top of page
Support Us
Support Us
Get Involved
I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.
Search


Alat Sederhana Di Tangan Tuhan
Perkongsian Peribadi dalam Kepimpinan dan Pelayanan Saya teringat dengan kata-kata seorang pemimpin: “Bagi kita yang tinggal di dalam Dia, kita diperkaya dan sangat diberkati. Panggilan kita adalah besar dan mulia iaitu menyampaikan panggilan Tuhan kepada mereka yang patah hati yang memerlukan sentuhan daripada Juruselamat.” Dalam perjalanan saya melayani Tuhan dalam kepimpinan dan pelayanan, saya semakin menyedari satu kebenaran yang sangat mendalam: kekuatan sebenar dalam p




Pelajaran Dari Gembala Dan Domba
Perkongsian Peribadi dalam Kepimpinan dan Pelayanan Pelajaran Dari Gembala dan Domba (Mazmur 23: 1-6) Hari ini saya teringat satu pelajaran yang sangat menarik tentang hubungan antara gembala dan domba dalam latar belakang kehidupan di Timur Tengah seperti yang digambarkan dalam Mazmur 23. Dalam kehidupan sebenar seorang gembala, menjaga domba bukanlah tugas yang mudah. Domba adalah haiwan yang sangat bergantung kepada gembalanya. Mereka mudah tersesat, mudah takut, dan sanga




Kesetiaan Yang Meninggalkan Warisan
Perkongsian Peribadi dalam Kepimpinan dan Pelayanan Dalam perjalanan saya melayani Tuhan terutama ketika berada di lapangan pelayanan dan bekerja bersama banyak pemimpin, penginjil, dan jemaat dari pelbagai latar belakang saya belajar satu perkara yang sangat penting: kepimpinan bukan hanya tentang memimpin orang yang kita selesa bekerja bersama, tetapi juga belajar daripada orang yang mungkin tidak kita sukai atau tidak sehaluan dengan kita. Seorang mentor rohani pernah berk




Kelelahan Rohani Adalah Isyarat, Bukan Kegagalan
Ada satu musim dalam pelayanan di mana jadual sangat padat, lawatan lapangan, mesyuarat, dan keperluan di lapangan yang datang tanpa henti. Secara luaran semuanya berjalan baik, tetapi di dalam hati saya mulai terasa letih. Bukan letih fizikal semata-mata, tetapi letih yang membuat doa terasa pendek dan hati mudah gelisah. Pada waktu itu ayat Yesaya 40:29 “Ia memberi kekuatan kepada yang lelah” seakan menegur saya dengan lembut. Saya sedar kelelahan itu bukan tanda saya gagal


Apabila Pelayanan Menjadi Identiti, Bukan Panggilan
Marilah kepada-Ku… Aku akan memberi kelegaan kepadamu. — Matius 11:28 Dalam perjalanan pelayanan, ada satu musim di mana jadual sentiasa penuh, lawatan lapangan, mesyuarat, laporan, dan pelbagai keperluan pelayanan. Secara luaran semuanya kelihatan baik. Pelayanan berjalan, program terlaksana, dan banyak perkara selesai. Namun dalam diam saya sedar sesuatu: saya banyak bercakap tentang Tuhan, tetapi semakin kurang duduk diam di hadapan Tuhan. Saya masih berdoa, tetapi doa sa


Apabila Tuhan Menghantar Teguran Melalui Kesukaran
Ibrani 12:6 — “'kerana Tuhan mengajari orang yang dikasihi-Nya,,” Dalam perjalanan hidup dan pelayanan, kita semua pasti melalui musim yang tidak mudah. Ada waktu kita sudah berdoa, berusaha, dan melakukan yang terbaik, tetapi keadaan tetap tidak seperti yang kita harapkan. Ada pintu yang tertutup, ada perkara yang tidak menjadi, dan ada juga situasi yang membuat hati terasa berat. Pada saat-saat seperti itu, mungkin kita pernah bertanya dalam hati, “Tuhan, mengapa ini ter


Ketaatan Lebih Penting Daripada Kejayaan
Sebuah Perkongsian Peribadi dalam Pelayanan “Yang dituntut daripada pelayan-pelayan ialah supaya mereka didapati setia.” 1 Korintus 4:2 Semakin lama saya melayani Tuhan, semakin saya sedar bahawa ukuran Tuhan sangat berbeza dengan ukuran manusia. Pada awal pelayanan dahulu, saya juga seperti kebanyakan orang berfikir bahawa keberhasilan pelayanan diukur melalui angka. Berapa ramai yang hadir? Berapa banyak jiwa yang percaya? Berapa lokasi Penginjilan baru yang dibuka? Berapa


Ego Rohani: Musuh yang Paling Senyap
Sebuah Perkongsian Peribadi dalam Perjalanan Pelayanan Dalam perjalanan pelayanan saya selama bertahun-tahun, saya belajar banyak perkara tentang iman, kesetiaan, dan pengorbanan. Saya melihat Tuhan membuka jalan di tempat yang mustahil. Saya menyaksikan jiwa-jiwa menerima Kristus. Saya melihat gereja bertumbuh di kawasan pedalaman, dan di ladang-ladang penginjilan. Namun di sebalik semua pengalaman itu, saya menemui satu musuh yang tidak pernah saya jangka. Musuh itu bukan k




Sebab Yesus Sangat Ditinggikan
Itulah sebabnya Allah sangat meninggikan-Nya dan menganugerahkan kepada-Nya nama yang di atas segala nama, supaya kepada nama Yesus segala-galanya bertelut, segala isi langit, bumi dan yang di bawah bumi, dan semua lidah mengaku bahawa Yesus Kristus ialah Tuhan, untuk mendatangkan kemuliaan kepada Allah Bapa. Filipi 2:9-11 AVB Tuhan Yesus Kristus yang sekalipun dalam bentuk Allah, tidak menganggap kesetaraan dengan Allah sesuatu yang harus dipertahankan. Sebaliknya, Dia tel


Terlalu Lama Sehingga Terlupa Cara Diajar
"Hai saudara-saudara yang kukasihi, ingatlah hal ini: setiap orang hendaklah cepat untuk mendengar, tetapi lambat untuk berkata-kata, dan juga lambat untuk marah " Yakobus 1:19 Ada satu fasa dalam perjalanan pelayanan di mana tanpa sedar, pengalaman mula berbicara lebih kuat daripada ketaatan. Bukan kerana saya berniat menolak nasihat, tetapi kerana di dalam hati ada suara halus yang berkata, “Saya sudah melalui semua ini.” Di situlah bahaya sebenar bermula. Firman Tuhan meng


Ikut Teladan Yesus: Taat Hingga Kepada Kematian
Dalam keadaan sebagai manusia, Dia telah merendahkan diri-Nya dan taat hingga kepada kematian, bahkan kematian di salib! Filipi 2:8 AVB Rasul Paulus menegaskan bahawa sikap saudara saudari dalam Kristus di Filipi hendaklah seperti sikap Tuhan Yesus Kristus. Dia datang ke dunia sebagai manusia. Dia merendahkan diri-Nya dan hidup dengan taat setia kepada Allah Bapa. Meskipun taat setia-Nya membawa diri-Nya sampai kepada kematian, tetapi Dia tidak berganjak sama sekali daripa


Hati Yang Boleh Diajar Lebih Berharga Daripada Pelayanan Yang Besar
“Ajarlah kami menghitung hari-hari kami, supaya kami beroleh hati yang bijaksana.” Mazmur 90:12 Semakin lama saya melayani dalam ladang penginjilan, semakin saya sedar satu kebenaran yang sangat sederhana tetapi mendalam: Tuhan tidak pernah terlalu tergesa-gesa dengan hasil, tetapi Dia sangat teliti dengan hati. Ada satu musim dalam pelayana di mana jadual sangat padat. Lawatan kawasan ke kawasan. Mesyuarat demi mesyuarat. Projek demi projek. Laporan demi laporan. Di mata man


Ikut Teladan Yesus: Rela Melepaskan Segala-galanya
Hendaklah ada dalam dirimu pemikiran yang ada dalam Kristus Yesus: Dia yang sekalipun dalam bentuk Allah, tidak menganggap kesetaraan dengan Allah sesuatu yang harus dipertahankan, tetapi Dia telah mengetepikan martabat diri-Nya, mengambil bentuk seorang hamba, dan datang dengan rupa manusia. Filipi 2:5-7 AVB Paulus menggesa saudara saudari dalam Kristus di Filipi supaya mereka meneladani pemikiran Kristus Yesus. Sekalipun Dia dalam bentuk Allah, Dia rela untuk melepaskan


Jaga Kepentingan Orang Lain
Tiap-tiap seorang daripada kamu janganlah menjaga kepentingan diri sahaja, jagalah juga kepentingan orang lain. Filipi 2:4 AVB Rasul Paulus menasihati saudara saudari dalam Kristus di Filipi supaya mereka tidak hanya asyik memikirkan keperluan dan keuntungan diri sendiri, tetapi mereka harus sentiasa prihatin tentang keperluan serta kesejahteraan orang lain juga. Pendek kata, perhatikan kepentingan orang lain juga dan bukan hanya kepentingan diri sendiri. Hal ini berma


Jangan Berpusatkan Diri Sendiri
Janganlah lakukan apa pun kerana kepentingan diri sendiri atau keangkuhan. Dalam kerendahan hati biarlah setiap orang menganggap yang lain lebih tinggi daripada dirinya. Filipi 2:3 AVB Rasul Paulus memperingatkan saudara saudari dalam Kristus di Filipi supaya mereka tidak melakukan sesuatu yang didorong oleh kepentingan dan keuntungan diri sendiri, ataupun suka bersaing dengan orang lain. Di samping itu, mereka janganlah besar kepala, hidung tinggi, dan tinggi diri. Sebal


Sejiwa Dan Sepakat
... sempurnakanlah kebahagiaanku dengan berkeadaan sejiwa, mempunyai kasih yang sama, sepakat dan bersatu hati. Filipi 2:2 AVB Rasul Paulus memberitahu saudara saudari dalam Kristus di Filipi bahawa sukacitanya akan menjadi sempurna jika mereka betul-betul bersatu padu secara rohani. Dengan kata lain, dia berharap melihat mereka hidup sehati sefikiran, memiliki kasih yang sama, dipersatukan dalam Roh, sepakat dan memiliki satu tujuan. Saudara saudari dalam Kristus haru


Hidup Bersatu Dalam Kristus
Oleh itu, jika ada galakan kerana bersatu dalam Kristus, jika ada penghiburan hati kerana kasih-Nya, jika ada keakraban dalam Roh, jika ada lemah lembut dan belas kasih, ... Filipi 2:1 AVB Rasul Paulus menggesa saudara saudari dalam Kristus di Filipi untuk bersatu padu dengan mengemukakan empat klausa “jika”, iaitu jika ada galakan kerana bersatu dalam Kristus, jika ada penghiburan hati kerana kasih-Nya, jika ada keakraban dalam Roh, dan jika ada lemah lembut dan belas


Tidak Takut Akan Tentangan
... dan sama sekali tidak takut akan musuh-musuhmu. Bagi mereka, ini adalah tanda kebinasaan tetapi bagimu adalah tanda penyelamatan daripada Allah. Filipi 1:28 AVB Paulus menggesa saudara saudari dalam Kristus di Filipi untuk memastikan kelakuan mereka selaras dengan Injil Kristus. Dengan demikian, sama ada dia datang mengunjungi mereka ataupun tidak, dia akan dapat mendengar bahawa mereka berdiri teguh dalam satu roh, berjuang bersama dengan satu hati untuk iman berdas


Mengenal Rancangan Allah Bagi Hidup Kita
Dengan keyakinan ini, aku tahu bahawa aku akan terus bersama kamu semua untuk kemajuan dan kebahagiaanmu dalam iman, ... Filipi 1:25 AVB Rasul Paulus sangat yakin dengan rancangan Allah bagi dirinya. Sekiranya Allah memanjangkan umurnya di dunia ini, itu bermakna pekerjaannya di dunia belum selesai lagi. Allah ada rancangan tertentu untuk jemaah di Filipi dengan perantaraan Paulus. Saudara saudari dalam Kristus di Filipi masih sangat memerlukan pelayanannya. Oleh itu, Pau


Tersepit Antara Dua Pilihan
Tetapi jika aku terus hidup dari segi jasmani, ini akan bermakna usahaku membuahkan hasil. Namun yang mana akan kupilih? Aku tidak tahu! Aku sukar memilih antara dua: Aku ingin pergi dan bersama dengan Kristus, itu jauh lebih baik, tetapi kerana kamu, aku berasa perlu terus hidup dari segi jasmani. Filipi 1:22-24 AVB Rasul Paulus memberitahu saudara saudari dalam Kristus di Filipi tentang dua pilihan yang ada semasa dia dipenjarakan, iaitu antara hidup secara jasmani deng
bottom of page
