjemahan Yunani ina (hina) Kalau diterjemahkan sebagai supaya saperti di teks ini, ia nampak sebagai Yesus hendak buat orang luar tidak faham. Tetapi ini bukan maksud Yesus. Kata ina ada maksud “self fulfilling”. Self fulfilling ertinya: orang yang mendengar itu lah bertanggungjawab samaada dia faham atau tidak faham. Kalau dia mahu tahu dia akan tahu. Kalau dia tak mahu tahu, dia tidak akan tahu. Hal ini saya telah terangkan pada perkongsian sebelum ini. Jadi ibarat Yesus tentang pelita merujuk kepada firman Yesaya ini. Ibarat (parable) bukan digunakan suapya orang dalam kegelapan terus dalam kegelapan. Ibarat digunakan oleh Yesus untuk memberi keterangan mengenai Kerajaan Allah. Ibarat di pakai supaya orang dalam kejahilan dapat tahu – saperti pelita menghapus kegelapan. Selepas memberi keterangan ini, Yesus teruskan dengan , "Perhatikan apa yang kamu dengar. Ukuran yang kamu gunakan untuk mengukur akan digunakan terhadapmu, malah lebih berat lagi. 25FSesiapa yang ada sesuatu akan diberi lebih banyak lagi; tetapi sesiapa yang tidak mempunyai sesuatu, sedikit yang ada padanya pun akan diambil daripadanya." Maksud ibarat ini ialah ukuran kamu terhadap firman Tuhan akan digunakan untuk mengukur kamu sendiri. Ini ialah keterangan mengenai “ina”. Kalau kamu anggapkan firman atau ucapan Yesus sebagai sesuatu yang bernilai dan kamu mahu tahu lagi, kamu akan dapat pengertian. Tuhan akan menerangkan supaya kamu faham. Contoh ialah murid Yesus. Mereka tak faham. Maka mereka tanya Yesus apa maksud ibarat tentang seorang penabur. (Markus 4:10). Yesus terangkan. Dan pengetahuan mereka sudah bertambah selepas keterangan Yesus. Kalau sikap kamu terhadap firman Tuhan ialah tak berminat, tak nak tahu, kamu rugi besar. Sedikit pengertian yang kamu ada sebelum ini akan hilang juga. Kenyataan ini benar dalam kehidupan umat Kristian. Kalau seorang Kristian tidak taati firman yang dia sudah tahu, (kerana dia malas, atau dia cuai atau dia kehilanagn iman, atau atas sebab lain) akhirnya lama kelamaan, apa yang dia tahu pun hilang , dilupakan atau dia langsung tidak percaya lagi. Berhati-hati saudara saudari, jangan menjadi cuai, kalau ada firman yang kamu tak faham, cari dengan tekun dan kamu akan dapat. Kita mengingati kata Yesus dalam Matiua 7 7"Mintalah, dan kamu akan menerimanya; carilah, dan kamu akan mendapatnya; ketuklah pintu, dan pintu akan dibuka untukmu. 8Setiap orang yang meminta akan menerima, setiap orang yang mencari akan mendapat; dan setiap orang yang mengetuk, pintu akan dibuka untuknya. Tuhan berkati.
2
0
43
Tang Hockmen
Aug 22, 2022
In Inspirasi & Renungan
Teks ini bertajuk ibarat (parable) tentang seorang penabur. Yesus ceritakan ibarat ini dan kemudian dia terangkan maksud ibarat ini. Dan keterangan Yesus sempurna jelas. Jadi saya tidak akan tambah kepada keterangan Yesus Kristus. Apa yang saya mahu buat ialah terangkan mengapa Yesus mengajar mengunakan ibarat. Kita kaji dahulu kata Yesus dalam ay. 11,12. 11Yesus berkata kepada mereka, "Kamu telah diberi rahsia kerajaan Allah. Tetapi orang luar akan mendengar segala sesuatu melalui ibarat, 12 supaya: 'Mereka terus melihat tetapi tidak nampak, mereka terus mendengar tetapi tidak mengerti; kerana sekiranya mereka mengerti, mereka akan berpaling dan diampuni!' " Apakah maksud kata-kata Yesus ini? Ayat 12, ialah singkatan petikan dari Yesaya 6:9,10. Ayat 12 mula dengan kata supaya. Ini ialah terjemahan Yunani ina (hina) yang bukan senang hendak terjemah. Kalau terjemah sebagai supaya saperti di teks ini, ia nampak sebagai Yesus hendak buat orang luar tidak faham. Tetapi ini bukan maksud Yesus. Kata ina ada maksud “self fulfilling”. Self fulfilling ertinya: orang yang mendengar itu lah bertanggungjawab samaada dia faham atau tidak faham. Dalam ibarat penabur ini, ada empat jenis tanah. Dan Yesus terangkan bahawa ini ialah empat jenis manusia. Ada jenis yang tak mahu tahu maksud injil Yesus Kristus. Ada manusia yang cetek sahaja. Ada manusia yang cepat terima dan cepat kehilangan iman. Hanya satu jenis sahaja yang teruskan bertumbuh dan berbuah lebat. Manusia saperti anak murid Yesus Kristus, mereka mahu tahu lebih lagi. Sebab itulah mereka datang tanya maksud ibarat. Kalau manusia itu tak mahu tahu, dia tidak akan datang ke Tuhan dan diselamatkan. Maka petikan dari Yesaya 6 itu digenapi oleh orang itu sendiri. “Self fulfilling” Applikasi untuk kita ialah apakah respons kita terhadap Yesus Kristus. Kamu ini apa jenis tanah? Tuhan berkati.
1
1
64
Tang Hockmen
Jun 21, 2022
In Inspirasi & Renungan
Markus 3: 31-35. Saudara Mara Yesus Kristus. 31Apabila ibu dan saudara-saudara Yesus tiba, mereka menanti di luar dan menyuruh orang memanggil-Nya. 32Pada waktu itu, orang ramai duduk di sekeliling Yesus berkata kepada-Nya, "Lihatlah! Ibu dan saudara-saudara-Mu ada di luar. Mereka hendak bertemu dengan-Mu." 33Yesus menjawab, "Siapakah ibu-Ku? Siapakah saudara-saudara-Ku?" 34Dia memandang semua orang yang duduk di sekeliling-Nya lalu berkata, "Lihat, inilah ibu dan saudara-saudara-Ku! 35Sesiapa yang melakukan kehendak Allah, dialah saudara lelaki, saudara perempuan, dan ibu-Ku." Penantian di luar menyebabkan mesej dihantar ke Yesus. Peristiswa ini ialah perlakuan yang biasa, tetapi Yesus mengunakannya untuk ajar sesuatu. Apakah ajaran itu? Ajaran itu ialah: 35Sesiapa yang melakukan kehendak Allah, dialah saudara lelaki, saudara perempuan, dan ibu-Ku." Soalan yang penting yang timbul dari kata Yesus ialah apa itu kehendak Allah? Kehendak Allah ialah apa yang difirmankan oleh Allah. Allah ialah Allah yang berucap dengan ciptaanNya. Kita, manusia, ialah kemuncak ciptaanNya. Manusia, dicipta ikut rupa Allah boleh faham dan laku kehendak Allah. Sebelum Adam dan Hawa memberontak, mereka boleh berbual dengan Allah. Hari ini Allah bercakap dengan kita melalui Alkitab iaitu firman Allah. Dia juga bisik kepada kita melalui Ruh Kudus yang tinggal dalam setiap orang yang percaya. Orang yang mengkufuri Ruh Kudus kehilangan satu cara untuk Allah bercakap dengan dia. Bahkan dia tidak diampuni. (Lihat Renungan sebelum) Laku kehendak Allah ialah laku baik, laku adil, laku kasih. Tetapi kehendak Allah yang paling penting sekali ialah ini: 40Demikianlah kehendak Bapa-Ku, iaitu setiap orang yang melihat Anak-Nya dan percaya kepada-Nya akan mendapat hidup yang kekal, dan Aku akan membangkitkannya pada hari akhir." (Yohanes 6:40). Sebenarnya percaya dalam Yesus ialah asas untuk kita laku kehendak Allah. Tanpa Yesus didalam kamu, kamu punya laku baik, laku adil, laku kasih diibaratkan sebagai kain kotor. (Yesaya 64:6) Kamu mahu laku baik? Percaya Yesus dahulu. Dan kamu akan menjadi saudara mara Yesus. Kamu akan menjadi anak Allah. Tuhan berkati.
2
0
32
Tang Hockmen
May 05, 2022
In Inspirasi & Renungan
Yesus dan murid-muridnya begitu sibuk sehingga tidak sempat makan. Tindakan tidak mementingkan diri sendiri ini di intepretasikan sebagai kelakuan yang tidak siuman. Pendapat yang salah ini menjadi viral. (bukan melaluii Internet). Melalui gossip. Pendapat yang salah ini sampai ke telinga keluarga Yesus dan golongan guru Taurat. Ada dua reaksi yang berlainan. Keluarganya datang ambil dia. Guru Taurat kata Yesus dirasuk ruh iblis. Yesus membuat tiga komen tentang kata-kata guru-guru Taurat ini. Kommen pertama ialah guru-guru Taurat ini tiada lojik. Iblis tidak lawan iblis kerana mereka dalam pihak/pasukan yang sama. Kommen kedua ialah iblis diibaratkan sebagai orang gagah. Tetapi Yesus ialah orang yang boleh ikat orang gagah itu. Kommen ini mesti buatkan kita berfikir. Siapa ini Yesus Kristus yang kalahkan iblis? Manusia yang biasa tidak ada kuasa untuk kalahkan iblis. Kommen ketiga ditujukan kepada guru-guru Taurat. Semua dosa mengkufuri manusia boleh diampuni tetapi dosa mengkufuri Ruh Kudus tidak akan diampuni. Dari ayat 30, kita tahu bahawa dosa mengkufuri Ruh Kudus ialah mengelarkan Ruh Kudus sebagai ruh iblis. Ruh dalam Yesus ialah Ruh Kudus. Jangan sekali kali ada orang mengatakan ruh di dalam Yesus ialah ruh iblis. Tuhan berkati.
2
0
19
Tang Hockmen
Mar 15, 2022
In Inspirasi & Renungan
Markus 3:13-19. Dari Markus 3:1-12, kita dapati 3 perkara: 1. Opposisi terhadap Yesus Kristus makin bertambah sehingga ada pihak yang mahu membunuh dia. 2. Kemasyhuran Yesus sebagai penyembuh mula bertambah dan ramai orang mencari dia. 3. Roh jahat mengenal dia sebagai Anak Allah. Di tengah perlakuan-perlakuan ini, Yesus Kristus memilih muridnya. Dia memilih 12 murid untuk menjadi rasul. Mereka ditugaskan untuk memberitakan injil. Dan mereka di kurniakan dengan kuasa untuk mengusir ruh jahat. Antara yang dipilih ialah Yudas Iskariot yang kelak akan mengkhianati Yesus. Yudas Iskariot ialah watak yang trajik. Dia dipilih oleh Yesus sendiri dan dialah yang akan jadi pengkhianat. Soalan yang timbul ialah: adakah Yesus membuat kesilapan. Jawaban: tidak. Yesus tak silap. Yesus tahu Yudas akan mengkhianatinya, tetapi tetap memilih dia. Ini bermakna dalam rancangan Allah, Yudas dipilih untuk mengkhianati Yesus. Saya tidak percaya Yudas merancang untuk menjadi pengkhianat dari saat dia dipilih. Saperti murid yang lain yang dipilih, dia merasa bangga. Tetapi lama kelamaan apabila opposisi bertambah dan dia dapati Yesus menyifatkan penetua Judaisme sebagai munafik, dia kecewa dan mulai menyesal menjadi pengikut Yesus. Kita jangan lupa Yudas ialah Yahudi, pengikut Judaisme. Atau apabila opposisi bertambah, Yudas nampak peluang untuk dapat wang. Jadi ini ialah dua kemungkinan mengapa Yudas menjadi pengkhianat. Tetapi sesudah dapat wang itu, dia menyesal apabila dia dapat tahu Yesus akan dibunuh atas salib. Dia pulangkan wang itu dan membunuh diri. Ada apa ajaran untuk kita dari Yudas Iskariot, watak yang tragik dalam Alkitab? Ajaran yang pertama ialah menjadi pengikut Yesus bukan senang. Dalam Lukas 14:25-35, Yesus mengajar kita ada pengorbanan untuk menjadi murid Yesus. Kita akan dapat berkat dan kehidupan kekal dan kuasa dan pengampunan dosa apabila kita percaya Yesus. Tetapi sambil itu kita kena lepaskan hak milik kita atas semua barang duniawi yang kita ada. Ini bukan bermakna kita akan menjadi miskin dengan serta merta. Maknanya ialah kita pegang harta kita dengan cengkaman yang longgar. Ada bisnesman Kristian yang diberkati banyak oleh Allah, tetapi dia tidak kedekut. Lukas 14: 33Begitu juga sesiapa antara kamu yang tidak meninggalkan segala miliknya, tidak boleh menjadi murid-Ku." Bukan senang menjadi murid Yesus. Ada yang korbankan harta, keluarga , bahkan nyawa juga. Tetapi keuntungan ialah sesuatu yang abadi. Ada satu soalan lagi yang mungkin timbul. Soalannya: Boleh kah kita salahkan Yudas? Bukan kah sudah ditentukan oleh Allah bahawa dia akan mengkhianati Yesus? Jawaban: Allah Daulat, tetapi manusia bebas buat keputusan. Justeru itu manusia bertangungjawab atas keputusan yang dibuatnya, walaupun Allah Daulat. Sama juga, kita pilih percaya Yesus, tetapi menurut Efesus 1:4, Allah telah pilih kita sebelum dunia diciptakan. Kia ada banyak jenis murid Yesus. Dan semua jenis ini membentuk satu spektrum. Spektrum itu terdiri daripada murid yang berbuah dan berkorban, ke yang murtad kerana kesusahan atau tarikan wang. Spektrum mempunyai orang saperti Paulus dan Yohanes ke Petrus hingga ke orang yang setia dan kecil, hingga orang yang suam, hingga ke Yudas Iskariot. Mari kita memutus untuk menjadi setia sampai akhir dan sentiasa berdoa supaya Allah memelihara kita dan memberi kita kasih kurnia supaya kita tidak menjadi Yudas. Tuhan berkati.
2
1
42
Tang Hockmen
Feb 02, 2022
In Inspirasi & Renungan
Markus 3:1-6. 1Kemudian Yesus masuk semula ke saumaah.i Di situ ada seorang yang lumpuh sebelah tangannya. 2Ada beberapa orang cuba mencari alasan untuk menuduh Yesus. Oleh itu, mereka mengawasi Yesus sama ada Dia menyembuhkan orang itu pada hari Sabat. 3Yesus berkata kepada orang yang lumpuh sebelah tangannya itu, "Berdiri, marilah ke depan." 4Kemudian Dia menyoal orang di situ, "Manakah yang boleh kita lakukan pada hari Sabat: berbuat baik atau berbuat jahat? Menyelamatkan atau membinasakan nyawa?" Tetapi semuanya berdiam diri. 5Yesus memandang orang di sekeliling-Nya dengan rasa marah dan amat dukacita dengan mereka yang begitu keras hati. Lalu Dia berkata kepada orang yang lumpuh sebelah tangannya itu, "Hulurkan tanganmu." Orang itu pun menghulurkan tangannya yang lumpuh, lalu tangan itu terus sembuh. 6Orang Farisi keluar dari situ lalu segera berpakat dengan beberapa anggota golongan Herodes untuk membunuh Yesus. Pembangkang terhadap Yesus kian bertambah. Ada orang mengawasi Yesus untuk mencari sebab untuk menuduh dia. Kebetulan ada seorang cacat di saumaah pada hari Sabat itu. Orang ramai sudah tahu bahawa menyelamatkan nyawa dibenarkan pada hari Sabat. Juga orang tahu Yesus, Anak manusia adalah Tuhan atas hari Sabat. Sekarang ada peluang untuk mendalami ajaran mengenai Sabat. Maka Yesus tanya soalan : "Manakah yang boleh kita lakukan pada hari Sabat: berbuat baik atau berbuat jahat? Menyelamatkan atau membinasakan nyawa?”(ayat 4) Untuk faham soalan ini, kita rujuk balik ke contoh Yesus mengenai Raja Daud makan roti persembahan. Di sini, tidak makan ialah ikut hukum (baik) dan makan ialah ingkar hukum (jahat). Waktu makan roti larangan itu, makan menyelamatkan nyawa orang lapar (baik) dan tidak makan mudaratkan nyawa (jahat). Soalan Yesus tepat sekali. Jawaban jelas sekali ialah buat baik. Kita bukan sahaja kena pilih antara baik dan jahat pada hari Sabat. Tiap-tiap hari kita mesti pilih untuk buat baik. Orang ramai tidak menjawab. Tidak menjawab sebenarnya adalah satu pilihan. Mereka tidak menjawab oleh kerana jawaban mereka (buat baik) bukan bahan untuk menuduh Yesus. Apa yang didalam hati mereka sudah nyata. Mereka bukan mahu belajar kebenaran tetapi niat mereka ialah mahu cari alasan untuk menuduh Yesus. Teguran Yesus tepat untuk orang ramai di situ hari itu di saumaah itu. Maka Yesus sembuh orang itu. Dan kebencian orang Farisi terhadap Yesus bertambah. Apakah aplikasi untuk kita? 1. Sabat diwujudkan untuk manusia dan bukan manusia untuk Sabat. Kita dibenarkan laku baik pada hari Sabat. 2. Jaga hati kita dengan baik. Kadang-kadang apa yang kita harapkan Tuhan jawab, tidak dijawab. Bersuykur, terima saja jawaban Tuhan. Jawaban itu walaupun tidak ikut spesifikasi kita, ialah untuk kebaikkan kita. Jangan keras hati saperti orang ramai dalam peristiwa ini. Tuhan berkati.
2
0
17
Tang Hockmen
Jan 12, 2022
In Inspirasi & Renungan
Markus 2 23-28. 23APada suatu hari Sabat, Yesus dan murid-murid-Nya berjalan melalui ladang gandum. Para murid-Nya mula memetik bulir gandum. 24Kemudian orang Farisi berkata kepada Yesus, "Lihatlah, mereka melakukan sesuatu yang dilarang pada hari Sabat!" 25Yesus menjawab, "Tidakkah kamu membaca apa yang dilakukan oleh Daud semasa dia dan mereka yang berada bersamanya kekurangan dan kelaparan? 26BCDia masuk ke Rumah Allah sewaktu Abiatar berjawat sebagai imam besar lalu makan roti persembahan, meskipun perbuatan itu dilarang kerana hanya imam dibenarkan makan roti itu. Daud juga memberikan roti itu kepada mereka yang ada bersamanya." 27Yesus menambah, "Hari Sabat diwujudkan untuk manusia, bukannya manusia diwujudkan untuk hari Sabat. 28Jadi Anak Manusia jugalah Tuhan atas hari Sabat." Murid Yesus memetik bulir gandum pada hari Sabat. Dan tindakan ini timbulkan soalan dari gulungan Farisi. Kononnya murid Yesus telah langgar hukum Sabat. Jawaban Yesus dalam ay. 25-28 memberi kita 3 ajaran. 1. Manusia yang hidup bermasyarakat mesti ada peraturan dan hukum dan undang-undang. Tetapi ada satu undang-undang yang dicipta Allah yang boleh mengatasi undang2 Allah yang lain. Undang2 itu ialah selamatkan nyawa manusia ialah prioriti yang paing tinggi. Ia tentu boleh juga mengatasi intepretasi manusiawi tentang hukum Allah. Semua peraturan, ketetapan, hukum, dan undang2 yang baik datang dari Allah sendiri. Ini semua ialah untuk kebaikkan manusia. Atau untuk faedah manusia supaya manusia boleh hidup dalam aman dan damai. Maka kalau mengikuti satu undang2 akan memudaratkan kehidupan, maka undang2 itu boleh di ketepikan. Maka kita boleh menyembuhkan orang sakit pada hari Sabat (Lukas 14:1-5) Dan Daud dibenarkan makan roti persembahan. Maka murid Yesus di benarkan bekerja memetil bulir gandum pada hari Sabat. Dan ambulan yang angkut orang cemas sakit boleh lalui lampu isyrat merah. Secara am, Tuhan izinkan kita ketepikan undang2 yang baik untuk selamatkan nyawa orang. 2. Berkait rapat dengan soalan ini ialah ayat 28. Dari ayat 28 kita dapati Allah sendiri adalah hukum. Allah ialah Tuhan atas hari Sabat. Dan Tuhan atas semua undang2 yang lain Maka kita nampak prinsip ini dipraktikan apabila Petrus dan Yohanes menjawab pihak berkuasa Israel dalam Kisah Para Rasul 4: 19”Tetapi Petrus dan Yohanes menjawab, "Wajarkah pada pandangan Allah jika kami mendengar katamu lebih daripada mendengar kata Allah? Timbangkanlah,…” Oleh kerana Allah ialah Tuan atas semua undang2, maka kita boleh mengetepikan peraturan manusia yang bercanggah dengan arahan Allah. Di bawah pentadbiran Taliban, semenjak August 2021, semua Christian mesti kembali menjadi Muslim. Kamu ikut arahan itu kah? 3. "Hari Sabat diwujudkan untuk manusia, bukannya manusia diwujudkan untuk hari Sabat ( ayat 27.) Apakah applikasi untuk kita? Applikasi: kebajikan manusia lebih penting daripada peraturan. Peraturan digubal untuk kebajikan manusia. Maka kalau mengikuti peraturan itu mudaratkan manusia, kita jangan ikut. Manusia dicipta bukan untuk mengagungkan peraturan. Manusia di cipta untuk agungkan Allah. Anak manusia (Yesus Kristus) adalah Tuhan atas hari Sabat. Siapa ini Yesus Kristus? Dalam renungan akan datang, kita akan tahu siapa ini Yesus Kristus. Tuhan berkati
1
0
11
Tang Hockmen
Dec 02, 2021
In Inspirasi & Renungan
Markus 2:18-22 Markus 2: 18Pada suatu masa ketika para murid Yohanes Pembaptis dan murid orang Farisi berpuasa, beberapa orang datang kepada Yesus lalu bertanya, "Murid Yohanes Pembaptis dan murid orang Farisi sedang berpuasa, mengapa murid-murid-Mu tidak?" Di dalam Alkitab, amalan berpuasa tidak masuk dalam hukum atau perintah atau Taurat. Maksudnya berpuasa bukan sesuatu yang wajib kecuali di Imamat 23:27 dimana Israel di seru menahan nasfu pada hari Pendamaian. (Yom Kippur) Orang ramai berpuasa atas sebab2 yang tertentu. Misalan: semasa berkabung (2 Samuel 1:2) mengiringi doa (Kisah Para Raul 14:23) semasa kecemasan (Esther 4:16), Musa semasa dia bertemu dengan YHWH (Keluaran 34:28) amalan kehidupan beribadat Hana (Lukas 2: 37) Waktu sedih dan berdoa (Nehemiah 1:4). Di dalam petikan Markus ini, dua golongan orang Yahudi sedang berpuasa, bukan semua warga Yahudi. Kita pun tidak tahu apa sebabanya, mereka berpuasa. Mari kita kaji jawaban Yesus Kristus. 1. Yesus tidak kata murid-muridNya tidak perlu berpuasa. Dia hanya jawab belum sampai masanya. 2. Yesus menjawab dengan kiasan (allegori.) (Allegori ialah sejenis perumpamaan atau parable ). Maksud kiasan ini ialah waktu Yesus bersama dengan muridNya, mereka tak patut berpuasa. Lepas dia, Yesus, tidak lagi bersama mereka, barulah mereka boleh berpuasa, bukan wajib berpuasa. Siapa pengantin lelaki? Kita kata pengantin lelaki ialah Yesus Kristus. Ini berasakan kata-kata Yohanes dalam Yohanes 3: 27- 29. Dan dari Efesus 5: 25 dan 2 Korintus 11:2, kita juga simpulkan bahawa pengantin lelaki ialah Yesus Kristus. Kedatangan Yesus Kristus ke dunia ialah masa sukacita (Mazmur 98, Luke 2:10-14). Pada masa sukacita orang tidak berpuasa. Berpuasa ada kaitan dengan berkabung dan kecemasan. Dalam perkahwinan, upacara itu tamat dengan para jemputan beredar. Dalam kiasan ini, pengantin lelaki di ambil dari para tetamu dan pengantin perempuan. Butiran ini ada kaitan dengan Yesus Kristus di tangkap dan hadapkan ke Sanhedrin dan ke Pilatus. Yesus teruskan keteranganNya dalam ayat 21 dan 22. 21Tiada siapa akan menampal pakaian lama dengan perca kain baru, kerana tampalan baru itu akan mengecut dan semakin koyaklah pakaian lama. 22Begitu juga, tiada siapa menuangkan air anggur yang baru ke dalam kirbat kulit yang lama. Kalau dilakukan, air anggur baru akan memecahkan kirbat, dan kedua-duanya terbuang. Air anggur baru mesti dituangkan ke dalam kirbat yang baru." Maksud kiasan ini ialah dia Yesus datang membawa ugama yang baru. Ugama baru ini ada kaitan dengan ugama Israel yang sedia ada, iaitu Judaisme. ( Kaitannya ialah Judaisme adalah Perjanjian Lama dan Yesus membawa Perjanjian Baru.) Amalan baru tidak boleh di tampal kepada Judaisme. Atau amalan baru dalam Perjanjian Baru tidak boleh masuk kedalam agama lama. Kalau kita campur aduk begitu sahaja, masaalah besar akan berlaku. Kedua-dua agama rosak. Ada 3 applikasi buat kita pada zaman modern ini. 1. Kalau kamu tak erti apakah itu Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru, kamu patut hubungi kita untuk keterangan selanjut. 2. Untuk kita sekarang, tiada musim berpuasa ditetapkan. Orang berpuasa pada Lent ialah amalan tradisi gereja. Selain tradisi gereja, orang Keristian boleh berpuasa atas sebab2 yang tertentu. (Matius 17:21) 3. Kita harus tanya mengapakah Markus laporkan peristiwa ini. Ajaran pokok bukan ajaran mengenai puasa. Dalam petikan kita, soalan puasa ialah batu lonjatan untuk kesaksian oleh Yesus Kristus mengenai misiNya ke dunia ini. Kita boleh belajar bagaiman pakai situasi tertentu sebagai batu lonjatan untuk bersaksi. Tuhan berkati.
1
1
25
Tang Hockmen
Oct 21, 2021
In Inspirasi & Renungan
Markus 2:13-17 13Yesus pergi lagi ke pinggir laut. Ramai orang datang kepada-Nya lalu Dia mengajar mereka. 14Ketika Yesus berjalan di situ, Dia terpandang seorang pemungut cukai bernama Lewi anak Alfeus sedang duduk di tempat memungut cukai. Yesus berkata kepadanya, "Ikutlah Aku," lalu Lewi bangun mengikut-Nya. 15Selepas itu, Yesus makan di rumah Lewi. Ramai pemungut cukai dan orang berdosa mengikut Yesus dan ramai antara mereka turut makan bersama Yesus serta murid-murid-Nya. 16Ahli Taurat daripada golongan Farisi yang melihat perkara itu bertanya kepada para murid Yesus, "Mengapa Dia makan bersama pemungut cukai dan 'orang berdosa'?" 17Yesus terdengar pertanyaan itu lalu menjawab, "Orang sakitlah yang memerlukan tabib, bukannya orang sihat. Aku datang bukan untuk memanggil orang benar, tetapi orang berdosa." Lewi ialah pemungut cukai. Pemungut cukai bekerja untuk kerajaan Roma. Antara mereka adalah yang tidak jujur dan kutip lebih untuk diri sendiri. Maka mereka dibenci oleh masyarakat Israel. Tetapi orang ini yang dipinggir masyrakat, dipanggil Yesus. Yesus menjadi kawan dia. Maka Lewi adakan satu jamuan. Kawan-kawan dia iaitu pemungut cukai yang lain dan juga orang berdosa datang ke rumah Lewi. Yesus dan muridnya turut hadir. Golongan Farisi mengkritik Yesus katakan dia adalah kawan kepada orang yang dibenci dan orang berdosa. Jawaban Yesus di ayat 17 ada applikasi untuk kita. 1. Kita semua orang yang sakit dari segi spiritual. Maka kita perlu pertolongan Doktor Yesus. Kesakitan spiritual kita ialah dosa dan kita perlu keampunan dari Yesus. Tidak semestinya kita dianggap orang berdosa oleh masyarakat untuk di kira sebagai orang berdosa. Pendapat Allah yang tentukan samaada kita berdosa atau tidak. Bukan pendapat masyarakat. Kaum Farisi mungkin anggap diri mereka tiada dosa dan layak untuk menghina orang berdosa dan kritik Yesus. Akan tetapi dalam pandangan Allah mereka juga orang berdosa. Adakah kamu berfikir sebagai Farisi? Jangan. 2. Kalau kamu ialah orang dipinggir masyarakat (seperti orang yang datang ke Urban Fellowship di Jalan Petaling di Kuala Lumpur.) saya hendak kamu tahu bahawa kamu datang ke tempat yang betul. Yesus tidak tolak kawan-kawan yang di pinggir masyarakat. DUMC pun tidak tolak orang di pinggir. Sebab itu DUMC mulai Urban Fellowship. Kamu boleh datang ke DUMC di PJ pun kamu tidak di tolak. Selamat datang ke DUMC kalau kamu tidak ada kawan. DUMC ialah wakil Yesus antara banyak lagi wakil Yesus. Di banding dengan Lewi, di mana kamu? Lebih berdosa daripada Lewi atau kurang? Kalau kamu lebih berdosa dari Lewi, kamu patut tahu Yesus menerima seorang pencuri yang disalib bersama Yesus di Golgota. (Lukas 23:43). Kurang daripada Lewi? Golongan Farisi pun dikira berdosa (Matius 23:27-28) Sekian. 17Yesus terdengar pertanyaan itu lalu menjawab, "Orang sakitlah yang memerlukan tabib, bukannya orang sihat. Aku datang bukan untuk memanggil orang benar, tetapi orang berdosa."
3
1
182
Tang Hockmen
Sep 19, 2021
In Inspirasi & Renungan
Renungan Harian Markus 2: 1-12 1Beberapa hari kemudian, Yesus pulang ke Kapernaum dan tersebarlah khabar itu. Khabar apa ini? Khabar itu ialah Yesus sudah menyembuhkan seorang pesakit kusta. Yesus telah beritahu orang yang disembuhkan itu jangan beritahu siapa pun mengenai hal itu. Orang itu tak dengar atau lupa atau sangat teruja. Dia menyebar luas berita tentang kesembuhannya. Dan akibat daripada itu banyak orang mungkin ratus-ratus orang berhimpun di rumah tempat tinggal Yesus. Mustahil mahu masuk. Ada empat sekawan membawa seorang lumpuh mahu jumpa Yesus. Tak dapat masuk ikut pintu. Maka mereka panjat bumbung, buka atap dan turunkan si lumpuh ke bawah. Satu peristiwa menarik berlangsung. 5Ketika Yesus melihat iman mereka, Dia berkata kepada orang lumpuh itu, "Anak-Ku, dosamu telah diampunkan." 6Ahli-ahli Taurat yang duduk di situ berkata dalam hati, 7"Lancangnya orang inii mengkufuri Allah! Tiada siapa boleh mengampunkan dosa kecuali Allah!" 8Tetapi Yesus segera mengetahui dalam roh-Nya bahawa mereka berfikir demikian lalu berkata, "Mengapa kamu berfikir begitu dalam hatimu? 9Manakah yang lebih mudah dikatakan kepada orang lumpuh itu: 'Dosamu telah diampunkan,' atau, 'Bangun, angkat tikarmu dan berjalan'? 10Tetapi supaya kamu tahu bahawa di bumi ini Anak Manusia berkuasa mengampunkan dosa..." Dia berkata kepada orang lumpuh itu, 11"Aku berkata kepadamu, bangun, angkat tikarmu, dan pulanglah." 12Di hadapan mata mereka semua, orang lumpuh itu pun bangun, mengangkat tikarnya lalu segera berjalan ke luar. Apakah yang kita boleh belajar dari peristiwa ini ? 1. Yesus mengakui dia ada kuasa mengampuni dosa. Implikasi pengakuan ini ialah Dia ialah Allah. Atau dia sama status dengan Allah. Yesus claim dia adalah Ilahi. 2. Yesus gelarkan dirinya sebagai Anak Manusia. Dan suara dari langit (suara Allah) berkenan dia sebagai “ Anak Ku.” (Markus 1:11 Ini bermaana Yesus ada dua gelaran – Anak Allah dan Anak Manusia. Tujuan Markus lapurkan hal ini ialah dua gelaran ini tepat menghuraikan Yesus – Allah dalam bentuk manusia. Applikasi laporan ini ialah kita harus tanya mengapa Allah menjadi manusia? 3. Dalam ay. 9 Yesus tanya satu soalan: “9Manakah yang lebih mudah dikatakan kepada orang lumpuh itu: 'Dosamu telah diampunkan,' atau, 'Bangun, angkat tikarmu dan berjalan'? Yesus tidak jawab tetapi kita tahu soalan macam ini bermaksud jawaban ialah: “ Dosamu telah diampunkan” lebih muda. Mengapa? Ada beberapa kemungkinan. 1) Dalam ay. 2 Yesus sedang menyampaikan firman. Tiba-tiba si lumpuh muncul. Yesus sampaikan firman khusus untuk dia. 2) Pada asasnya, sakit penyakit ialah akibat dari kejatuhan manusia purba. (Di samping kutuk yang lain). Tetapi kita tahu, ada setengah penyakit bukan disebabkan oleh dosa. Ada orang dilahir buta untuk kemuliaan Allah. Bagi si lumpuh ini, kemungkinan kelumpuhannya ialah kerana dosa dia. Maka kalau dosanya diampunkan, lumpuhnya akan hilang. Mungkin Yesus bermaksud macam ini. Ada applikasi untuk kita. Kalau seorang sakit percaya Yesus penyakitnya boleh sembuh. Saya tidak kata pasti sembuh. Sembuh tak sembuhh terpulang kepada Yesus. (Kita sudah terangkan hal ini dalam perkongsian RH sebelum ini, Markus 1: 35-45). Saya pernah nampak orang sakit percaya Yesus dan terus sembuh. Saya juga pernah nampak orang percaya Yesus tetapi tidak sembuh. Dan saudara saya sendiri di doakan terus sembuh tetapi tidak percaya Yesus sampai hari ini. 4. 10Tetapi supaya kamu tahu bahawa di bumi ini Anak Manusia berkuasa mengampunkan dosa..." Dia berkata kepada orang lumpuh itu, 11"Aku berkata kepadamu, bangun, angkat tikarmu, dan pulanglah." Apakah pelajaran dari 2 ayat ini? Yesus sudah claim dia sama taraf dengan Allah. Dalam 2 ayat ini, dia buktikan claimnya. Orang yang claim dia Ilahi mesti boleh lakukan perkara supernatural. Yesus sudah banyak kali sembuhkan orang sakit. Ini ialah pertamakali dia kata dia hendak buktikan claimnya benar. Orang itu bangun dan ambil tikarnya dan berjalan. Claim dibuktikan. Kesimpulan: Yesus ilahi. Sekian perkongsian. Siapa ini Yesus? Benarkah dia Anak Allah?
3
1
42
Tang Hockmen
Sep 07, 2021
In Inspirasi & Renungan
Yesus bangun waktu subuh, pergi tempat sunyi dan berdoa. Banyak orang sakit mencari dia dan sudah berhimpun di rumah Simon. Murid-murid Yesus berjaya mencari dia di tempat sunyi itu. “Semua orang sedang mencari kamu” Ada 3 perkara yang kita boleh simpulkan dari petikan ini. 1. Dalam dunia yang sudah jatuh kedalam dosa, ada banyak sakit-penyakit. Dalam Abad 21 ini keadaan tidak berubah. Kalau kita ada konferensi penyembuhan satu stadium akan penuh. 2) Dunia ini dunia spiritual. Yesus di goda oleh Iblis sebelum Dia mulai ministrynya. Kita, gereja terlibat dalam perang spiritual. (Efesus 6). Yesus sering mengusir ruh jahat dari orang yang dirasuk. Pada asasnya, masaalah kita ialah satu masaalah spiritual. Nenek moyang kita ditipu oleh Iblis dan yang cipta kita ialah Ruh Kudus yang Infinite, iaitu Allah sendiri. Dan kita bukan saja terdiri dari jasad . Kita ada Ruh dan jiwa. 3) Walaupun Yesus menyembuhkan orang sakit, tetapi dia kata sebabnya dia datang ke dunia ialah untuk menyebarkan Injil. (ay. 38) Dan injilnya ialah Kerajaan Allah hampir dekat. Bertaubatlah. Dalam peristiwa kedua, Yesus menyembuh seorang penyakit kusta. Percakapan antara Yesus dan orang berkusta itu penuh dengan ajaran. (ay. 40-42). Kita boleh buat 3 kesimpulan. 1)Yesus sudi atau mahu menyembuhkan orang kusta itu. Mengapa? Yesus kasihani dia. Tidak hairan Yesus kasihani dia. Kerana Yesus ialah penyayang. Dia datang ke dunia untuk selamatkan manusia berdosa, membawah orang percaya masuk Kerajaan Allah. (1:38). Akan tetapi dia ada hati dan masa untuk menyembuhkan orang sakit. Dia juga ada hati dan masa untuk tukar air kepada wain. Dan ada masa dan hati memberi makan kepada 5000 orang lapar. Dan ada masa dan hati bangkitkan anak yang sudah mati. Dan dia ada hati mentahirkan orang berkusta ini. 2) Yesus datang untuk menyelesaikan masaalah spiritual. Kita ialah manusia bertabii dosa kerana kita ialah keturunan Adam dan Hawa yang di tipu oleh Ruh Iblis. Kita menjadi mati secara spiritual kerana kita ingkar perintah Allah pencipta. Allah ialah Ruh Kudus yang Infinite. Akibat kejatuhan manusia, dunia ini dikutuk. Sebab itu wujud lah sakit-penyakit, malapetaka, perang, rasuah, pencemaran dalam bumi ini. Yesus datang untuk selamatkan kita dan tidak hairanlah, dia sering bertemu dengan ruh jahat. Dan juga kena menyembuhkan orang sakit. Walau bagaimana pun, menyembuhkan orang sakit bukan sebabnya dia datang. Dia punya ministry ialah ministry yang berbuah faedah sampai akhirat. Penyembuhan sakit-penyakit tanpa percaya akan Yesus Kristus, hanya baik untuk kehidupan di bumi ini. Tetapi kalau kita percaya Yesus Kristus, kita punya berkat mula di sini dan sekarang dan juga berlangsung sampai akhirat. (Saya kenal orang yang disembuhkan oleh Yesus tetapi sampai hari ini dia tak percaya Yesus Kristus) 3). Kita tak boleh paksa Yesus menyembuh kita. Tidak ada formula untuk pastikan kesembuhan 100% atas semua orang sakit. Kita hanya diizinkan minta Yesus mengasihani kita. Saperti orang berkusta ini. Kerana Yesus ilahi, dia mesti diizinkan menjadi daulat. Maksudnya Yesus mesti di beri hak untuk pilih mahu sembuhkan orang tertentu atau tak mahu. Di DUMC, kita berdoa untuk dua saudara yang dijangkiti Covid. Seorang sembuh, seorang yang tersayang meninggal. Allah yang daulat, ada dia punya rancangan. Kalau Yesus tidak sembuh seseorang itu bukan kerana, dia, Yesus tak mampu, atau kerana kita kurang iman, tetapi kerana dia tak mahu atas sebab yang baik. Yang meninggal tak apa kerana dia akan pergi ke syorga dimana tiada lagi sakit penyakit dan kematian dan kesedihan dan air mata. Aplikasi untuk kita: Berdoalah untuk kesembuhan. Kalau sembuh, bersyukur, kalau tidak bersyukur juga, Allah penyayang. Akhir kata, kita kembali ke tujuan Markus laporkan peristiwa-peristiwa penyembuhan dalam injilnya. Tujuan: dia mahu kita berfikir “benarkah orang ini ialah Anak Allah?” Dalam fikiran kamu, ambilkira fakta-fakta berikut: dia dikenan Allah sebagai “Anak-Ku.” Dan dia boleh sembuhkan orang. Dan ruh jahat mematuhi arahan dia, dia mengajar dengan wibawa. Benarkan Yesus Kristus Anak Allah, Messias Israel yang sudah datang? Tuhan berkati.
3
2
101
Tang Hockmen
Aug 14, 2021
In Inspirasi & Renungan
Markus 1 :29-34 Markus 128Dengan demikian, khabar tentang Yesus segera tersebar ke seluruh Galilea.” Orang ramai di Galilea sudah tahu tentang kebolehan Yesus mengajar dengan wibawa dan mengusir roh Iblis. 29Yesus dan murid-Nya, termasuk Yakobus dan Yohanes, keluar dari saumaah itu lalu ke rumah Simon dan Andreas. 30Ibu mertua Simon sedang demam terbaring di tempat tidur. Setibanya Yesus di situ, Dia diberitahu tentang hal itu. 31Yesus menghampiri ibu mertua Simon, memegang tangannya dan menolongnya bangun. Demam wanita itu hilang lalu dia melayan mereka. 32Apabila malam menjelang, semua orang sakit dan orang yang dirasuk roh iblis dibawa kepada Yesus. 33Semua penduduk kota berhimpun di hadapan pintu itu. 34Yesus menyembuhkan ramai orang daripada pelbagai penyakit. Dia juga menghalau roh-roh iblis sambil memerintahkan mereka diam kerana mereka tahu siapa Dia. Apakah kesimpulan orang ramai yang dengar atau baca petikan di atas? 1. Murid Yesus sendiri dengan mata sendiri nampak kuasa Yesus menyembuh orang sakit iaitu ibu mertua Simon Petrus. 2) Reputasi Yesus sudah tersebar luas, maka tidak hairan ramai orang sakit datang untuk disembuh Yesus. 3) Yesus punya kuasa atas roh Iblis bukan satu kali sahaja, tetapi nampak nya mengusir roh Iblis ialah satu perbuatan yang dia buat selalu. Sesiapa sahaja yang ada penyakit fizikal atau spiritual boleh disembuh oleh Yesus. Kita yang baca petikan ini harus tanya siapakah orang ini yang bernama Yesus Kristus? Mengapa Markus pilih peristiwa-peristiwa penyembuhan saperti ini untuk diceritakan? Selain buat kita berfikir, petikan ini ada aplikasi untuk kita. Kalau kita ada sakit-penyakit, kita juga boleh datang ke Yesus Kristus. Di sini timbul dua soalan: bolehkah orang Christian pergi jumpa doctor? Adakah jumpa doctor itu satu indicator kita kurang percaya Yesus? Jawaban: Kita rujuk kepada Nehemiah bab 1 dan 2. Nehemiah orang yang beriman. Tetapi dia tidak keberatan minta surat dan perlindungan dari raja Parsi. Kalau Nehemiah boleh minta tolong dari raja, kita oleh minta tolong dari doktor. Sains medical adalah berkat Allah kepada kita. Juga kita boleh buat 2 perkara serentak – berdoa dan pergi jumpa doctor. Orang Christian mempunyai kelebihan – kita ada Penyembuh Yesus Kristus dan kita ada doktor. Saya ada kesaksian. Di satu kampong orang Asli pada tengah malam, seorang ibu tua tiba-tiba asthma. Macam mana pergi Semenyih tengah malam? Macam mana bawah ibunya naik motosikal? Mustahil. Mereka berdoa sahajalah. Tuhan baik. Ibu tua itu sembuh. Kalau ada orang yang ajar kamu buang semua ubat dan berdoa sahaja, itu salah. Kalau kamu patah kaki, berdoalah dan cepat pergi hospital. Kalau barah(cancer) kamu sudah teruk dan doctor kata tak ada harapan lagi, berdoalah. Mana tahu Yesus boleh sembuhkan. Kawan-kawan kalian, hari ini berfikirlah siapa orang ini Yesus Kristus? Dia boleh sembuh orang sakit dan ruh Iblis ikut arahannya. Ruh Iblis pun kenal dia. Dan kita dalam zaman modern ini boleh disembuh oleh Yesus. Siapa orang ini? Tuhan berkati.
4
2
22
Tang Hockmen
Jul 31, 2021
In Inspirasi & Renungan
Renungan Harian Markus 1: 14-20 Panggilan dan Jawapan Apakah tujuan Markus dalam petikan ini? Dari awal, Markus sudah maklum kepada pembaca asal dan kepada kita bahawa cerita dia ialah berita baik mengenai Anak Allah, Yesus Kristus, yang mengenapi nubuat Yesaya. Yohanes Pembatis akui Yesus sebagai Anak Allah. Allah sendiri akui AnakNya. Markus maklum kita Yesus ialah ilahi dan dia punya tugas sudah mula. Sekarang focus ialah Yesus Kristus Anak Allah, Messias Israel. Di Daerah Galilea, daerah dimana Yesus Kristus dibesarkan, Yesus panggil murid-murid yang pertama. Yang di pilih lalu di panggil ini ialah nelayan. Tetapi Yesus juga panggil pemungut cukai dan pencuri. Dan dia panggil seorang Farisee juga. Semua yang dipanggil ini sudah tahu orang yang memanggil mereka ini ialah Anak Allah. Yohanes pembaptis sudah lakukan tugasnya. Kita boleh belajar dari cara empat orang ini menyahut panggilan Yesus. Mereka segera tinggalkan kerja mereka dan ikut Yesus Messias mereka. Peristiwa panggilan murid -murid Yesus yang pertama dan jawapan mereka ada aplikasi untuk kita. Aplikasi bukan waktu kita di panggil kita harus tinggalkan profession kita dan menjadi pastor atau missionary. Empat murid yang pertama ini dipanggil untuk menjadi penjala manusia (Matius 4:19) Penjala manusia ialah missionary. Tidak semestinya setiap orang yang dipanggil Yesus hari ini di panggil untuk jadi missionary. Kalau panggilan kamu ialah missionary lintas budaya, kamu kena tinggalkan kampong mu dan pergi lah ke ladang mu. Setiap orang yang dipanggil ada panggilan sendiri. Yang penting ialah kita jawap “Ya.” Itu lah aplikasi peristiwa ini. Kalau dipanggil, kita harus jawab dengan “Ya, Tuhan saya datang.” Mengapa? Kerana yang panggil kita ialah Yesus Kristus sendiri, Raja segala Raja dan Tuan segala Tuan.(Wahyu 19:16) Kalau boss syarikat kamu panggil kamu kamu, macam mana kamu responi? Kalau Raja segala Raja dan Tuan segala Tuan panggil kamu macam mana kamu responi? Kalau kamu bukan orang yang percaya Yesus Kristus , saya mahu kamu tahu bahawa Allah, Pencipta dan Mahakuasa yang hantar AnakNya Yesus Kristus untuk mati untuk dosa kita , memberi satu jemputan untuk kamu datang dan ikut Yesus Kristus. Apakah jawapan kamu? Empat murid yang pertama dengar panggilan Yesus dan mereka punya jawapan ialah “Ya Tuhan saya datang” Jawapan kamu?
2
3
485
Tang Hockmen
Jul 31, 2021
In Inspirasi & Renungan
Renungan Harian Markus 1:21-28 21Yesus dan murid-murid-Nya tiba di Kapernaum. Pada hari Sabat berikutnya, Yesus masuk ke saumaahi lalu mengajar. 22FMereka kagum dengan ajaran-Nya kerana Dia mengajar dengan penuh wibawa, tidak seperti ahli Taurat mereka. 23Ketika itu seorang yang dirasuk roh jahat berada di saumaah. Dia berseru: 24"Apa yang hendak Kaubuat kepada kami, hai Yesus orang Nazaret? Adakah Engkau hendak membinasakan kami? Aku tahu siapa Engkau ini. Engkau Yang Suci daripada Allah!" 25Yesus membentak roh itu, "Diam! Keluar daripada dia!" 26Roh jahat itu menggoncang-goncang tubuh orang yang dirasuknya lalu keluar sambil menjerit. 27Hal ini menyebabkan semua orang tercengang lalu berbisik sesama sendiri, "Adakah ini suatu ajaran baru? Dia memerintah roh-roh jahat dengan penuh kuasa dan mereka menurut kata-Nya." 28Dengan demikian, khabar tentang Yesus segera tersebar ke seluruh Galilea. Dalam injil nya, Markus hendak beritahu pembaca injil atau cerita ini siapa dia Yesus Kristus. Kita sudah tahu dari peristiwa awal yang diceritakan oleh Markus bahawa Yesus Kristus ialah Anak Allah. Yesus ialah Allah dalam bentuk manusia, manusia yang bernama Yesus Kristus. Dalam petikan hari ini, Markus beritahu kita peristiwa-peristiwa yang lain yang berlaku waktu Yesus mulai misinya. Di Kapernaum, sebuah bandar kecil di Galilea, Yesus mengajar di sebuah saumaah. Dan orang ramai kagum dengan ajarannya. Dia mengajar dengan wibawa yang tidak terdapat pada guru Taurat yang mereka seringkali dengar. (ayat 21,22). Ini peristiwa pertama. Peristiwa kedua ialah Yesus menemui seorang yang dirasuk roh jahat. (ayat 23,24) Dan roh jahat itu mengenal Yesus sebagai orang dari Nazaret dan sebagai dia “ yang suci dari Allah” Siapa ini Yesus Kristus? Roh jahat pun kenal dia sebagai warga Nazaret yang berasal dari Allah. Roh jahat itu tidak memanggil Yesus sebagai Anak Allah, tetapi sebagai “yang suci dari Allah”. Kalau kita tambah fakta ini kepada 1) Roh Kudus menghinggap atas dia (Markus 1:10) 2) suara Allah sendiri dari langit berkenan dia sebagai “Anak-Ku” (Markus 1: 11), saya rasa 3 fakta ini menuju kepada satu kesimpulan sahaja. Peristiwa ke tiga (ayat 25, 26) ialah roh jahat itu mematuhi arahan Yesus. Diarah keluar, dia keluar. Orang ramai yang menyaksikan tiga peristiwa ini dalam saumaah tercengang dan mulai berbisik sesama sendiri. (27) Ada kamu juga mulai berfikir dan bertanya siapakah Yesus Kristus? Kalau kamu ada soalan mungkin kamu boleh hubungi Komuniti Digital atau boleh tanya soalan dalam comment. Tuhan berkati.
3
3
650
Tang Hockmen
Jul 22, 2021
In Inspirasi & Renungan
Renungan Harian Markus 1:9-13 Markus penulis injil Markus, dalam petikan ini maklum kepada kita semua bahawa Yesus Kristus ialah Anak Allah, dengan tugas yang penting, tetapi rendah hati. Panggilan Tinggi Ini kita dapat dari ayat 9 dan 10. 10Ketika Yesus keluar dari sungai itu, Dia melihat langit terbuka dan Roh Kudus seperti burung merpati turun hinggap ke atas-Nya. 11Lalu kedengaran suara dari syurga: "Engkaulah Anak-Ku yang Kukasihi dan dengan-Mu Aku berkenan." Ruh Kudus dalam bentuk burung merpati higgap atas Yesus. Orang biasa waktu dia keluar dari air pembaptisan, saya tidak pernah nampak burung merpati hinggap atas orang itu. Tetapi ini berlaku dalam kes Yesus Kristus. Kesimpulan: ini bukan orang yang biasa. Kalau Yesus Kristus bukan manusia biasa, siapa dia? Jawaban dalam ayat 11. Dia adalah Anak Allah yang di kasihi dan di kenan oleh Allah sendiri. Yesus Kristus manusia tetapi sebenarnya dia adalah Allah sendiri dalam bentuk manusia dan dia sudah pijak bumi ini. (Dalam petikan ini, kita nampak Tritunggal- Allah Bapa, Anak Yesus Kristus dan Ruh Kudus) Tugas penting. Dalam ayat 12 dan 13, kita baca: 12Lantas, Roh memimpin Yesus ke gurun. 13Yesus di situ selama empat puluh hari dan digoda oleh Iblis serta dikelilingi binatang liar. Para malaikat datang melayani-Nya. Yesus di uji. Yesus di uji melalui godaan sebagai seorang manusia. Dalam dunia kita, kalau seorang askar biasa mahu menjadi commando atau special agent ala James Bond, dia mesti di uji secara fizikal, mental, kesetiaan dan ujian kepintaran. Dia diuji dalam latihan yang lasak. Misalan dia dikehendaki lari 10 km atau renang 5 km dalam laut, abseiling dari bangunan tinggi, mahir karate, mahir computer dan mahir senjata kecil dan besar, dll. Latihan lasak ini perlu kerana tugas kommando sangat penting dan istimewa. Kalau dia lulus, dia dicommission sebagai kommando. Banyak orang gagal. Yesus punya ujian ialah godaan oleh Iblis lepas Yesus sudah puasa 40 hari dan 40 malam. (Matius 4) Waktu dia sangat lapar dia di goda. Yesus melaui godaan ini sebagai manusia dengan keperluan dan keinginan manusiawi. Tetapi Yesus lulus. (Lepas godaan nya, Yesus dilayan oleh malaikat. Ini bukti keilahian Nya, kerana malaikat ialah pelayan Allah) Maka Yesus layak unutk kerjaNya. Rendah hati. 9Kemudian Yesus datang dari Nazaret di Galilea, lalu dibaptiskan oleh Yohanes di Sungai Yordan. Yohanes membaptis orang yang berdosa yang bertaubat. Yohanes sendiri berkata di tidak layak buka tali kasut Yesus Kristus. Tetapi manusia ini yang merupakan Allah dalam bentuk daging manusia, dengan panggilan yang tinggi untuk tugas penting, datang ke Yohanes yang tidak layak buka tali kasut Yesus, dan minta di baptis. Ini menunjuk kepada orang ramai bahawa Yesus Anak Allah, samakan dirinya dengan kita, manusia. Dia tidak anggap keilahian sesuatu untuk di pertahankan (Filipi 2). Yesus Kritus rendah hati. Yesus Kristus adalah contoh untuk kita. Kita mempunyai panggilan yang tinggi. Kita ialah orang yang di pilih oleh Allah sendiri (Yohanes 15:16 dan Efesus 1:4) Ini ialah satu panggilan yang tinggi. Kita punya tugas ialah membina kerajaan Allah. Tugas penting. Walaupun kita punya panggilan tinggi dan tugas penting , kita harus rendah hati. Kalau kita ialah Kristian yang kaya dan berpelajaran tinggi dan ada cenderong jadi bongkak dan sombong, kita harus minta Tuhan rendahkan kita. Ini ialah perkongsian hari ini. Tuhan memberkati.
5
1
881
Tang Hockmen
Jul 18, 2021
In Inspirasi & Renungan
Injil Markus di tulis oleh John Mark, pengiring Paulus waktu dia mulai misinya ke Asia Minor. Tujuan Markus tulis cerita ini bertujuan memperkenalkan Yesus Kristus. Cerita ini ialah usaha satu orang , John Mark, untuk beritahu pembaca- pembaca siapa dia Yesus Kristus. Dari 8 ayat ini kita dapat tahu Yesus Kristus didahului oleh Yohanes Pembaptis. Peranan Yohanes Pembaptis ialah sediakan jalan untuk Yesus Kristus. Kadang kadang di highway, sedang kita memandu, tiba-tiba bunyi siren dan polis atas motosikal datang dan panggil kereta pergi tepi dan jalan perlahan. Beberapa minit kemudian, datang kereta VIP. Yohanes ialah polis itu. Tetapi dia bukan suruh orang ke tepi. Dia seru kepada orang bertaubat dan membaptis mereka. Yohanes sediakan jalan untuk seorang VIP. VIP itu ialah Yesus Kristus, Anak Allah, iaitu Allah menjadi manusia. Yesus Kristus manusia tetapi dia bukan manusia yang biasa. Dia mengenapi nubuat oleh Nabi Yesaya. (Markus 1: 2 , 3) Yohanes ialah nabi Perjanjian Lama yang akhir. Dia maklum kepada kita 2021 tahun dahulu bahawa Allah sebagai Yesus Kristus sudah pijak tanah Israel. Ada applikasi untuk kita. Orang Kristian mempunyai satu Alkitab. Dan satu Alkitab itu mempunyai dua perjanjian - Perjanjian Lama (PL) dan Perjanjian Baru (PB). Apa yang dinubuatkan dalam PL digenapi dalam PB. Jadi kita mesti tahu PL dan PB. Jangan baca PB sahaja. Banyak ajaran PB datang dari PL. Ini tidak hairan kerana penulis buku-buku PB seperti Yohanes, Paulus dan Petrus ialah orang Yahudi. Dan mereka punya Alkitab ialah PL. Misalannya Markus 12: 30,31 berasal dari Ulangan 6 :4, 5 Dengarlah, wahai Israel! Tuhan ialah Allah kita. Tuhan itu esa. 5 Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan sepenuh hatimu, dengan sepenuh jiwamu, dan dengan sepenuh kekuatanmu. Dan Imamat 19:18 Jangan membalas dendam ataupun berdendam kepada sesiapa antara umat sebangsamu, tetapi sebaliknya, kasihilah sesama manusia sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri. Akulah Tuhan. Yesus sememangnya adalah VIP bahkan dia adalah Anak Allah - Allah menjadi manusia. Kita harus tahu bahawa timeline sejarah dunia di bahagi kepada dua zaman , iaitu zaman sebelum Yesus Kristus dan zaman lepas Yesus atau tahun-tahun Masihi. Dalam Bahasa Inggeris BCE (Before Common Era) dan CE (Common Era). Dahulu kita pakai BC (Before Christ) dan AD. (Anno Domini = In the Year of our Lord). 2021 tahun dahulu Yesus Kristus pijak tanah Israel. Yesus Kristus lebih dari VIP - dia adalah Anak Allah. Yohanes maklum kita dalam ayat 8 bahawa Yesus Kristus akan membaptis kita dengan Ruh Kudus. Ini maklumat penting. Applikasi kepada kita hari ini ialah kita harus tahu kita ialah orang yang di liputi olek Roh Kudus. Dalam PL, Ruhu Kudus hanya mengurapi orang- orang tertentu saperti Nabi dan Hakim. (Gideon, Othniel, Yezekiel dll). Hari ini umat Keristian ialah orang yang bertaubat dan menerima Yesus Kristus punya kematian atas salib sebagai bayaran untuk dosa mereka. Yesus Kristus bukan sahaja mati untuk kita punya dosa dan bangkit dari maut, dia juga memberi Roh Kudus kepada kita. Kita orang yang percaya diberi Roh Kudus hidup dalam diri kita. Ruh Kudus lah yang transformasi hati dan jiwa dan minda kita kita supaya kita menjadi manusia yang baru. Kalau seorang tidak mempunyai Ruh Kudus, dia bukan milik Kristus (Roma 8: 9Tetapi kamu dikawal bukan oleh sifat tabii yang berdosa tetapi oleh Roh, jika Roh Allah hidup dalam dirimu. Dan jika seseorang tidak ada Roh Kristus, dia bukanlah milik Kristus.) Aplikasi untuk kita ialah kita harus hidup menurut Roh Kudus. Sekian renungan harian.
6
10
136

Tang Hockmen

More actions
bottom of page