top of page
Support Us
Support Us
Get Involved
I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.
Search


Segala Puji Bagi Allah
Segala puji bagi Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus, yang telah memberkati kita dengan segala berkat rohani di syurga dalam Kristus. Efesus 1:3 AVB Rasul Paulus bermula dengan meluahkan puji-pujian bahawa Allah sahaja layak disembah. Dia mengajak seluruh jemaah di Efesus supaya mereka bersyukur kepada Allah dan Bapa Tuhan Yesus Kristus. Mereka bersyukur kepada Allah kerana Dia telah memberkati semua orang yang percaya kepada-Nya dengan segala berkat rohani di syurga dala


Apa Yang Kita Pandang, Itulah Yang Akan Kita Pancarkan
Sebagai seorang yang telah terlibat dalam pelayanan dan kepimpinan, saya belajar satu kebenaran yang sangat mendalam: apa yang paling banyak memenuhi fikiran kita akhirnya akan membentuk kehidupan kita. Tuhan mengingatkan saya melalui firman-Nya: "Dan kita semua mencerminkan kemuliaan Tuhan dengan muka yang tidak berselubung. Dan karena kemuliaan itu datangnya dari Tuhan yang adalah Roh, maka kita diubah menjadi serupa dengan gambar-Nya, dalam kemuliaan yang semakin besar." (


Jadi Penolong Dalam Kesusahan
Namun demikian kamu telah berbuat baik dengan mengambil bahagian dalam kesusahanku. Filipi 4:14 AVB Rasul Paulus memuji saudara saudari dalam Kristus di Filipi kerana mereka telah bermurah hati memberi dirinya pertolongan ketika dia menghadapi keperluan tertentu. Oleh itu, Paulus begitu bersukacita dan berterima kasih kepada mereka kerana mereka berbuat baik dengan mengambil bahagian dalam kesusahannya. Betapa bersukacitanya Paulus kerana mereka telah memberikan respons y




Kristus Memberikan Kekuatan
Aku dapat melakukan segalanya melalui Kristus yang memberiku kekuatan. Filipi 4:13 AVB Rasul Paulus berkata kepada saudara saudari dalam Kristus di Filipi bahawa dia berdaya menghadapi segala macam keadaan kerana dia hidup bersatu dengan Kristus. Dengan kata lain, Paulus membuat pengakuan secara peribadi bahawa hanya dengan kuasa Tuhan Yesus yang ada dalam dirinya, maka dia dapat mengatasi segala-galanya. Kuasa Allah yang ada dalam diri Paulus telah memampukan dirinya unt


Bagaimana Jika Saya Ada Kecenderungan Songsang?
Alkitab mengatakan bahawa amalan LGBTQAI+ adalah salah. Namun, ada yang berkata mereka dilahirkan demikian. Ada yang mengatakan bahawa ia sesuatu yang semula jadi. Ada juga orang Kristian yang berpandangan bahawa perkara ini "normal" dan bukannya jahat. Jadi, persoalan yang sering timbul ialah: "Mengapa ada orang yang mempunyai kecenderungan sedemikian?" (Kejadian 1-2; Roma 1; Imamat 18:22, 20:13) Saya teringat kira-kira 20 tahun yang lalu, seorang pemuda menghantar mesej kep




Mengetahui Rahsia Untuk Menghadapi Pelbagai Keadaan
Aku tahu bagaimana hidup miskin hina dan bagaimana hidup mewah mulia. Di mana-mana dan dalam apa sahaja, aku telah belajar berasa cukup, baik kenyang atau lapar, senang atau susah. Filipi 4:12 AVB Rasul Paulus berkata kepada saudara saudari dalam Kristus di Filipi bahawa dia sudah menemukan rahsia bagaimana hidup dengan berasa cukup dan berpuas hati dalam segala keadaan, baik keadaan sewaktu dia kenyang mahupun keadaan sewaktu dia lapar. Demikian juga keadaan sewaktu dia hi


Golongan LGBTQA+ : Apa yang saya perlu fahami?
Bulan ini digelar Pride Month 🏳️🌈, yang menyanjung budaya, gerakan dan amalan LGBTQA+. Bendera ini dan sarung tangan dipakai oleh pemain bola sepak, pemain bola keranjang dan atlet. Untuk apa? Untuk menunjukkan solidariti dengan golongan yang mempunyai kecenderungan songsang. Perlukah, patutkah orang Kristian menunjukkan "kasih" kepada golongan ini? Budaya moden dengan laungan "don't judge" atau "jangan menghakimi" sedang mendorong lebih ramai untuk "keluar" dan menayangka


Jemaat Yang Memancarkan Dan Mengisytiharkan Kristus
Oleh Pr Ladeq Mutang | BEM Airport Road


Belajar Berasa Cukup
Aku tidak bercakap disebabkan kekurangan, kerana dalam keadaan apa pun aku telah belajar berasa cukup. Filipi 4:11 AVB Rasul Paulus berkata kepada saudara saudari dalam Kristus di Filipi bahawa dia sudah belajar bagaimana hidup dengan berasa cukup dan berpuas hati terhadap apa sahaja yang ada pada dirinya. Walaupun dia dikurung di dalam penjara, namun dia tetap bersukacita dalam keadaan apa pun, baik dia memiliki banyak mahupun sedikit. Dia memberitahukan segala keperlua


Mudarat Dosa
Jadi kamu mempunyai masalah dosa. Kamu mempunyai kecenderungan yang terbalik. Kamu mempunyai keinginan untuk memberontak terhadap aturan dan standard Allah yang baik. Namun kamu berfikir bahawa ia tidak mendatangkan mudarat kepada sesiapa. Tidak... Ia mendatangkan mudarat. Ia mendatangkan mudarat kepada masyarakat. Ia mendatangkan mudarat kepada keluarga. Ia mendatangkan mudarat kepada dubur! Ia mendatangkan mudarat kepada keindahan seksualiti. Ia mendatangkan mudarat kepada


Bersukacita Dalam Tuhan
Tetapi aku amat bersukacita dalam Tuhan kerana akhirnya sekarang prihatinmu terhadapku telah semarak semula. Sebenarnya dahulu pun kamu sudah mengambil berat terhadapku, tetapi tidak ada kesempatan bagimu. Filipi 4:10 AVB Rasul Paulus sekarang ini sedang menjalani sisa-sisa hidupnya di dalam penjara. Namun demikian, dalam hidupnya yang bersatu dengan Tuhan, dia bersukacita kerana setelah sedemikian lama, sekali lagi saudara saudari dalam Kristus di Filipi berpeluang mengam


Bolehkah Saya Berhenti Dari LGBTQAI+?
Mahu berhenti menjadi salah seorang yang terlibat dalam LGBTQAI+? Ada yang berkata hari itu bahawa perubahan itu tidaklah sempurna kerana DNA mereka sudah rosak. Ada seorang lagi yang memberi komen, mencabar saya untuk mengizinkan anak saya berkahwin dengan bekas pengamal LGBTQAI+. Semua orang ini melihat dari sudut manusiawi. Mereka hanya melihat dari sudut biologi. Mereka tidak melihat kepada Sang Pencipta atau kepada Tuhan, maka mereka menjadi rabun jauh, bahkan buta terha


Lakukan Apa Yang Dipelajari
Segala yang kamu pelajari, terima, dengar dan lihat dalam diriku — lakukanlah. Maka Allah, sumber segala damai sejahtera akan bersertamu. Filipi 4:9 AVB Sebelum ini, rasul Paulus telah menasihati saudara saudari dalam Kristus di Filipi supaya sentiasa mengarahkan seluruh fikiran mereka kepada apa sahaja yang benar, apa sahaja yang mulia, apa sahaja yang adil, apa sahaja yang suci, apa sahaja yang indah, dan apa sahaja yang dipandang tinggi. Pendek kata, mereka digesa untuk


Sikap Menghadapi Penolakan Dan Ejekan
Baru-baru ini saya melihat gambar sebuah billboard yang memaparkan kata-kata: “Jesus Is Not God” dan “Jesus Did Not Pre-Exist in Heaven.” Bagi sesetengah orang percaya, kata-kata seperti ini mungkin menimbulkan rasa sedih, kecewa, atau bahkan marah. Namun apabila saya merenungkannya, saya teringat bahawa perkara seperti ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. Sejak zaman para nabi, zaman Yesus, zaman para rasul, sehingga ke hari ini, sentiasa ada orang yang mempertikaikan, me




Tumpukan Fikiran Hanya Kepada Apa Yang Baik
Akhir sekali, saudara-saudaraku, apa sahaja yang benar, apa sahaja yang mulia, apa sahaja yang adil, apa sahaja yang suci, apa sahaja yang indah, apa sahaja yang dipandang tinggi — jika ada sesuatu yang baik dan jika ada sesuatu yang terpuji — tumpukan fikiran kepadanya. Filipi 4:8 AVB Akhir sekali Rasul Paulus menggesa saudara saudari dalam Kristus di Filipi untuk menumpukan fikiran hanya kepada apa sahaja yang benar, apa sahaja yang mulia, apa sahaja yang adil, apa sahaj


Berkat Atau Jerat?
Sewaktu saya membaca Alkitab dari kitab Kejadian, Hakim-Hakim, sehingga kepada zaman raja-raja Israel dan Yehuda, ada satu perkara yang sering membuat saya termenung dan merasa pelik. Generasi Israel pernah melihat laut terbelah, manna turun dari langit, tiang awan memimpin pada siang hari, dan tiang api menerangi malam mereka. Mereka melihat sendiri kuasa Tuhan di Mesir dan pemeliharaan-Nya di padang gurun. Namun setelah mereka masuk ke tanah perjanjian, menikmati kelimpahan




Sejahtera Allah Memelihara Hati Dan Fikiran Kita
Dan sejahtera Allah yang melebihi pengertian manusia akan memelihara hati dan fikiranmu dalam Kristus Yesus. Filipi 4:7 AVB Rasul Paulus telah menggesa saudara saudari dalam Kristus di Filipi supaya tidak bimbang akan apa-apa pun. Dalam segala hal, mereka boleh memberitahukan hasrat mereka kepada Allah dengan berdoa dan memohon sambil mengucapkan kesyukuran kepada-Nya. Apabila mereka berpaling daripada kebimbangan kepada doa dan kesyukuran, janji indahnya ialah Allah akan




Janganlah Bimbangkan Apa Pun
Jangan bimbangkan apa pun. Dalam segala hal, dengan berdoa dan memohon, dengan mengucapkan kesyukuran, beritahulah hasratmu kepada Allah. Filipi 4:6 AVB Setelah Rasul Paulus menggesa semua saudara saudari dalam Kristus di Filipi untuk membiarkan sikap mereka yang lemah lembut diketahui semua orang, dia menasihati mereka supaya tidak khuatir atau bimbang akan apa-apa pun. Sebaliknya, mereka harus memberitahukan setiap keperluan kepada Allah dalam doa dan permohonan. Sewaktu


Sikap Kita Yang Lemah Lembut Diketahui Semua Orang
Biar sikapmu yang lemah lembut diketahui oleh semua orang. Tuhan ada berhampiran. Filipi 4:5 AVB Selain bersukacita sentiasa dalam Tuhan, Rasul Paulus menggesa saudara saudari dalam Kristus di Filipi supaya membiarkan sikap mereka yang lemah lembut diketahui oleh semua orang. Ungkapan yang membawa maksud yang lebih kurang sama digunakan dalam versi Alkitab yang berlainan. Sebagai contoh, Alkitab Berita Baik mengatakan, “Hendaklah kamu bertolak ansur.” Alkitab Terjemahan Bar
bottom of page
