Support Us
Support Us
Cari
2690 results found with an empty search
- Tuhan Sungguh Agung, Ia Raja dan Satu-Satu-Nya Tuhan
2 Samuel 7:21-24 (AVB) 21 Demi firman-Mu dan atas kehendak-Mu sendirilah Engkau telah melakukan segala hal yang besar ini dan memberitahukannya kepada hamba-Mu ini. 22 Oleh sebab itu, Engkau Yang Maha Besar, ya TUHAN Allah, kerana tidak ada yang seperti Engkau. Tidak ada Allah selain Engkau, menurut segala sesuatu yang kami dengar dengan telinga kami. 23 Bangsa manakah di bumi ini seperti umat-Mu Israel, satu-satunya bangsa yang ditebus oleh Allah untuk menjadi umat-Nya? Dia menegakkan nama bagi-Nya dengan melakukan hal-hal yang besar dan takjub, di hadapan umat yang ditebus-Nya dari Mesir, daripada bangsa-bangsa serta tuhan-tuhan mereka. 24 Engkau telah mengukuhkan umat-Mu Israel bagi diri-Mu sendiri untuk menjadi umat-Mu untuk selama-lamanya dan Engkau, ya TUHAN, menjadi Allah mereka. Pengajaran/Refleksi 1. Firman Tuhan hari ini mengatakan bahawa, TUHAN itu sungguh agung, TUHAN Raja dan satu-satunya TUHAN. 2. TUHAN tiada tandingan di seluruh muka bumi ini dan telah menyelamatkan umat-Nya daripada perhambaan serta menjadikan mereka umat-Nya sendiri dan bahkan sudah memasyhurkan nama TUHAN di seluruh dunia. 3. TUHAN telah menjadikan mereka umat-Nya selama-lamanya dan TUHAN sudah menjadi Allah mereka. TUHAN YESUS, Engkaulah TUHAN yang sungguh Agung, Raja dan satu-satu-Nya TUHAN yang kami sembah dan percayakan. Kiranya TUHAN YESUS memberkati setiap kita umat-Nya, sama seperti TUHAN memberkati keluarga Raja Daud. Halleluya dan amen!! Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen! Rev. Ali Langgit
- Setiap Perkara Harus Bermula Daripada Diri Kita
'...Apa yang kamu mahu orang lakukan kepadamu, lakukanlah demikian juga kepada mereka. ' (Lukas 6:31b) AVB Setiap orang, tidak kira kaya atau miskin, berpendidikan atau tidak, pasti menginginkan orang lain berlaku baik terhadap diri mereka. Namun, persoalannya, “…adakah selama ini dia telah berlaku baik terhadap orang yang pernah hidup bersamanya, atau sebaliknya?...” Seperti yang telah dikatakan oleh Yesus kepada mereka yang percaya kepada-Nya, “…sekiranya mereka ingin orang lain melakukan sesuatu untuk mereka, pertama-tama mereka harus melakukannya terlebih dahulu untuk orang lain...”. Ini kerana semua perkara haruslah bermula daripada diri kita terlebih dahulu sebelum kita mengharapkan orang lain melakukannya. Manusia akan bertindak terhadap diri kita apabila mereka telah melihat dan mengalami sendiri apa yang kita lakukan untuk mereka. Ini kerana setiap orang ingin melihat bukti daripada diri kita sebelum mereka bertindak balas. Oleh itu, “…sekiranya kita mahu orang berbuat baik kepada kita, pertama-tama kita sendiri harus memulakannya terlebih dahulu...” Sepertimana firman Tuhan dalam Galatia 6:7, "...kerana apa yang disemai oleh seseorang, itulah yang akan dituainya...". Sekiranya kita berbuat baik kepada orang di sekeliling kita, pasti mereka juga akan berbuat baik kepada kita. Oleh itu, 'Janganlah kita jemu berbuat baik, kerana pada musimnya nanti kita akan menuai jika kita tidak berputus asa. Oleh itu, apabila ada peluang, kita haruslah berbuat baik kepada semua orang, lebih-lebih lagi saudara-saudara kita yang seiman. ' (Galatia 6:9-10) AVB Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu, memohon agar Tuhan mengajarku untuk sentiasa melakukan kebaikan kepada semua orang, agar sepanjang hidupku, aku menjadi berkat. Di dalam nama Tuhan Yesus, aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie
- Mengubah Hati Seseorang Adalah Tugas Tuhan
Dan tugas kita adalah mengasihi orang-orang yang sukar dikasihi dalam hidup kita, yang Tuhan telah letakkan di samping kita. Kadangkala, kita ingin melihat perubahan yang cepat dalam diri mereka, tetapi Tuhan ingin menguji kita terlebih dahulu. Sebelum kita menghakimi orang lain, kita perlu menilai diri sendiri dahulu di hadapan kekudusan Tuhan—kerana kita semua masih dalam proses pertumbuhan rohani. Bersabarlah, kerana pada waktu-Nya, orang yang kita doakan juga akan menyedari kasih Tuhan. Jemimah Ramos
- Yesus Menerima Jemputan Simon
'Salah seorang Farisi menjemput Yesus makan di rumahnya. Yesus masuk ke rumah orang Farisi itu lalu duduk bertelekan di meja. ' (Lukas 7:36) AVB Siapakah Simon? Dia ialah seorang Farisi. Nama “Farisi” bermaksud "terpisah" atau "berbeza". Mereka merupakan murid-murid dalam kalangan orang Yahudi yang bijaksana, yang menjauhkan diri dan menyatakan bahawa mereka memelihara hukum-hukum kesucian dengan ketat. Mereka mempunyai banyak amalan keagamaan dan mempercayai kehidupan masa depan yang disertai ganjaran dan hukuman. Pada suatu hari, Yesus dijemput oleh Simon, seorang Farisi, untuk datang makan di rumahnya. Yesus menerima jemputan Simon tanpa memberikan banyak alasan. Walaupun Yesus tahu siapa Simon dan bagaimana tanggapan orang ramai terhadapnya, namun bagi Yesus, Simon adalah seorang yang penting bagi-Nya. Itulah sebabnya Dia datang ke rumah Simon, lalu makan dan minum bersama Simon serta beberapa orang Farisi yang lain. Bagi Yesus, keselamatan jiwa seseorang merupakan perkara yang sangat penting dalam hidup-Nya. Oleh sebab itu, apabila Simon menjemput-Nya ke rumah, Yesus serta-merta menerima jemputan tersebut. Kerana bagi Yesus, keselamatan jiwa mereka adalah perkara yang utama. Itulah sebabnya Yesus bersedia untuk duduk dan makan bersama Simon dan orang Farisi, meskipun Dia tahu bahawa mereka tidak benar-benar peduli terhadap-Nya. Bagaimana pula dengan kita pada hari ini? Adakah kita memiliki hati seperti Yesus, yang melihat keselamatan jiwa seseorang sebagai perkara yang paling utama berbanding hal-hal lain? Oleh itu, marilah kita memeriksa hati dan diri kita pada hari ini. Bagi Tuhan, setiap orang adalah penting dan berharga di hadapan-Nya. Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu, menyerahkan diriku kepada-Mu dan memohon pengampunan daripada-Mu. Sekiranya aku berdosa di hadapan-Mu, ampunilah aku. Ajarlah aku untuk mengasihi semua orang, seperti Engkau mengasihi aku. Di dalam nama Tuhan Yesus, aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie
- Tuhan Memberikan Sesuatu Lebih Dari Apa yang Kita Jangkakan
2 Samuel 7:18-20 (AVB) 18 Kemudian masuklah Raja Daud lantas bersimpuh di hadapan TUHAN dan berkata, “Ya Tuhan ALLAH, siapakah kononnya aku ini dan siapakah kononnya keluargaku, sehingga Engkau membawa aku sejauh ini? 19 Bahkan ternyata pula perkara ini perkara biasa di mata-Mu, ya Tuhan ALLAH. Namun demikian, Engkau telah berfirman pula tentang masa yang masih jauh mengenai keluarga hamba-Mu ini. Inilah perjanjian bagi umat manusia, ya Tuhan ALLAH. 20 Entah apa lagi yang dapat disampaikan oleh Daud kepada-Mu, kerana Engkau mengenal hamba-Mu ini, ya Tuhan ALLAH. Pengajaran/Refleksi 1. Raja Daud berdoa kepada TUHAN dengan mengaku bahawa dia dan keluarga tidak layak menerima segala kebaikan yang telah TUHAN tunjukkan kepadamya. 2. TUHAN melakukan lebih daripada semua itu dan TUHAN telah berjanji tentang keturunannya pada masa hadapan dan TUHAN membenarkan dia melihat kebaikan-Nya. Ketahuilah bahawa TUHAN yang kita sembah adalah TUHAN yang MAHA KUASA, yang membenarkan kita untuk melihat dan mengalami kebaikan TUHAN dalam kehidupan kita. Kiranya TUHAN YESUS memberkati setiap kita, sebagai anak-anak-Nya seperti TUHAN memberkati keluarga Raja Daud. Halleluya dan amen!! Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen! Rev. Ali Langgit
- Tuhan Menjadi Bapa Kepada Umat-Nya
2 Samuel 7:14-17 (AVB) 14 Aku akan menjadi Bapanya dan dia akan menjadi anak-Ku. Jika dia melakukan kesalahan, Aku akan mengajar dia dengan rotan yang digunakan orang dan dengan pukulan yang diberikan anak-anak manusia. 15 Namun demikian, kasih abadi-Ku tidak akan dijauhkan daripadanya, seperti Kujauhkan daripada Saul, yang telah Kusingkirkan di hadapanmu. 16 Keluargamu dan kerajaanmu akan kekal selama-lamanya di hadapan-Ku. Takhtamu akan kukuh selama-lamanya.” ’ ” 17 Selaras dengan semua firman dan selaras dengan semua penglihatan ini, demikianlah yang disampaikan Natan kepada Daud Pengajaran/Refleksi 1. TUHAN akan menjadikan umat-Nya sebagai anak-Nya. Sebagai Bapa Dia akan menghukum anak-anak-Nya jika mereka berbuat salah. 2. TUHAN juga akan tetap mengasihi mereka sesuai dengan janji-Nya, kerana DIA tetap memegang janji-Nya, dan tidak seperti apa yang TUHAN lakukan kepada Saul yang telah disingkirkan-Nya. Kiranya TUHAN YESUS memberkati setiap kita, sebagai anak-anak-Nya seperti TUHAN YESUS memberkati melindungi dan memberkati Raja Daud. Halleluya dan amen!! Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen! Rev. Ali Langgit
- Janji Tuhan Pasti Terjadi Dalam Kehidupan Kita
2 Samuel 7:10, 12-13 (AVB) 10 Aku akan menentukan suatu tempat bagi umat-Ku Israel dan menempatkan mereka di sana, sehingga mereka mendiami tempat sendiri tanpa diganggu lagi. Mereka tidak akan tertindas lagi oleh orang zalim seperti sebelumnya, 12 Apabila sampai akhir hayatmu, dan engkau dibaringkan bersama nenek moyangmu, Aku akan membangkitkan keturunanmu kelak, anak kandungmu sendiri, dan Aku akan mengukuhkan kerajaannya. 13 Dialah yang akan membina sebuah bait bagi nama-Ku dan Aku akan mengukuhkan takhta kerajaannya untuk selama-lamanya. Pengajaran/Refleksi TUHAN telah memilih satu negeri bagi umat-Nya Israel, supaya mereka tidak ditindas oleh sesiapa pun. TUHAN berjanji akan melindungi Raja Daud dan keturunannya daripada musuh dan akan TUHAN akan melantik putra Raja Daud menjadi raja, dan TUHAN akan mengukuhkan kerajaannya sehingga saat ini. Kiranya TUHAN YESUS memberkati dan melindungi setiap kita umat-Nya, daripada yang jahat seperti TUHAN melindungi Raja Daud. Halleluya dan amen!! Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen! Rev. Ali Langgit
- Ini Aku Utuslah Aku
Oleh Pr Linda Misak
- I Surrender All
Malaysia Bermazmur
- Tuhan Memilih Orang Biasa, Menjadi Orang Luar Biasa
2 Samuel 7:1-3, 8-9 (AVB) 1 Setelah raja menetap di dalam istananya dan TUHAN mengurniakan ketenteraman kepadanya daripada semua musuh di sekelilingnya, 2 berkatalah raja kepada nabi Natan, “Lihatlah, aku ini tinggal dalam rumah kayu araz walhal tabut Allah tinggal di dalam khemah.” 3 Jawab Natan kepada raja, “Lakukanlah segala sesuatu yang tuanku niatkan, kerana TUHAN menyertai tuanku.” 8 Maka sekarang, beginilah yang harus kaukatakan kepada hamba-Ku Daud, ‘Beginilah firman TUHAN alam semesta, “Aku telah mengambil engkau dari padang ragut, daripada tugas menggiring kawanan domba, untuk menjadi pemimpin atas umat-Ku, iaitu atas Israel. 9 Aku telah menyertai engkau ke mana-mana pun engkau pergi dan telah melenyapkan semua musuhmu daripada hadapanmu. Aku akan membuat namamu besar, seperti nama orang besar yang ada di bumi. Pengajaran/Refleksi 1. Saudara dalam Yesus Kristus, Allah memilih Daud menjadi raja Israel, walaupun beliau hanya orang biasa sahaja, iaitu hanya sebagai penjaga domba, di padang. TUHAN melindungi Raja Daud daripada segala gangguan musuh, sehingga beliau dapat menetap di istananya. TUHAN juga telah menyertai beliau ke mana saja dia pergi, dan TUHAN telah mengalahkan musuhnya ketika dia bertempur. TUHAN akan menjadikan dia termasyhur seperti pemimpin-pemimpin terkemuka di dunia. Kiranya TUHAN YESUS memakai dan memilih kita menjadi alat-Nya untuk melakukan kehendak-Nya di bumi ini dan menjadikan kita termasyhur seperti Raja Daud. Halleluya dan amen!! Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen! Rev. Ali Langgit
- Musim Menabur
Oleh Pr Eddy Marson
- Raja Daud Menari-Nari dengan Penuh Semangat untuk Menghormati Tuhan
2 Samuel 6:14-17 (AVB) 14 Sebagai ungkapan syukur kepada TUHAN, Daud menari-nari dengan penuh semangat. Dia memakai jubah efod daripada kain linen. 15 Demikianlah Daud dan seluruh keturunan kaum Israel mengangkut tabut TUHAN dengan sorak-sorai diiringi bunyi sangkakala. 16 Ketika tabut TUHAN memasuki Kota Daud, Mikhal anak Saul melihat melalui jendela lalu terlihat betapa Raja Daud sedang melompat-lompat serta menari-nari di hadapan TUHAN. Lalu dalam hatinya dia memandang rendah terhadap Daud. 17 Tabut TUHAN itu dibawa masuk, lalu diletakkan di tempatnya, di dalam khemah yang dibentangkan Daud untuk itu, kemudian Daud mempersembahkan korban bakaran dan korban kedamaian di hadapan TUHAN. Pengajaran/Refleksi Pasti ada sesuatu perkara yang membuat Raja Daud menari-nari dengan penuh semangat untuk menghormati TUHAN. Yang membuat Raja Daud berbuat demikian adalah kerana beliau dapat membawa Tabut Perjanjian kembali ke Yerusalem, sebab melalui keberadaan Tabut tersebut TUHAN akan memberkati Yerusalem seperti yang berlaku kepada Obed-Edom. Marilah kita belajar daripada Raja Daud memuji dan menghormati TUHAN dengan tarian sepenuh hati kerana TUHAN telah memberikan ROH KUDUS-NYA kepada setiap kita yang percaya kepada-Nya. Ertinya TUHAN pasti akan memberkati kita secara jasmani dan rohani dalam kehidupan kita secara peribadi dan juga seluruh keluarga kita. Mari kita bergembira atas hadirat TUHAN dalam keluarga kita. Halleluya dan amen!! Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen! Rev. Ali Langgit