top of page

Cari

2690 results found with an empty search

  • Booster Shot : Ep 05 Berbuah Lebat

    Tekan icon untuk mendengar di aplikasi anda:

  • Booster Shot : Ep 04 Terang Dunia

    Tekan icon untuk mendengar di aplikasi anda:

  • Booster Shot : Ep 04 Garam

    Tekan icon untuk mendengar di aplikasi anda:

  • Benih Jatuh di Tanah Subur

    Benih Jatuh di Tanah Subur 'Tetapi ada benih yang jatuh di tanah yang subur lalu bertunas dan mengeluarkan hasil seratus ganda.” Kemudian Yesus berseru, “Sesiapa yang bertelinga, dengarlah!” ' (Lukas 8:8) AVB Golongan yang keempat merujuk kepada mereka yang menerima dan mentaati firman Tuhan dengan hati yang tulus. Kebenaran firman Tuhan itu menghasilkan pertaubatan dalam kehidupan mereka, yang seterusnya membawa kepada perubahan sikap dan tingkah laku. Hal ini juga mendorong seseorang untuk bertindak dengan adil dan benar. Golongan ini digambarkan sebagai “…benih yang jatuh di tanah subur…”. Oleh sebab tanah itu subur, benih yang jatuh di atasnya akan terus bertumbuh, membesar, dan akhirnya menghasilkan banyak buah. Demikianlah hati orang yang baik dan jujur. Apabila dia mendengar pemberitaan firman Tuhan, dia segera menyimpannya di dalam hati. Dengan tekun, dia melakukannya sehingga firman Tuhan itu membuahkan hasil dalam hidupnya. Bagaimanakah keadaan hati anda hari ini? Adakah hati anda seperti tanah yang subur – iaitu hati yang baik dan jujur? Marilah kita menyelidiki hati kita di hadapan Tuhan. Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu memohon agar Engkau memberikanku hati seperti tanah yang subur, di mana firman-Mu dapat hidup dan bertumbuh dengan subur, supaya hidupku sentiasa menghasilkan buah-buah yang matang. Dalam nama Tuhan Yesus, aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie

  • Kristus Dalam Peralihan

    Oleh Pr Sam Surendran

  • Benih Jatuh di Tengah-Tengah Semak Berduri

    'Ada pula yang jatuh di tengah-tengah semak duri, lalu semak membesar bersama-sama dan membantutkannya. ' (Lukas 8:7) AVB Golongan yang ketiga ialah mereka yang mendengar perkhabaran Firman Tuhan, tetapi oleh sebab kekhuatiran, kekayaan, dan kemewahan hidup, pertumbuhan Firman Tuhan dalam hidup mereka terbantut. Akibatnya, mereka tidak dapat menghasilkan buah yang matang. Golongan ini digambarkan sebagai “benih yang jatuh di tengah semak berduri”. Ketika benih-benih itu mula tumbuh dan bertunas bersama rumput-rumput, duri-duri yang turut membesar akan menghimpit tumbuhan tersebut sehingga mati. Semak-semak yang tumbuh bersama-sama dengan benih itu melambangkan kekhuatiran, kekayaan, dan kemewahan hidup yang menjadi penghalang untuk pertumbuhan rohani. Hal-hal inilah yang menyebabkan Firman Tuhan yang didengar dan diterima tidak dapat berkembang. Oleh itu, adakah anda mengalami cabaran yang sama seperti “benih yang jatuh di tengah semak berduri”? Mereka mendengar perkhabaran Firman Tuhan, tetapi oleh kerana ancaman kekhuatiran, kekayaan, dan kemewahan hidup yang menekan kehidupan mereka, mereka tidak dapat menghasilkan buah yang matang. Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu, memohon kekuatan agar aku dapat membiarkan Firman-Mu terus berkuasa dalam kehidupanku. Berikan aku kemampuan untuk mengatasi segala kekhuatiran, kekayaan, dan kemewahan hidup agar Firman-Mu terus bertumbuh dalam hidupku. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin. Pr Patrick Taie

  • Tuhan Dan Gereja-Nya

    Oleh Pr Sam Surendran

  • Benih Jatuh di Tempat Berbatu

    'Ada pula yang jatuh di tempat berbatu, dan setelah bercambah, tumbuhan itu menjadi layu kerana kurangnya air. ' (Lukas 8:6) AVB Yesus mengajar orang ramai dengan menggunakan perumpamaan tentang seorang petani yang menabur benih. Setelah itu, para pengikut-Nya bertanya kepada-Nya tentang makna perumpamaan tersebut. Yesus pun menjelaskan bahawa "benih" itu merujuk kepada Firman Allah. Golongan kedua yang mendengar Firman Tuhan ialah mereka yang menerimanya dengan sukacita. Namun, Firman itu tidak berakar dalam hati mereka. Mereka hanya percaya untuk sementara waktu, dan apabila ujian datang melanda hidup mereka, mereka segera berubah dan tidak lagi mempercayai Firman Tuhan itu. Golongan ini digambarkan seperti “benih yang jatuh di tempat berbatu”, di mana benih itu segera bertunas, tetapi tidak lama kemudian layu kerana tanah tempat jatuhnya itu berbatu. Tanah yang berbatu menjadi kering dengan cepat, menyebabkan tanaman itu layu — hidupnya hanya sementara. Adakah hati kita seperti "tempat yang berbatu", di mana benih yang ditabur hanya tumbuh sementara dan tidak berakar? Apabila pencobaan datang menerpa hidup kita, adakah kita segera kehilangan keyakinan kepada Tuhan? Oleh itu, marilah kita berdoa agar Tuhan mengubah hati kita menjadi seperti tanah yang subur, supaya kita dapat bertahan hingga ke akhir hayat. Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu, memohon agar Engkau mengubah dan membentuk hatiku menjadi hati yang sentiasa rindu dan haus akan Firman-Mu, agar aku terus berakar di dalam-Mu. Ajar aku untuk terus mengasihi Firman-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin. Pr Patrick Taie

  • Tuhan Dan Dunia-Nya

    Oleh Pr Rachel Koh

  • Benih yang Jatuh di Jalan

    '“Seorang penyemai pergi menabur benihnya. Semasa dia menabur, ada yang jatuh di tepi jalan dan dipijak orang lalu dimakan burung di udara. ' (Lukas 8:5) AVB Yesus menggunakan sebuah perumpamaan tentang benih untuk menggambarkan respons manusia terhadap pengajaran-Nya. Perumpamaan ini menceritakan tentang sikap dan keadaan hati mereka yang mendengar firman-Nya. Firman Tuhan diibaratkan sebagai benih yang ditaburkan, manakala tanah melambangkan hati mereka yang mendengarnya. Yesus menceritakan tentang golongan pertama, iaitu mereka yang mendengar pengajaran-Nya, tetapi sebaik sahaja mereka mendengarnya, Iblis datang dan mengambil firman itu daripada hati mereka, supaya mereka tidak percaya dan tidak diselamatkan. Golongan ini digambarkan seperti benih yang jatuh di tepi jalan, lalu dipijak orang dan dimakan burung. Adakah hati kita seperti ini? Jika ya, marilah kita bertobat dan biarkan Tuhan mengubah hati kita. Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu dan menyerahkan seluruh kehidupanku kepada-Mu. Aku memohon agar Engkau memperbaharui hatiku, dan mengubahkan hatiku menjadi hati yang berkenan kepada-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, Amin. Pr Patrick Taie

  • Tuhan dan Misi-Nya

    Oleh Pr Logesvaran

1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page